Akhirnya setelah menanti begitu lama untuk menjejakkan kaki ke KarangKraf dan Alaf21, maka hari Rabu, 12 hb Mac yang lepas, tercapailah segala hasrat yang dihajatkan.
Cuaca sejuk di luar bergabung dengan hawa dingin dalam bas kadangkala menyentuh hingga ke tulang hitam. Kalaulah ada selimut…..Mungkin burung-burung juga terkejut melihat rombongan yang manis-manis belaka begitu ceria dan bersemangat yang sepatutnya masih berlingkar di atas katil. Maklumlah..cuti sekolah.

Pagi yang serba gerimis menemani kami meredah perjalanan yang tenang. Sebelum itu kami berkumpul dulu di tempat-tempat tertentu. Setelah memastikan para peserta ada dalam perut bas, baru kami bergerak menuju ke destinasi.
Lawatan kali ini lebih mengujakan dan meriah kerana terdiri pelbagai peringkat usia dari remaja hingga ke guru sekolah. Jumlah keseluruhan yang hadir termasuk rombongan dari Ampang adalah seramai 54 orang.
Saya wajib menjaga sebahagian anak-anak ini yang dipertanggungjawabkan kepada saya akan keselamatan mereka, oleh ibu bapa mereka. Kesesakan lalulintas sepanjang menuju ke Shah Alam membuat kami diburu resah. Sesekali Mersik dan Abang Long menelefon dan menghantar pesanan ringkas untuk mengetahui kedudukan kami.
Akhirnya kami sampai ke destinasi dengan selamat iaitu sekitar jam 8.45 pagi. Abang Long dengan payungnya (kerana hujan…) menanti kami dengan senyum lebar. Hmm... Abang Long kelihatan susut. Wajahnya cengkung. Kesihatan beliau memang tidak menentu kebelakangan ini. Saya doakan abang Long bertambah sihat. Bersama kami adalah peserta lain yang tiba lebih awal seperti Lihoon, Siti Ranzam, Aznieda, Norfazila dan Haslina. Rindu rasanya kerana sudah lama kami tidak bersua sejak Pasino 1 tahun lepas.
Dua orang novelis juga sudah siap sedia menunggu kami. Dhiya Zafira dan Laila Kamilia pun ikut turut serta memeriahkan lawatan.
Ketibaan rombongan cawangan Ampang memeriahkan suasana dengan gelagat para remaja yang riang dan ceria. Dalam pada itu kesempatan berkenal mesra dengan teman lain tidak dilepaskan, sudah pasti menambah koleksi sahabat. Ada-ada saja gelagat mereka yang sesekali mengundang mata untuk mengetahui. Saya sibuk meneliti kehadiran peserta dan menelefon mereka yang terlewat sedikit iaitu Roza, Romi dan Khamsiah.
Kehadiran kami disambut mesra oleh kakitangan Karangkraf . Perut yang lapar segera di isi dengan sarapan pagi yang menyelerakan. Teh mereka memang ada umphh! Tidak lama muncul kakitangan Alaf21 dan disusul pula oleh Encik Nordin sendiri. Rasa terharu dengan sambutan mereka yang meriah ini.
( En Hashim Anang sedang memberi ucapan. Kelihatan di sebelah kirinya Pn Sri Diah dan nun sibaju kemeja merah ( yg bukan pakai topi ) ialah Abang Long, presiden kelab Alaf21 FC )
Wakil Karangkraf iaitu En Hashim Anang memberi kata-kata aluan selain memperkenalkan sejarah penubuhan Karangkraf. Para peserta yang mendengar begitu kagum dan bangga dengan pencapaian syarikat penerbitan Bumiputra ini yang sudah pun bertapak lama menyaingi beberapa pelabur asing yang ada di sekitar Shah Alam.
Puan Sri Diah juga menyampaikan satu dua kata berupa nasihat kepada adik-adik yang sudi hadir memenuhi masa cuti sekolah mereka.
Kami dibawa melawat dan diberi penerangan dari satu sudut ke satu sudut yang lain oleh Cik Linda yang comel. Selain dari Cik Linda, En Nabil juga turut membantu. Beliau bersama-sama Cik Linda bertugas di bahagian Koprat dan seringkali membantu untuk aktiviti-aktiviti sebegini.
Selepas itu, kami dibawa melawat masuk ke bangunan karangkraf dan diberi penerangan dari satu sudut ke satu sudut yang lain dan diterangkan oleh Cik Linda. Sekali sekali, staff yang berada di situ juga membantu. Bermula dengan mencari berita, menulis, mencari gambar, mengeditnya hinggalah kepada proses seterusnya iaitu Bahagian Grafik.
Lagi satu kami perasan, semua dinding dan tiang-tiang didalam bangunan tersebut semuanya mempunyai warna yang berlainan. Menurut Cik Linda, itu untuk membezakan tiap-tiap bahagian dan supaya suasana kelihatan ceria dan gembira. Betul juga! Menurut kajian, warna memang memainkan peranan yang penting dalam menentuakan mood.

Di bahagian grafik, ramai peserta teruja dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut akan cara-cara adunan gambar yang bakal dimuatkan ke dalam majalah. Memang menarik sekali. Waktu tidak mengizinkan kami berlama-lama di situ. Agak lucu juga, kena kira untuk memanggil mereka keluar dan pergi ke seksyen lain. Tidak mengapa, ada waktu, kita mampir lagi untuk mendengar penjelasan mereka lebih mendalam.
Waktu lebih tertumpu di bahagian grafik dan semestinya pada para kartunis yang peramah dan lucu membuatkan para peserta khususnya adik-adik tak kering gusi. Tidak cukup di meja mereka, bersambung pula ke kantin untuk sesi fotograf dan autograph! Hemm…banyak betul kenangan mereka bawa.
Saya rasa fokus lebih pada kartunis kerana mereka begitu ceria dan mengundang kemesraan di kalangan peserta. Tak menang tangan kartunis Gayour dan Aan ‘aku budak baik’ melayan segala macam soalan dan kerenah peserta. Mereka bercerita tentang penerbitan majalah G3.
Tidak kurang mereka menyakat kartunis tersebut dan tidak kalah juga mereka mengusik peserta yang comel-comel belaka. Riuh rendah dibuatnya tapi memang menyeronokkan! Kaum adam tidak tinggal bertanya pada kartunis yang ‘low profile’ di belakang. Walau baru bertemu tapi sudah seperti wujud kemesraan yang lama di antara kami. Agaknya itulah peribadi luhur dari para kartunis yang sentiasa ceria dan mudah diajak berbincang.
Tidak ketinggalan kami dibawa melawat mesin-mesin pencetak. Suasana yang bising dengan bunyi enjin agak menyukarkan Cik Linda memberi penerangan pada semua. Apapun kami berpuas hati dapat melihat sendiri bagaimana proses pembuatan satu-satu majalah. Ia melibatkan kerjasama yang baik diantara semua pihak, daripada yang mendapatkan cerita sampailah kepada yang mencetak.
Suasana jadi riuh sebentar bila kami diberi majalah percuma. Sudah pasti para peserta teruja dan gembira.
Diakhir pertemuan, kami dijamu dengan makan tengahari yang ditaja oleh pihak ALAF21. Enak sekali menunya yang disulami dengan air teh O ais…leganyaa…
Agenda kami di Karangkraf tidak habis di situ. Atas budi baik Cik Linda, para kartunis dijemput bersama makan bersama-sama kami. Tidak sempat mereka makan, para peserta sudah mengerumuni bagi mendapatkan autograph sebagai tanda kenangan.
Riuh! Terpancar keseronokan dan kepuasan di wajah masing-masing. Sayang masa tidak mengizinkan kerana ada satu lagi tempat yang harus tidak boleh tidak mesti dikunjungi.
Ke mana lagi kalau tidak ke ALAF21. Lagipun, kerana kedatangan kami telah lama dinanti..
Sekalung terima kasih pada warga Karangkaraf yang berusaha melayan dan memberi yang terbaik pada kami. Segala jasa baik akan kami ingat sampai bila-bila. InsyaAllah kalau umur panjang, bolehlah kita berjumpa lagi.
Selepas ini…di ALAF21….tunggu….
Ina.
3 comments
Comment by LK on 10:15 PM
saya tumpang gembira melihat kegembiraan rombongan...tahniah pada alaf21fc atas penganjuran rombongan cik kiah yang meriah ni...
Comment by Unknown on 1:14 AM
amboi... sakan no!
Comment by azieazah on 10:46 AM
Wahhh seronok membaca pengalaman lawatan kawan2 ke Karangkraf..
Maaf tidak berkesempatan bersama, (wpun mendapat undangan thru email) termakasih..
Nampaknya ahli rombongan bertambah ramai (berbanding lawatan kali pertama dulu - bersama DJ Irwan Shah)
Semoga xtvt sebegini memberi faedah bersama dan mengeratkan lagi silaturrahim Ahli Kelab Peminat ALAF21..
Syabasss...!
Post a Comment