Wah, nampaknya bertambahlah lagi seorang anak saudara Alaf21 FC ni. Meriahnya... Baby yang lahir baru-baru ini adalah milik pasangan Attokz dan Faizah. Attokz memang rapat dengan kami dan sering kali bergabung tenaga dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kelab.

Walaupun kelahiran babynya sedikit bermasalah, namun segala-galanya telah berakhir , dan bayi yang comel itu, akhirnya selamat pulang ke rumah.

Kami di Alaf21 FC mengucapkan tahniah dan syabas kepada keluarga Attokz . Semoga kelahiran orang baru ini akan membuatkan hidup mereka lebih indah dan bermakna. Dan tak lupa.. riuh rendah.. hik hik.

Baby Pulang Ke Rumah

Ya, saya telah dikurniakan dengan seorang puteri yang comel ~ diberi nama QASEH WHILEA PUTRI. Jangan ditanya apa makna disebalik nama itu, kerana jika anda selak kitab tafsir bertulisan Arab dari kurun lampau pun anda takkan jumpa. Biasalah, orang kita akan menamakan anak mengikut mushaf Arab. Tapi saya tidak. Percayalah, maknanya tetap baik dan mulia. Saya dan Dinda, sebagai ayahanda dan bondanya ~ akan mencorakkan anakanda putri dengan didikan dan akhlak yang sempurna. Bukankah setiap anak yang lahir itu bagaikan kain putih? Lalu, ibu bapanyalah yang akan mencorakkan menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi? (Seperti Sabda Nabi Muhammad SAW).

Anak saya dilahirkan tidak cukup bulan - 29 minggu dalam kandungan. Lahir pada 16 Oktober yang lepas secara normal ~ sama tarikh lahir dengan bondanya. Satu kebetulan bukan? Bila lahir (dengan berat 1.36kg), terus dimasukkan ke dalam Incubator di bahagian Full Intensive di Special Care Nursery HKL (SCNHKL). Kiranya macam wad ICU, tapi khusus untuk kanak-kanak. Maka, bermulalah episod saya berulang dari rumah ke tempat kerja terus ke HKL. Rutin harian. Waktu ini, dinda masih lagi ditahan di wad. Sempat jugalah saya merasa tidur di wad 2-3 hari.

7 hari kemudian, dipindahkan ke Semi Intensive. bahagian yang sama. Dinda pun dah keluar dari wad dan berpantang di rumah mak mertua saya di Ampang. Perkembangan anak saya semakin positif. Setiap hari beratnya bertambah antara 20gm ke 80gm. Hari ke-16 selepas kelahiran (atau hari ke-9 di Semi Intensive), sekali lagi anak saya dipindahkan. Kali ini ke Institut Pediatrik HKL. Ke wad KK9. Di KK9, pemantauan rapi dilakukan oleh doktor-doktor pakar dan dijaga oleh jururawat-jururawat yang terlatih. Ikut prosedur, setiap baby perlu mencapai berat 1.7kg untuk di pindahkan ke wad KK8 ~ wad penjagaan sepenuhnya oleh ibu. Dengan kata lain, dinda perlu masuk wad semula untuk jaga baby.


Hari ke-38 selepas kelahiran (atau hari ke-22 di KK9), akhirnya anak saya dipindahkan ke wad KK8 dan dijaga dinda sepenuhnya. Selama ini, dari SCN hingga ke KK9 anak saya dipakaikan dengan tiub untuk pengambilan susu. Tapi di KK8, penyusuan badan perlu dibiasakan. Berat badan masa tu dah naik pada 1.75kg. Jadi berkampunglah dinda di KK8. Dan rutin saya, tetap dan masih sama. Sama-sama jugalah merasa masakan hospital.

Selepas 49 hari di HKL, maka anak saya disahkan sihat dan selamat untuk dibawa pulang ke rumah. Berat semasa keluar 2.01kg. Syukur, alhamdulilah.

Attokz ...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati