MOGA KAU MENGERTI - LILY HASLINA NASIR
Olahan Lily Haslina Nasir kali ini memang berbeza dari novel pertamanya bersama Alaf21, iaitu Epilog Cinta. MKM bercerita tentang realiti kehidupan. Mengupas kekeliruan pilihan yang selalu menjadi penasaran. Meniti percaturan hidup yang kadangkala tersasar dari landasan. Check mate!
Secara peribadi, menjelajahi MKM rasanya lebih santai dan tidak begitu mendera perasaan. Walaupun terdapat babak-babak meruntun naluri, namun ianya seimbang dengan dialog bersahaja dan lelucon sesama teman. Apatah lagi, aliran kata-kata yang adakalanya berpuitis, menambahkan lagi keasyikkan penjelajahan dunia percintaan Adeena. Pantun dua kerat yang merupakan pembuka setiap bab seolah-olah klu kepada pencarian harta karun. Membuatkan penjelahan semakin menyeronokkan. Teringat pula pada cerita ‘National Treasure’ lakonan Nicholas Cage.
Kalau EC, pembaca bebas membuat keputusan sendiri samada perhubungan Karmila dan Aidit berakhir dengan sebuah perkahwinan atau tidak; MKM pula lebih memuaskan hati dengan akhiran yang menarik. Antara Dr. Adib dan Kamali, siapa yang berjaya menggapai cinta telus Adeena? Apa muslihat Wani dan mengapa?
MKM juga mengajak wanita/isteri malang menyedari bahawasanya bantuan sentiasa ada untuk mereka. Mereka tidak keseorangan. Tidak sendirian. Ada pertubuhan perlindungan untuk mendapatkan bantuan. Keengganan mereka adakala mengelirukan. Namun tidak dinafikan, perasaan takut seringnya melebihi segalanya. Hatta kewarasan fikiran ada masanya merudum ke tahap sifar dek tekanan perasaan.
Pandangan masyarakat juga memainkan peranan. Lebih-lebih lagi, mereka yang teraniaya bimbang ditertawakan jika kelambu rumahtangga yang koyak diintai orang. Paling dikhuatiri, talipinggang dan tembok bisu nan berbisa menanti di rumah kalau aduan sampai ke telinga si dia. Siapa yang ada untuk membantu kala itu? Tidak dinafikan, ramai yang bersimpati. Malah ramai juga yang mencemuh. Mengapa harus ada anggapan negatif? Saya sendiri keliru. Adakala pening juga memikirkan keletah manusia. Dalam kasihan ada cemuhan. Jalan bahagia disuluhkan, serakah dendam menanti dihujungnya.
Wanita yang teraniaya, kesabaran dan ketabahan adalah dua perkara yang berbeza. Moga jiwa sentiasa cekal menghadapi ujianNYA. Setiap dugaanNYA menunjukkan kasih sayangNYA. Namun, jangan dibiarkan jiwa dan luka merana tanpa dirawat.
Paling menyedihkan, anak-anak turut menjadi mangsa. Pernah seorang warga emas berkata, perangai anak-anak menunjukkan peribadi kita. Rasanya ada benarnya kata-kata itu.
Lelaki yang possessif dan agresif memang payah kita hendak jumpa/lihat dengan mata kasar. Sebagai kawan mungkin dia seorang yang baik budi bahasa dan berhemah. Jadi bagaimana kita tahu sejauh mana keluhuran budi bahasa dan tingkah lakunya? Bagaimana kita melabelkan seseorang itu seorang yang penyayang dan penyantun? Pada lelaki yang mempunyai masalah cenderung mendera isteri/anak, hendaknya janganlah segan mendapatkan rawatan. Kiranya anda mengalami tekanan perasaan dek kerana personaliti yang mengelirukan @ split personality, hakislah perasaan segan, mintalah bantuan. Kasihanilah isteri dan anak yang dianiaya. Sesungguhnya kita semua berhak hidup dan merasa bahagia.
Bukankah dalam kehidupan ini, kita saling memerlukan? Malah sesudah diri dimasukkan ke liang lahad sekalipun, kita berharap agar keluarga dan teman-teman sentiasa mengingati.
Sebagaimana novel-novel penerbitan Alaf21 yang lain, MKM juga padat dengan segmen ilmu yang sangat berinfomatif. Secara tidak langsung, memberikan kita kefahaman yang lebih menyeluruh mengenai isu yang dikupas. Ia boleh juga digunakan sebagai rujukan bagi membantu yang memerlukan.
“Islam mengajar kaum lelaki dan wanita agar saling menyayangi dan mengasihani, lengkap-melengkapi dan bahawa lelaki dan wanita adalah pelindung antara satu dengan yang lainnya. Perkara ini merupakan salah satu landasan di dalam perhubungan antara lelaki dan wanita.
Keganasan yang berlaku dalam institusi keluarga bukanlah suatu urusan peribadi keluarga tersebut tetapi adalah merupakan suatu jenayah. Ikatan perkahwinan tidak memberi hak kepada seseorang untuk bertindak ganas terhadap pasangan atau ahli keluarganya.
Di dalam Islam, perhubungan suami isteri adalah harus dimulakan dengan kasih sayang dan perlu dengan persetujuan isteri. Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Janganlah kamu melontar dirimu kepada isteri seperti binatang. Haruslah ada, sebelum (kamu) bersama, pengantaraan pesanan di antara kamu dan dia (isteri).” Mereka bertanya; “Pesanan apakah itu Rasulullah?” Jawab Rasulullah; “Cumbuan.”.................petikan dari novel.
Sesungguhnya, Islam itu indah....
Salmah

BULAN BERBISIK - SHAMSIAH MOHD NOOR
Mengulas tentang novel 'Bulan Berbisik', kali ini penulisan Samsiah Mohd Noor lebih berbunga-bunga. Novel yang penuh dengan monolog dan jika ditelah dalam-dalam ada perkaitannya bunga-bunga bahasa diguna bagi menunjukkan inti Tafsir Al-Quran sendiri penuh seni dengan kalam ALLAH yang tersusun indah. Sesuatu yang kadang-kadang terlepas pandang dan terlepas fikir di akal atas setiap seni di muka bumi ini hingga ada yang menganggap penulis2 dan pujangga alam adalah seseorang yang suka berkhayal dan berangan-angan kosong.
Tak dinafikan bila penggunaan bahasa terlalu puitis, ia menyukarkan pemahaman bagi pembaca yang kurang asas seni sastera lalu menimbulkan kebosanan ditambah plot (jalan cerita) yang penuh dengan monolog. Bagi Dhia, ilmu dan rujukan yang menjadi intipati penulis adalah bonus untuk menutup rasa bosan yang menghurung. Setiap pembacaan yang dihadap seharusnya kita telan dari aspek pemikiran manusia yang kompleks. Tak semua penulis boleh memuaskan hati kita. Bila buku yang dibaca dapat disudahkan dan tidak ditinggalkan separuh jalan, barulah kita dapat menggulung kekurangan dan kelebihan untuk menilainya dari sudut positif dan negatif. Tiada yang sempurna dapat kita miliki tapi untuk memiliki yang sempurna haruslah kita sabar mencari.
Antara plot penceritaan 'Bulan Berbisik', penulis menampak keagresifan tulisan bila berani menyingkap masalah penentangan birokrasi terhadap perundangan negara dek ketidakpuasan pentadbiran. Memandangkan novel ini lebih menyingkap tentang pencarian diri yang hilang dalam norma kehidupan, plot-plot seperti ini punya kaitan peribadi walaupun sedikit menganggu klimaks asas 'Bulan Berbisik'. Pembaca boleh jadi bosan bila membaca monolog-monolog politik dan ekonomi namun akhirnya boleh jadi kagum dengan ilmu pengetahuan dan idea-idea penulis.
Satu yang menarik perhatian Dhia ialah apabila emosi antara marah meluap, sedih berpanjangan dan ketenangan perasaan watak utama 'Khadijah' dapat dirasai dengan gaya bahasa yang digunakan. Puisi-puisi Rabiah Al-Adawiyah dan email-email cinta yang terselit juga antara kekuatan novel 'Bulan Berbisik' dan Dhia pasti plot-plot terakhirnya pasti menyentuh hati pembaca semua.
DHIA
Puteri ~ Jan 08

One comment
Comment by azieazah on 9:21 AM
Selepas bertemu muka pertama dgn Shamsiah di Majlis Raya Alaf21 tahun lalu, saya terus membeli novel terbarunya Bulan Berbisik..
Tak terkata kagum dengan bahasanya, dan cerita seolah-olah luahan hati seorang isteri yang kehilangan sebahagian hak sebagai insan..
Post a Comment