Okay semua , kali ni kita ikuti ulasan novel terbaru dari Leeya Myra yang berjudul Izinkan kubahagia. lagi pun, sudah lama beliau menyepikan diri setelah novel mencari cintanya lahir agak lama dahulu.

Bagaimana dengan cara penulisannya pada novel yang terbaru ini. Adakah lebih menyengkat dan bertambah peningkatan?, hanya anda semualah yang menilainya. Seperti biasa pengulas kita yang rajin menghantar komen iaitu Kasih ada pendapatnya yang tersendiri...

Ulasan peribadi

Kisah yang agak bergelora dipaparkan oleh Leeya Myra kali kali ini. Cara penyampaian yang mudahfaham. Terdapat juga kata2 semangat yang boleh dijadikan panduan sehari2.

Perjalanan kisah kasih Zafir yang umpama air sungai yang mengalir tenang. Tiada banyak yang dilakukannya, setakat mengikuti peredaran air yang satu hala. Membosankan? Ya, lelaki ini agak membosankan! Sesungguhnya dia tidak tahu apa yang diingininya. Dia tidak pandai menghargai permata didepan mata. Nadya yang mencintainya sepenuh hati dipandang sepi. Soraya yang entah dimana diingati, malah dikasihi, lantaran itulah cinta hatinya yang pertama.

Walau ada ribut dihati Nadya, dia masih boleh berlagak anggun dan biasa. Adakah keputusan yang telah dibuat, sesuatu yang tidak harus dilakukan? Siapakah pula Armin dihatinya jika Zafir pilihan jiwa? Antara Armin dan Zafir siapakah yang lebih berhak berada disisinya?

Razlan adalah mimpi ngeri buat Soraya. Bersama Razlan, merobek maruah wanitanya. Tiada belaskah pada Soraya yang pernah dilafazkan kata2 cinta. Bersama lara, Soraya mencari ketenanagn jauh dari kampung halaman. Kehadiran Zafir membawa harapan untuk meniti hari2 gembira dan bahagia. Bahagiakah Soraya kiranya dia melukai insan lain? Apakah dia sama seperti Juita jika mahukan Zafir bersamanya?

Di dalam kemelut perasaan insan2 ini, adakah sinar bahagia untuk setiap mereka?

Moral

Ajal dan maut ketentuan Allah yang tidak kita ketahui akan rahsiaNya. Kita juga sedia maklum bahawasanya jodoh pertemuan di tentukan Allah. Tetapi, disini kita diberi kebebasan untuk membuat pilihan. Bukankah kita diberi petunjuk dan peringatan supaya mencari pasangan hidup yang sesuai agar sama2 mendapat keredhaan Allah dalam kita menjalani kehidupan rumahtangga bersama pasangan. Salah takdirkah jika kita gagal mengecapi bahagia dalam alam berumahtangga? Tidak sesekali Allah mendatangkan ujian kepada hambaNya yang tidak disayangi.

Bahagia. Apakah definasi bahagia? Apakah yang membolehkan kita merasa bahagia? Apapun yang dianggap bahagia oleh seseorang individu adalah sesuatu yang tidak dapat kita jangkau dengan tangan. Setiap individu punyai definasi sendiri tentang kebahagiaan hidupnya. Kadangkala, dalam bahagia ada dendam.

Kisah dari novel ini sedikit sebanyak membuat saya akui bahawasanya kita dikelilingi oleh pelbagai ragam manusia yang tidak kita ketahui kesengsaraan dan kebahagiaan mereka. Ada yang mengaku bahagia, walhal tidak seperti yang diungkapkan. Tidak semua dari kita yang mampu dipandang lemah oleh siapa pun akan kekurangan diri dan hidup. Kalau boleh kita mahu diri sentiasa dianggap lengkap dan bahagia. Hipokritkah kita? Atau tidak mahu insan disekeliling terbeban sama dengan masalah yang ditanggung? Apapun alasan individu, menghormati perasaan individu yang lain adalah pilihan yang terbaik.

“Belajarlah memaafkan mereka yang pernah menyakiti kita. Hidup kita akan lebih tenang dan bahagia. Percayalah. Hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan dengan kebencian. Sukar mendapat ketenangan apabila hati penuh dendam.”
....petikan dari novel.

kasih

Ya begitulah pendapat dari kisah ini. Semoga sedikit sebanyak dapat memberikan aanda idea mengenai keseluruhan cerita yang dipaparkan. Selamat membaca novel ini.

Mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati