Archives

Komen pembaca tentang " Kau Tetap di Hati "

Salah seorang dari pembaca novel "Kau Tetap Di Hati - Liza Zahira " menuliskan komen berikut,

" Pada mulanya apabila melihat tajuk novel ini, saya berpendapat bahawa novel ini sama seperti novel-novel berkonsep CINTA seperti yang lain, lalu memasang niat tidak mahu membuang masa membacanya, tetapi saya tersilap.. "

Apa lagi katanya , sila klik ke blog beliau di ,

http://nurazzah8.blogspot.com/

Seorang lagi pembaca juga ada memberi komen mengenai novel yang sama. Sila layari...

http://fadilah-diyana.blogspot.com/

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Selamat Hari Jadi , Lily Haslina Nasir

Wah, nampaknya seorang lagi penulis Alaf21 menyambut hari jadinya pada hari ini. Bulan November ni memang ramai penulis sambut hari jadinya. Mungkin secara kebetulan hari lahir mereka jatuh pada bulan yang sama.

Dan hari ini giliran Lily Haslina Nasir pula menyambut hari jadinya.




Kami di Alaf21 FC mengambil kesempatan untuk mengucapkan

SELAMAT HARI JADI ,

buat Lily Haslina Nasir

Semoga dengan setahun pertambahan usia ini, beliau akan menjadi lebih-lebih matang dalam melungsuri hidup ini. Semoga beroleh rezeki yang melimpah, sejahtera kesihatan dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Tak lupa juga supaya laju dalam berkarya dan terus berjaya walau kesibukan sering melanda.

Khabar-khabarnya, dia sedang sibuk sekarang ini. Teramat-amat sibuk gituu. Entah apalah yang sedang dikerjakannya itu. Apa-apa pun, mari kita intai-intai ke blognya sambil wish Happy birthday untuknya. .

Mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Kuiz "Kau Tetap di Hati ' Liza Zahira.

Sempena pelancaran novel terbaru Liza Zahira iaitu, KAU TETAP DI HATI, maka satu peraduan kuiz akan di adakan untuk memberi peluang kepada anda semua memenangi hadiah-hadiah yang sangat menarik.

Cepat hantarkan penyertaan anda ke email yang tertera!

MENANGI HADIAH MENARIK



20 penyertaan paling awal akan menerima Baju T Liza Zahira

Hadiah Pertama: Wang Tunai RM300
Hadiah Kedua : Wang Tunai RM200
Hadiah Ketiga : Wang Tunai RM100
10 Hadiah Saguhati: Senaskah novel Liza Zahira (Pemenang boleh memilih salah satu novel Liza Zahira)

SOALAN-SOALANNYA:

1. Novel Kau Tetap Di Hati (KTH) merupakan novel Liza Zahira yang ke berapa?
2. Selain Malaysia, negara manakah yang menjadi latar cerita KTH?
3. Berikan nama anak-anak saudara Sophia dalam Kau tetap Di hati?
4. Bahtera Kasih (BK) merupakan novel ketiga Liza Zahira. Apakah nama kapal lanun yang menculik Carra Lina dalam novel tersebut?

5. Siapakah lelaki yang akhirnya menjadi pilihan Carra Lina dalam BK?

Lengkapkan kata-kata berikut (tidak lebih dari 20 patah perkataan).
Saya gemarkan novel-novel Liza Zahira kerana ……………………………..

Tuliskan Nama, No.kad pengenalan, Telefon dan Alamat berserta jawapan lengkap anda ke:

liza_ktd@yahoo.com dan cc ke
lizaali@karangkraf.com atau liza_zahira2@yahoo.com.my

TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA: 31 DISEMBER 2008

CEPAT! JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Hari Diabetes Sedunia.


Hari ini merupakan Hari Diabetes Sedunia. Mari kita ambil tahu serba sedikit tentang penyakit yang tergolong di antara pembunuh senyap ini.

Diebetes Melilitus atau kencing manis merupakan keadaan di mana terdapat glukos di dalam air kencing seseorang. Ini disebebkan glukos(gula) dalam darah tidak dapat dicernakan oleh badan disebabkan oleh sama ada kekurangan penghasilan insulin, kurang keberkesanan insulin, atau kedua-duanya sekali

Glukos yang berlebihan itu akan dikeluarkan bersama air kencing. Kencing manis boleh menyebabkan masalah lain dan kematian, bagaimanpun pengidap kencing manis boleh mengambil langkah-langkah untuk mengawal atau mengurangkan risiko masalah sampingan.

Malaysia telah dikelaskan sebagai negara keempat tertinggi di Asia yang mempunyai pengidap kencing manis. Berdasarkan perangkaan Institit Diabetes Antarabangsa , pesakit kencing manis di Malaysia juga dijangka meningkat daripada 800,000 orang pada tahun lepas kepada 1.3 juta orang menjelang tahun 2010.

Memandangkan jumlah pengidap kencing manis sentiasa bertambah saban tahun, amatlah perlu bagi rakyat Malaysia untuk mengubah tabiat permakanan agar kencing manis dapat dibendung. Ini termasuk diri anda sendiri.

Maka dengan itu, dalam pada kita sibuk menjalani rutin kehidupan yang serba mencabar ini, eloklah kita luangkan masa menantau sedikit apa yang kita makan hari-hari dan kesihatan kita sebaik mungkin. Dalam zaman sekarang ni, penyakit tak kenal usia, termasuklah juga kencing manis ini. Kalau dah kena, susah jadinya. Merana dibuatnya. Seperti kata orang, mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Jadi, beringatlah,

Biar kita senyum manis, jangan makan yang manis-manis.

Sumber dari:

http://www.geocities.com/alam_penyakit/PenyakitKencingManisApaItu.htm

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Majlis pelancaran Novel Tika Rindu berlalu dan Saat kau hadir…

Dalam kesibukan seharian yang tidak bertepi, saya hampir-hampir terlupa akan majlis yang dihadiri pada beberapa minggu yang lepas. Bertempat di Pizza Hut, Maju Junction Mall, KL, saya telah dijemput untuk ke majlis pelancaran dua novel terbaru dari Alaf21 iaitu Tika Rindu Berlagu – Lily Suriani dan juga Saat Kau Hadir – Laila Kamilia.

Oleh kerana Laila Kamilia berada di Berlin buat masa ini, maka hanya Lily Suriani saja yang hadir. Turut sama memeriahkan suasana adalah teman-teman penulis seperti Lynn Dayana, Norzailina Nordin, Eka Fahara, Shanika Latisya, Bikash Nur Idris. Tetamu lain adalah dari kalangan blogger, kelab msjbox , Putra FM, gengkicap dan lain-lain lagi.

Eka Fahara selalu pengacara majlis menjalankan tugas dengan baik dan memastikan majlis berjalan dengan lancar. Dia juga turut membantu untuk membuat persiapan bersama teman-teman penulis lain, sehari sebelum majlis bermula. Walaupun penat, namun hati puas.

Dalam majlis itu juga, Lynn dayana turut membacakan teks ucapan yang dikirim oleh Laila Kamilia yang jauh di rantauan. Walaupun jauh beribu batu, namun Laila tetap dihati kami semua. Apatah lagi buku terbarunya pun sudah memasuki pasaran. Bolehlah mengubat kerinduan perminat semua.

Majlis ini tidak lengkap kalau tak ada goodie bag, cabutan bertuah selain pizza yang beraneka rasa. Memang meriah sekali. Kenyang perut kami makan.

Tak lupa juga, hadiah untuk pemenang kuiz Tika Rindu Berlalu yang diiklankan di Putra FM. Dua orang students dari UPM berasa gembira mendapat penghargaan ini.

Pada pendapat saya, majlis sebegini memang sangat bagus dan kalau boleh, diteruskan di masa-masa akan datang. Bukan selalu kita dapat bertemu dengan teman-teman. Selain dari itu, ia juga dilihat sebagai promosi kecil untuk memperkenalkan produk terbaru dari penulis sekelian.

Walau pun teknologi IT sudah berkembang maju sejajar dengan dunia maya yang memudahkan kita, sekali sekali perlu juga “keluar“ untuk bertemu teman-teman, berbual-bual selain bertukar-tukar cerita.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih daun keladi kepada Lily Suriani dan Laila Kamilia kerana sudi menjemput kelab Alaf21 FC di majlis ini. Semoga buku kalian mendapat sambutan yang menggalakkan dan diterima ramai.

Saksikan juga rakaman video dari Laila Kamilia yang memperkatakan tentang novel terbarunya , Saat kau hadir , klik link di bawah,




Mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Anak saudara Alaf21 FC

Akhirnya, setelah lama menanti, barulah kami berpeluang untuk menatap gambar anak saudara kami yang baru ini. Oh, namanya, Nur Alisha Mohamad Nazri. Lahir pada lahir 29.10.2008 jam 6.04 petang dengan berat 3.0 kg. Tengoklah gambar-gambarnya yang sihat dan cute ni.

Ini adalah baby kepada Zarina atau Ina, salah seorang dari tenaga penggerak Alaf21 FC yang paling aktif. Selain dari itu, dia juga rajin mengulas novel.


Sebelum bersalin, dalam keadaan sarat pun dia masih lagi sempat untuk memeriahkan majlis yang melibatkan perbincangan mengenai kelab termasuk pelancaran-pelancaran novel atau aktiviti makan-makan sekalipun. Respect habis kat dia!

Sekarang ini, tengah waktu berpantanglah gamaknya. Apa-apa pun, kami sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Ina diatas kelahiran puteri yang baru itu.



Semoga kehadiran si comel ini akan lebih memberi berkat pada keluarganya selain memeriahkan suasana dengan derai tangisan dan hilai tawanya.

Jaga diri baik-baik…



Mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Selamat Hari Jadi , Nia Azalea...

Kali ini giliran seorang lagi penulis Alaf21 untuk menyambut hari jadinya pada hari ini.
Ya, dia yang di maksudkan ialah, Nia Azalea ! Beliau sudah lama berada di Sheffield , UK kerana menyambung pengajiannya.


Walau bagaimana pun, kami di Alaf21 mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

Selamat Hari Jadi ,
buat Nia Azalea.

Walau pun jauh di rantauan, kami doakan supaya beliau tabah dalam menghadapi dugaan belajar dan menempuh hidup di rantauan sana. Juga supaya diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan tercapai segala hasrat dan cita-citanya.
Mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Selamat Hari Jadi , Dhiya Zafira...

Wah, hari ini adalah hari jadi salah seorang dari penulis Alaf21.



Kami di Alaf21 FC ingin mengucapkan


Selamat Hari Jadi ,


buat novelis Dhiya Zafira, yang jatuhnya pada hari ini.


Semoga beliau akan panjang umur, dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan dan sukses dalam kerjaya.

Tak lupa juga supaya dikurniakan idea yang melimpah ruah dan dapat menghasilkan karya-karya yang mantap di masa-masa akan datang. Teruskan berkarya.


Mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Pesta Buku Alaf21, GEMPAK!

Gempak! Ya itulah kalimah yang paling tepat sekali boleh saya sebutkan apabila mengingati saat Alaf21 mengadakan jualan buku pada hujung minggu yang lepas. Oleh kerana ini bukan kali pertama Alaf21 mengadakan jualan yang sedemikan, maka promosi awal di dada-dada akhbar, laman web , dan lain-lain medium memang amat dinantikan oleh para peminat semua.


Dan terbukti, pada tiga hari jualan buku di adakan, para pengunjung datang tidak henti-henti dan bertali arus. Dari seawal pagi sampailah ke petang, ada saja orang yang memenuhi lobby, kedai serta khemah yang didirikan di luar. Sampai jadi jem gitu…

Buku-buku yang beraneka jenis yang dijual dengan harga diskaun 30% adalah sangat berpatutkan. Hinggakan ada pengunjung yang membawa senarai seperti hendak bershoppping di Mall gayanya. Merenung dan membelek setiap rak-rak yang ada. Mereka mencari buku-buku dari penulis idola mereka, buku resepi, motivasi, agama dan kanak-kanak. Buku-buku yang panas-panas, baru siap dicetak dari kilang pun turut mendapat sambutan.
Ada yang datang membawa anak kecil, bersendirian, bersama keluarga atau dengan teman-teman saja. Dekat dan jauh, walaupun sesat dan berpusing-pusing di serata roundabout di Shah Alam ini, mereka tidak kisah… asalkan dapat buku-buku yang dihajatkan, itu sudah cukup membuat senyuman bertambah lebar, walau jenuh bahu dan tangan menjinjit beg-beg plastik yang sarat. Asalkan hati puas.

Saya yang datang menjengok ke sana pada petang Sabtu dan pagi Ahad, memang rasa terkejut melihatkan sambutan yang diberikan. Seperti tidak muat rasanya kedai buku Alaf21 ini, disesakkan oleh para pencinta buku yang datang. Mengalahkan Pesta Buku Antarabangsa di PWTC pula.

Unit langganan pun turut bertungkus lumus membantu mencarikan buku-buku untuk pelanggan. Kaunter pembayarannya juga effisient dan cepat. Pengurus Besar Alaf21 sendiri, En. Norden Mohammad juga turut turun padang, sama-sama membantu melancarkan perjalanan pesta buku tersebut.

Dan, tentu tidak meriah Pesta buku Alaf21 tanpa kehadiran penulis-penulisnya. Untuk pesta kali ini, Shanika Latisya, Murini Aqila dan Ramlee Awang Murshid menjadi kumpulan pertama bertemu pengunjung pada hari Jumaat.

Saya sendiri bertemu Hezzy Azra dan Emma Maizurah pada hari Sabtu dan hari Ahadnya pula, ada Hezzy Azra, Dhiya Zafira serta Lynn Dayana. Saya pun tidak sempat untuk bertemu semua penulis. Pada pengunjung yang sempat beramah mesra dengan mereka, tentu berasa sangat seronok. Apatah lagi bila mereka menurunkan tanda tangan di buku anda.

Apa-apa pun, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Alaf21 kerana mengadakan jualan seperti ini yang mana memberi peluang kepada pembaca untuk mendapatkan buku-buku dengan harga yang murah. Apatah lagi dapat pergi pada cuti hujung minggu. Semoga sambutannya akan lebih meriah di masa-masa akan datang.

Hidup Alaf21...

Mersik

* Teringatkan Air Sirap dan balang-balang kerepek di khemah luar. Kalau dah mengadap, asyik jadinya hik hik..



Nota : Sekitar majlis yang sama dari laman web Alaf21 , sila layari...


http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/pestabuku%20&%20pameran/pestabualaf_dis08/default.html


http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/pestabuku%20&%20pameran/pestabualaf_dis08/default2.html


http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/BERITA%20UMUM/Pesta%20Buku%20Alaf%20Nov08/PESTA%20BUKU%20ALAFNOV80.html

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Selamat Hari Jadi, Ramlee Awang Murshid


Kami di Alaf21 FC ingin mengucapkan,
Selamat Hari Jadi ,
buat novelis thriller No 1 Malaysia, tidak lain, tidak bukan ialah Ramlee Awang Murshid , yang jatuh pada hari ini.

Semoga dengan setahun pertambahan usia ini, beliau akan terus dimurahkan rezeki, dilimpahi kesihatan yang baik dan sukses dalam kerjaya.
Tak lupa juga supaya beliau dikurniakan idea dan semangat yang berterusan dalam menulis novel-novel thriller yang lebih menyengat, mantap, berkesan, hebat dan "bestsellers" di masa-masa akan datang.
Hidup RAM !

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Jem...

Ish...ish... ingatkan kat jalanraya je ada jem. Kat sini pun ada. Waaa.. macam mana nak masuk beli buku ni?

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Oh, Kak Anis Ayuni... Yu huuu...


Dalam pada sibuk mengadap makanan yang enak-enak berserta cendol yang menyejukkan selera di jamuan Alaf21 baru-baru ini, tiba-tiba mata saya ternampak kelibat seorang novelis yang sudah lama menyepikan diri. Tanpa membuang masa, terus saya melambai-lambai ke arahnya.

“Uii.. Kak Anis.. uii..!“ Bersungguh saya menyapanya dari jauh.
Hinggalah akhirnya dapat juga kami duduk semeja. Soalan pertama yang tidak dapat ditahan mau ditanya ialah, "Akak , kenapalah lama menyepi tanpa berita, senyap saja, blog pun tak berkemas kini, bersawang-sawang jadinya,“ tutur saya sambil melekek ketawa.
Kak Anis senyum saja. Sambil-sambil dia menjamu selera, dia pun mula bercerita akan kesibukannya selama ini hingga jadi terangguk-angguk saya dibuatnya.

“Ni sekarang budak-budak nak periksa, lepas tu pergi kursus. Balik kursus ada kursus lagi. Sampaikan raya pun tak sempat akak nak bercuti panjang. Hujung minggu pun penuh dan padat.“

Demikan antara tahap kesibukan yang disebutkan oleh penulis kita Anis Ayuni ni. Maklumlah, kerjaya sebagai guru ini menuntut pengorbanan dan masa yang bukan sedikit. Kalau murid-murid bercuti sekolah sekali pun, guru tetap bertugas, menanda kertas soalan, menyiapkan silibus, ko-korikulum, kem pelajar, merangka aktiviti sekolah dan macam-macam lagi. Memang sibuk ya amat.

Apa nak buat ye kak Anis? Dah memang tugas. Walau bagaimana pun, dalam kesibukan kerjaya yang menyentak-nyentak, tentu kak Anis sempat juga mencuri-curi masa mengadap manuskrip terbarunya. Tentu ada buku yang akan keluar selepas Seribu Kali Sayang. Tapi tak tahulah bila. Peminat semua dah menunggu tuu.

Apa-apa pun, kita tunggulah saja ya. Buat Kak Anis Ayuni, semoga terus sukses dalam menghadapi rutin seharian dengan hati yang girang dan ceria.

Mersik.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Sekitar Majlis Rumah Terbuka Alaf21


Diam tak diam, Syawal kini sudah beberapa hari berlau meninggalkan kita. Terasa cepat sungguh masa berlalu. Dalam pada kita masih lagi merasai kemeriahan Aidilfitri dan kesegaran suasa kunjung mengunjung, tanpa di sedari masa telah jauh meninggalkan kita.

Saya teringat sewaktu berkunjung ke Majlis Rumah terbuka Alaf21 pada dua minggu yang lepas. Terima kasih sekali lagi kepada pihak Alaf21 kerana tidak jemu-jemu menjemput kami di Alaf21 FC. Maaflah, kerana baru kali ni sempat nak bercerita. Macam sibuk gitu dengan aktiviti di hujung-hujung Syawal yang lalu.

Memang meriah sekali kenangan itu. Saya yang sampai hampir jam 1 tengah hari melihat khemah Alaf21 sudahpun penuh dengan para tetamu. Tetamu yang terdiri dari para jemputan khas, penulis, pelanggan tetap, pengedar/ejen dan beberapa kakitangan Karangkraf dan sekutunya berserta kaum keluarga nampak sungguh gembira sekali.

Lagu-lagu raya yang diputarkan juga menggamit rasa menjadikan suasana jadi ceria. Di tambah pula dengan staff Alaf21 sendiri yang berpakaian baju melayu yang berwarna warni.
Makanan yang disajikan juga tidak kurang hebatnya. Macam-macam ada! Antara menunya, sate dan nasi Pilaf sebagai penyeri selera di majlis berkenaan. Rendang ayam dan beraneka jenis kuih juga terasa sukar untuk ditolak. Van Cendol Pak Akop juga ada di sana untuk menyegarkan tekak selain minuman sejuk yang disediakan.

Ramai juga penulis yang hadir. Antara yang saya temui adalah Aisya Sofea, Meen Zulaikha, Anis Ayuni, Damya Hanna, Lily Haslina Nasir, Lily Suriani, Eka Fahara, Sri Diah, Rose Harrisa, Bikash Nur Idris, Durra Fatiha, Hani Fazuha, Aleeya Aneesa, Haiza Najwa, Richie Rachman, Dr HM Tuah, Intan Arnida dan ramai lagi.

Cuaca pun agak cerah dengan angin sepoi-sepoi membuatkan hati jadi sukar untuk meninggalkan majlis itu. Saya sendiri duduk melepak lama di situ, berborak –borak sampai tak sedar, khemah dan kerusi sudah nak dikemas-kemas.

Layanan mesra sekelian staff Alaf21 juga begitu menyenangkan hati. Terasa seperti sebahagian dari keluarga yang bahagia. En. Norden sendiri selaku Pengurus Besar Alaf21 turut sibuk melayan tetamu yang hadir.

Sekali lagi, kamu ucapkan terima kasih ( daun keladi ) buat Alaf21.
InsyaAllah ada rezeki, jumpa lagi di tahun hadapan.
Mersik..

Dibawah pula, adalah ucapan penghargaan dari Presiden Kelab Alaf21 FC sendiri.

Syukur Alhamdulillah. Sekali lagi pihak Kelab Peminat Novel ALAF 21, telah memenuhi jemputan ke rumah terbuka sempena Aidilfitri oleh ALAF 21 Sendirian Berhad.

Walaupun kali ini, ahli kelab yang hadir tidak ramai, namun kemeriahan tetap berterusan di majlis tersebut. Kelihatan muka - muka baru, penulis dan novelis ALAF 21, bergabung dengan wajah - wajah novelis veteran dan prolifik. Terasa rencam, seumpama pelbagai genre dalam penulisan mereka.

Bila novelis telah berkumpul, tentu ada sahaja yang dibual bicarakan. Tak kering gusi dibuatnya. Apatah lagi dengan penampilan oleh beberapa orang novelis yang terkenal dengan gaya bersahaja, tetapi ada juga novelis yang 'control macho'.

Dikesempatan seperti inilah, abang long dapat beramah mesra dengan staff ALAF 21, Karangkraf, serta pelbagai pihak yang sering berurusan dengan syarikat yang gah dipersada penerbitan ini.

Sewajarnya, majlis seperti inilah yang telah diambil kesempatan sebaik mungkin oleh novelis untuk beramah mesra, maklumlah, bukan mudah untuk menyatukan mereka dan berkumpul beramai - ramai dan membuat 'havoc'.

Kali ini, kelihatan agak gah bilamana van cendol didatangkan khas untuk jemputan majlis rumah terbuka. Rasanya, dilain kesempatan pihak ALAF buat buat stail gerai pula. Dan setiap gerai dikawal selia oleh staff ALAF 21 dan Karangkraf.

Seperkara yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa jua. Bilamana, staff ALAF 21, dalam apa jua urusan dan dalam apa jua majlis dan aktiviti, kelihatan mereka setiasa ceria dan sentiasa kelihatan ramah mesra ... MESRA PELANGGAN. Ya, motto yang berjaya diterapkan dalam organisasi.

Dan yang paling mengesankan ialah, dimana setiap jemputan diberikan sekeping sampul surat. Abang long sangkakan, mungkin kali ini ALAF 21 bermurah hati hendak memberikan duit raya.. Oh, tidak. Rupa - rupanya, isinya adalah yang jauh lebih berharga dan tidak ternilai. Dimana setiap jemputan diberikan penghargaan. Dengan penghargaan berupa sebuah pelekat yang tertulis:

VERY IMPORTANT PEMBACA.

Membawa maksud, setiap PEMBACA adalah TERLALU PENTING dan sentiasa DIHARGAI.

TERIMA KASIH kepada ALAF 21. Khususnya kepada Encik Norden, Kak Wan, Kak Sa'adiah, Ruby, Molee dan seluruh staff ALAF 21 Sendirian Berhad..

Semoga ALAF 21 akan terus berkembang dan SUKSES !!!

Presiden ALAF 21 FC.

Abang Long.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati