Archives

PESTA BUKU ALAF 21 (2)

Hari Ahad - 28hb Jun,  adalah hari terakhir untuk Pesta Buku ALAF 21,  yang diadakan di premis ALAF 21,  Shah Alam.

Pesta kali ke 6 ini,  terus mendapat sambutan yang menggalakkan dari peminat novel.  Bukan sahaja peminat yang datang dari kawasan sekitar Shah Alam,  malahan ada yang datang dari jauh di selatan tanah air.

Cuma ada beberapa perkara berbangkit yang sudah agak lama diperkatakan oleh peminat buku atau novel.  Dan insyaAllah,  aku akan cuba membawa usul itu kepada pihak pengurusan ALAF 21.

Doakan semoga mendapat jawapan yang positif dan bakal menggembirakan banyak pihak,  khususnya peminat novel.


Hari ini - Ahad.  Dijangka novelis cilik tetapi profilik akan berada di premis ALAF 21.  Iaitu -  DAMYA HANNA.


Diharap kepada peminat novelis ini supaya tidak melepaskan peluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan DAMYA HANNA.



Ayuh wahai teman - teman.  JOM kita memeriahkan suasana pesta buku ini.  TAWARAN MENARIK menanti anda !

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

PESTA BUKU ALAF 21

Setiap kali ALAF 21 mengadakan pesta buku.  Suasana tetap menarik.  Yang pasti kelihatan ialah pengunjung atau peminat buku dan peminat novel tidak pernah surut,  malahan semakin bertambah dari semasa ke semasa.

-
Dalam suasana ekonomi yang dikatakan gawat,  langsung tidak menunjukkan peminat novel akan berganjak dari terus menghadiri pesta buku.  Dan  'lambakan novel'  juga seperti menggamit peminat untuk terus mendapatkan novel kegemaran mereka tanpa sebarang kerisauan.
-
Sewaktu aku bersantai bersama dengan novelis prolifik yang hebat,  iaitu  NORZAILINA NORDIN,  beliau sendiri kerap didatangi oleh peminat novel untuk mendapatkan tandatangan. 



Turut berada disitu ialah novelis DURRAH FATIHA  dan MURNI AQILAH.



Jelas kelihatan pengunjung tetap bersesak - sesak untuk mendapatkan novel kegemaran mereka,  walaupun hujan turun dengan lebat,  namun tidak menghalang hasrat mereka untuk memiliki novel idaman hati.
-
Dalam beberapa acara pesta buku yang diadakan sebelum ini,  hanya ada sebuah atau dua buah khemah sahaja yang disediakan.  Dan aku pernah suarakan hal ini kepada pengurusan ALAF 21.  Supaya menambah satu lagi khemah untuk keselesaan pelanggan.
-
Tetapi rasanya tanggapan aku salah.  Bilamana pihak ALAF 21 menambah bilangan khemah,  kesesakan tetap berlaku.  
-
Apapun,  kepada semua peminat novel,  jangan lepaskan peluang keintanan ini. Sila berkunjung beramai - ramai ke PESTA BUKU ALAF 21, yang diadakan selama tiga hari berturut - turut.  ANDA pasti berpuas hati.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

PESTA BUKU ALAF Kembali ...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

ANIS AYUNI - SUNGGUH AKU CINTA

Anis Ayuni satu nama gah dipersada penulisan. Siapa yang tak kenal beliau. Novel-novel Anis sentiasa dinanti dan mendapat sambutan yang hebat. Idea beliau sentiasa segar dan menarik.
-
Novel karya Anis yang ada dalam simpanan dan paling kerap saya ulang  adalah MANISNYA CINTA. Cukup jika saya sebut gambar kereta kodok (volkswagon) pasti anak-anak saya tau tentang novel itu. Malah mereka juga turut meminati novel tersebut!
Novel lain tidak kurang manisnya seperti Yang Terindah, Suara Hati, Kau Kekasihku dan Gemersik Kalbu. Semua novel beliau mempunyai kekuatan tersendiri yang tidak dapat dinafikan.
Novel terbaru beliau, SUNGGUH AKU CINTA adalah novel yang ke 9 dengan ALAF21. Wow! Selepas ni  tentu ada lagi untuk yang ke 10. Tahniah Anis!
-
Saya tertarik dengan novel ini yang membuka ruang pada kita agar jangan memandang title, kebendaan atau kecantikan semata untuk hidup bahagia. Hati, kejujuran, keikhlasan dan menerima kebaikan dan keburukan kita sedanya adalah landasan untuk membina satu kehidupan berpasangan. Sudah semestinya agama wajib di jaga supaya hidup kita seimbang.
Novel yang baik dan kaya dengan bahasa yang indah mampu membuat anda terpaku untuk terus menghabiskan bacaan anda! Inilah antara kelebihan Anis yang dapat saya lihat sedari novel pertamanya. Dan saya pasti peminat Ansi Ayuni tentu sudah ada yang menanti buah tangan beliau selanjutnya.
SUNGGUH AKU CINTA adalah novel cinta dua hala yang menarik. Walau pada mulanya agak sukar mendapatkan cinta Maira, Fajar tidak pernah berputus asa. Bak orang kata dari mata turun ke hati. Kalau hati sudah berkata, tidak ada sebab cinta tidak tercipta.
Maira dihimpit kenangan lalu yang membuat dia fobia mendekati lelaki apatah lagi menyebut cinta. Bagi dia berkawin hanya sekali dan cinta bukan untuk dipermain. Namun takdir tiada siapa menduga. Suami Maira beralih kasih tanpa disedari. Janji tinggal janji. Habis madu sepah dibuang. Hati Maira bagai disiat melihat sandiwara suami tercinta.
Kejujuran dan kesunguhan Fajar membuka hati Maira yang beku. Namun bekas suami kembali mendamba cintanya. Ulah yang dahulu masih berbekas, tidak mungkin Maira berpatah balik. Hatinya cukup terluka dengan perbuatan Azhan yang tidak mengumpamakannya.
Berbagai cara dilakukan untuk mendapatkan kasih Maira namun hampa. Hati Maira sudah diberi pada Fajar. Akirnya Azhan terpaksa akur yang dia tidak mampu menakluk cinta Maira. Selesai satu masalah.
-
Ingatkan tiada lagi ujian mendatang kerana ibu Fajar juga amat mneyenangi Maira. Tapi title ‘janda’ yang disandang oleh Maira membuatkan Datin Yati berpaling arah.
Berbagai usaha dijalankan untuk memisahkan mereka berdua. Dia menggunakan kuasa seorang ibu untuk melemahkan hati Fajar. Fajar terpaksa akur dengan kehendak Datin Yati agar tidak memperisterikan Maira.
-
Kesian, namun itulah lumrah alam. Apa yang dihajati bukan mudah untuk dimiliki. Setiap sesuatu akan dibalas dengan setimpal. Anda nak tahu kisah selanjutnya, jangan lupa memiliki novel tersebut. Penuh rasa kesedaran bahawa manusia serupa saja. Cuma kita kerap bertemu cerita negatif pasal janda. Anis membuka hati pembaca agar menghargai dan memahami bahawa tiap manusia berhak untuk hidup  bahagia.
 -


Ina.



These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

LYNN DAYANA - TARIKH LUPUT CINTA

Tajuk novel ini agak lain dari yang lain. Kenapa pilih Tarikh Luput Cinta ye…Luput maksudnya  lupus atau tamat tarikh atau dipadamkan. Adakah maknanya tarikh tamat cinta? Adakah cinta Faizal yang melampau-lampau pada Imanina tamat hingga ajal menjemput? Adakah itu poin tajuk novel ini? Apapun penulis lebih memahami.

Saya terpanggil untuk menimbulkan soalan.  
1 - Bagaimana Faizal boleh mengenali Imanina begitu detail.  
2 - Adakah Faizal jadi begitu kerana kerap disuakan tugas tentang Imanina semasa menjalankan arahan untuk Tuan Kamarul. 
-
Sebenarnya, novel ini mengesankan hati saya hingga saya tercari-cari dimana jawapannya. Faizal hanya muncul sesekali hingga kita, pembaca tidak menyedari kehadirannya amat penting dalam novel ini. Kaitan antara Faizal dan Imanina teramat sedikit. Puas juga saya menelah sendiri siapa manusia yang kerap menghantar sms pada Imanina.
+
+  
Mulanya saya ingatkan Airel tapi tak ada satu plot pun boleh mengaitkan beliau dengan jelas. Rezzal, terlalu baik untuk saya fikirkan. Bila saat akhir baru nampak siapa mereka yang terlibat hingga buat kita tidak keruan untuk mengetahuinya.
+
Percakaran antara Imanina dan Airel buat saya tergelak. Tak letih ke bergaduh je. Rezzal pula macam jadi middleman antara mereka berdua yang akhirnya terbawa-bawa perangai Airel yang suka menyakat Imanina. Imanina pula cepat melenting macam kucing dipiat telinga.
+
Saat cemas yang mereka semua lalui memang menarik dan Lynn Dayana bijak menyusun plot ceritanya agar nampak kesinambungan tersebut yang berkaitrapat. Pertemuan yang dirancang oleh Tuan Kamarul mencipta hubungan lebih bermakna pada 3 manusia ini iaitu Imanina, Airel dan Rezzal. Disamping itu kewujudan Hilman mengundang ketegangan antara Imanina dan Emmalin. Cinta tiga segi, biasalah, akan ada hati yang terluka dan terkorban.
+
Saya seronok melihat komplot 3 ibu tersebut yang menjalankan peranan penting dalam menyatukan anak muda yang kuat berperang tersebut. Apa yang dirancang Tuan Kamarul menjadi satu kebaikan pada hubungan mereka. Malah lebih dari itu!
+
Novel Lynn Dayana ini memang best! Sedikit kesilapan tidak mencacatkan ceritanya malah teruja untuk mengetahui kisah selanjutnya. Jalan ceritanya ceria dan menyeronokkan. Ada masa cemas untuk mengetahui keadaan Imanina atau Airel yang di bom botnya.
+
Seronok dan menarik! Itulah kata yang boleh saya katakan tentang novel ini. Jangan lupa miliki novel ini,anda pasti puas hati.
-
Ina

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati