Untuk tahun baru, lagi novel baru akan diulas. Novel kali ini kebetulan datangnya dari seorang penulis Alaf21 iaitu Umi Azrini. Dari siapa lagi, kalau bukan kasih yang rajin menghantar pendapatnya mengenai novel2 baru dipasaran. Kita ikuti ulasannya..
Ulasan peribadi
Jujur. Sikap jujur harus perlu ada pada setiap individu terhadap sesiapa sahaja hatta pada diri sendiri. Kiranya kita tidak dapat bersikap jujur pada diri sendiri, bolehkah kita bersikap jujur terhadap orang lain? Sesuatu yang boleh direnungkan bersama.
Mencintai Iqbal adalah sesuatu yang terindah buat diri Reen. Apatah lagi cintanya mendapat balasan positif. Bahkan direstu kesemua keluarga Iqbal. Alangkah gembiranya hati. Tetapi bagaimana pula dengan penerimaan kedua orangtuanya di kampung? Kerana yakin dan pasti akan tiada halangan, Reen masih lagi merahsiakan hubungannya dengan Iqbal. Harapannya hancur berderai bila kedua orangtua menerima lamaran Fahrin. Apakah silapnya sendiri kerana tidak berterusterang dengan kedua ibuayah akan kewujudan Iqbal yang menyinari sebahagian hidupnya?
Fahrin! Kejamnya dia kerana sudah diketahui akan hubungan Reen dengan Iqbal. Bukan dia tidak lihat akan kemesraan mereka. Bukan juga tiada cinta lain di hati. Tetapi mengapa harus menghalang percintaan antara dua insan yang saling mengasihi? Apakah motif sebenar Fahrin? Adakah memang ada cinta untuk Reen atau sekadar mahu membalas dendam? Bagaimana pula dengan Maya? Mengapa begitu tegar dan nekadnya Fahrin melamar Reen dan membiarkan Maya? Apakah permainan Fahrin sebenarnya?
Bagaimanakah kesudahan hidup Reen dan Fahrin? Bahagiakah mereka dalam melayari dunia permainan Fahrin?
Moral
Dalam pada kita sedang hangat bercinta, adakala kita lupa untuk mengingati diri bahawasanya jodoh tidak semestinya dengan sidia yang kita kasihi. Tidak kesemua yang dihajati akan diperolehi. Kita harus yakin dengan ketentuan Allah kepada kita. Pastinya hikmah yang ada tidak kita rasai kiranya kita tidak dapat menerima takdir yang ditetapkan. Setiap yang berlaku adalah merupakan ujian keimanan kita terhadap yang Maha Esa.
Sebagai wanita, adakalanya kita terbawa2 dengan perasaan hati. Kita lebih mudah tersentuh hati dan merajuk. Adakala pula rajuk kita mengeruhkan lagi keadaan. Bukan mahu dibelikan intan berlian, tetapi pujukan kasih yang lebih bermakna. Bak kata pepatah, sekeras-keras kerak nasi, diisikan air, lembut jua akhirnya.
Pun tidak bermakna kaum adam tidak pandai memujuk atau merajuk. Mereka lebih bijak menyembunyikan rasa hati. Kalau sudah kedua-duanya merajuk, lagilah haru suasana jadinya. Tidak dinafikan, kadangkala kita bermain layang-layang dengan situasi yang sedang dihadapi.
Sebagai teman, tiada salah berkongsi kebahagiaan bersama teman yang disayangi. Apa salahnya mendoakan kebahagiaan dan kegembiraan teman kita walaupun tiada jodoh bersama. Mestikah ada dendam kiranya dia tidak dimiliki? Bukankah berbaik sangka dan meneruskan siratulrahim lebih baik dari bermasam muka?
“Suami isteri ni bak pakaian. Saling menutupi antara satu sama lain. Dalam melayari bahtera kehidupan, pasti masing-masing ada melakukan kesilapan. Maka dengan itulah, Kedua-duanya harus saling tegur-menegur dan bantu-membantu. Melengkapi antara satu sama lain.” ....petikan dari novel.
Kasih
Terima kasih kami ucapkan kepada kasih kerana tak jemu2 menghantarkan komen dan pendapat mengenai novel2 Alaf21 yang terbaru. Semoga kedatangan tahun baru ini, beliau akan lebih aktif membaca dan memberikan komen..
Tahun 2006, hasil dari pertemuan peminat – peminat novel ALAF 21, maka ditubuhkan sebuah kelab peminat novel, yang diberi nama Kelab Peminat Novel ALAF 21 atau kata ringkasnya – ALAF 21 FC.
Kelab yang baru ditubuhkan ini, belum mencecah usia setahun jagung, namun telah mendapat sokongan dari pelbagai pihak, samada dari Pembaca Novel, Peminat, Penggemar dan mereka yang mempunyai hobi membaca, disertai dengan sokongan dan kerjasama yang erat dan tidak berbelah bahagi dari Pihak ALAF 21 sendiri, serta mendapat kerjasama dari NOVELIS sendiri.
Tahun 2007, diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Malaysia oleh Kerajaan, maka sebagai sebuah organisasi yang bergerak mengikut arus perdana, Kelab juga merasakan perlu untuk menyumbang sesuatu untuk pembangunan Negara, maka Kelab telah merancang beberapa program untuk dijalankan sepanjang Tahun 2007.
Harapan kami dari Jawatankuasa Kelab, tahun 2007 bakal membawa sinar harapan yang lebih baik, untuk Kelab mara sebagai sebuah organisasi yang mantap dan dapat memberikan faedah dan manfaat bukan sahaja kepada AHLI, malah merangkumi masyarakat keseluruhannya.
Akhir kata dari saya, sebagai peneraju Kelab, dengan ini mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2007.
Wassalam
Abang Long
Presiden Alaf21 FC
Sempena menyambut Hari Raya Korban , Alaf21 FC ingin meungucapakan,
Selamat Hari Raya, Aidil Adha
kepada sekelian ahli kelab serta para pengunjung blog.
Semoga hari raya korban ini dapat memberikan kita keinsafan tentang haikikat korban yang sebenar2nya disamping memperbaiki diri sendiri dalam melihat kehidupan yang diberikan sementara oleh yang maha Kuasa.
Kepada yang balik kg atau beraya dimana sahaja, semoga anda ceria2 selalu. Begitu juga yang sama2 membantu dalam majlis korban, tentunya lebih meriah kerana dapat berkumpul bersama2 jiran tetangga, jiran sekampung, bergotong royong, berkerjasama disamping mengeratkan siratulrahim sesama masyarakat setempat.
Pada yang ditimpa bencana banjir dan lain2 hal, harap2 dapatlah bersabar kerana itu adalah dugaan semata2. Semoga tabah dan reda dengan kehendak NYA.
Akhir kata semoga anda semua ceria2 selalu dalam pada berhari raya, bercuti2 atau makan angin.
Gembira selalu
mersik
Okay semua , kali ni kita ikuti ulasan novel terbaru dari Leeya Myra yang berjudul Izinkan kubahagia. lagi pun, sudah lama beliau menyepikan diri setelah novel mencari cintanya lahir agak lama dahulu.
Bagaimana dengan cara penulisannya pada novel yang terbaru ini. Adakah lebih menyengkat dan bertambah peningkatan?, hanya anda semualah yang menilainya. Seperti biasa pengulas kita yang rajin menghantar komen iaitu Kasih ada pendapatnya yang tersendiri...
Ulasan peribadi
Kisah yang agak bergelora dipaparkan oleh Leeya Myra kali kali ini. Cara penyampaian yang mudahfaham. Terdapat juga kata2 semangat yang boleh dijadikan panduan sehari2.
Perjalanan kisah kasih Zafir yang umpama air sungai yang mengalir tenang. Tiada banyak yang dilakukannya, setakat mengikuti peredaran air yang satu hala. Membosankan? Ya, lelaki ini agak membosankan! Sesungguhnya dia tidak tahu apa yang diingininya. Dia tidak pandai menghargai permata didepan mata. Nadya yang mencintainya sepenuh hati dipandang sepi. Soraya yang entah dimana diingati, malah dikasihi, lantaran itulah cinta hatinya yang pertama.
Walau ada ribut dihati Nadya, dia masih boleh berlagak anggun dan biasa. Adakah keputusan yang telah dibuat, sesuatu yang tidak harus dilakukan? Siapakah pula Armin dihatinya jika Zafir pilihan jiwa? Antara Armin dan Zafir siapakah yang lebih berhak berada disisinya?
Razlan adalah mimpi ngeri buat Soraya. Bersama Razlan, merobek maruah wanitanya. Tiada belaskah pada Soraya yang pernah dilafazkan kata2 cinta. Bersama lara, Soraya mencari ketenanagn jauh dari kampung halaman. Kehadiran Zafir membawa harapan untuk meniti hari2 gembira dan bahagia. Bahagiakah Soraya kiranya dia melukai insan lain? Apakah dia sama seperti Juita jika mahukan Zafir bersamanya?
Di dalam kemelut perasaan insan2 ini, adakah sinar bahagia untuk setiap mereka?
Moral
Ajal dan maut ketentuan Allah yang tidak kita ketahui akan rahsiaNya. Kita juga sedia maklum bahawasanya jodoh pertemuan di tentukan Allah. Tetapi, disini kita diberi kebebasan untuk membuat pilihan. Bukankah kita diberi petunjuk dan peringatan supaya mencari pasangan hidup yang sesuai agar sama2 mendapat keredhaan Allah dalam kita menjalani kehidupan rumahtangga bersama pasangan. Salah takdirkah jika kita gagal mengecapi bahagia dalam alam berumahtangga? Tidak sesekali Allah mendatangkan ujian kepada hambaNya yang tidak disayangi.
Bahagia. Apakah definasi bahagia? Apakah yang membolehkan kita merasa bahagia? Apapun yang dianggap bahagia oleh seseorang individu adalah sesuatu yang tidak dapat kita jangkau dengan tangan. Setiap individu punyai definasi sendiri tentang kebahagiaan hidupnya. Kadangkala, dalam bahagia ada dendam.
Kisah dari novel ini sedikit sebanyak membuat saya akui bahawasanya kita dikelilingi oleh pelbagai ragam manusia yang tidak kita ketahui kesengsaraan dan kebahagiaan mereka. Ada yang mengaku bahagia, walhal tidak seperti yang diungkapkan. Tidak semua dari kita yang mampu dipandang lemah oleh siapa pun akan kekurangan diri dan hidup. Kalau boleh kita mahu diri sentiasa dianggap lengkap dan bahagia. Hipokritkah kita? Atau tidak mahu insan disekeliling terbeban sama dengan masalah yang ditanggung? Apapun alasan individu, menghormati perasaan individu yang lain adalah pilihan yang terbaik.
“Belajarlah memaafkan mereka yang pernah menyakiti kita. Hidup kita akan lebih tenang dan bahagia. Percayalah. Hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan dengan kebencian. Sukar mendapat ketenangan apabila hati penuh dendam.”
....petikan dari novel.
kasih
Ya begitulah pendapat dari kisah ini. Semoga sedikit sebanyak dapat memberikan aanda idea mengenai keseluruhan cerita yang dipaparkan. Selamat membaca novel ini.
Mersik
Ada salah seorang dari ahli Alaf21 FC yang turut berasa gembira dengan perayaan hari Natal ini. Beliau ialah tak lain dari Loke Li Hoon, satu2nya amoi yg rajin mengikuti aktiviti2 kelab Alaf21 FC. Antara ucapannya ialah ,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang2 kuat Alaf 21 FC kerana memberi saya peluang membuat ucapan sempena Hari Natal.
Kepada yang mengenali saya . “ Selamat Hari Natal “ saya ucapkan.
Semoga persahabatan kita kekal selama-lamanya dan terus bersama dengan Kelab Alaf 21. Dan tak lupa juga selamat tahun baru 2007. Semoga tahun depan akan lebih baik dan gembira buat anda semua.
Maaf banyak2 sebab tak buat rumah terbuka. Kalau ada peluang dan ada rezeki pada masa akan datang, saya akan adakan rumah terbuka..
Semoga ceria dan gembira selalu dan selamat bercuti..
Terima kasih.
Ya laa amoi..semoga awak pun seronok2 raya ini..
Kita ikuti pula cerita mengenai Bengkel Penulisan Remaja/Alaf21 yang diadakan baru2 ini dari pandangan pihak Alaf21 sendiri.
Manalah tahu, anda akan bersua dengan wajah2 yang anda rasa kenal, mungkin kenal , dan sah2 kenal..hik hik..alahaiii..
Klik dibawah ,
http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/N_temuramah&berita/bengkel%20remaja_06/default.htm
mersik
Ada sesiapa yang telah membaca novel yang terbaru dari Liza Zahir iaitu Bahtera Kasih? Ha..kalau belum apa kata kita baca komen Rosha dulu mengenai novel ketiganya
Manalah tahu kut2 dapat menarik minat anda semua untuk memilikinya.
Ulasan.
Hati saya terpaut kali pertama memandang cover kulit buku yang sungguh menyentuh jiwa. Romantik rasanya. Perasaan saya turut dibawa belayar bersama dengan bahtera kasih ini. Cerita yang membuai-buai rasa dan seolah-olah saya turut sama di dalam watak-watak tersebut menikmati keindahan alam semula jadi kejadian Tuhan.Cerita ini mengisahkan tentang seorang Gadis, Cara Lina berperawakan cantik, manja dan berdikari, mula menempuhi cabaran dan halangan yang berlaku dalam dirinya apabila dia tersilap langkah menjejaki kekasih pujaan hati, seorang kasanova bernama Ichlas di sebuah pulau. Atas kesilapan itu, dia melukakan hati ibu bapanya. Tsunami telah melanda pulau tersebut menyebabkan Ichlas terdampar di tengah lautan dan diselamatkan oleh kapten kapal lanun. Berbagai cabaran terpaksa ditempuhi oleh Cara Lina untuk bertemu dengan kekasihnya sehingga terperangkap dalam tawanan lanun di atas kapal lanun yang sama di mana Ichlas turut berada di situ.
Mereka sepakat mengatur rancangan. Malang tidak berbau, setelah berjaya melarikan diri Ichlas, Cara Lina dan Minardi terdampar di tengah lautan bila bot yang dinaiki kehabisan minyak. Berlaku kekecohan bila Ichlas tidak mahu terjun ke laut dan membiarkan sahaja Cara Lina di bawa oleh Minardi. Baru kini Cara Lina mengerti bahawa Ichlas adalah seorang lelaki yang dayus. Hatinya sedih dan merasakan bahawa Ichlas adalah tidak ihklas dalam menyintainya. Malang sekali lagi menimpa bila Cara Lina terdampar di tepi lautan bila ombak besar datang melanda. Minardi telah meninggal dunia. Cara Lina diselamatkan oleh Ryan bersama ibunya Jenna.
Sebelum itu, Minardi sempat menulis surat wasiat kepada kekasihnya Mariam. Ryan telah membaca surat tersebut apabila dia terjumpa di dalam kocek seluar lelaki itu. Dia berasa terharu dengan keihlasan Minardi hingga mengambil keputusan untuk menjaga Cara Lina. Dalam diam, dia sukakan gadis itu. Tapi apakah nasib mereka? Adakah mereka berjaya diselamatkan? Dan bagaimana kesudahan cinta antara Cara Lina dan Ryan? Bagaimana pula nasib si Ichlas yang tidak bertanggungjawab itu?
*Komen :
Rugi kalau tak baca. Memang best cerita ini. Tahniah pada Liza Zahira. Anda memang berbakat. Saya suka dengan garapan beliau yang bersahaja dan mengandungi mesej yang amat bermanafaat. Tak lupa pada Ruby...tahniah kerana berjaya mengedit cerita yang bagus ini hingga menjadi selengkapnya.-
rosha.
Hah! Macam mana? Menarikkan ceritanya. Kalau nak tahu kisah seterusnya, kenalah membacanya sampai habis. Jangan tunggu lagi, silalah mendaptkannya di kedai2 berhampiran atau terus ke Alaf21.
Novelis
-
-
-
-
-
-
-
-
SINOPSIS C1NT4 TOP SECRET VERSI 1.010 years ago
-
SAKITNYA TUH DI SINI - Bab 110 years ago
-
Setahun bersawang...12 years ago
-
-
-
Happy New Year15 years ago
-
SELAMAT TAHUN BARU 200818 years ago
-
Korea Oh Winter Sonata.....19 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Labels
- Anis Ayuni (1)
- Novel Cinta (2)
- Perpisahan. (1)
- Pesta Buku Selangor (4)
- Pesta Buku. (4)
- Projek Kelab (1)
- SRI DIAH (1)
- thriller (1)
- ulasan peminat (1)



