Dalam pada sibuk mengadap makanan yang enak-enak berserta cendol yang menyejukkan selera di jamuan Alaf21 baru-baru ini, tiba-tiba mata saya ternampak kelibat seorang novelis yang sudah lama menyepikan diri. Tanpa membuang masa, terus saya melambai-lambai ke arahnya.

“Uii.. Kak Anis.. uii..!“ Bersungguh saya menyapanya dari jauh.
Hinggalah akhirnya dapat juga kami duduk semeja. Soalan pertama yang tidak dapat ditahan mau ditanya ialah, "Akak , kenapalah lama menyepi tanpa berita, senyap saja, blog pun tak berkemas kini, bersawang-sawang jadinya,“ tutur saya sambil melekek ketawa.
Kak Anis senyum saja. Sambil-sambil dia menjamu selera, dia pun mula bercerita akan kesibukannya selama ini hingga jadi terangguk-angguk saya dibuatnya.

“Ni sekarang budak-budak nak periksa, lepas tu pergi kursus. Balik kursus ada kursus lagi. Sampaikan raya pun tak sempat akak nak bercuti panjang. Hujung minggu pun penuh dan padat.“

Demikan antara tahap kesibukan yang disebutkan oleh penulis kita Anis Ayuni ni. Maklumlah, kerjaya sebagai guru ini menuntut pengorbanan dan masa yang bukan sedikit. Kalau murid-murid bercuti sekolah sekali pun, guru tetap bertugas, menanda kertas soalan, menyiapkan silibus, ko-korikulum, kem pelajar, merangka aktiviti sekolah dan macam-macam lagi. Memang sibuk ya amat.

Apa nak buat ye kak Anis? Dah memang tugas. Walau bagaimana pun, dalam kesibukan kerjaya yang menyentak-nyentak, tentu kak Anis sempat juga mencuri-curi masa mengadap manuskrip terbarunya. Tentu ada buku yang akan keluar selepas Seribu Kali Sayang. Tapi tak tahulah bila. Peminat semua dah menunggu tuu.

Apa-apa pun, kita tunggulah saja ya. Buat Kak Anis Ayuni, semoga terus sukses dalam menghadapi rutin seharian dengan hati yang girang dan ceria.

Mersik.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati