Buku dan Karektor.
Ada ketikanya aku tersenyum sendirian. Bila memerhatikan pembeli atau pembaca buku, dan dihubungkaitkan dengan gaya hidup, khususnya seni fesyen.
Ada ketikanya aku tersenyum sendirian. Bila memerhatikan pembeli atau pembaca buku, dan dihubungkaitkan dengan gaya hidup, khususnya seni fesyen.
Maaf, ini sekadar pemerhatian santai aku secara peribadi. Maklumlah bila sudah tidak ada kerja, jadi inilah kerja aku...
Ada yang membeli buku bertajuk DIET, tetapi pembelinya kurus melidi (nota: pembelinya lelaki).
Ada yang membeli buku masakan, bila aku tanya "kak suka memasak?" lalu dijawab oleh pembeli (wanita) "akak suka tengok gambar je."Ada satu ketika, aku menyapa seorang wanita yang berbadan gempal, bila ku lihat beliau sedang membelek buku HANYA LELAKI. "Akak sudah berkahwin?" dengan selamba dia menjawab "belum." Dan mungkin menyedari yang beliau sedang memegang buku itu, lalu dia terus menyambung "nak beli untuk adik, dia dah nak kahwin."
Dan paling menarik, aku terjumpa dengan seorang lelaki yang berbadan tegap, berkaca mata hitam, bermisai lentik, umpama 'Sarjan Misai'. Sedang menunggu seseorang diluar premis ALAF, sewaktu Pesta Buku. Lalu keluar seorang yang sarat mengandung, membimbit dua buah beg besar berisi novel. Lalu si lelaki ini bertanya "dah?" dan wanita itu hanya mengangguk. Si lelaki itu terus berjalan laju meninggalkan wanita itu berjalan perlahan - lahan menjinjit beg yang begitu berat berisi buku.
Ada seorang 'tomboy', keluar dari premis ALAF. Lalu duduk dimeja yang disediakan diluar. Lalu dikeluarkan sebuah buku tentang JAHITAN. Dengan bersahaja aku bertanya "adik kerja tukang jahit ke?" si gadis hanya tersenyum, dan kemudian berkata "saya perunding fesyen ... this is my card."
Abang Long.
3 comments
Comment by intan shaheera@ieyra on 8:42 AM
dari pemerhatian abg long itu jelas menunjukkan bahawa,,,,,,
golongan yang minat membaca terlalu ramai.....
Comment by Abang Long on 11:00 AM
Dan semakin ramai bijak pandai dinegara kita. Cuma, BUDAYA MEMBACA belum terserlah.
Comment by aNIe on 12:52 PM
Salam Abg Long...tu lah kita ni tak boleh menilai seseorang hanya dengan melihat mereka saja kan?...kadang apa yang kita lihat dan fikir tak sama dengan realitinya...
Post a Comment