Selepas melawat Karangkraf, rombongan kami mula bergerak ke Premis Alaf21 yang terletak di Seksyen 16. Jam menunjukkan kira-kira pukul 12.30 tgh hari.
Ketibaan kami di Alaf21 disambut mesra oleh Kak Wan Rohana. Melihat senyuman manisnya sudah cukup menggambarkan ketulusan hati beliau serta staff Alaf21 yang lain meraikan kami. Malah makan tengahari kami telah di taja oleh pihak ALAF21 sendiri di Karangkraf. Sedap tidak terkata. Tambah tak terkira. Terima kasih (daun keladi) banyak-banyak.
Setelah diberi ucapan ringkas darinya, kami dibawa ke bilik mesyuarat. Disitu kami diberi penerangan ringkas tentang ALAF21 oleh Pengarah Urusan sendiri iaitu Encik Norden Mohamed. Sesekali ia diisi dengan gurauan spontan beliau.
ALAF21 mempunyai wawasan yang seiring dengan kehendak masyarakat agar novel melayu boleh diangkat ke martabat lebih tinggi setanding dengan novel berbahasa Inggeris.
Sesi soal jawab memberi peluang pada peserta untuk mendapat penerangan lebih terperinci. Mudah-mudahan ada di kalangan peserta yang mempunyai bakat menulis dan mereka bakal menjadi perintis generasi kini.
Kemudian, kami naik ke atas meninjau-ninjau bahagian editorial dan grafik. Di situlah tempat editor membuat kerja, membelek manuskrip dan juga mengedit. Bersebelahan dengan bahagian editor ialah tempat dimana kulit buku direka iaitu bahagian grafik. Alaf21 mempunyai ramai tenaga kerja yang mahir dan kreatif dalam bidang masing-masing.
Ada kejutan dari pihak ALAF21 untuk kami rupanya. Selain Dhiya Zafira dan Laila Kamilia yang mengikuti kami semasa lawatan, kami juga diberi peluang untuk bertemu tiga lagi novelis lain iaitu Damya Hanna, Rose Harissa dan juga Hezzy Azra. Sudah pasti para peminat teruja bertemu dengan mereka semua.
Kami diberi peluang menemuramah novelis tersebut bagi mendapat sedikit sebanyak cara-cara mereka mencipta satu-satu karya. Mudah-mudahan setelah bertemu dan mendengar suara mereka para peserta berpuas hati dan pastinya akan menjadi tajuk bualan sesama teman.
( Ina (orang kuat kelab), tak ketinggalan bergambar dengan novelis seperti Rose Harissa, Hezzy Azra , Dhiya Zafira , Laila Kamilia dan Damya Hanna )
Akhir sekali adalah sesi membeli dan baca. Banyak juga buku-buku yang mereka borong apatah lagi kami mendapat potongan harga yang menarik. Sessi bergambar bersama novelis dan mendapatkan autograph mengakhiri lawatan kami.
Kami amat berterima kasih dan berbesar hati akan kesudian pihak ALAF21 menerima kedatangan kami yang berbagai kerenah dan sentiasa riuh itu. Diharap kita dapat bersua kembali bagi mengisi ilmu yang tidak habis ditimba.
Namun lawatan cawangan Ampang tidak habis di situ kerana kami singgah pula ke Masjid Biru dan Muzium Negeri. Bila lagi hendak kemari kan?
Ina
One comment
Comment by azieazah on 10:07 AM
Tahniah..
Moga xtvt sebegini berterusan dan lebih berjaya lagi..
Best juga dapat jumpa INA dn MERSIK di Bengkel Penulisan Sabtu lalu di National Library..
Post a Comment