Bulan Julai diisytiharkan sebagai bulan membaca, Ogos disambut ceria dek kerana bulan membeli - belah dan dipenghujungnya seluruh rakyat Malaysia menyambut hari Kemerdekaan yang ke 49.

Namun dari ketiga - tiga peristiwa itu, yang kelihatan meriah dan paling mendapat sambutan ialah Hari KEMERDEKAAN (oleh yang demikian, jadilah seorang yangPATRIOTIK, walau dimana kita berada).

Diikuti pula dengan Pesta Membeli - belah (berbelanjalah ala kadar mengikut keperluan, dan bukan mengikut kemahuan, walau diwaktu itu, banyak tempat yang menawarkan jualan murah.

Namun jelas, Bulan MEMBACA itu sendiri kurang menyerlah !, KENAPA ?

Kelihatan dimana - mana, rakyat Malaysia kurang memperkatakannya, malah tidak keterlaluan, jika saya katakan ada dikalangan rakyat Malaysia yang tidak tahu (atau tidak mahu ambil tahu atau ambil peduli), tentang bulan membaca ini.

Hakikat yang perlu disedari oleh semua adalah, sesebuah negara itu hanya akan maju dalam erti kata yang sebenar bila rakyatnya, mempunyai BUDAYA MEMBACA, dan berjalan seiring dalam apa jua bidang.

Renung - renungkanlah ….

Abang Long

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati