Tentang PAsiNO

Apa itu PAsiNo ?

PAsiNo adalah singkatan kepada - (P)rogram (A)ppresia(si) (No)velis.



Program ini adalah program pertama dan terbesar, yang dianjurkan oleh Kelab Peminat Novel ALAF 21 (ALAF 21 FC). Dengan mendapat kerjasama dari - ALAF 21 Sdn. Bhd, Sekretariat Penulis Blog dan PENA.

InsyaAllah, program - PAsiNo - ini akan diteruskan dimasa hadapan dengan menjemput novelis yang bernaung dibawah bumbung ALAF 21 Sdn. Bhd.


PAsiNo juga adalah sebagai program atau agenda untuk menghargai hasil karya novelis ALAF 21. Selain dari itu, ianya juga sebagai program untuk mendekatkan pembaca, peminat novel ALAF 21 dengan novelis yang bernaung dibawah bumbung ALAF 21 Sdn. Bhd.


Buat permulaannya,
PAsiNo (1) adalah program bersama novelis thriller tersohor negara, iaitu - Saudara Ramlee Awang Murshid. Dan diikuti dengan PAsiNo (2), iaitu program menziarahi novelis - Puan Sharifah Abu Salem.

Untuk program PAsiNo ini, pihak Kelab Peminat Novel ALAF 21, masih membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berhasrat untuk menjadi PESERTA. Dimana acara membaca naskhah - Ramlee Awang Murshid akan diadakan. Anda yang berminat adalah dipersilakan. Dimana setiap pembaca akan diberikan cenderahati.

Program ini dibuka untuk semua, dan masuk adalah PERCUMA. Anda hanya perlu mendaftar dengan memberikan nama dan nombor telefon bimbit.


Bagaimana caranya ? Mudah sahaja.

Jika anda berminat untuk menghadiri - PAsiNo (1).

Maka emelkan ke - alaf21fc@yahoo.com dengan tajuk - JOIN PAsiNo.

Jika anda berminat untuk menghadiri - PAsiNo (2). - Program Ziarah.

Maka emelkan ke - alaf21fc@yahoo.com dengan tajuk - KONVOI.

Jika anda berminat untuk menyertai kedua - dua program, iaitu - PAsiNo (1) & PAsiNo (2).

Maka emelkan ke - alaf21fc@yahoo.com dengan tajuk - JOIN 2.

Dan sekiranya anda berhasrat untuk menjadi peserta membaca naskhah Ramlee Awang Murshid.

Maka emelkan ke - alaf21fc@yahoo.com dengan tajuk - BACA PAsiNo.

Dan jangan lupa untuk memberikan tajuk novel yang anda berminat untuk dibacakan.

Diruangan entri pada kali ini juga, sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kemusykilan, maka tinggalkan soalan anda diruangan komen pada entri ini. Setiap soalan dan jawapan dari Kelab akan disiarkan secara terbuka.

Anda juga adalah dialu - alukan untuk bersama - sama, mewar - warkan program ini.

Segala kerjasama dari anda, amat dihargai, dan diucapkan TERIMA KASIH.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ulasan Novel : Senafas Rindu - Damya Hanna

Adakala saya membaca buku atau menonton cerita cinta remaja kerana mahu tahu rentak remaja masakini. Apa permasalahan yang remaja masa kini hadapi. Apa yang in-trend dewasa ini dikalangan anak-anak remaja. Pergaulan yang bagaimana yang mereka lalui.

Kemana mereka suka pergi untuk bersantai, selain dari menonton dan membeli-belah. Mengapa masih ada sebilangan remaja yang suka pergi ke kafe siber sedangkan dirumah sudah dilengkapi dengan alat komputer. Malah ada yang serba canggih dan terkini. Jika dirumah tiada punya komputer boleh juga difahami.


Tidak dinafikan, cerita adalah fantasi penulis, namun keadaan sedemikian wujud disekeliling kita pada hari ini.

Walaupun masih berkisar pada kisah cinta dan kekeluargaan, Senafas Rindu menyajikan kita menu yang agak berbeza daripada karya-karyanya yang terdahulu. Masalah remaja dan hubungan dengan orangtua dan kekasih, adalah antara sajiannya.

Damya Hanna juga banyak menggunakan bahasa Inggeris dalam novelnya kali ini. Satu pendekatan yang baik kepada para remaja khususnya yang masih dialam sekolah. Namun, saya harap Damya akan memantapkan lagi penggunaan bahasa tersebut. Ada terdapat beberapa kesilapan dalam penggunaan ayat. Dari segi tatabahasa misalnya. Ini tentunya akan mengelirukan mereka yang masih bergelar pelajar atau yang sedang mempelajari bahasa itu sendiri.

Jalan cerita yang mudah faham, tetapi agak mudah juga diduga apa yang akan berlaku seterusnya. Walaubagaimana pun, syabas untuk Damya Hanna dengan kelahiran novelnya yang terkini. Semoga akan terus berkarya.

Moral

Remaja hari ini lebih berani menyuarakan pendapat mereka dan mencari bahagia sendiri. Ibubapa pula sering merasakan hak mereka terhadap anak-anak tidak boleh dipertikaikan. Dalam dilemma ini, pendekatan yang bagaimanakah yang harus diambil? Adakah secara paksa atau diplomasi? Adakala, orang dewasa juga boleh hilang pertimbangan. Bukan kerana tidak suka atau mengongkong, tetapi lebih kepada ingin melindungi insan-insan yang disayangi daripada gejala-gejala yang tidak sihat.

Jalinan kekeluargaan juga sentiasa dititik-beratkan. Setiap ibubapa pasti akan memikirkan kepentingan anak-anak mereka dalam melalui kehidupan. Kasih sayang adik-beradik sentiasa mekar sepanjang zaman walaupun memiliki perangai dan minat yang berbeza. Tidakkan putus air walau dicincang beribu kali.

Perasaan cinta hadir tanpa paksaan. Namun bolehkah dikekang? Apatah lagi bila diri masih bergelar pelajar. Yang mana satu harus didahulukan? Kekasih atau cita-cita yang sememangnya menjadi idaman. Sanggupkah melepaskan peluang yang ada dalam genggaman begitu sahaja? Sebagai seorang yang berwawasan, tentunya masadepan yang cerah dan baik harus dititik-beratkan.

Semangat setiakawan yang ditonjolkan menarik minat. Apatah lagi berkawan dengan yang tidak sebangsa dan seagama. Banyak tolak-ansur dan pemahaman yang terjalin samada disedari atau sebaliknya. Malah kadangkala kita lebih peka pada cara hidup dan anutan agama masing-masing, membuatkan kita lebih menghormati mereka sebagaimana mereka terhadap agama yang kita anuti. Apatah lagi membimbing saudara baru. Bukan perkara yang enteng, tetapi boleh menjadikan kita seorang yang lebih bertanggungjawab terhadap diri dan agama.

Gandingan hidup suami isteri perlu ada muafakat. Kehidupan bersama bukan boleh diambil mudah. Tidak ada istilah mengambil keputusan sendiri dalam rukun rumahtangga. Setiap keputusan sebaiknya dibawa berbincang bersama untuk mendapatkan keputusan yang membahagiakan kedua pihak. Seringkali keputusan yang dibuat tanpa rundingan hanya akan memusnahkan diri sendiri. Saling hormat-menghormati antara yang harus diamalkan.

Perkahwinan dalam Islam bukan semata-mata kerana nafsu. Perkahwinan adalah satu jalan untuk dua insan memahami makna perkongsian hidup dan berkongsi apa jua perkara.....petikan dari novel.

Salam ceria selalu,
Salmah

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Program PAsiNO dan ZIARAH

Untuk pengetahuan semua , pada 28 Julai 2007, Alaf21 FC , akan menganjurkan dua (2) program serentak dalam satu hari.

Program pertama : PAsiNO - Baca Naskhah Ramlee Awang Murshid


Program kedua : Meniziarahi Novelis Sharifah Abu Salem

Dimana selesai sahaja PAsiNo, kelab akan mengadakan Program Ziarah Novelis Sharifah Abu Salem. Semua pihak yang berminat dan berhasrat untuk mengunjungi beliau, diharap dapat memberikan pengesahan, selewat - lewatnya pada hari Ahad, 22hb Julai).

Dan kita akan pergi ke rumah beliau secara beramai-ramai. maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak.


Tulis pengesahan penyertaan ke email alaf21fc@yahoo.com ,


Untuk menyertai PAsiNO , letakkan tajuk , JOIN PAsiNO


Untuk menyertai program menziarahi novelis , letak tajuk KONVOI


Kalau hendak menyertai kedua-duanya sekali , letak tajuk , JOIN 2


Ini untuk memudahkan kami membuat anggaran dan perancangan.


Atas segala kerjasama yang diberikan, saya ucapkan TERIMA KASIH.

Yang Menjalankan Amanah.
Mohamad Feroz Bin Mohammad Zaini.
Presiden ALAF 21 FC.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Majlis Baca Puisi dan Maskara 2

MALAM INI !!



MALAM BACA NASKHAH SINDIKET SOL-JAH & KAWAN-KAWAN YANG KITA SUKA ( MASKARA ) II

Tarikh : 7 Julai 2007 ( Sabtu )
Masa : Bermula 8.45 mlm
Tempat : Rumah PENA

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

PAsiNO : Baca Naskhah Ramlee Awang Murshid

Sekelian Alaf21 FC serta para pengunjung , dipersilakan hadir ke :

PROGRAM APRESIASI NOVELIS (PasiNo) : BACA NASKHAH RAMLEE AWANG MURSHID

Tarikh : 28 Julai 2007 (Sabtu)


TEMPAT : RUMAH PENA, KUALA LUMPUR
(Berhampiran Dewan Bahasa & Pustaka )

MASA : 9.30 pagi

SAKSIKAN GAYA TERSENDIRI PEMBACA-PEMBACA NASKHAH, PELUANG BERTEMU DENGAN NOVELIS RAMLEE AWANG MURSHID SERTA PERSEMBAHAN LAGU PUISI


MASUK ADALAH PERCUMA !

Anda juga dialu-alukan untuk turut sama mengambil bahagian.

Pada sesiapa yang berminat untuk sama-sama membaca Naskhah Ramlee Awang Murshid , sila hubungi..

Sdr Roslan - 013 3019 380 , emel : alaf21fc@yahoo.com


Sdr Zaiful - 012 248 8664 , emel :
attokz@gmail.com


Anjuran bersama :

Kelab Peminat Novel Alaf21(Alaf21 FC) , ALAF DUA PULUH SATU Sdn. Bhd , Sekretariat Penulis Blog (SPB) serta Persatuan Penulis Malaysia (PENA)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ulasan Novel : Kasih Dania - Ayu Emelda

Syabas kepada Ayu Emelda di atas kelahiran novel beliau - Kasih Dania. Novel kali ini dihasilkan dengan kelainan yang tidak dijangka. Ya, lah sepanjang berpuluh tahun saya membaca novel-novel cinta, jarang saya berjumpa dengan kisah sedemikian rupa...kadang-kadang ia melucukan kerana banyak adengan kelakar yang berjaya diselitkan di dalamnya.

Yang membezakan ialah watak Dania di mana seorang perempuan berhati keras akhirnya lembut jua. Tu lah perempuan dah sinonim dengan sekerak-kerak nasi, akhirnya lembut jua. Tapi Dania ini tak lah drastik perubahannya. Ada logik juga. tetapi dia pandai menyesuaikan diri. Mula-mula tu memanglah Dania tu wataknya keras dan tak akan termakan dengan godaan sang suami, Budreez.

Akhirnya, mak oii...dia yang tak tahan menanggung rindu. Tapi saya respect lah si Dania ini kerana dia berubah demi amanah Allah s.w.t, kerana menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Perubahannya juga kerana perasaan yang baru tumbuh dalam hatinya. Tapi ada kalanya saya berasa marah dan geram dengan sikap Budreez ini. Inilah yang dikatakan lelaki, hati nak tetapi ego. Kerana ego sanggup membutakan mata dan memalsukan hati demi nak jaga maruah.

Si Maria ni pun satu, saya punyalah sakit hati rasa macam nak belasah jer perempuan macam dia. Sebab Burdreez dah buta mata hati, kejahatan Maria pun terselindung pandai dia menyorok dengan lakonan palsu semata-mata. Kali ini Ayu berjaya membuat hati pembaca seperti saya memberontak, melenting dan cepat melatah. Itu tandanya satu kepuasan kepada hasil penulisannya ini.

Ayu Emelda berjaya dengan garapannya yang bersahaja, santai dan menyentuh hati.

TAHNIAH Ayu... Keep on the good work!

Salam Sayang,
Rosha.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Salam dari Ayu Emelda di Troy, New York

Dari kejauhan, tatkala bunga-bunga sudah mekar berkembang mekar, berwarna warna serta cantik , cuaca pula sedang memasuki musim panas yang pastinya menyeronokkan.

Ayu Emelda yang berada di sana, sempat juga menitipkan salam buat kami di Alaf21 FC. Nampaknya musim-musim begitu memang sesuai benar untuk berjalan-jalan makan angin. Lagi pun, novel terbarunya sudah pun berada di pasaran. Bolehlah menarik nafas lega seketika.

Apa-apa pun, kita ikuti cerita beliau.


Assalamualaikum...


Di Troy dah masuk musim panas. Ayu sekeluarga sempat pergi six flags New England. Travel cuma 1 jam lebih.Harga tiket 27 ringgit seorang. Seronok juga jamu mata. Budak-budak sukalah.

Sehari sebelum tu buat barbecue di Treacher Park. Tapi ada accident sikit... anak ayu yang kecik tu test power... pegang arang... bergegas gak pegi ke emergency room. Bara api tu dah disiram dengan air. Tak sangka pula masih lagi panas. Kesimpulannya, buat ikhtibar... kena lebih hati-hati lain kali.
Buat masa sekarang Ayu dah mula dengan novel ke 3. Harap-harap lebih baik dari nove-novel sebelumnya. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua pembaca yg telah beri sokongan selama ni. Dari situ, Ayu dapat inspirasi & semangat untuk terus berkarya. harap KASIH DANIA dapat memberi kesan kepada semua yang membacanya.

Lama juga nak siapkan manuskrip Kasih Dania... tergendala bila Ayu berpindah ke US. Ayu ambil masa yang lama juga untuk sesuaikan diri di sini. Kesannya... setiap kali nak siapkan Kasih Dania, idea sering menghilang.
.
Tetapi kerana kiriman emel yang sentiasa mengharap dan menantikan karya yang seterusnya, Ayu berusaha juga untuk siapkannya dan Alhamdulillah... feed back yg di terima begitu menggalakkan. Terima kasih buat semua...

Dan tak lupa, terima kasih jua kepada ALAF21 FC yang tak pernah jemu menyokong Ayu, walaupun dari kejauhan... Harap kelab akan terus maju dan mendapat sambutan..
.
Gambar-gambar jalan-jalan Ayu di Six Flags.


Salam dari Ayu sekeluarga di sini...

AYU EMELDA
Troy , New York

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati