Archives

Sekitar Persidangan Kebangsaan Kesasteraan Remaja 2008

KARYA SASTERA BELUM HEBAT DAN BERKUALITI

KESUSASTERAAN remaja seharusnya dipandang serius oleh pengarang, penerbit dan para pengkaji. Ini adalah kerana, khalayak pembaca amat dahagakan karya sastera yang hebat dan berkualiti. Namun, sehingga kini karya tersebut masih berada di tahap yang tidak membarangsangkan.
Seterusnya ;

http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/BERITA%20UMUM/sidang%20sastera%20dis08/default.html

DI ANTARA SENI DAN WANG

MENYEIMBANGKAN tuntutan komersial dan estetika dalam penerbitan novel. Pembentangan Norden Mohamed, Pengurus Besar ALAF 21 di PERSIDANGAN KEBANGSAAN KESUSASTERAAN REMAJA 2008, di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 24 Disember 2008.

Seterusnya, sila klik ,
http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/BERITA%20UMUM/kertas%20kerja%20usm/default.html

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430...

Kami ( di Alaf21 FC ) ucapkan..

Semoga dengan kehadiran tahun baru ini , sekalian pengunjung akan lebih bertambah keberkatan dalam hidup, berlipat ganda amal ibadatnya dan sejahtera di dunia dan juga akhirat.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Derita peminat tegar Alaf21

Petang semalam (23/12/2008), Abang Long telah bertemu dengan seorang AHLI Kelab yang juga peminat tegar novel ALAF 21 dan pelanggan setia majalah terbitan Karangkraf.

Pertemuan yang berlangsung di Restoran Pelita, Bangunan Masalam, Shah Alam, dikesempatan waktu rehat telah berlangsung hampir satu jam.

Sebenarnya, Abang long telah mengatur pertemuan itu untuk mengetahui kisah sebenar dan keseluruhan peristiwa yang terjadi. Dimana Puan Roziah baru sahaja berpindah ke Terengganu, malang sungguh nasib yang menimpa dimana rumah baru yang diduduki telah ditenggelami banjir.

Dalam emel awal yang dikirimkan kepada pihak kelab. Puan Roziah telah melahirkan kesedihan yang teramat sangat. Bukan sahaja perabut didalam rumah telah musnah. Bahkan, kata beliau novel - novel dan majalah terbitan Karangkraf yang menjadi HARTA yang paling disayangi beliau juga turut rosak dan musnah.

HARTA berupa novel - novel terbitan ALAF 21 dan majalah - majalah terbitan Karangkraf, telah dibeli secara borong di Shah Alam dan di pejabat ALAF 21. Dan jumlahnya mencecah ribuan ringgit. Kerana menurut Puan Roziah. Sukar untuk mendapatkan novel di Terengganu, khususnya ditempat tinggal beliau yang baru. Menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk BORONG disini.

Dalam nada sayu, Puan Roziah menyatakan bahawa yang lebih hiba apabila ada diantara novel - novel yang diborong itu, masih belum dibuka sampul plastiknya!
Sungguh memilukan juga, apabila majalah - majalah terbitan Karangkraf yang telah dijadikan koleksi selama bertahun - tahun lamanya, turut musnah.

Abang Long hanya mampu mendengar keluhan Puan Roziah, sambil mata menatap gambar foto kemusnahan HARTA, Puan Roziah yang diberikan sewaktu berlangsungnya pertemuan itu.

Kesengsaraan Puan Roziah ditambah lagi dengan suaminya yang baru pulih setelah menjalani pembedahan akibat ketumbuhan dibahagian kepala.

Bagi pihak Kelab Peminat Novel ALAF 21, kami mengucapkan takziah atas apa yang berlaku.

Kepada Puan Roziah dan keluarga. Pihak Kelab berharap agar beliau tabah menghadapi ujian dan musibah ini.

Abang Long

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Bertemu novelis di Pesta buku Pulau Pinang , HARI INI dan ESOK.



HARI INI , ( 19 Dec, Jumaat ), kalau anda semua ada kelapangan , silalah berkunjung ke Pesta Buku Pulau Pinang ( Perpustakaan Negeri Seberang Perai ) untuk bertemu dengan novelis Emma Maizura , Damya Hanna , Hezzy Azra dan Hasreeyati Ramli. Pastikan anda mendapat tanda tangan untuk novel-novel terbaru dari mereka semua.

ESOK pula ( 20 Dec, Sabtu ) , mereka akan berada di Penang International Sports Arena.

Jom serbu mereka !

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Pencarian Keris Nanggroe Seorang Laksamana

Kelab RAM akan menganjurkan satu Treasure Hunt , bertempat di Wetland Putrajaya pada 25 Disember 2008.
Kepada yang berminat, sila kirimkan Nama, No. telefon dan keahlian ( jika ada )
Bayaran sebanyak RM 20 untuk 1 kumpulan terdiri daripada 2 orang.
Untuk keterangan lanjut , hubungi
Elle - 012 3069 604

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Selamat hari jadi...

Selamat Hari Jadi , diucapkan.... kepada satu-satunya pengendali blog ini.

Semoga akan terus panjang umur, murah rezeki dah sihat selalu.

Dan juga, sentiasa menyajikan yang terbaik untuk para pengunjung blog peminat Alaf21 ini.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Lagi anak saudara Alaf21 FC

Wah, nampaknya bertambahlah lagi seorang anak saudara Alaf21 FC ni. Meriahnya... Baby yang lahir baru-baru ini adalah milik pasangan Attokz dan Faizah. Attokz memang rapat dengan kami dan sering kali bergabung tenaga dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kelab.

Walaupun kelahiran babynya sedikit bermasalah, namun segala-galanya telah berakhir , dan bayi yang comel itu, akhirnya selamat pulang ke rumah.

Kami di Alaf21 FC mengucapkan tahniah dan syabas kepada keluarga Attokz . Semoga kelahiran orang baru ini akan membuatkan hidup mereka lebih indah dan bermakna. Dan tak lupa.. riuh rendah.. hik hik.

Baby Pulang Ke Rumah

Ya, saya telah dikurniakan dengan seorang puteri yang comel ~ diberi nama QASEH WHILEA PUTRI. Jangan ditanya apa makna disebalik nama itu, kerana jika anda selak kitab tafsir bertulisan Arab dari kurun lampau pun anda takkan jumpa. Biasalah, orang kita akan menamakan anak mengikut mushaf Arab. Tapi saya tidak. Percayalah, maknanya tetap baik dan mulia. Saya dan Dinda, sebagai ayahanda dan bondanya ~ akan mencorakkan anakanda putri dengan didikan dan akhlak yang sempurna. Bukankah setiap anak yang lahir itu bagaikan kain putih? Lalu, ibu bapanyalah yang akan mencorakkan menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi? (Seperti Sabda Nabi Muhammad SAW).

Anak saya dilahirkan tidak cukup bulan - 29 minggu dalam kandungan. Lahir pada 16 Oktober yang lepas secara normal ~ sama tarikh lahir dengan bondanya. Satu kebetulan bukan? Bila lahir (dengan berat 1.36kg), terus dimasukkan ke dalam Incubator di bahagian Full Intensive di Special Care Nursery HKL (SCNHKL). Kiranya macam wad ICU, tapi khusus untuk kanak-kanak. Maka, bermulalah episod saya berulang dari rumah ke tempat kerja terus ke HKL. Rutin harian. Waktu ini, dinda masih lagi ditahan di wad. Sempat jugalah saya merasa tidur di wad 2-3 hari.

7 hari kemudian, dipindahkan ke Semi Intensive. bahagian yang sama. Dinda pun dah keluar dari wad dan berpantang di rumah mak mertua saya di Ampang. Perkembangan anak saya semakin positif. Setiap hari beratnya bertambah antara 20gm ke 80gm. Hari ke-16 selepas kelahiran (atau hari ke-9 di Semi Intensive), sekali lagi anak saya dipindahkan. Kali ini ke Institut Pediatrik HKL. Ke wad KK9. Di KK9, pemantauan rapi dilakukan oleh doktor-doktor pakar dan dijaga oleh jururawat-jururawat yang terlatih. Ikut prosedur, setiap baby perlu mencapai berat 1.7kg untuk di pindahkan ke wad KK8 ~ wad penjagaan sepenuhnya oleh ibu. Dengan kata lain, dinda perlu masuk wad semula untuk jaga baby.


Hari ke-38 selepas kelahiran (atau hari ke-22 di KK9), akhirnya anak saya dipindahkan ke wad KK8 dan dijaga dinda sepenuhnya. Selama ini, dari SCN hingga ke KK9 anak saya dipakaikan dengan tiub untuk pengambilan susu. Tapi di KK8, penyusuan badan perlu dibiasakan. Berat badan masa tu dah naik pada 1.75kg. Jadi berkampunglah dinda di KK8. Dan rutin saya, tetap dan masih sama. Sama-sama jugalah merasa masakan hospital.

Selepas 49 hari di HKL, maka anak saya disahkan sihat dan selamat untuk dibawa pulang ke rumah. Berat semasa keluar 2.01kg. Syukur, alhamdulilah.

Attokz ...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Pesta Buku Pulau Pinang

Berita baik untuk warga Pulau Pinang dan sekelian peminat buku!


Pesta buku Pulau Pinang akan berlangsung pada 16 Dec sehingga 21 Dec dia dua tempat berasingan. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk ke sana untuk memeriahkan suasana pesta selain memborong buku-buku yang berkenan di hati.


Tak lupa juga, anda akan berpeluang untuk beramah mesra dengan penulis-penulis Alaf21 yang turut berada di sana.


Jangan lepaskan anda. Mai laa..

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Selamat Hari Raya Aidil Adha.


Diucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada seluruh umat Islam.

Aidil Adha, adalah diantara hari kebesaran didalam Islam. Malah lebih hebat dari Hari Raya Aidil Fitri. Diantara kehebatannya ialah, pada hari inilah diadakan upacara korban binatang ternakan yang terbesar didunia. Dihari inilah berkumpulnya jutaan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia di padang Arafah, malah tidak dapat dinafikan yang inilah perhimpunan tahunan manusia yang terbesar didunia.

Malahan, satu perkara hakikat yang berlaku pada hari ini, tetapi kurang diperkatakan ialah, pada Hari Raya Aidil Adha, inilah berlakunya setiap manusia MUSLIM akan mengalirkan airmata suci dan kudus bila berada dihadapan KAABAH !

Satu perasaan yang begitu halus menusuk kedalam hati sanubari setiap MUSLIM.

Didoakankan semoga setiap hujjaj akan mendapat HAJI MABRUR !

LABBAIKALLAH HUMALABBAIK, LABBAIKKALLAH SYARIKALA KALABAIK...

Abang Long

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Lagi ulasan / komen tentang Kau Tetap Di Hati - Liza Zahira

Kami mendapat banyak maklumbalas dari pembaca yang juga dari kalangan blogger mengenai novel terbaru Liza Zahira iaitu Kau Tetap di Hati

Kita ikuti apa kata sebahagian dari mereka , sila klik pautan blogger dibawah ;






http://www.izzi-income.blogspot.com/

http://hanyakamiber2.blogdrive.com/archive/cm-12_cy-2008_m-12_d-2_y-2008_o-5.html

http://silversarina.blogspot.com/

http://atreyu05.blogspot.com/

http://ungkunor.blogspot.com/



# Jangan lupa untuk menyertai kuiz novel. Sila jawab soalan - soalan mudah dan hantarkan jawapan ke - liza_ktd@yahoo.com

Hadiah menarik menanti anda !!!

Sila skrol ke bawah untuk melihat soalan kuiz.

Mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Selamat Hari Jadi , Aisya Sofea...

Wah, nampaknya untuk bulan terakhir bagi tahun 2008 ini, ada seorang lagi penulis Alaf21 menyambut hari lahir yang jatuh pada hari ini. Seorang novelis yang sudah tidak asing lagi di persada novel tanahair. Yang sering menghasilkan karya-karya yang mantap dan menyengat-nyengat.

Beliau yang dimaksudkan, tidak lain tidak bukan adalah Aisya Sofea.

Kami di Alaf21 FC mengambil kesempatan untuk mengucapkan ,



SELAMAT HARI JADI ,
buat Aisya Sofea.

Semoga beliau akan menjadi lebih-lebih matang dalam melungsuri hidup ini. Beroleh rezeki yang melimpah ruah, sihat tubuh badan dan ceria bersama keluarga tersayang.

Memang sekarang ini , beliau agak menyepi sedikit. Barangkali sibuk dengan urusan tertentu. Mungkin juga sibuk menukang manuskrip yang terbaru untuk kejutan yang lebih gempak kepada para peminatnya di tahun hadapan.

Semoga Aisya Sofea terus sukses dalam bidang penulisan. Mudah-mudahan.



Mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati