Anis Ayuni satu nama gah dipersada penulisan. Siapa yang tak kenal beliau. Novel-novel Anis sentiasa dinanti dan mendapat sambutan yang hebat. Idea beliau sentiasa segar dan menarik.
-
Novel karya Anis yang ada dalam simpanan dan paling kerap saya ulang  adalah MANISNYA CINTA. Cukup jika saya sebut gambar kereta kodok (volkswagon) pasti anak-anak saya tau tentang novel itu. Malah mereka juga turut meminati novel tersebut!
Novel lain tidak kurang manisnya seperti Yang Terindah, Suara Hati, Kau Kekasihku dan Gemersik Kalbu. Semua novel beliau mempunyai kekuatan tersendiri yang tidak dapat dinafikan.
Novel terbaru beliau, SUNGGUH AKU CINTA adalah novel yang ke 9 dengan ALAF21. Wow! Selepas ni  tentu ada lagi untuk yang ke 10. Tahniah Anis!
-
Saya tertarik dengan novel ini yang membuka ruang pada kita agar jangan memandang title, kebendaan atau kecantikan semata untuk hidup bahagia. Hati, kejujuran, keikhlasan dan menerima kebaikan dan keburukan kita sedanya adalah landasan untuk membina satu kehidupan berpasangan. Sudah semestinya agama wajib di jaga supaya hidup kita seimbang.
Novel yang baik dan kaya dengan bahasa yang indah mampu membuat anda terpaku untuk terus menghabiskan bacaan anda! Inilah antara kelebihan Anis yang dapat saya lihat sedari novel pertamanya. Dan saya pasti peminat Ansi Ayuni tentu sudah ada yang menanti buah tangan beliau selanjutnya.
SUNGGUH AKU CINTA adalah novel cinta dua hala yang menarik. Walau pada mulanya agak sukar mendapatkan cinta Maira, Fajar tidak pernah berputus asa. Bak orang kata dari mata turun ke hati. Kalau hati sudah berkata, tidak ada sebab cinta tidak tercipta.
Maira dihimpit kenangan lalu yang membuat dia fobia mendekati lelaki apatah lagi menyebut cinta. Bagi dia berkawin hanya sekali dan cinta bukan untuk dipermain. Namun takdir tiada siapa menduga. Suami Maira beralih kasih tanpa disedari. Janji tinggal janji. Habis madu sepah dibuang. Hati Maira bagai disiat melihat sandiwara suami tercinta.
Kejujuran dan kesunguhan Fajar membuka hati Maira yang beku. Namun bekas suami kembali mendamba cintanya. Ulah yang dahulu masih berbekas, tidak mungkin Maira berpatah balik. Hatinya cukup terluka dengan perbuatan Azhan yang tidak mengumpamakannya.
Berbagai cara dilakukan untuk mendapatkan kasih Maira namun hampa. Hati Maira sudah diberi pada Fajar. Akirnya Azhan terpaksa akur yang dia tidak mampu menakluk cinta Maira. Selesai satu masalah.
-
Ingatkan tiada lagi ujian mendatang kerana ibu Fajar juga amat mneyenangi Maira. Tapi title ‘janda’ yang disandang oleh Maira membuatkan Datin Yati berpaling arah.
Berbagai usaha dijalankan untuk memisahkan mereka berdua. Dia menggunakan kuasa seorang ibu untuk melemahkan hati Fajar. Fajar terpaksa akur dengan kehendak Datin Yati agar tidak memperisterikan Maira.
-
Kesian, namun itulah lumrah alam. Apa yang dihajati bukan mudah untuk dimiliki. Setiap sesuatu akan dibalas dengan setimpal. Anda nak tahu kisah selanjutnya, jangan lupa memiliki novel tersebut. Penuh rasa kesedaran bahawa manusia serupa saja. Cuma kita kerap bertemu cerita negatif pasal janda. Anis membuka hati pembaca agar menghargai dan memahami bahawa tiap manusia berhak untuk hidup  bahagia.
 -


Ina.



These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati