Sudah agak lama saya tidak berbicara dengan kawan-kawan rapat di kelab. Maklumlah, kesibukan seakan tidak pernah memberi ruang untuk saya menatap walau sepincing ayat di blog apatah lagi bersua rakan-rakan yang sama-sama beraktiviti bersama kelab. Dan apabila peluang itu tiba, saya pergunakan untuk kembali bertamu.
5 Jan, Sabtu, 10.30 pagi , KL Central menjadi saksi pertemuan pertama rakan-rakan kelab Alaf21 untuk tahun baru 2008. Selain saya, ada Salmah (yang bersusah payah datang dari Singapura), Abang Long, Mersik dan juga Budi. Turut hadir ialah Rosha, salah seorang dari ahli penting kelab sedikit waktu dulu. Walau pun hanya seketika namun cukuplah untuk melepas kerinduan.
Selain berbual-bual mengenai hal masing-masing, banyak juga perkara yang kami bincangkan. Untuk tahun 2008, kami harap kami dapat meneruskan usaha kami bagi mengumpul ahli-ahli baru dan lama. Beberapa agenda telah kami atur , namun ianya BIARLAH RAHSIA....Yang penting kita berusaha ke arah yang lebih baik dan cemerlang. Usaha dan berdoa serta bertawakal moga harapan menjadi kenyataan.
Pertemuan ini mengiringi nostalgia lalu yang kami lalui bersama. Bersengkang mata dan bertukar idea bagi merealisasikan harapan dan impian. Tawa kami bergema memenuhi ruang makan yang tidak seberapa besar bila ada cerita lucu yang meluncur dari Abang Long, Mesik dan Salmah.
Budi seperti biasa cool dan bersahaja. Ada saja usikan yang dikenakan pada Budi yang kian sibuk sekarang ini. Sesekali saya perhati pengunjung mencuri pandang ke arah kami yang ralit dan rancak berbual. Hemm..popular ke kami ni? Air minuman bertukar ganti sejuk dan panas tapi cerita tetap hangat dan tidak berhenti.
Harap-harap perancanganya biarlah berjaya, ibarat sinar mentari yang cerah hingga ke petang. Moga kerjsama yang erat akan sentiasa membawa kita ke mercu kejayaan. Namun jika hujan sekalipun biarlah ia menyejukkan panas yang membara.
Jam 3 petang kami beransur pulang tapi saya dan Salmah menuju ke destinasi seterusnya..apalagi kalau tidak ke Masjid India...window shopping saja. Akhir pertemuan kami berhenti rehat di Secret Recepi iaitu cadangan awal untuk ngeteh pagi tadi....
Jumpa lagi semua...
Ina
4 comments
Comment by Anonymous on 1:08 PM
aku tergamam dan aku terkejut .... kenapa tak bagitau ada pertemuan ... alahhhhh ... tak kisahlah ... nak jumpa tu soang ke duo orang ke ... janji peminat novel berjumpa ...
Comment by Sri Diah on 10:56 PM
Eh, orang Singapura itu datang KL 5 January lalu? Kenapa senyap, tak bagi tau... Huwaaa....
Comment by Anonymous on 8:16 AM
betul lah... rasa terkilan gak... kenapa tak di war2 kan bertemu.... apapun just nak ucap Good Luck for everything yang dah dirancang... Moga dipermudahkan untuk mencapai dan merealisasikannya.. InsyaAllah.. AMIN.....
Comment by azieazah on 2:29 PM
Maaf, lama tidak menjengah blog, maka banyak program saya terlepas (tp kengkawan pun tidak pula ada yang sms)..
Apapun selamat maju jaya kepada Alaf21 Fan Club...
Post a Comment