Hari Ahad - 28hb Jun, adalah hari terakhir untuk Pesta Buku ALAF 21, yang diadakan di premis ALAF 21, Shah Alam.
Pesta kali ke 6 ini, terus mendapat sambutan yang menggalakkan dari peminat novel. Bukan sahaja peminat yang datang dari kawasan sekitar Shah Alam, malahan ada yang datang dari jauh di selatan tanah air.
Cuma ada beberapa perkara berbangkit yang sudah agak lama diperkatakan oleh peminat buku atau novel. Dan insyaAllah, aku akan cuba membawa usul itu kepada pihak pengurusan ALAF 21.
Doakan semoga mendapat jawapan yang positif dan bakal menggembirakan banyak pihak, khususnya peminat novel.
Hari ini - Ahad. Dijangka novelis cilik tetapi profilik akan berada di premis ALAF 21. Iaitu - DAMYA HANNA.
Diharap kepada peminat novelis ini supaya tidak melepaskan peluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan DAMYA HANNA.
Ayuh wahai teman - teman. JOM kita memeriahkan suasana pesta buku ini. TAWARAN MENARIK menanti anda !
4 comments
Comment by en_me on 3:36 PM
salamm n thanx singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg ittewww..
Comment by zino on 6:31 PM
semuga ALAF21 terus maju..
Comment by Anonymous on 9:39 PM
Novelis cilik? Hmm...besar mana dia tu, ya..??
Comment by aNIe on 12:20 AM
Semoga penulis Alaf 21 akan terus berkarya dan melahirkan novel2 dan hasil2 tulisan yang hebat...
Sayangnya saya jarang online hingga terlepas lagi pesta Buku Alaf21...huhuhu
Post a Comment