Diam tak diam, Syawal kini sudah beberapa hari berlau meninggalkan kita. Terasa cepat sungguh masa berlalu. Dalam pada kita masih lagi merasai kemeriahan Aidilfitri dan kesegaran suasa kunjung mengunjung, tanpa di sedari masa telah jauh meninggalkan kita.

Saya teringat sewaktu berkunjung ke Majlis Rumah terbuka Alaf21 pada dua minggu yang lepas. Terima kasih sekali lagi kepada pihak Alaf21 kerana tidak jemu-jemu menjemput kami di Alaf21 FC. Maaflah, kerana baru kali ni sempat nak bercerita. Macam sibuk gitu dengan aktiviti di hujung-hujung Syawal yang lalu.

Memang meriah sekali kenangan itu. Saya yang sampai hampir jam 1 tengah hari melihat khemah Alaf21 sudahpun penuh dengan para tetamu. Tetamu yang terdiri dari para jemputan khas, penulis, pelanggan tetap, pengedar/ejen dan beberapa kakitangan Karangkraf dan sekutunya berserta kaum keluarga nampak sungguh gembira sekali.

Lagu-lagu raya yang diputarkan juga menggamit rasa menjadikan suasana jadi ceria. Di tambah pula dengan staff Alaf21 sendiri yang berpakaian baju melayu yang berwarna warni.
Makanan yang disajikan juga tidak kurang hebatnya. Macam-macam ada! Antara menunya, sate dan nasi Pilaf sebagai penyeri selera di majlis berkenaan. Rendang ayam dan beraneka jenis kuih juga terasa sukar untuk ditolak. Van Cendol Pak Akop juga ada di sana untuk menyegarkan tekak selain minuman sejuk yang disediakan.

Ramai juga penulis yang hadir. Antara yang saya temui adalah Aisya Sofea, Meen Zulaikha, Anis Ayuni, Damya Hanna, Lily Haslina Nasir, Lily Suriani, Eka Fahara, Sri Diah, Rose Harrisa, Bikash Nur Idris, Durra Fatiha, Hani Fazuha, Aleeya Aneesa, Haiza Najwa, Richie Rachman, Dr HM Tuah, Intan Arnida dan ramai lagi.

Cuaca pun agak cerah dengan angin sepoi-sepoi membuatkan hati jadi sukar untuk meninggalkan majlis itu. Saya sendiri duduk melepak lama di situ, berborak –borak sampai tak sedar, khemah dan kerusi sudah nak dikemas-kemas.

Layanan mesra sekelian staff Alaf21 juga begitu menyenangkan hati. Terasa seperti sebahagian dari keluarga yang bahagia. En. Norden sendiri selaku Pengurus Besar Alaf21 turut sibuk melayan tetamu yang hadir.

Sekali lagi, kamu ucapkan terima kasih ( daun keladi ) buat Alaf21.
InsyaAllah ada rezeki, jumpa lagi di tahun hadapan.
Mersik..

Dibawah pula, adalah ucapan penghargaan dari Presiden Kelab Alaf21 FC sendiri.

Syukur Alhamdulillah. Sekali lagi pihak Kelab Peminat Novel ALAF 21, telah memenuhi jemputan ke rumah terbuka sempena Aidilfitri oleh ALAF 21 Sendirian Berhad.

Walaupun kali ini, ahli kelab yang hadir tidak ramai, namun kemeriahan tetap berterusan di majlis tersebut. Kelihatan muka - muka baru, penulis dan novelis ALAF 21, bergabung dengan wajah - wajah novelis veteran dan prolifik. Terasa rencam, seumpama pelbagai genre dalam penulisan mereka.

Bila novelis telah berkumpul, tentu ada sahaja yang dibual bicarakan. Tak kering gusi dibuatnya. Apatah lagi dengan penampilan oleh beberapa orang novelis yang terkenal dengan gaya bersahaja, tetapi ada juga novelis yang 'control macho'.

Dikesempatan seperti inilah, abang long dapat beramah mesra dengan staff ALAF 21, Karangkraf, serta pelbagai pihak yang sering berurusan dengan syarikat yang gah dipersada penerbitan ini.

Sewajarnya, majlis seperti inilah yang telah diambil kesempatan sebaik mungkin oleh novelis untuk beramah mesra, maklumlah, bukan mudah untuk menyatukan mereka dan berkumpul beramai - ramai dan membuat 'havoc'.

Kali ini, kelihatan agak gah bilamana van cendol didatangkan khas untuk jemputan majlis rumah terbuka. Rasanya, dilain kesempatan pihak ALAF buat buat stail gerai pula. Dan setiap gerai dikawal selia oleh staff ALAF 21 dan Karangkraf.

Seperkara yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa jua. Bilamana, staff ALAF 21, dalam apa jua urusan dan dalam apa jua majlis dan aktiviti, kelihatan mereka setiasa ceria dan sentiasa kelihatan ramah mesra ... MESRA PELANGGAN. Ya, motto yang berjaya diterapkan dalam organisasi.

Dan yang paling mengesankan ialah, dimana setiap jemputan diberikan sekeping sampul surat. Abang long sangkakan, mungkin kali ini ALAF 21 bermurah hati hendak memberikan duit raya.. Oh, tidak. Rupa - rupanya, isinya adalah yang jauh lebih berharga dan tidak ternilai. Dimana setiap jemputan diberikan penghargaan. Dengan penghargaan berupa sebuah pelekat yang tertulis:

VERY IMPORTANT PEMBACA.

Membawa maksud, setiap PEMBACA adalah TERLALU PENTING dan sentiasa DIHARGAI.

TERIMA KASIH kepada ALAF 21. Khususnya kepada Encik Norden, Kak Wan, Kak Sa'adiah, Ruby, Molee dan seluruh staff ALAF 21 Sendirian Berhad..

Semoga ALAF 21 akan terus berkembang dan SUKSES !!!

Presiden ALAF 21 FC.

Abang Long.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati