“Kalau nak jumpa Lily Suriani, dia dimeja hujung sana,” dengan sopan, beliau menghalakan jarinya ke arah meja yang disebutkan. Mungkin kerana belum ada keluaran novel/buku terbaru, membuatkannya berfikiran begitu.

“Oh tidak, saya nak jumpa Lily Haslina. Saya Salmah,” saya memperkenalkan diri.

“Eh, ini Salmah yang….” novelis Lily Haslina Nasir menoleh kepada Puan Norzailina Nordin yang ketika itu sedang menurunkan autografnya diatas novel terbaru beliau, Impian Terindah, untuk seorang peminat. Spontan, Puan Norzailina mengangkat kepala dan memandang saya. Senyuman memekar diketiga-tiga wajah yang ceria.

Ya, itulah pertemuan pertama kami di PWTC, sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sedang berlangsung ketika ini. Saya begitu gembira kerana akhirnya, dapat jua bersua dengan mereka yang saya kagumi. Sebelum ini kami hanya berinteraksi dialam maya sahaja.

Karya-karya mereka sering memberi kepuasan dan mewarnai dunia pembacaan saya. Bukan setakat novel-novel sahaja, malah buku-buku motivasi, juga penyedap lidah yang pastinya membuka selera dan mengenyangkan perut!

Banyak juga resepi-resepi Puan Norzailina yang telah saya cuba. Sekiranya anda peminat laksa, anda harus cuba Laksa Serawak. Power giler!!! Kerana terlalu seronok mendapat autograf Puan Norzailina dan Lily Haslina, saya sampai tersasul sebut nama resepi! Memandai saja saya ganti nama negeri yang diberi. Nasib baiklah tuannya tidak marah. Malu!

Tidak pula dinafikan memang penulis berdua nih bukanlah baru dalam bidang ini. Kalau boleh, sudah digelar veteran pun. Tiap-tiap tahun selalunya ada dipesta buku. Seperti kata orang, rileks dan bersahaja. Layan baik punya. Namun tiap-tiap tahun tentu ada buah tangan terbaru yang dihasilkan.

Sempat juga kami berbual seketika. Memandangkan mereka disitu bukan untuk melayan saya seorang, tidak bijak kiranya saya mengajak mereka berbual sakan. Kalau diberi peluang, pasti itu yang akan saya lakukan. Namun, keadaan dan masa tidak mengizinkan, memandangkan saya juga ada temujanji dengan beberapa orang rakan yang lain. Moga akan ada lagi pertemuan dengan mereka di lain masa.

Salmah

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati