Archives

Pesta Buku Alaf21 , HARI INI, ESOK dan LUSA !


Ya, hari ini bermulalah pesta buku Alaf21 di premis Alaf21 Seksyen 16.

Marilah beramai-ramai memeriahkan suasana selain memborong buku pelbagai pilihan mengikut citasa anda. Ada buku masakan, motivasi, jahitan, agama, kesihatan dan banyak lagi.

Tidak lupa juga, novel-novel yang lama dan baru, yang terhangat di pasaran.

Jumpa di sana...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Abang Long menulis... (4)

ZAMAN GAWAT.


Di zaman gawat dan ekonomi yang bergoncang sebegini. Setiap sen diambilkira. Tetapi, bagi peminat novel, adakah perkara yang sama atau situasi gawat ini akan menyebabkan mereka berhenti dari membeli novel ?

Hasil dari pemerhatian aku, dan perbincangan dengan ramai kenalan yang berminat dengan novel. Mereka memberikan pelbagai pandangan.

Yang pasti, bergantung kepada diri seseorang dan keadaan kewangan semasa. Tetapi, seandainya keadaan gawat berlarutan, tidak mustahil, mereka akan mengambil pendirian yang drastik. Umpamanya, mereka hanya membaca novel dan dalam masa yang sama, mereka tetap mengawal perbelanjaan. Contohnya, apabila diteliti, didapati harga memainkan peranan paling utama.

Yang bermain dalam minda mereka ialah. HARGA dan KUALITI. Tidak dinafikan, novel terbitan ALAF 21 masih berada ditahap HARGA yang boleh dikategorikan sebagai MUNASABAH, iaitu antara RM18 - 19.90. Dan KUALITI novel tetap menjadi buah mulut penggemarnya. Tidak ada pembeli novel ALAF 21 yang kecewa dengan kualiti novel.

Bagi diri aku secara peribadi. Untuk mengeluarkan wang antara RM50 - RM60 sebulan. Masih belum menjadi beban yang tidak dapat ditanggung. Malahan, jika dibandingkan dengan mereka yang mengeluarkan wang hingga RM100 bagi membeli sesuatu yang tidak berfaedah, rasanya tidak keterlaluan jika jumlah yang kurang dari itu digunakan untuk membeli novel bagi penggemarnya.

Apapun, kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya.

Yang penting, kita harus bersyukur dengan apa yang berlaku. Kerana terlalu banyak pengajaran yang diperolehi dari kegawatan ini.

Sekadar peringatan buat diri ini dan untuk semua pengunjung. Walau bagaimana minat kita untuk membaca novel. Jangan sesekali kita tinggalkan dari membaca Al - Quran.
Abang Long.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Selamat bercuti sempana menyambut Tahun Baru Cina.

Kami di Alaf21 FC ingin mengucapkan kepada sekalian pengunjung, Selamat bercuti panjang sempena sambutan Tahun Baru Cina ini.

Semoga masa rehat yang panjang ini akan diisi dengan perkara-perkara yang santai lagi berfaedah. Selamat berjalan jauh juga kepada anda yang ingin pulang ke kampung halaman atau makan angin bersama keluarga.

Berhati-hati semasa memandu. Semoga perjalanan anda selamat sentiasa, pergi dan balik.

Dan, kalau ada kesempatan yang terluang, jangan lupa baca buku!

Mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Abang Long menulis... (3)


Buku dan Karektor.

Ada ketikanya aku tersenyum sendirian. Bila memerhatikan pembeli atau pembaca buku, dan dihubungkaitkan dengan gaya hidup, khususnya seni fesyen.

Maaf, ini sekadar pemerhatian santai aku secara peribadi. Maklumlah bila sudah tidak ada kerja, jadi inilah kerja aku...

Ada yang membeli buku bertajuk DIET, tetapi pembelinya kurus melidi (nota: pembelinya lelaki).

Ada yang membeli buku masakan, bila aku tanya "kak suka memasak?" lalu dijawab oleh pembeli (wanita) "akak suka tengok gambar je."Ada satu ketika, aku menyapa seorang wanita yang berbadan gempal, bila ku lihat beliau sedang membelek buku HANYA LELAKI. "Akak sudah berkahwin?" dengan selamba dia menjawab "belum." Dan mungkin menyedari yang beliau sedang memegang buku itu, lalu dia terus menyambung "nak beli untuk adik, dia dah nak kahwin."

Dan paling menarik, aku terjumpa dengan seorang lelaki yang berbadan tegap, berkaca mata hitam, bermisai lentik, umpama 'Sarjan Misai'. Sedang menunggu seseorang diluar premis ALAF, sewaktu Pesta Buku. Lalu keluar seorang yang sarat mengandung, membimbit dua buah beg besar berisi novel. Lalu si lelaki ini bertanya "dah?" dan wanita itu hanya mengangguk. Si lelaki itu terus berjalan laju meninggalkan wanita itu berjalan perlahan - lahan menjinjit beg yang begitu berat berisi buku.

Ada seorang 'tomboy', keluar dari premis ALAF. Lalu duduk dimeja yang disediakan diluar. Lalu dikeluarkan sebuah buku tentang JAHITAN. Dengan bersahaja aku bertanya "adik kerja tukang jahit ke?" si gadis hanya tersenyum, dan kemudian berkata "saya perunding fesyen ... this is my card."

Abang Long.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Abang Long menulis... (2)

Peminat Buku berpesta.

Bila diperhatikan, setiap kali Pesta Buku diadakan. Peminat buku pasti akan datang beramai - ramai. Tidak kira anjuran siapa, atau dimana.


Terlalu banyak faedah yang boleh diperolehi oleh peminat buku. Khususnya bila ada Pesta Buku, maka diskaun hebat pasti ada dan dipromosikan.

Terasa seronok tidak terkata. Tetapi aku terkenangkan, 10, 20 atau 30 tahun yang lalu. Sewaktu negara kita dikatakan sebagai negara yang mempunyai rakyat yang tidak suka membaca. Diwaktu itu, masih aku ingat, ada pesta buku di Majlis Perbandaran Taiping, boleh dikira jumlah pengunjungnya. Malah, petugas syarikat ada yang berkesempatan untuk duduk bersantai.

Tetapi pada hari ini, keadaan sudah terlalu jauh berubah. Keadaan sekitar pesta buku akan menjadi sesak dan peminat buku seperti 'singa yang kelaparan'. Terlalu banyak buku yang diterbitkan, tetapi peminat buku tetap ada.

Terlalu banyak manfaat yang diperolehi dari sebuah buku. Itulah sebabnya aku agak hairan, jika ada manusia yang tidak minat membaca ...

Abang Long

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

AL-FATIHAH.

Kami di Alaf21 FC ingin mengucapkan Takziah kepada penulis Sri Diah diatas pemergian bondanya ke hadrat ilahi pada jam 10.30pg , 19 Januari 2009 (isnin) yang lepas. Semoga roh bondanya dicucuri rahmat dan diletakkan disamping orang-orang yang dikasihi.

Semoga Sri Diah dan keluarganya juga akan tabah hati menghadapi saat-saat sedih ini. Al Fatihah.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

PESTA BUKU ALAF21 KEMBALI LAGI!

Ya! PESTA BUKU ALAF 21 yang pertama buat tahun 2009 ini menjanjikan kemeriahan dan keceriaan yang lebih dari pesta-pesta terdahulu!

LEBIH 200 JUDUL BUKU TERPILIH MENANTI ANDA!

Dapatkan DISKAUN MINIMA 30 % untuk kesemua buku yang dibeli,
tidak kira buku baru atau buku yang baru panas-panas keluar daripada kilang!

Jangan lupa untuk sampaikan kepada kawan-kawan yang lain, ya?


Klik untuk peta ke Alaf21 ;
http://www.alaf21.com.my/poster/peta.html

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Abang Long menulis...

Perempuan lebih berilmu.

Setiap kali aku pergi ke mana - mana pesta buku, atau kedai buku, atau pameran buku, maka orang perempuan yang paling ramai. Ini tidak termasuk dikawasan universiti.

Adakah ini disebabkan oleh zaman ini memang orang perempuan sudah ramai dan melebihi kaum lelaki ?

Berbalik kepada kisah ramainya orang perempuan dikawasan ada 'buku'. Maka sebenarnya ini menimbulkan keadaan kurang selesa kepada kaum lelaki terutamanya. Sejujurnya, aku sendiri ada ketikanya pernah melihat dari jauh buku - buku yang ada dalam ruang pameran. Takkan aku nak 'bergesel dan mencelah' didalam kawasan begitu ramai orang perempuan.

Dan yang pasti, setiap kali mendapat kesempatan atau ruang untuk membelek buku. Maka aku dapati, orang perempuan pula yang terpaksa berdiri jauh dari aku dan melihat buku - buku yang berada diatas rak.

Memang tidak ada penyelesaian untuk perkara seperti ini. Takkan pihak penerbit atau syarikat hendak membuat dua lokasi untuk pameran buku.Masyarakat kita masih lagi bersopan walau dimana mereka berada. Hatta dikawasan untuk 'mencari ilmu' juga, mereka masih menjaga batas dan suasana harmoni.

Eh, tetapi dimana kaum lelaki?

Abang Long.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Saksikan, Richie Rachman di TV9, AHAD ini.


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ulasan Novel : Mulanya Satu Cinta - Rose Harissa

Tulah… jangan terlalu benci jangan terlampau ego. Konon tak suka… konon tak akan tergoda jauh sekali terpikat, tak mustahil kata-kata itu memakan diri sendiri. Bila dah terjadi barulah mandi tak basah, makan tak kenyang dan tidur tak lena sebabnya merindu dan asyik terbayang-bayang lebih-lebih lagi kalau orangnya baik budi bahasa dan cantik pulak dipandangan mata. Sapa yang susah... lu pikirlah sendiri bro…

Itulah yang terjadi pada Eddy Ezli, seorang duda anak satu yang cukup ego dan sombong dalam tega mempertahankan kejituan sekeping hati dari diceroboh oleh insan bergelar perempuan. Hidup yang selama ini diuruskan oleh ibunya tiba-tiba berubah bila si ibu nekad untuk pulang dan menetap di kampung setelah sekian lama kembali menjadi tempat si anak bermanja dan bergantung harap. Kalut Eddy Ezli jadinya bila keputusan si ibu tidak dapat dipujuk jauh sekali diubah. Dalam rela penuh keterpaksaan dia mengikut saranan ibunya agar mendapatkan seorang pengasuh bagi anak lelaki kesayangannya Afizan. Maka bermulalah perubahan dalam hidup lelaki berstatuskan duda itu

Kehadiran. Iryanie cukup disenangi bukan sahaja oleh ibu Ezli malahan anak lelakinya membuatkan lelaki itu sengaja menyembunyikan sikap sebenarnya. Iryanie dijadikan teman bertelagah, berbalah hingga sukar mencapai satu persetujuan. Dia sengaja menyulitkan keadaan yang sepatutnya berjalan dengan mudah. Sindir menyindir bagai rencah yang menyempurnakan perjalanan harian mereka. Bukan Ezli buta dalam melihat kebaikan gadis itu, tapi pengalaman masa lalu bersama bekas isterinya Khairina menjadikan lelaki itu bagai fobia untuk mengakui segala yang dimiliki oleh Iryanie.

Berbagai kisah hadir sepanjang kehidupan harian mereka. Kemunculan Khairina yang ingin merampas kembali Afizan dari tangannya amat menyiksakan hingga kes menuntut hak penjagaaan dibawa ke mahkamah. Khairina tidak berpuashati dan kemuncaknya adalah tindakan nekad separa gila melarikan anak itu hingga membuatkan Ezli benar-benar terpukul.

Dapatkah bersama anaknya kembali… Sebagai lelaki normal, mana mungkin dia mampu untuk terus-terusan menutup dan menafikan bahawa nalurinya memerlukan belaian seorang yang bergelar isteri malah lebih penting anaknya amat membutuhkan kasih sayang seorang ibu hinggakan tanpa keizinan Ezli anak itu memanggil Iryanie dengan panggilan ‘Mama’.

Mampukah Ezli mempertahankan tugu keegoannya dan menolak Iryanie sejauh mungkin dari hati yang sudah mula menggoyah kasih??? Mengapa Iryanie tega membiarkan dirinya terjebak dalam sebuah perkahwinan paksa yang nyata tanpa relanya??? Apakah Afizan akan menerima Khairina sebagai mamanya semula sedangkan dalam jiwa anak kecil itu sudah ada Mama lain yang lebih disayanginya… Mulanya satu cinta punya jawapan pada tiap persoalan dan percayalah anda tidak akan bosan malah mahu berganjak sebelum tahu apa kesudahan kembara mereka semua.

Kau nak aku berterus-terang? Ya, kau memang menjadi bebanan aku. Tapi aku perlukan kau sebagai bebanan. Iryanie… aku ibarat kapal. Tanpa bebanan yang dilemparkan di laut, kapal itu akan terumbang-ambing. Kau ibarat sauh. Tanpa sauh, aku akan terumbang-ambing tanpa arah…” - Ezli

“Iryanie… kau tahu tak, bila aku melihat kau, aku rasa aku dah bertemu dengan tulang rusuk aku yang hilang…”

Apa kata aku sebagai pembaca

First time aku buka helaian pertama hati aku dah terpikat… bahasa santai yang cukup lepak yang digunakan oleh penulisnya aku rasa relex bangat. Gerek seh...Tak berat dan tak berserabut dengan plot yang digarap cantik bersulam dengan flashback dalam kronologi yang tak akan menyesatkan pembacaan. Tidak mudah hilang fokus dalam menghayati apa yang cuba disampaikan dalam tulisan penulisnya kali ini.
Segalanya smooth mengikut aliran bacaan kita, tapi kekuatan wataknya akan mengikat mata untuk berganjak sebelum menuju penamat. Aku tak tahu pada orang lain, tapi apa yang jadi pada aku adalah aku gunakan waktu yang sepatutnya aku lena untuk habiskan buku ini. Dalam erti kata lain, aku tak tidur gara-gara Mulanya Satu Cinta dan natijahnya esok aku ke office dalam keadaan mata yang sedikit sembab sebab tak tidur…. Hehehehehe tapi aku puas dan rasa berbaloi… Thanks Rose walaupun hang dah rompak masa rehatku yang sepatutnya.

Apa yang aku lihat dari tiap buah tangan Rose Harissa adalah heronya malah tak keterlaluan kalau aku katakana Rose cukup sinonim dengan symbol The Handsome Hero dalam tiap novelnya. Bermula dari Azalan dalam Berikan Cintamu, Ady Rafizal untuk Cinta Mekar Di Hati dan kini muncul pula Eddy Ezli bersama Mulanya Satu Cinta... Ceh! Tangkap jiwang seh… tapi itulah daya imaginasi yang dimiliki oleh penulis bernama Rose Harissa.
Tahniah sekali lagi dan aku perhatikan Rose sudah belajar dari kesilapan masa lalu. Kali ini lebih melakukan research dalam isu berkaitan dengan hukum dalam agama. Good jobs…
Itulah sikap yang harus dimiliki oleh setiap yang insan yang ingin bergelar penulis. Peka pada pandangan dan teguran pembaca kemudian memperbaiki dari masa ke semasa.

Mulanya Satu Cinta....
Meresap dihati terus ke jiwa Meski cuba ku tolak, ku humban dan ku nafikan Tapi nyata aku diburu kegagalan Bila wajahmu sering menggamit di pandangan Walau hakikinya aku tetap terlentang Di sebuah kamar yang masih kosong keseorangan….


Berikan Cintamu...

Pada aku yang sudah lelah menanti

Mengharap dalam anyaman sebuah pencarian Menanti bersama sejuta impian


Biar ianya masih diawangan....

Cinta Mekar Dihati

Malu untuk ku akui

Lantaran sukar untuk ku gapai dalam reality

Antara kita masih punya jurang

Masih ada yang menghalang

Namun cinta yang mekar tak akan ku biarkan layu
Pu3Salju...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Motivasi bersama Dr. Tuah


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Lagi ulasan / komen tentang Kau Tetap Di Hati - Liza Zahira


Meninggalkan kedua ibubapa tersayang untuk sesuatu yang samar-samar indahnya di hadapan, adakah berbaloi dan akan menjadi kenyataan? Mengapa begitu mudah memberi kepercayaan kepada seseorang yang muncul kembali setelah lama melenyapkan diri?

Bagaimana pula dengan kedua ibubapa yang memerlukan kasihsayang anak-anak kala usia meningkat senja? Mengapa juga ada ibubapa yang tidak peka dengan minat dan kecenderungan anak-anak? Tidak dinafikan semua ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan dari anak-anak. Namun adakalanya mereka alpa akan perasaan anak itu sendiri. Bukankah lebih elok kiranya ibubapa dan anak sama-sama berkompromi demi kebahagiaan semua. Seringnya juga sebagai manusia, kita tidak peka dengan keadaan dan perasaan insan sekeliling. Moga kebahagiaan milik semua.

********************
‘Selamat tinggal bumi Malaysia….sambutlah kehadiranku wahai bumi Kiwi!’ Begitulah terujanya Hanisah Sophia demi mengejar cita-cita sehingga tega meninggalkan Hajah Kasmah dan Haji Basir. Apakah kesudahan cerita Hanisah Sophia? Berjayakah dia membawa pulang segulung ijazah seperti yang diharapkan? Siapa pula Benjamin di hati Hanisah Sophia sedangkan Nasmizan menjadi pilihan?

Satu lagi novel yang menarik untuk dibaca olahan Liza Zahira. Padat dengan konflik. Namun terdapat juga beberapa kesilapan penaipan. Moga penulis dan editor akan lebih berhati-hati semasa mengedit di masa akan datang.

Plot cerita menarik, tetapi tetap ada kekangan. Ada beberapa konflik yang tidak dihuraikan sepenuhnya dan cerita yang tergantung. Ini menimbulkan tanda tanya dan sedikit rasa tidak puashati setelah tamat pembacaan. Sebagai pembaca, boleh saja kita berandaian sendiri.
Sekiranya ada sessi ‘book talk’ bersama teman-teman, pastinya novel ini seronok untuk didebatkan! Saya dapat membayangkan pelbagai andaian dari perspektif yang berbeza-beza!

Olahan Liza Zahira ini juga banyak mengandungi nasihat dan moral dalam menempuh kehidupan sehari-hari. Antaranya, kekuatan Sophia menghadapi dugaan demi dugaan membuktikan walaupun anak manja ibu-ayah, tetapi dia mampu mengharungi setiap ujian dengan tabah dan sabar.
Namun tidak sesekali berdendam. Ketulusan Benjamin memberi penjelasan bahawasanya tidak semua lelaki bersikap ‘buaya darat’. Masih ramai lagi yang baik dan tulus. Hanya kita saja yang tidak mampu menyelami hati seseorang dengan mendalam begitu mudah. Mencari kepuasan dan peningkatan diri bermula dari diri sendiri dengan berusaha tanpa jemu. Matlamat hidup kita adalah hakmilik persendirian yang harus dikemudi oleh diri sendiri dan disokong oleh insan-insan tersayang.

Banyak lagi moral yang terkandung dalam cerita ini. Saya harap pembaca yang lain mendapat manfaat sebagaimana saya dan ibu setelah membacanya.

Membaca novel ini mengingatkan saya kepada banyak cerita-cerita masakini. Seperti CSI, Law and Order, Special Unit diantaranya. Syabas buat novelis Liza Zahira di atas kelahiran satu lagi novel! Setiap kali menonton lakonan Johnny Depp, Bahtera Kasih terlayar dalam ingatan!

Semoga terus berkarya!

Nalia

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Kuiz "Kau Tetap di Hati ' Liza Zahira , dilanjutkan lagi...

PERHATIAN:

Atas sambutan yang amat menggalakkan, tarikh tutup Kuiz "Kau Tetap Di Hati" telah dilanjutkan hingga ke 31hb Januari 2009 untuk memberi peluang kepada para peminat menghantar penyertaan.

Kepada yang telah menyertai kuiz ini diucapakan ribuan terima kasih dan harap bersabar menanti keputusan yang bakal diumumkan selepas tarikh tutup yang baru berakhir pada 31hb Januari 2009.

Sekian,
ikhlas daripada Liza Zahira.

Sempena pelancaran novel terbaru Liza Zahira iaitu, KAU TETAP DI HATI, maka satu peraduan kuiz akan di adakan untuk memberi peluang kepada anda semua memenangi hadiah-hadiah yang sangat menarik.Cepat hantarkan penyertaan anda ke email yang tertera!

MENANGI HADIAH MENARIK

20 penyertaan paling awal akan menerima Baju T Liza Zahira

Hadiah Pertama:
Wang Tunai RM300
Hadiah Kedua :
Wang Tunai RM200
Hadiah Ketiga :
Wang Tunai RM100

10 Hadiah Saguhati:

Senaskah novel Liza Zahira (Pemenang boleh memilih salah satu novel Liza Zahira)

SOALAN-SOALANNYA:

1. Novel Kau Tetap Di Hati (KTH) merupakan novel Liza Zahira yang ke berapa?
2. Selain Malaysia, negara manakah yang menjadi latar cerita KTH?
3. Berikan nama anak-anak saudara Sophia dalam Kau tetap Di hati?
4. Bahtera Kasih (BK) merupakan novel ketiga Liza Zahira. Apakah nama kapal lanun yang menculik Carra Lina dalam novel tersebut?

5. Siapakah lelaki yang akhirnya menjadi pilihan Carra Lina dalam BK?

Lengkapkan kata-kata berikut (tidak lebih dari 20 patah perkataan).

Saya gemarkan novel-novel Liza Zahira kerana ……………………………..

Tuliskan Nama, No.kad pengenalan, Telefon dan Alamat berserta jawapan lengkap anda ke:



dan cc ke



TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA: 31 JANUARY 2009

CEPAT! JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Saksikan, Norzailina Nordin di MHI, TV3, ESOK


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Selamat Tahun Baru 2009

2008 telah berlalu dengan membawa pelbagai kenangan yang telah dilakar menjadi sejarah.

Menyinsingnya fajar 2009, membawa pelbagai harapan baru. Itulah harapan manusia sejagat.

Seperti nama lengkap kelab ini - KELAB PEMINAT NOVEL ALAF 21 atau nama ringkasnya - ALAF 21 FC. Kami, didalam kelab telah berusaha merancang pelbagai program dan projek. Samada ianya berjaya ataupun gagal bergantung kepada pelbagai faktor luaran dan dalaman. Yang penting adalah kami terus menjalankan amanah ini dengan jujur, ikhlas dan komitmen yang jitu.

KAMI juga sangat mengharapkan kepada sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak untuk terus bergerak demi kepentingan semua.

NOVELIS, AHLI, Pembaca novel, dan juga dari ALAF 21 Sdn Bhd adalah saling berkait antara satu sama lain. Hingga ke saat ini, perhubungan yang terjalin adalah begitu harmoni. Malahan kerjasama yang diberikan begitu memberangsangkan khususnya dari pihak ALAF 21 Sdn Bhd.

Pelan perancangan telahpun diatur untuk tahun 2009. Untuk kepentingan semua pihak, ALAF 21 FC, NOVELIS, AHLI dan peminat novel ALAF 21. Demi untuk menjayakan pelbagai program dan projek yang telah dirancang itu, maka sokongan, bantuan, kehadiran, penglibatan dari semua pihak, khususnya AHLI, NOVELIS dan peminat novel amatlah diharapkan.

InsyaAllah, bukan projek yang gah yang kami rancangkan. Tetapi jika semua pihak memberikan sokongan moral dan melibatkan diri dengan aktiviti yang ditelah diatur. Maka projek itu akan kelihatan gah dan memberikan impak yang maksima kepada semua pihak yang terlibat.

Bagi mengetahui tentang apa yang telah dirancang oleh pihak ALAF 21 FC, maka blog ini akan terus berfungsi sebagai alat sebaran am, yang mana blog ini akan menyiarkan berita dan perkembangan semasa serta aktiviti dan program dari semasa ke semasa.

Di kesempatan ini juga, pihak ALAF 21 FC ingin merakamkan ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada semua pihak, khususnya pihak ALAF 21 Sdn. Bhd, yang hingga kini telah memberikan sokongan dan komitmen yang jitu dan memberangsangkan.

Juga, tidak ketinggalan kepada NOVELIS dan AHLI serta peminat yang tidak jemu - jemu turun padang untuk menghulurkan sokongan dan bantuan yang kami harapkan.

Akhir kata dari kami di dalam kelab. Semua orang akan menikmati faedah dan akan berjaya dengan kerjasama dari semua orang.

Sekian, TERIMA KASIH.

Yang Menjalankan Amanah.

Mohamad Feroz
Presiden.
KELAB PEMINAT NOVEL ALAF 21 - ALAF 21 FC.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati