Pohon maaf kerana tidak dapat bertemu dan beramah mesra dengan lebih lama, sama ada yang berkempatan atau tidak bertemu dengan saya tempohari semasa MidValley Exhibition Centre pada 29 Julai 2006. Saya telah berada di sana selama dua jam dari jam 12.00 - 2.00 petang. Memandangkan keesokannya saya komited dengan exam, saya terpaksa meninggalkan MidValley dengan lebih awal seperti yang dirancangkan pertemuan jam 3.00 petang. Kebetulan selepas habis exam pagi tersebut, saya sudah merasa tidak sihat. Sangkaan saya tepat kerana keesokannya saya diserang demam. Mungkin juga stress. Ralat rasanya tidak dapat bertemu dengan Ayu Emelda, Abang Long, Mersik, Rombongan Cik Kiah dan yang lain-lain. Insyaallah, jika berkesempatan kita akan bertemu pada lawatan 30 Ogos 2006 nanti.

Selama 3 hari jatuh sakit banyak mengajar saya erti ketabahan, kecekalan, kesabaran, keimanan dan kerinduan. Tiba-tiba saja, saya berasa keinsafan datang menjalar dalam diri. Kerinduan yang membuak-buak. Perlukan perhatian dan kasih sayang. Kesayuan dan kesebakan yang membuat hati saya cepat tersentuh dan berkecil hati. Saya beristigfar panjang, menyedari kesilapan diri. Mungkin ada hikmah di sebalik setiap kesakitan ini. Saya bersyukur kerana di sekeliling saya ada suami, anak-anak dan teman-teman yang tidak putus bertanya khabar. Paling syahdu sekali perkhabaran dari seorang teman jauh menyampaikan salam mesra. Terima kasih atas ingatan anda semua.

- rosha

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati