Untuk tahun baru, lagi novel baru akan diulas. Novel kali ini kebetulan datangnya dari seorang penulis Alaf21 iaitu Umi Azrini. Dari siapa lagi, kalau bukan kasih yang rajin menghantar pendapatnya mengenai novel2 baru dipasaran. Kita ikuti ulasannya..

Ulasan peribadi

Jujur. Sikap jujur harus perlu ada pada setiap individu terhadap sesiapa sahaja hatta pada diri sendiri. Kiranya kita tidak dapat bersikap jujur pada diri sendiri, bolehkah kita bersikap jujur terhadap orang lain? Sesuatu yang boleh direnungkan bersama.

Mencintai Iqbal adalah sesuatu yang terindah buat diri Reen. Apatah lagi cintanya mendapat balasan positif. Bahkan direstu kesemua keluarga Iqbal. Alangkah gembiranya hati. Tetapi bagaimana pula dengan penerimaan kedua orangtuanya di kampung? Kerana yakin dan pasti akan tiada halangan, Reen masih lagi merahsiakan hubungannya dengan Iqbal. Harapannya hancur berderai bila kedua orangtua menerima lamaran Fahrin. Apakah silapnya sendiri kerana tidak berterusterang dengan kedua ibuayah akan kewujudan Iqbal yang menyinari sebahagian hidupnya?

Fahrin! Kejamnya dia kerana sudah diketahui akan hubungan Reen dengan Iqbal. Bukan dia tidak lihat akan kemesraan mereka. Bukan juga tiada cinta lain di hati. Tetapi mengapa harus menghalang percintaan antara dua insan yang saling mengasihi? Apakah motif sebenar Fahrin? Adakah memang ada cinta untuk Reen atau sekadar mahu membalas dendam? Bagaimana pula dengan Maya? Mengapa begitu tegar dan nekadnya Fahrin melamar Reen dan membiarkan Maya? Apakah permainan Fahrin sebenarnya?

Bagaimanakah kesudahan hidup Reen dan Fahrin? Bahagiakah mereka dalam melayari dunia permainan Fahrin?

Moral

Dalam pada kita sedang hangat bercinta, adakala kita lupa untuk mengingati diri bahawasanya jodoh tidak semestinya dengan sidia yang kita kasihi. Tidak kesemua yang dihajati akan diperolehi. Kita harus yakin dengan ketentuan Allah kepada kita. Pastinya hikmah yang ada tidak kita rasai kiranya kita tidak dapat menerima takdir yang ditetapkan. Setiap yang berlaku adalah merupakan ujian keimanan kita terhadap yang Maha Esa.

Sebagai wanita, adakalanya kita terbawa2 dengan perasaan hati. Kita lebih mudah tersentuh hati dan merajuk. Adakala pula rajuk kita mengeruhkan lagi keadaan. Bukan mahu dibelikan intan berlian, tetapi pujukan kasih yang lebih bermakna. Bak kata pepatah, sekeras-keras kerak nasi, diisikan air, lembut jua akhirnya.

Pun tidak bermakna kaum adam tidak pandai memujuk atau merajuk. Mereka lebih bijak menyembunyikan rasa hati. Kalau sudah kedua-duanya merajuk, lagilah haru suasana jadinya. Tidak dinafikan, kadangkala kita bermain layang-layang dengan situasi yang sedang dihadapi.

Sebagai teman, tiada salah berkongsi kebahagiaan bersama teman yang disayangi. Apa salahnya mendoakan kebahagiaan dan kegembiraan teman kita walaupun tiada jodoh bersama. Mestikah ada dendam kiranya dia tidak dimiliki? Bukankah berbaik sangka dan meneruskan siratulrahim lebih baik dari bermasam muka?

“Suami isteri ni bak pakaian. Saling menutupi antara satu sama lain. Dalam melayari bahtera kehidupan, pasti masing-masing ada melakukan kesilapan. Maka dengan itulah, Kedua-duanya harus saling tegur-menegur dan bantu-membantu. Melengkapi antara satu sama lain.” ....petikan dari novel.

Kasih

Terima kasih kami ucapkan kepada kasih kerana tak jemu2 menghantarkan komen dan pendapat mengenai novel2 Alaf21 yang terbaru. Semoga kedatangan tahun baru ini, beliau akan lebih aktif membaca dan memberikan komen..

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati