Petang semalam (23/12/2008), Abang Long telah bertemu dengan seorang AHLI Kelab yang juga peminat tegar novel ALAF 21 dan pelanggan setia majalah terbitan Karangkraf.
Pertemuan yang berlangsung di Restoran Pelita, Bangunan Masalam, Shah Alam, dikesempatan waktu rehat telah berlangsung hampir satu jam.
Sebenarnya, Abang long telah mengatur pertemuan itu untuk mengetahui kisah sebenar dan keseluruhan peristiwa yang terjadi. Dimana Puan Roziah baru sahaja berpindah ke Terengganu, malang sungguh nasib yang menimpa dimana rumah baru yang diduduki telah ditenggelami banjir.
Dalam emel awal yang dikirimkan kepada pihak kelab. Puan Roziah telah melahirkan kesedihan yang teramat sangat. Bukan sahaja perabut didalam rumah telah musnah. Bahkan, kata beliau novel - novel dan majalah terbitan Karangkraf yang menjadi HARTA yang paling disayangi beliau juga turut rosak dan musnah.
HARTA berupa novel - novel terbitan ALAF 21 dan majalah - majalah terbitan Karangkraf, telah dibeli secara borong di Shah Alam dan di pejabat ALAF 21. Dan jumlahnya mencecah ribuan ringgit. Kerana menurut Puan Roziah. Sukar untuk mendapatkan novel di Terengganu, khususnya ditempat tinggal beliau yang baru. Menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk BORONG disini.
Dalam nada sayu, Puan Roziah menyatakan bahawa yang lebih hiba apabila ada diantara novel - novel yang diborong itu, masih belum dibuka sampul plastiknya!
Sungguh memilukan juga, apabila majalah - majalah terbitan Karangkraf yang telah dijadikan koleksi selama bertahun - tahun lamanya, turut musnah.
Abang Long hanya mampu mendengar keluhan Puan Roziah, sambil mata menatap gambar foto kemusnahan HARTA, Puan Roziah yang diberikan sewaktu berlangsungnya pertemuan itu.
Kesengsaraan Puan Roziah ditambah lagi dengan suaminya yang baru pulih setelah menjalani pembedahan akibat ketumbuhan dibahagian kepala.
Bagi pihak Kelab Peminat Novel ALAF 21, kami mengucapkan takziah atas apa yang berlaku.
Kepada Puan Roziah dan keluarga. Pihak Kelab berharap agar beliau tabah menghadapi ujian dan musibah ini.
Abang Long
Novelis
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SAKITNYA TUH DI SINI - Bab 29 years ago
-
Setahun bersawang...10 years ago
-
-
-
Happy New Year13 years ago
-
SELAMAT TAHUN BARU 200816 years ago
-
Korea Oh Winter Sonata.....17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Labels
- Anis Ayuni (1)
- Novel Cinta (2)
- Perpisahan. (1)
- Pesta Buku Selangor (4)
- Pesta Buku. (4)
- Projek Kelab (1)
- SRI DIAH (1)
- thriller (1)
- ulasan peminat (1)
Search This Blog
Arkib Alaf21fc
-
▼
2008
(102)
-
▼
December
(11)
- Sekitar Persidangan Kebangsaan Kesasteraan Remaja ...
- Selamat Tahun Baru Hijrah 1430...
- Derita peminat tegar Alaf21
- Bertemu novelis di Pesta buku Pulau Pinang , HARI ...
- Pencarian Keris Nanggroe Seorang Laksamana
- Selamat hari jadi...
- Lagi anak saudara Alaf21 FC
- Pesta Buku Pulau Pinang
- Selamat Hari Raya Aidil Adha.
- Lagi ulasan / komen tentang Kau Tetap Di Hati - Li...
- Selamat Hari Jadi , Aisya Sofea...
-
▼
December
(11)
8 comments
Comment by ALAF21FC on 9:53 AM
Pihak kelab sedang menunggu gambar foto kemusnahan novel dari Puan Roziah. Harap maklum.
Comment by Anonymous on 10:35 AM
saya sebagai peminat alaf fc berharap agar Puan Roziah bykkan bersabar....
Comment by Sri Diah on 10:39 AM
Salam utk semua pengendali Alaf 21 FC;
Saya tumpang bersimpati dengan apa yang belaku terhadap Puan Roziah dan keluarganya dan berharap beliau terus tabah menghadapi dugaan Allah.
Saya berjanji akan menggantikan semua judul novel saya yang musnah dalam simpanan Puan Roziah. Diharap pihak Alaf FC dapat memberikan alamat Puan Roziah di Kuala Terengganu itu supaya pejabat saya di Kuala Terengganu dapat menguruskan penghantaran berkenaan.
Semoga segala dugaan yang datang membuatkan kita lebih kuat meneruskan kehidupan, insyaAllah.
Salam untuk semua di sini.
Comment by Anonymous on 5:29 PM
terima kasih di atas prihatinan semua. Insya Allah saya akan hantar gambar novel yang rosak lagi
Comment by webmaster on 8:33 PM
kak sri memang prihatin.... pn roziah tinggal di mana ye di terengganu? kalu dekat dgan bandar KT ada beberapa kedai bku yg menjual novel2 ni... yg bedekatan dgn terminal bas KT ada 2 kedai buku, berdekatan pasar Payang pun ada 1 kdai buku yg agak besar... sy lupa nama nye...
Comment by Durrah Fatiha on 9:43 AM
Salam Roziah,
Semoga tabah menempuh ujian ini. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Bukankah dalam setiap kesempitan itu ada kemudahan? Bersabarlah ya...
Comment by Anonymous on 6:10 PM
Salam Puan Roziah... Kak Iris berdoa dari jauh moga musibah ini bertukar menjadi rahmat. Amiiin.. Sabarlah...
Comment by LK on 6:51 PM
salam utk puan roziah...smg tabah menghadapi ujian dari DIA. pasti ada hikmahnya...
Post a Comment