Hari sabtu yang lepas , saya berpeluang untuk bertemu dengan Novelis Ayu Emelda yang kebetulan berada disitu . Pabila bersua , saya dan Abg long pun tidak melepaskan peluang untuk menemuramah beliau.

Ayu Emelda atau nama sebenarnya Mastura , bukanlah seorang yang baru dalam bidang penulisan. Karya2nya pernah juga disiarkan di majalah2 seperti Hai , Dewan Siswi dan juga Utusan . Kiranya dia ini memang aktif menulis .

Disebalik kelahiran Lagu Rindu ?

Tiada apa yang lebih membahagiakan apabila melihat buku yang ditulis barada dipasaran dan dibaca oleh ramai orang . Segala usaha dan penat lelah selama ini seakan berbaloi jika produk itu diterima ramai. Demikian lah yang Ayu Emelda rasa berkenaan novel sulungnya yang diterbitkan oleh Alaf21.

Atas niat dan dorongan dari keluarga serta kawan2 , beliau mencuba untuk menyiapkan sebuah novel . Walau pun menghadapi berbagai2 cabaran dan dugaan , Namun beliau tetap tabah. Bak kata orang , alang2 menyeluk pekasan biarlah sampai ke pangkal lengan . Alang2 menulis novel biar siap terus.

Maka setelah berhempas pulas begitu lama , akhirnya lahirlah novel sulong Ayu Emelda berjudul Lagu Rindu. Rata2 pembaca mengatakan novel in bagus dan menyentuh perasaan .

Pendapat mengenai Blog Alaf21 FC ?

Dalam pada itu kami juga cuba bertanyaan pendapat Ayu mengenai Blog Alaf21 FC yang baru ini. Menurut Ayu , Blog Alaf21 FC yang baru nih lebih cantik , meriah , ceria dan menarik .Yang dulu tu , ok juga tapi macam tak berapa meriah saja.

Memang tidak dinafikan Ayu kerap juga mengunjungi Blog Alaf21 FC.


Novel terbaru Ayu .

Untuk pengetahuan semua Ayu telahpun siap menggarap novel keduanya . Dan berdasarkan pengalaman lalu , produk yang kedua ini dapat disiapkan mengikut apa yang dikehendaki. Ringkasan ceritanya ? Hmm , temanya adalah kisah cinta , namun tak perlu diberitahu. Biar pembaca semua tertunggu2 akan kemunculannya.

Ayu terpaksa pergi .

Perbualan kami terpaksa dihentikan apabila Ayu terpaksa meminta diri kerana keluarganya telah lama menunggu . Lagi pun dia sedang sibuk berkemas sekarang kerana tidak lama lagi , pada 19 Ogos ini , dia sekeluarga akan merantau ke Troy , New York , Amerika kerana mengikut suaminya menyambung pelajaran disana . Memang sibuk gayanya . Apatah lagi apabila terpaksa balik ke kampungnya ( Di Pulau Mahsuri ) dahulu berjumpa keluarga dan saudara mara.

Penghargaan Alaf21 FC.

Mudah2an sepanjang berada disana Ayu akan dapat lebih banyak pendedahan dan idea dalam mengarap novel2 yang akan datang. Mungkin ada sentuhan yang berlainan barang kali.

Manalah tahu kalau style nya nanti ada berbaur kebaratan atau sekurang2nya latarbelakang cerita banyak menggambarkan negara orang.

Kami di Alaf21 FC mengucapkan terima kasih banyak2 pada Ayu kerana sudi meluangkan masa untuk bercerita dan berbual mesra. Harapan kami semoga Ayu akan terus bergiat aktif dalam bidang penulisan. Akhir sekali , Selamat berangkat untuk Ayu sekeluarga.

Jangan lupakan orang2 disini , dan kirim2kan lah berita selalu buat kami serta peminat2 Ayu yang lain di malaysia ini. Sekian

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati