Di zaman gawat dan ekonomi yang bergoncang sebegini. Setiap sen diambilkira. Tetapi, bagi peminat novel, adakah perkara yang sama atau situasi gawat ini akan menyebabkan mereka berhenti dari membeli novel ?
Hasil dari pemerhatian aku, dan perbincangan dengan ramai kenalan yang berminat dengan novel. Mereka memberikan pelbagai pandangan.
Yang pasti, bergantung kepada diri seseorang dan keadaan kewangan semasa. Tetapi, seandainya keadaan gawat berlarutan, tidak mustahil, mereka akan mengambil pendirian yang drastik. Umpamanya, mereka hanya membaca novel dan dalam masa yang sama, mereka tetap mengawal perbelanjaan. Contohnya, apabila diteliti, didapati harga memainkan peranan paling utama.
Yang bermain dalam minda mereka ialah. HARGA dan KUALITI. Tidak dinafikan, novel terbitan ALAF 21 masih berada ditahap HARGA yang boleh dikategorikan sebagai MUNASABAH, iaitu antara RM18 - 19.90. Dan KUALITI novel tetap menjadi buah mulut penggemarnya. Tidak ada pembeli novel ALAF 21 yang kecewa dengan kualiti novel.
Bagi diri aku secara peribadi. Untuk mengeluarkan wang antara RM50 - RM60 sebulan. Masih belum menjadi beban yang tidak dapat ditanggung. Malahan, jika dibandingkan dengan mereka yang mengeluarkan wang hingga RM100 bagi membeli sesuatu yang tidak berfaedah, rasanya tidak keterlaluan jika jumlah yang kurang dari itu digunakan untuk membeli novel bagi penggemarnya.
Apapun, kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya.
Yang penting, kita harus bersyukur dengan apa yang berlaku. Kerana terlalu banyak pengajaran yang diperolehi dari kegawatan ini.
Sekadar peringatan buat diri ini dan untuk semua pengunjung. Walau bagaimana minat kita untuk membaca novel. Jangan sesekali kita tinggalkan dari membaca Al - Quran.
Abang Long.
0 comments
Post a Comment