Archives

Inilah dia...


Siapakah gerangan si dia ini yang berbaju serba merah jambu tersenyum memandang?

Hah, kalau anda semua nak tahu inilah dia penulis baru Alaf21 iaitu Hezzy Azra. Beliau baru saja muncul dengan novel sulungnya berjudul Melodi Kasih.



Sy berkesempatan juga untuk berbual seketika dengannya. Ternyata dia seorang yang ramah dan mudah mesra. Bila ditanya mengenai novel barunya, beliau kelihatan seronok.

Namun, dalam pada rasa gembira, terselit juga rasa berdebar-debar. Bagaimanakah agaknya nanti reaksi pembaca? Itulah yang sering ditanya ( dalam hati ) oleh setiap penulis apabila produk baru mereka keluar.

Apa-apa pun, kami harapkan agar novel melodi kasih ini akan mendapat sambutan yang mengggalakkan dari pembaca sekelian.

Kalau ada yang hendak komen apa-apa, sila la menghantar kepadanya di , hezzy_azra@yahoo.com

Dan, kalau ada masa lapang... serta ingin mengenali Hezzy Azra dengan lebih lanjut, silalah juga berkunjung ke blognya di alamat

Mersik..

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ulasan Novel...

MOGA KAU MENGERTI - LILY HASLINA NASIR

Olahan Lily Haslina Nasir kali ini memang berbeza dari novel pertamanya bersama Alaf21, iaitu Epilog Cinta. MKM bercerita tentang realiti kehidupan. Mengupas kekeliruan pilihan yang selalu menjadi penasaran. Meniti percaturan hidup yang kadangkala tersasar dari landasan. Check mate!

Secara peribadi, menjelajahi MKM rasanya lebih santai dan tidak begitu mendera perasaan. Walaupun terdapat babak-babak meruntun naluri, namun ianya seimbang dengan dialog bersahaja dan lelucon sesama teman. Apatah lagi, aliran kata-kata yang adakalanya berpuitis, menambahkan lagi keasyikkan penjelajahan dunia percintaan Adeena. Pantun dua kerat yang merupakan pembuka setiap bab seolah-olah klu kepada pencarian harta karun. Membuatkan penjelahan semakin menyeronokkan. Teringat pula pada cerita ‘National Treasure’ lakonan Nicholas Cage.

Kalau EC, pembaca bebas membuat keputusan sendiri samada perhubungan Karmila dan Aidit berakhir dengan sebuah perkahwinan atau tidak; MKM pula lebih memuaskan hati dengan akhiran yang menarik. Antara Dr. Adib dan Kamali, siapa yang berjaya menggapai cinta telus Adeena? Apa muslihat Wani dan mengapa?

MKM juga mengajak wanita/isteri malang menyedari bahawasanya bantuan sentiasa ada untuk mereka. Mereka tidak keseorangan. Tidak sendirian. Ada pertubuhan perlindungan untuk mendapatkan bantuan. Keengganan mereka adakala mengelirukan. Namun tidak dinafikan, perasaan takut seringnya melebihi segalanya. Hatta kewarasan fikiran ada masanya merudum ke tahap sifar dek tekanan perasaan.

Pandangan masyarakat juga memainkan peranan. Lebih-lebih lagi, mereka yang teraniaya bimbang ditertawakan jika kelambu rumahtangga yang koyak diintai orang. Paling dikhuatiri, talipinggang dan tembok bisu nan berbisa menanti di rumah kalau aduan sampai ke telinga si dia. Siapa yang ada untuk membantu kala itu? Tidak dinafikan, ramai yang bersimpati. Malah ramai juga yang mencemuh. Mengapa harus ada anggapan negatif? Saya sendiri keliru. Adakala pening juga memikirkan keletah manusia. Dalam kasihan ada cemuhan. Jalan bahagia disuluhkan, serakah dendam menanti dihujungnya.

Wanita yang teraniaya, kesabaran dan ketabahan adalah dua perkara yang berbeza. Moga jiwa sentiasa cekal menghadapi ujianNYA. Setiap dugaanNYA menunjukkan kasih sayangNYA. Namun, jangan dibiarkan jiwa dan luka merana tanpa dirawat.

Paling menyedihkan, anak-anak turut menjadi mangsa. Pernah seorang warga emas berkata, perangai anak-anak menunjukkan peribadi kita. Rasanya ada benarnya kata-kata itu.

Lelaki yang possessif dan agresif memang payah kita hendak jumpa/lihat dengan mata kasar. Sebagai kawan mungkin dia seorang yang baik budi bahasa dan berhemah. Jadi bagaimana kita tahu sejauh mana keluhuran budi bahasa dan tingkah lakunya? Bagaimana kita melabelkan seseorang itu seorang yang penyayang dan penyantun? Pada lelaki yang mempunyai masalah cenderung mendera isteri/anak, hendaknya janganlah segan mendapatkan rawatan. Kiranya anda mengalami tekanan perasaan dek kerana personaliti yang mengelirukan @ split personality, hakislah perasaan segan, mintalah bantuan. Kasihanilah isteri dan anak yang dianiaya. Sesungguhnya kita semua berhak hidup dan merasa bahagia.

Bukankah dalam kehidupan ini, kita saling memerlukan? Malah sesudah diri dimasukkan ke liang lahad sekalipun, kita berharap agar keluarga dan teman-teman sentiasa mengingati.

Sebagaimana novel-novel penerbitan Alaf21 yang lain, MKM juga padat dengan segmen ilmu yang sangat berinfomatif. Secara tidak langsung, memberikan kita kefahaman yang lebih menyeluruh mengenai isu yang dikupas. Ia boleh juga digunakan sebagai rujukan bagi membantu yang memerlukan.

“Islam mengajar kaum lelaki dan wanita agar saling menyayangi dan mengasihani, lengkap-melengkapi dan bahawa lelaki dan wanita adalah pelindung antara satu dengan yang lainnya. Perkara ini merupakan salah satu landasan di dalam perhubungan antara lelaki dan wanita.
Keganasan yang berlaku dalam institusi keluarga bukanlah suatu urusan peribadi keluarga tersebut tetapi adalah merupakan suatu jenayah. Ikatan perkahwinan tidak memberi hak kepada seseorang untuk bertindak ganas terhadap pasangan atau ahli keluarganya.
Di dalam Islam, perhubungan suami isteri adalah harus dimulakan dengan kasih sayang dan perlu dengan persetujuan isteri. Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Janganlah kamu melontar dirimu kepada isteri seperti binatang. Haruslah ada, sebelum (kamu) bersama, pengantaraan pesanan di antara kamu dan dia (isteri).” Mereka bertanya; “Pesanan apakah itu Rasulullah?” Jawab Rasulullah; “Cumbuan.”.................
petikan dari novel.

Sesungguhnya, Islam itu indah....

Salmah


BULAN BERBISIK - SHAMSIAH MOHD NOOR

Mengulas tentang novel 'Bulan Berbisik', kali ini penulisan Samsiah Mohd Noor lebih berbunga-bunga. Novel yang penuh dengan monolog dan jika ditelah dalam-dalam ada perkaitannya bunga-bunga bahasa diguna bagi menunjukkan inti Tafsir Al-Quran sendiri penuh seni dengan kalam ALLAH yang tersusun indah. Sesuatu yang kadang-kadang terlepas pandang dan terlepas fikir di akal atas setiap seni di muka bumi ini hingga ada yang menganggap penulis2 dan pujangga alam adalah seseorang yang suka berkhayal dan berangan-angan kosong.

Tak dinafikan bila penggunaan bahasa terlalu puitis, ia menyukarkan pemahaman bagi pembaca yang kurang asas seni sastera lalu menimbulkan kebosanan ditambah plot (jalan cerita) yang penuh dengan monolog. Bagi Dhia, ilmu dan rujukan yang menjadi intipati penulis adalah bonus untuk menutup rasa bosan yang menghurung. Setiap pembacaan yang dihadap seharusnya kita telan dari aspek pemikiran manusia yang kompleks. Tak semua penulis boleh memuaskan hati kita. Bila buku yang dibaca dapat disudahkan dan tidak ditinggalkan separuh jalan, barulah kita dapat menggulung kekurangan dan kelebihan untuk menilainya dari sudut positif dan negatif. Tiada yang sempurna dapat kita miliki tapi untuk memiliki yang sempurna haruslah kita sabar mencari.

Antara plot penceritaan 'Bulan Berbisik', penulis menampak keagresifan tulisan bila berani menyingkap masalah penentangan birokrasi terhadap perundangan negara dek ketidakpuasan pentadbiran. Memandangkan novel ini lebih menyingkap tentang pencarian diri yang hilang dalam norma kehidupan, plot-plot seperti ini punya kaitan peribadi walaupun sedikit menganggu klimaks asas 'Bulan Berbisik'. Pembaca boleh jadi bosan bila membaca monolog-monolog politik dan ekonomi namun akhirnya boleh jadi kagum dengan ilmu pengetahuan dan idea-idea penulis.

Satu yang menarik perhatian Dhia ialah apabila emosi antara marah meluap, sedih berpanjangan dan ketenangan perasaan watak utama 'Khadijah' dapat dirasai dengan gaya bahasa yang digunakan. Puisi-puisi Rabiah Al-Adawiyah dan email-email cinta yang terselit juga antara kekuatan novel 'Bulan Berbisik' dan Dhia pasti plot-plot terakhirnya pasti menyentuh hati pembaca semua.

DHIA
Puteri ~ Jan 08

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Eh, macam kenal je...

Kenalkah anda pada novelis ini? Ya, sudah tentu anda masih ingat. Pada majlis pelancaran Novel Damya Hanna hari tu, dengan tidak disangka-sangka kami telah terserempak dengannya. Apa lagi, terus la kami terjah...


Nia Azalea yang kini sudah pun bergelar Puan ( kepada En Faiz ) nampak berseri-seri. Walau pun kehadirannya hanya sekejap , sekadar menjenguk warga Alaf21 serta teman-teman novelis, tapi sudah cukup untuk mengubat kerinduan semusim.

Untuk pengetahuan semua, Nia Azalea sedang menyambung pelajarannya di UK dan kembalinya ke sini awal December tahun lepas adalah untuk meraikan hari bahagianya pada 24 hb. Dia kini sudah bergelar isteri orang.

Tidak menyempat-nyempat kami hendak berbual lebih lama dengannya kerana beliau akan bergegas ke Airport untuk pulang semula ke UK. Kami pun tak sempat juga hendak tanya pasal penulisannya. Tentu tanggungjawabnya semakin berat semenjak bergelar isteri ni. Apatah lagi dengan pelajaran yang sedang ditekuni di rantauan.

Kali terakhir kami berjumpa dia di majlis sebegini adalah kira-kira dua tahun lalu sewaktu novelis Norzailina Nordin menyambut pelancaran lima novelnya. Masa itu beliau sedang sibuk-sibuk hendak ke luar negara. Hmm... cepat sungguh masa berlalu. Tup tup, kahwin pula dia. Kami tumpang gembira.

Apa-apa pun yang beliau lakukan, kami harapkan supaya ianya berjalan dengan lancar. Dan dalam kesibukan seharian, harap-harap adalah buah tangan terbaru untuk peminatnya yang setia menanti.

Selamat meneruskan pelajaran kami doakan untuknya. Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat pengantin baru juga. Semoga beliau akan terus berjaya dalam apa juga bidang dan hidup yang dilalui.

Mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Pesta Buku Alaf21 kembali menemui anda...

SEBAGAI pembuka tirai 2008, Alaf 21 dengan bangganya akan menemui anda pada 31 Januari - 2 Februari 2008. Diskaun sebanyak 30% akan diberikan pada semua buku jualan nanti. Jadi, jangan lupa lepaskan peluang ini. Ajaklah keluarga, rakan-rakan dan pasangan masing-masing untuk memeriahkan Pesta Buku Alaf nanti. Kami tunggu kedatangan anda.

InsyaAllah, kalau tiada aral , kami di Alaf21 FC juga akan turut berada di sana pada hari Sabtu, pada pukul 2 petang. Kami juga ingin berjumpa dan beramah mesra dengan anda.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Terima kasih diatas jemputan Majlis Pelancaran Lima Novel Damya Hanna


Syukur Alhamdulillah, Majlis Perasmian Novel - DAMYA HANNA. Telahpun selesai dan berjalan dengan jayanya didalam majlis yang penuh gilang gemilang.

Sebahagian besar ahli keluarga DAMYA HANNA telah hadir dan memeriahkan majlis, disamping dapat berkenal mesra dengan hadirin yang terdiri dari rakan seperjuangan. Dan juga mendapat liputan dari media massa arus perdana.Pihak

Kelab Peminat Novel ALAF 21 - ALAF 21 FC, merasa bangga kerana sekali lagi telah dijemput untuk menghadiri majlis yang seperti ini. Sokongan berterusan dari ALAF 21 FC terus berkekalan untuk para novelis.

DAMYA HANNA merupakan novelis yang menjadi idola para remaja khususnya, dimana setiap hasil karyanya sentiasa dinanti - nantikan oleh peminatnya. Dalam usia muda DAMYA HANNA telah berjaya membuktikan sesuatu yang dikatakan sukar dan mustahil oleh anak muda yang lain.

Namun kini, DAMYA HANNA telah membuktikan yang usia bukan pengukur untuk menggapai kejayaan, khususnya dalam bidang penunlisan.

Kami, dari Kelab Peminat Novel ALAF 21, dengan ini merakamkan ucapan TAHNIAH, atas kejayaan DAMYA HANNA menghasilkan karya hingga telah menempuh novel yang ke 5. Semoga DAMYA HANNA akan terus produktif dan sukses dalam bidangpenulisan.

TAHNIAH !

Saya bagi pihak Peminat Novel ALAF 21 - ALAF 21 FC, dengan ini juga merakamkan ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada ALAF 21 Sendirian Berhad atas kesudian menjemputKelab untuk menghadiri Majlis Perasmian Novel ALAF 21 - DAMYA HANNA.

Semoga kerjasama yang telah terjalin erat ini akan terus berkekalan, dan semoga ALAF 21 Sendirian Berhad akan terus maju dan terus menjadi penerbit novel yang terunggul di negara ini.AMIN.

# Dikesempatan ini, saya merakamkan ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepadasemua, kerana mendo'akan kesihatan saya.

TERIMA KASIH.

Presiden Kelab Peminat Novel ALAF 21
(ALAF 21 FC).

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Abang Long di hospital.

Lewat malam semalam, saya mendapat kiriman SMS daripada Abg long ,

Beliau kini dimasukkan ke Hospital Ampuan Rahimah, Klang kerana sakit dada.

Rasanya ini bukan kali pertama beliau dimasukkan ke hospital dalam masa sebulan ini.

Sama-samalah kita berdoa supaya dia berada dalam keadaan baik-baik sahaja dan cepat sembuh.

Mudah-mudahan.

Mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Perjumpaan rakan kelab di tahun baru 2008

Sudah agak lama saya tidak berbicara dengan kawan-kawan rapat di kelab. Maklumlah, kesibukan seakan tidak pernah memberi ruang untuk saya menatap walau sepincing ayat di blog apatah lagi bersua rakan-rakan yang sama-sama beraktiviti bersama kelab. Dan apabila peluang itu tiba, saya pergunakan untuk kembali bertamu.

5 Jan, Sabtu, 10.30 pagi , KL Central menjadi saksi pertemuan pertama rakan-rakan kelab Alaf21 untuk tahun baru 2008. Selain saya, ada Salmah (yang bersusah payah datang dari Singapura), Abang Long, Mersik dan juga Budi. Turut hadir ialah Rosha, salah seorang dari ahli penting kelab sedikit waktu dulu. Walau pun hanya seketika namun cukuplah untuk melepas kerinduan.


Alhamdulillah..setelah lama menyepi, akhirnya kami bertemu kembali dengan misi baru, idea baru..cuma orang saja yang lama.

Selain berbual-bual mengenai hal masing-masing, banyak juga perkara yang kami bincangkan. Untuk tahun 2008, kami harap kami dapat meneruskan usaha kami bagi mengumpul ahli-ahli baru dan lama. Beberapa agenda telah kami atur , namun ianya BIARLAH RAHSIA....Yang penting kita berusaha ke arah yang lebih baik dan cemerlang. Usaha dan berdoa serta bertawakal moga harapan menjadi kenyataan.

Pertemuan ini mengiringi nostalgia lalu yang kami lalui bersama. Bersengkang mata dan bertukar idea bagi merealisasikan harapan dan impian. Tawa kami bergema memenuhi ruang makan yang tidak seberapa besar bila ada cerita lucu yang meluncur dari Abang Long, Mesik dan Salmah.

Budi seperti biasa cool dan bersahaja. Ada saja usikan yang dikenakan pada Budi yang kian sibuk sekarang ini. Sesekali saya perhati pengunjung mencuri pandang ke arah kami yang ralit dan rancak berbual. Hemm..popular ke kami ni? Air minuman bertukar ganti sejuk dan panas tapi cerita tetap hangat dan tidak berhenti.

Harap-harap perancanganya biarlah berjaya, ibarat sinar mentari yang cerah hingga ke petang. Moga kerjsama yang erat akan sentiasa membawa kita ke mercu kejayaan. Namun jika hujan sekalipun biarlah ia menyejukkan panas yang membara.

Jam 3 petang kami beransur pulang tapi saya dan Salmah menuju ke destinasi seterusnya..apalagi kalau tidak ke Masjid India...window shopping saja. Akhir pertemuan kami berhenti rehat di Secret Recepi iaitu cadangan awal untuk ngeteh pagi tadi....

Jumpa lagi semua...

Ina




These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati