Makan-makan bersama novelis Alaf21

Kawan-kawan, tengoklah gambar yang sempat saya rakamkan ketika turun ke pesta buku tempohari. Masa tu kerja saya pulak menggantikan si mersik...dok terjah ambik gambar jer....tapi yang bestnya gambar saya ada juga yang tolong ambilkan.

Hari-hari saya bawa kamera digital, tapi asyik terperuk dalam poket jer. Sebab saya ini jenis yang malas nak ambil gambar dan bergambar.

Tapi mengenangkan yang peluang sebegini bukan selalu muncul, saya kena merakamkannya juga.
Terima kasih tidak terhingga kepada Lynn Dayana kerana bermurah hati belanja kami menikmati Pizza sambil sembang-sembang bersantai. Maklumlah kali ini Lynn mengetuai rombongan ke The Mall di mana kelibat Abg. Long & the sons, Violet & sister, Laila Kamilia dan saya sendiri.

Kebetulan waktu sudah menganjak ke jam 2.00 petang, apa lagi, perut masing-masing dah berkeroncong lapar...tambahan pula saya ni jenis berselera makan...hehehe.

Selain Lynn Dayana dan Laila Kamilia, ada juga saya jumpa Anis Ayuni yang cantik manis, Lily Suriani yang murah dengan senyumannya, yang anggun dan menawan dua merpati sejoli....hehehe tak lain tak bukan Lily Haslina dan Norzailina Nordin. Nanti kita letak gambar dia ye..

Ada juga sesi ramah mesra chef-chef masakan dengan Chef Wan. Apa lagi...Lepas itu macam kenal pula seorang yang berdiri paling tepi tu. Siapa lagi kalau bukan Chef Selebriti kita itu, Norzailina Nordin...

Demikianlah serba sedikit kenangan yang dapat dicoretkan. Lagi pun, bukan senang nak duduk bersama novelis nih, apatah lagi dalam bab makan-makan nih.

Semoga tahun hadapan akan lebih bertambah meriah.

Salam sayang, jaga diri.

rosha

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Novelis di Pesta Buku : Amy Batrisya

Tinggi-tinggi si matahari ,
Anak kerbau mati tertambat ,
Sudahlah lama kami mencari ,
Barulah kini kami mendapat


Rasanya pantun diatas memang kena benar dengan rasa gembira kami untuk mencari novelis yang satu ini. Hampir berbulan-bulan lamanya kami cuba menjejakinya, akhirnya di pesta buku... barulah kami dapat bertemu jua. Alkisah, rupa-rupanya dia duduk nun jauh di Kuantan sana. Sudah tentu sukar untuk selalu turun kemari.

Apatah lagi dengan sikapnya yang agak pemalu juga, waktu disapa... membuatkan kami menjadi termalu sama ( hahaha..). Ternyata tidak begitu, beliau juga rajin berbual. Tapi begitulah, kalau tidak berjumpa, bermesra dan berkenal antara satu sama lain, masakan mau jadi mesra gitu.

Kalau anda semua ingat judul bukunya iaitu " Hamparan Kasih ", merupkan penulisan sulungnya yang begitu mengalakkan. Ternyata beliau mempunyai potensi untuk menjadi penulis yang baik. Mungkin kesibukan kerja menjadikan beliau kurang masa untuk menumpukan pada bidang ini.

Walau bagaimana pun, kami amat gembira dapat bertemu dengannya. Semoga beliau succes selalu dan terus berkarya.

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Novelis di Pesta Buku : Lily Haslina Nasir dan Norzailina Nordin

“Kalau nak jumpa Lily Suriani, dia dimeja hujung sana,” dengan sopan, beliau menghalakan jarinya ke arah meja yang disebutkan. Mungkin kerana belum ada keluaran novel/buku terbaru, membuatkannya berfikiran begitu.

“Oh tidak, saya nak jumpa Lily Haslina. Saya Salmah,” saya memperkenalkan diri.

“Eh, ini Salmah yang….” novelis Lily Haslina Nasir menoleh kepada Puan Norzailina Nordin yang ketika itu sedang menurunkan autografnya diatas novel terbaru beliau, Impian Terindah, untuk seorang peminat. Spontan, Puan Norzailina mengangkat kepala dan memandang saya. Senyuman memekar diketiga-tiga wajah yang ceria.

Ya, itulah pertemuan pertama kami di PWTC, sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sedang berlangsung ketika ini. Saya begitu gembira kerana akhirnya, dapat jua bersua dengan mereka yang saya kagumi. Sebelum ini kami hanya berinteraksi dialam maya sahaja.

Karya-karya mereka sering memberi kepuasan dan mewarnai dunia pembacaan saya. Bukan setakat novel-novel sahaja, malah buku-buku motivasi, juga penyedap lidah yang pastinya membuka selera dan mengenyangkan perut!

Banyak juga resepi-resepi Puan Norzailina yang telah saya cuba. Sekiranya anda peminat laksa, anda harus cuba Laksa Serawak. Power giler!!! Kerana terlalu seronok mendapat autograf Puan Norzailina dan Lily Haslina, saya sampai tersasul sebut nama resepi! Memandai saja saya ganti nama negeri yang diberi. Nasib baiklah tuannya tidak marah. Malu!

Tidak pula dinafikan memang penulis berdua nih bukanlah baru dalam bidang ini. Kalau boleh, sudah digelar veteran pun. Tiap-tiap tahun selalunya ada dipesta buku. Seperti kata orang, rileks dan bersahaja. Layan baik punya. Namun tiap-tiap tahun tentu ada buah tangan terbaru yang dihasilkan.

Sempat juga kami berbual seketika. Memandangkan mereka disitu bukan untuk melayan saya seorang, tidak bijak kiranya saya mengajak mereka berbual sakan. Kalau diberi peluang, pasti itu yang akan saya lakukan. Namun, keadaan dan masa tidak mengizinkan, memandangkan saya juga ada temujanji dengan beberapa orang rakan yang lain. Moga akan ada lagi pertemuan dengan mereka di lain masa.

Salmah

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ulasan Novel - Janjiku Bersamamu - Aleya Aneesa.

Pertama sekali saya mengucapkan tahniah pada Aleya Aneesa kerana menghasilkan novel terbaru bertajuk “Janjiku Bersamamu”. Kisah novel ini mengingatkan saya dengan garapan beliau yang terdahulu iaitu “Semusim Rindu”. Ada persamaan sikit cuma jalan cerita yang berbeza. Saya meminati garapan Aleeya sejak novelnya yang pertama lagi.

Ternyata beliau masih dapat mengekalkan gaya penulisan dan bahasa beliau dengan baik dan sempurna. Ada beberapa adengan lucu yang turut diselitkan. Saya turut terhibur dengan ayat beliau “hitam macam buntut kuali”. Membuatkan saya ketawa bak kerang busuk tersengih keseorangan.

Bila saya menyelami watak Dhamira Rysda, ia mengingatkan saya juga kepada watak Hajar Nadirah dalam “Semusim Rindu”. Bila Aleeya melakarkan watak Dami adalah seorang gadis kacukan Inggeris bermata biru, kulit putih melepak, saya membayangkan Aleeya sendiri kerana Aleeya juga memiliki ciri-ciri tersebut.

Dami adalah seorang gadis yang cekal, tabah, cantik dan manja dengan papanya, Aly Rashid. Walaupun tidak diterima sebagai cucu kerana darah yang mengalir ditubuhnya adalah campuran bangsa penjajah, namun Dami tidak pernah lupa asal usul dirinya. Walaupun diri terluka kerana tersisih, tetapi Dami tahu sebagai seorang anak dan cucu, dia yang harus mengalah.

Saya begitu tersentuh hati apabila mengenangkan nasib diri Dami di awal permulaan kehidupannya bermula. Dibenci oleh ibu tiri, adik beradik tiri, datuk dan nenek sendiri membuatkan saya menangis di pertengahan cerita kerana saya menyelami perasaan duka Dami. Lebih menyayat hati apabila Zamirul, anak kepada Dami terlibat dengan kemalangan dan menjadi buta. Masa itu saya membayangkan bahawa Dami adalah seorang ibu yang baik, mulia kerana sanggup berkorban untuk keluarga dan anaknya. Aleeya berjaya membawa diri saya ke dalam daerah kegelapan tersebut.

Aleya telah membuktikan bahawa kita sebagai seorang insan harus ada sikap saling menyayangi, menghormati dan memaafkan kesalahan orang lain. Biar apa jua dugaan yang diuji, setiap kesabaran itu membuahkan kebahagiaan. Kebahagiaan dalam rumah tangga penting dengan saling mempercayai satu sama lain dan saling membantu antara satu sama lain.

Semoga ia dapat memberi kita teladan ke atas kekhilafan setiap insan di atas muka bumi ini.

~ Rosha


Perhatian :

Untuk anda semua, jika belum mendapatkan novel terbaru Aleya Aneesa, jangan lupa ke Pesta buku Sabtu dan Ahad ini. Manalah tahu anda juga berpeluang untuk bersua dan beramah mesra dengannya.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Novelis di Pesta Buku : Umi Azrini

Umi Azrini adalah penulis baru keluarga Alaf21. beliau yang muncul dengan judul novel “ Sejujur Hatimu “ ini turut bersama-sama barisan penulis lain untuk bertemu dan beramah mesra bersama pengunjung yang hadir.

Jarak yang jauh tidak menjadi penghalang untuknya kemari. Walaupun dia menetap dan bertugas di Penang, namun seringkali juga dia berulang alik ke KL atas urusan kerja. Naik bas lebih selesa katanya, rehat atau tidur sahaja. Tak payah penat-penat memandu lama-lama.

Lagi pun, masa inilah nak luangkan masa berkenal-kenalan dengan penulis lain disamping mendengar komen-komen pengunjung yang sudahpun memiliki bukunya.

“ Setakat ini sambutannya okey, menggalakkan dan banyak komen2 positif diterima. “

Bercerita tentang tempat berlangsungnya Pesta Buku , terutama Dewan yang menempatkan Karangkraf dan Alaf21 ini, memang sangat2 selesa katanya. Luas dan meriah, berwarna warni latar belakangnya. Walau pun ramai orang tapi masih boleh bergerak. Penulis pun ramai yang ada, memang meriah.

Cuma sayangnya , dia dapat bersama sehari sahaja kerana ada hal2 tertentu yang perlu diuruskan. Tak mengapalah Umi , mungkin lain tahun boleh duduk lama-lama ye.

Kami ucapkan semoga Umi Azrini berjaya dalam bidang penulisannya.
Semoga beliau akan terus berkarya.

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Meriahnya Pesta Buku, umpama Hari Raya

Sewaktu Pesta Buku ini berlangsung, Abang Long sendiri banyak menekankan tentang perkataan HARI RAYA untuk PEMINAT BUKU.

Dalam setahun, pembaca, peminat dan ulat buku, berpesta semahu - mahunya. Ada yang window shopping, tetapi yang pasti ramai yang menggunakan peluang KEEMASAN - SETAHUN SEKALI. Untuk mendapatkan bahan bacaan pada harga yang begitu menarik yang ditawarkan oleh seluruh syarikat penerbitan.
Berbalik kepada HARI RAYA untuk peminat novel ALAF 21 khususnya. Cuba bayangkan selama beberapa hari dalam seminggu ini, para NOVELIS khususnya, telah duduk sebaris. Mereka berbual sesama sendiri, mereka berbual dengan peminat, mereka beramah mesra dengan sesiapa sahaja. Ada yang kuat mengusik, ada yang bertanya khabar, ada yang bergambar sakan dengan peminat, ada yang sering ketawa, ada yang duduk termenung sendirian, ada yang masih takut - takut, ada yang masih lagi kekok sewaktu bertemu peminat, ada juga yang menegur pengunjung dengan bersahaja, malahan boleh dikatakan "macam - macam ada".

Selepas berada sebaris, dalam satu "wadah perjuangan" yang sama. Tiba - tiba sampailah waktunya BERPISAH. Saya tidak dapat membayangkan "saat - saat ini". Pasti ramai yang akan "merindui" saat - saat seperti itu akan berulang kembali untuk tahun hadapan. Yang tinggal di utara tanahair akan pulang ke utara, yang menetap diselatan tanahair, akan kembali ke selatan, yang datang dari pantai timur akan bertolak ketempat asal masing - masing.

Yang pasti, masing - masing mempunyai tanggungjawab dan komitmen tersendiri. Jadi "pergunakanlah" ruang @ saat @ waktu yang ada sebaik dan semaksimum mungkin.

Pesta Buku @ HARI RAYA PEMBACA - adalah juga tempat atau platform bagi novelis, selain dari bertemu peminat, adalah juga sebagai tempat untuk "mempromosikan" diri dan novel. Bukan mudah untuk mendapat kesempatan yang terbaik sebegitu. Kalau artis, mereka mempunyai pelbagai program untuk berpesta dan mempromosikan diri. Bagaimana dengan novelis ?

Kepada pembaca, peminat dan penggemar novel, khususnya novel ALAF 21. Apakah anda telah menggunakan kesempatan ini sebaik mungkin ?

Cuba bayangkan, selesai sahaja Pesta Buku ini. Masing - masing akan pulang semula kerumah atau lokasi asal masing - masing. Dan menjalankan rutin kehidupan seharian seperti biasa.

Bukan mudah untuk bertemu sambil mendapat tandatangan, bukan mudah untuk bergambar dalam suasana HARI RAYA PEMBACA, bukan mudah untuk mendapatkan novel dalam keadaan berpesta dan mendapat dengan nilai yang memuaskan.

Jangan malu untuk bertemu dengan novelis, (sebabnya ada yang masih pandang dari jauh, sambil berkata, "eh ... aku seganlah nak pergi seorang - seorang). Abang Long pasti, novelis yang ada, begitu ramah, mesra dan boleh diajak berbual (tapi, kalau keadaan tidak mengizinkan - minta maaf ye). Boleh diajak bergambar dan sebagainya. Malah mereka berbangga mempunyai pembaca dan peminat seperti ANDA.

Kalau boleh, bergambarlah dengan semua novelis yang ada. Kerana bukan mudah, untuk mendapatkan kesemua novelis dalam satu masa. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini.



TERIMA KASIH kepada semua yang hadir pada HARI RAYA PEMBACA 2007.

TERIMA KASIH kerana mendapatkan NOVEL terbitan ALAF 21.


Abang Long


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Komen pengunjung tentang buku2 Alaf21 ..

Pesta buku tahun ini menerima kunjungan beribu2 peminat buku hampir setiap hari. tidak terkecuali juga yang memenuhi gerai Karangraf serta Alaf21. Rata-rata mereka semua adalah peminat novel dan pencinta buku yang sering mengikuti perkembangan semasa.

Selain kanak2 sekolah dan remaja, ada juga ibu bapa yang turut berkongsi minat yang sama bersama anak2 mereka.

Abang Long sempat juga menyapa beberapa pengunjung yang kebetulan sedang menanti untuk mendapatkan tandatangan novelis .

Salah seoang darinya ialah Puan Amiroh binti Abdul Rahman, dari Kajang. Beliau menunggu anaknya untuk mendapatkan tandatangan dari Novelis Norzailina Nordin. Disebabkan tidak sanggup untuk beratur panjang. Sewaktu ditemui, beliau kelihatan agak ragu - ragu dan sedikit gugup. Namun setelah pemberita Blog memperkenalkan diri, Puan Amiroh kelihatan bersedia untuk ditemuramah, malah beliau begitu ramah disamping memperkenalkan ketiga - tiga anaknya yang juga peminat novel.

Menurut Puan Amiroh, beliau telah mula membaca majalah Remaja sejak dari zaman menjadi penuntut Universiti, dan mula membaca hasil terbitan Karangkraf sejak dari zaman Tun Hussein Onn lagi.

Dan sekarang beliau dan anak - anak mempunyai minat yang sama, iaitu membaca novel terbitan ALAF 21.

Penulis yang menjadi kesukaan beliau ialah Norzailina Nordin. Dimana katanya, bahasa yang digunakan mudah, agak santai, menghiburkan.

Novel hasil garapan Norzailina Nordin juga mempunyai unsur - unsur "penarik", selain dari itu penceritaannya tidak meleret dan pembaca akan terus "terikat" untuk membaca, dan juga untukmengetahui kesudahan cerita yang dipaparkan.

Tentu ramai lagi peminat diluar sama yang memintai buku2 keluaran Alaf21 ini. nanti kami akan tanya2 lagi.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati