Assalamu'alaikum...w.b.t
Dibulan Ramadhan ini, begitu banyak masa yang terluang, khususnya bagi Pembaca dan peminat novel, kerana waktu rehat begitu banyak, apatah lagi bagi mereka yang bekerja dipejabat.
Kebiasaanya, waktu rehat dipejabat, selain dari kita keluar untuk makan tengahari,kita hanya akan bersantai dimana–mana. Maka, rasanya tidak keterlaluan jika,dikatakan bahawa, pembaca setia novel akan dapat menghabiskan waktu sanggang untuk meneruskan aktiviti yang bermanfaat ini.
Untuk bercakap-cakap kosong, dikhuatiri akan terbabas kedalam episod umpat mengumpat atau perkara-perkara yang tak berfaedah. Bukankah dengan membaca novel akan dapat mengelakkan dari melakukan sesuatu yang boleh mengurangkan amalan yang merugikan ini?
Sama-samalah kita fikirkan.
Abang Long
Archives
Perkataan yang cantik ~ "ALLAH",
Lagu yang merdu ~ "AZAN",
Novel yang menarik ~ "AL - QUR'AN",
Senaman yang baik ~ "SOLAT",
Diet yang baik ~ "PUASA",
Kiriman dari Rosha.
Hiasilah diri dengan bunga - bunga KEIMANAN,
Sulamilah hidup dengan bunga - bunga KEIKHLASAN,
Sinarilah wajah dengan CAHAYA KETAKWAAN, dan
Semburilah tingkah laku dengan wangian KEISLAMAN.
Kiriman dari Carrie
Sempena kehadiran Ramadhan ini ~
Pintu KEMAAFANNYA dibuka lagi,
Pintu RAHMATNYA ditebarkan lagi,
JamuanNya dihidangkan lagi,
Usah dipersia - siakan Pintu PELUANG ini ...
Kiriman dari Al Fakir.
Andainya anda nak buat jahat dibulan ramadhan ini, tanyalah iman, tentu IMAN kata, "JANGAN" !, tapi kalau anda tanya Aiman, maka dia akan kata
"Aiman tak kisahhh! " .
Selamat Berpuasa.
Kami menerima satu lagi kiriman email dari pembaca yang ingin dikenali sebagai kasih sahaja berkenaan dengan Novel dari penulis baru iaitu Emma Maizura dengan novelnya bertajuk “Tiada Noktah Cinta”
Yang menarik minat saya pada kulit buku novel ini ialah slogan katanya, “Cinta itu bukan jalinan dua hati tetapi paduan dua jiwa.” Sinopsis pada kulit buku belakang juga membuat saya teruja untuk mengetahui kisah yang ingin disampaikan.
Pada pandangan saya.....Pembukaan cerita agak perlahan atau ‘lembab’ ikut istilah kasar. Saya mula mendapat mood pembacaan selepas beberapa bab berlalu. Walaupun begitu, keseluruhan cerita menarik.
Cerita berkisar pada.... seorang Fitrah, gadis yang cekal dan berani menghadapi pelbagai dugaan tanpa insan2 tersayang disisi. Sikapnya yang yakin diri memungkinkan Fitrah mengharungi setiap masalah yang datang dengan redha tetapi tidak pasrah. Walau hidup bertemankan duka, tetapi tidak gentar menghadapi takdir yang diberi. Meskipun hati sarat dengan cinta, tidak sesekali dijaja untuk menerima belas simpati. Malah, jiwa yang luhur sering menjerat dirinya sendiri, tapi masih mampu menghadapi badai yang datang.
Kisah novel ini mambawa kita ke alam nyata masyarakat di sekeliling. Manusia lebih mudah untuk menuduh tanpa bukti nyata lagi kukuh. Tidak rela diri diaib tetapi merelakan orang lain diaibkan. Kita juga diajak mengintai bagaimana seseorang menguji ketabahan diri sendiri dengan setiap dugaan yang didatangkan. Bolehkah cinta dan kasih sayang meleraikan segala permasaalahan?
Cukupkah hanya dengan berbekalkan cinta untuk meraih kasih sayang? Apakah semudah itu untuk merelakan ikatan perkahwinan yang tidak pernah dirancang? Perlukah berkorban perasaan untuk tidak menyakiti hati insan2 yang dikasihi? Novel ini membawa kita menyelam ke alam perasaan yang pelbagai, antaranya…cinta, kasihsayang, suka, duka, benci, dendam, tabah, dan lain2.
“Sebagai hamba milik Allah, sebagai anak milik keluarga, malah sebagai insan yang patut menyayangi diri sendiri.” – petikan dari novel.
Bak makan nasi, ada yang suka berulam, ada juga yang tidak tinggal sambal belacan, pun ada yang mesti ada keduanya. Terpulanglah pada citarasa masing2 dalam menilai sesebuah karya. Pada saya, Emma Maizura berjaya mengusik perasaan saya dalam melayari novel pertamanya ini.
kasih
Terima kasih diucapkan kepada kasih diatas komen beliau. Bagaimana pula pendangan dan pendapat anda tentang novel ini?
Apa khabar semua? Hampir tinggal beberapa hari saja seluruh umat Islam di dunia akan menyambut kedatangan ramadhan. Bulan ramadhan bulan mulia, yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di dunia. Kepada semua, janganlah tinggal puasa dan janganlah cuba untuk memudaratkan puasa anda. Kalau sebab sakit itu, terpaksalah kan.
Dalam masa kita menyambut bulan ramadhan tiba, jangan lupa perbanyakkan lagi membaca segala bacaan yang dapat memberi manfaat dan memelihara akhlak dan minda. Lebih bagus kalau kita dapat berzikir dan mengaji quran supaya dapat menenangkan fikiran dan merehatkan minda.
Bulan ramadhan pasti ada antara kita yang terbabas dalam berbelanja. Mana taknya, bila melihat juadah yang terhidang untuk dijual, rambang mata jadinya. Semua hendak beli. Bila tiba waktu berbuka, semuanya dah tak larat hendak dimakan. Tidakkah itu membazir?. Oleh itu, berpada2lah dengan membeli apa yang perlu untuk juadah berbuka kelak. Berbelanja biar serba sederhana.
Bila tiba solat tarawih itu rajin-rajinlah diri ke masjid yang berdekatan. Sesungguhnya pahala untuk setiap malam kita bersolat tarawih akan berlipat kali ganda. Bulan Ramadhan ini ialah buat untuk memperbanyakkan amalan dan pahala selain mencari keredaan Allah.
Kepada adik, kakak, abang, makcik dan pakcik kalau ada masa terluang itu janganlah kita menambah dosa dengan mengumpat atau menfitnah orang. Lebih baik kalau kita perlebihkan lagi amal. Membaca juga satu amalan yang mulia. Penuhilah masa yang terluang nanti dengan sesuatu yang berfaedah. Jangan pula asyik tidur dan melayan perasaan letih kita sepanjang hari. Bulan puasa memerlukan pengorbanan dari segi akal dan juga rohani. Peliharalah ia supaya terlepas dari kemungkaran.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan "SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA". Jalanilah dengan hati yang ikhlas dan tulus. Semoga puasa kita akan mendapat keberkatan dari-Nya. Salam sejahtera,
rosha.
Sekali pandang ia nampak seperti novel terbaru. Apatah lagi dengan nama Aisya Sofea yang terpampang pada kulit muka depannya. Ha! jangan tersilap. Ini adalah kulit muka terbaru novel terawal beliau iaitu Jauh yang telah diberi wajah baru.
Perubahan ini adalah kerana sebab2 seperti strategi pemasaran yang di sokong penuh oleh pihak editor, designer, jualan dan juga pemasaran.
Pastinya setiap yang baru mesti ada kelainannya. Jika anda ingin tahu, dapatkan novel ini di pasaran. Sekiranya anda sudah membaca novel ini, apa salahnya jadikan novel dengan kulit baru ini sebagai koleksi Aisya Sofea.
Wah nampaknya kak Aisya Sofea kita betul2 produktif sekarang ini. Selain dari novel yang berwajah baru, novel beliau yang betul2 baru pun akan keluar tidak lama lagi. Dan tak lupa juga “orang baru” dalam keluarganya. Inilah yang dinamakan murah rezeki gitu.
Yang pastinya sentuhan tangan dari Aisya Sofea mempunyai cerita yang tersendiri. Lebih mendebarkan dengan perjalanan cerita yang sedia mantap. Gaya bahasa yang bisa menyentuh hati dan membuai perasaan.
Tentu anda tidak sabar untuk mendapatkan novel2 beliau termasuk yang terbaru ini. Jangan lepaskan peluang sekiranya anda tersua dengan novel Aisya Sofea berada di mana2. Cepat2lah membelinya..
mersik
Ya, begitulah pepatah melayu yg sinonim dengan budi bahasa yang menjadi peradaban dalam bangsa melayu. Namun begitu didalam Alaf 21 FC, pun ada Budi juga. Tapi dah lama sungguh dia menghilang. Beliau ialah tak lain dari Budi Kasyah, salah seorang AJK yang pernah bersama2 Alaf21 menggembling tenaga menggerakkan kelab ini.
Sudah lama sungguh dia menghilang. Akibat kesibukan tugas seharian ( dan juga semalaman ), Budi jadi kurang aktif untuk beraktiviti bersama kami.
Hinggalah pada malam minggu yg lepas ini, saya berpeluang untuk menemuinya. Banyak juga yang kami bualkan selain bertanya tentang diri dan tugasnya. Dia semakin ceria dan banyak bercerita. Makan pun boleh tahan ( cuba lihat gambar diatas). Memang tak dinafikan, tugas yg digalas memaksa beliau seringkali merantau ke seluruh negara hingga ke pelusuk Asia.
Namun begitu, kami sentiasa berutus suara dan juga SMS. Ralat juga dia kerana tak dapat menyertai rombongan ke Karangkraf akhir bulan lepas. Namun untuk pegetahuan semua, dia juga adalah salah satu tenaga penggerak kepada program tersebut. Cuma sayang dia tidak dapat bersama kami pada waktu lawatan tersebut.
( Gambar terawal Budi, sewaktu bersama2 Ahli Kelab melawat ke Alaf 21 suatu ketika dulu)
Apa2 pun kami di Alaf21 FC tahu, dia suka kerja disebalik tabir. Kalau ada kesempataan, dia pasti akan bersama. Dan khabar2 nya dia juga banyak contact dalam menganjurkan apa2 jua events. Takat aktiviti Alaf21 FC nih, kira cam kacang jek. Tapi tenguk lah macam mana. Janji perancangan mesti betul dan teliti.
Semoga budi success selalu dalam tugasannya dan selalu bersama2 kami dalam memperkukuhkan perjalanan Alaf21 FC. Bak kata sebuah pantun melayu lama ,
Ke Tanjung Peramu menangkap keli
Lalu di kaut ke dalam baldi
Walau dirimu tidak ku kenali
Hatiku dah terpaut dek kerana budi
Alahaiii..Budi
mersik
Kami mendapat email dari salah seorang pembaca yang telah pun membaca novel terbaru Sri Diah yang berjudul Mahligai cinta. Ikuti komen pembaca yang hanya mahu dikenali sebagai manja sahaja.
Hmmm..judulnya saja sudah ada tarikan di situ. Manja sudah mula tertarik dari lembaran pertama lagi. Yang menariknya, peranan utama dalam novel ini tiada identiti tersendiri.
Mereka diberi ganti nama diri seperti...Mak, Abah, Along, Angah, Acik...membuat Manja rasa seperti wujud dalam cerita. Ini membuat manja lebih teruja mahu mengetahui kisah demi kisah dan memudahkan lagi untuk Manja menghayati keseluruhan cerita hingga ke akhirnya.
Novel Kak Sri kali ini memang hebat. Lain sungguh dari karya2 nya yang terdahulu. Garapan halusnya membawa manja ke alam realiti. Mengingatkan manja bagaimana kita sebagai individu sering tersasar dengan perasaan dan pendapat sendiri. Tidak begitu yakin dan percaya dengan qada' dan qadar untuk kita. Sering punyai fikiran negatif pada orang lain, tapi alpa dengan kesilapan diri. Yang sedihnya kita kadangkala terlupa bahawa apa yang ada dihadapan kita adalah yang terbaik untuk kita...mengapa masih mengejar bayang2?
Novel ini juga mengingatkan kita pada ikatan kekeluargaan. Sesungguhnya, apa pun yang terjadi, keluargalah yang paling dekat dengan kita walau apa pun situasinya. Sikap bertolak ansur, memberi dan menerima itu perlu ada pada setiap individu untuk kehidupan yang lebih ceria dan bahagia.
Novel ini mempunyai umph! yang tersendiri. Banyak pengajaran dan ilmu yang boleh dimanfaatkan. Dari perhubungan suami isteri, kepada ibubapa dengan anak2, tidak ketinggalan ikatan adik beradik dan saudara mara serta handai taulan. Sering ibubapa fikir anak2 tidak tahu apa2, tapi mereka kurang tepat! Akhirnya... bagaimana kita sebagai individu menghadapi diri sendiri dalam menghadapi dugaan demi dugaan? Terfikirkah kita?
Novel ini tidak menceritakan kisah cinta berat, tapi sarat dengan kasih sayang sesama insan. Yang menariknya, menghayatinya boleh membuat kita ketawa gelihati juga sama2 menangis dengan situasi karaktor.
Novel terbaru Kak Sri Diah ni memang best. Tak rugi memilikinya.
salam ceria,
manja
Terima kasih diucapkan pada manja diatas komennya mengenai novel tersebut. Anda pula bagaimana ? Kalau ada apa2 yg ingin diluahkan atau dikomen mengenai buku2 Alaf21 yang lain, silalah mengirimkannya kepada kami. InsyaAllah, kami akan siarkan.
Sebagai menghargai jasa baik dan budi para Novelis yang sudi melayan kami sewaktu lawatan ke Karangkraf akhir Ogos lalu. Satu jamuan makan tengah hari telah diadakan bertempat di Nasi King, Seksyen 9, Shah Alam.
Antara yang dijemput ialan Staff dari Karangkraf sendiri iaitu Novelis Sri Diah, Sharifah Abu Salem, Richie Rachman serta Liza Zahira. Manakala Staff Alaf21 pula dihadiri oleh En. Norden, Ruby, Molee dan Kak Shaadi. Alaf21 FC pula diwakili oleh En Feroz , Kak Norzailina ,Liza, mersik dan Mardiyah.
Menunya tak lain tak bukan ialah aneka Baryani Gam. Kebetulan waktu makan tgh hari kami agak lewat sedikit kerana beberapa urusan di Alaf21. Staff Karangkraf sudah sampai dahulu ( Maaf kerana lama menunggu ). Perut masing2 sudah mula “berkeroncong”. Apabila semua sudah sampai, pesanan pun diambil. Nasib baik tidak perlu menunggu lama. Sang Baryani tu, bagai sudah menanti2 sahaja akan kedatangan kami.
Apa yang dihidangkan sudah cukup untuk menarik selera. Wangian aroma baryani yang panas2 dengan lauk pauk utama yang pelbagai( pilihan ayam , daging atau kambing ), kuah dal nya, acar dan papadom memang menyerlahkan lagi menu yang amat2 mengecurkan air liur itu. Sampai saja depan mata, semua tak tunggu lama. Terus berkayuh hingga kedasarnya, almaklum lah, baryani lauk “tanam” lagi. Laju je jalannya. Sesekali teguk air sirap bandung. Fuh! Terangkat. Lupa menoleh kanan kiri. Lepas basuh tangan pun masih terbau2 lagi. alahaii..
Sememangnya inilah kali pertama Alaf21 FC berpeluang untuk makan bersama2 novelis serta staf Karangkraf/Alaf21. Majlis makan kami agak meriah. Apatah lagi diselang seli dengan gurauan Richie Rachman yang sememangnya banyak cerita. Yang lain2 pun turut sama. Nampaknya kami semua sudah pun mesra dan bagai sudah kenal lama.
Rata2 semunya berkata Baryani disitu best. Termasuk juga pakar masak Chef Norzailina kita tu. Siap angkat ibu jari lagi. Kalau macam ini, boleh lah datang lagi kak Lina kan ?.
Akhir sekali, Alaf21 FC mengucapkan terima kasih kepada Novelis Karangkraf dan En. Norden dan staf Alaf21 nya, kerana sudi untuk bersama2 kami menikmati makan tengah hari. Semoga dilain hari, kalau ada masa bolehlah kita makan bersama2 lagi
mersik
Mazni anak seorang pembantu rumah membesar di bawah naungan ibunya yang tua dan uzur menumpang berteduh di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ.
Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Jiran-jiran di situ berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi bila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut.Mula-mula Mazni hanya menganggap karim sebagai abangnya.
Dari perassan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latarbelakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak ada komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya itu ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu nanti bila orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.
Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni begitu kecewa lagi apabila mendengar tomahan fitnah dari orang tetang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tingallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.
Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni yang berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?.
KOMEN :
Novel pertama yang saya baca ketika umur 13 tahun dahulu. Sehingga kini saya masih meminati garapan Khadijah Hashim. Bahasanya santai dan berpuitis. Di dalam novel ini, Khadijah tidak lupa memerapkan nilai-nilai murni dan motivasi tinggi kepada pembaca. Saya amat tertarik dengan jalan ceritanya. Cerita di sebalik kehidupan seharian. Setiap yang ada di dunia ini hanyalah pinjaman. Tidak mustahil jika apa yang kita miliki hari ini tidak akan sama dengan masa hadapan kelak. Tidak semestinya kita akan gagal dan derita buat selama-lamanya. (*** - Best)
~ Rosha
Malam semalam, ngeteh dgn abg long. Tapi kali ini agak berbeza masanya. Mula pukul 11.30 malam. Bertempat di salah sebuah Bistro 24 di Shah Alam. Hanya saya berdua dengan abg long. Dia dari tempat kerja dan saya, hmm tak ada kerja (boring dok rumah)
Kami borak2 pasal blog, pasal lawatan hari tu dan program2 yg bakal dilaksanakan dimasa2 akan datang. Dalam masa yg sama kena fikirkan pula apa yg hendak dibuat menjelang puasa dan raya yg semakin dekat. Panjang betul kami borak2
Dari air suam, menjadi ais kosong , kemudian teh tarik hinggalah ke nescafe tarik, borak2 menjadi semakin rancak. Banyak idea tercurah walau mata beberapa kali terkelip2 dan mulut ternguap2 menahan ngantuk. Namun semuanya ditulis supaya tidak lupa dan senang di follow up dimasa akan datang. Kadang2 sampai terjangkau kepada pesta buku tahun 2007 pula.
Selain dari tuh ada juga beberapa perkara yg membuatkan kami semua tergaru2 kepala. Ya lah , mana ada organisasi yg tiada masalah. Tapi itu bukan alasan. Kami dan rakan2 yg menjadi tunggak utama Alaf21 FC harus bersedia dari segi masa , tenaga dan mental.
Tanpa disedari jam sudah menginjak pukul 1.30 pagi. Mata yang bersinar2 tadi beransur kabur dan berbinar2. Mulut yg banyak berkata2 kini hanya kerap menguap2 sahaja. Aduhh, tiba2 kami jadi letih.
Hampir pukul 2.00 pagi kami bersurai. Abg long tercangak2 mencari keretanya ( lupa parking mana), sementara saya pula (selepas start motor dan menenyeh2 mata) cuba memikir2 pula , dimanakah rumah saya ek?
Alahaii... ngeteh lewat pagi punya penangan..
mersik
Mengisahkan sepasang kekasih, Suraya dan Ezahar pernah berjanji untuk setia dan hidup semati dalam menjalinkan perhubungan cinta mereka. Janji yang dimeterai menyebabkan Suraya dan Ezahar terpisah selama dua tahun kerana Ezhar menyambung pelajaran ke luar negara. Selama dua tahun itu mencabar keutuhan cinta suci Suraya terhadap Ezahar.Hari demi hari dilalui oleh Suraya dengan pelbagai konflik melanda hidupnya.
Sebagai salah seorang anak yang lama terpisah dengan adik-beradiknya, Suraya berusaha menyesuaikan diri dalam keluarga barunya di mana kakaknya, Shakira tidak menyukainya kerana menganggap Sue itu bukan adik kandungnya berbanding dengan Sofi dan Shahril. Kerana Suraya sebelum ini dibesarkan oleh nenek mereka. Kebencian ditambah lagi bila cemburu Ira terhadap Sue kerana tunanganya, Adnan mula menganggumi ciri-ciri keperibadian Suraya sebagai wanita idamannya, cantik dan berbudi bahasa.
Untuk mengelakkan kecurigaan Shakira, Suraya menerima lamaran bertunang daripada kenalan ayahnya dengan seorang jejaka yang kacak dan kaya, Norman. Walau apa pun yang terjadi, di hati Suraya hanya ada Ezahar. Suraya telah berpakat dengan Norman untuk membuat lakonan dalam perhubungan pertunangan mereka. Selepas tempoh dua tahun, iaitu sekembalinya Ezahar ke sisi Suraya, pertunangan tersebut akan terlerai.
Demi menjaga maruah keluarga mereka harus menyembunyikan perasaan diri masing-masing dan berkorban kerana janji yang telah dimeterai. Suraya tidak mahu melukakan hati kedua orang tuanya yang begitu mengharap dapat bermenantukan Norman.Akhirnya, Ezahar kembali ke tanah air seperti yang ditagih oleh Suraya dan dinanti-nantikannya. Janji Suraya harus diperkemaskan lagi. Norman harus menerima perkhabaran bahawa pertunangan mereka hanyalah selama dua tahun. Pertunangan harus dilucutkan.
Bagaimana harus Suraya berdepan dengan ibu bapa kedua-dua belah pihak? Mampukah Suraya membuat keputusan yang terbaik bagi dirinya dan tidak mengecewakan salah seorang di antara mereka? Apakah yang bakal terjadi dengan Norman, seorang lelaki yang berjaya menemui cintanya dalam diri Suraya dan begitu mengasihi gadis tersebut? Walau terluka mana hati lelaki itu, dia sedar Suraya masih berpegang teguh pada janjinya. Apa tindakan Ezahar tentang kesetiaan Suraya itu sedangkan dirinya tak sehebat itu? Milik siapakah Suraya akhirnya?
KOMEN: Saya begitu tertarik hendak mengetahui endingnya bila helaian demi helaian diselak. Amat menarik, menekan perasaan perempuan dan perasaan berbaur romantis berjaya diserap dalam jiwa saya. Saya suka garapan Fatin Nabila. Tidak terlalu puitis, tetapi romantis. Bila watak Norman dikenakan sesuai dengan peribadinya dan juga watak ala-ala anak-anak manja yang garang iaitu Suraya amat berkesan.
Kepada mereka yang suka main-main dengan ikatan pertunangan, amat sesuai sekali mengambil iktibar dari jalan cerita ini. Bak kata orang, "Walau di mana kau berada, jika kau ditakdirkan untukku, jodoh akan ketemu jua". (**** - Best juga)
~ Rosha
Siapa sangka dalam ramai2 peserta yg menyertai lawatan, ada seorang peserta nih nampak familiar je wajahnya. Rasa macam pernah dilihat tapi dimana ya ? Oh! Siapa lagi kalau bukan novelis dan chef masakan yang terkenal Norzailina Nordin atau lebih mesra dipanggil Kak Lina oleh kami semua. Masing2 yang datang agak terkejut juga kerana tak menyangka Kak Lina akan turut berada disitu. Lagi menterujakan bila mengetahui yang dia juga akan ikut serta dalam lawatan.
Al maklumlah, nak mengajak Kak Lina nih bukan boleh semalam2..malah beberapa bulan sebelum tuh dah kena ajak. Takut nanti jadualnya bertimpa dengan aktiviti yang lain. Lagi pun memang tak dinafikan kesibukannya dalam bidang yang diceburi memaksa beliau seringkali berkejaran kesana kemari. Namun pada hari itu beliau sudi untuk meluangkan masa bersama2 kami.
( Gambar kiri : Sewaktu majlis suaikenal )
Para peserta juga tidak melepaskan peluang untuk berborak dan beramah mesra dengannya. Untunglah mereka semua memandangkan ahli yang datang pun tak ramai, kalau tidak susah juga nak duduk berbual2 dengan Kak Lina yang sememangnya seringkali sibuk ya amat.
( Gambar kanan : Munurunkan tanda tangan untuk peminatnya )
Untuk pengetahuan semua, Kak Lina juga menerima kad keahliannya semasa di Alaf21. Beliau ialah Ahli kelab peminat Alaf21 yang bernombor keahlian 0012. Wow! Cayalah.
( Penyerahan kad keahlian oleh En. Norden )
Sekali lagi kami ucapkan terima kasih kerana beliau amat menyokong penuh akan penubuhan Kelab Alaf21 ini dan sedaya upaya cuba untuk membantu dalam apa juga program yang diadakan.
Semoga akan dapat bersama lagi dilain masa dan ketika.
mersik
Disini disertakan pula pandangan dan perasaan sebahagian dari para peserta yang telah mengikuti lawatan tersebut.
WAN BATINI : Lawatan ke Karangkraf and alaf21 mmg best sebab, saya memang berminat sangat dengan bidang publishing ni, lagi-lagi dapat tengok sendiri bagaimana cetakan di buat, bahagian editorial, graphic... semuanya best la, dan lagi satu, yang bestnya kat Alaf21, dapat maklumat lanjut penulisan novel dan pembikinannya.. Fuh!. cayalah! kalau buat lagi mesti best..
IJA( Khatijah) :Pada saya lawatan ke Karangkraf sungguh bermakna sekali. Itulah kali pertama saya menjejakkan kaki di situ. Selain dapat bertemu & beramah mesra dengan rakan-rakan yang sama minat, saya juga mempelajari banyak perkara.
Selalunya kita hanya tahu membeli dan membaca majalah yang telah siap dijual di kedai-kedai. Tapi kini saya dapat melihat sendiri bagaimana kerja-kerja di belakang tabir dilakukan. Pengetahuan yang diperolehi Tidak ternilai harganya. Yang bestnya saya dapat bertemu dengan Sri Diah,seorang sahabat yang telah lama tidak ditemui. Syabas kepada AJK AF21FC yang telah bersusah payah menganjurkan lawatan ini. Moga ada lagi rentetan selepas ini.
ZARINA : Really enjoy and a lot of information. Sebenarnya banyak nak ditanya dan dipelajari tapi masa terlalu singkat dan situasi yang tidak mengizinkan. Namun, sesuatu yang amat membanggakan juga,walau tidak seramai yang dijangka tapi ianya sudah cukup mengeratkan hubungan sesama ahli dna memberi menafaat kepada semua terutama anak saya yang memerlukan banyak informasi dan pendedahan untuk rujukan latihan sekolahnya..
NOOR'AIN : lawatan ke Karangkraf, memang best. Tak tahu lah nak kata apa , kira ok la. Layanan yang diberikan pun bagus. Novelis2 semua seperti kak Lina dan kak Sri Diah memang peramah.
Masa nih lah nak borong banyak, mana nak dapat diskaun hebat macam ini.
Apa2 pun dari mula sampai akhir lawatan saya memang puashati. harap2 ada lagi selepas ini.
ROZAANITA dan ROMIHAMIZA : Kami tak tahu nak komen apa. Tapi apa yang boleh diucapkan, memang seronok sampai tak ada benda nak komen. So macam mana aa ?..
Apa yang boleh di ceritakan disini ialah kami seronok dengan adanya lawatan tersebut. Kami dapat berkenalan dengan kenalan yang selama ini hanya melalui email dan dapat juga mengetahui cara2 majalah di cetak. Kami juga turut berasa bangga kerana syarikat berkenaan adalah milik bangsa kita sendiri.
Walau bagaimanapun kami ucap ribuan terima kasih kerana mengadakan lawatan ini. Dan kalau nak tahu nasi ayam yang dihidangkan hari tu sedap.
Hmm ye lah tuh kak oii. Pasangan adik beradik berdua ini memng terserlah keseronokkannya. Hinggakan semasa melawat bahagian percetakan, bersungguh2 mereka bergambar bersama mesin2 yang ada dengan penuh gaya..alahaii..
Itulah sehaja sebahagian dari pendapat dan perasan peserta yang hadir. Rata2 semuanya berpuashati dengan lawatan ini. Kami bagi pihak Alaf21 FC pun turut mengucapkan teirma kasih pada mereka kerana meluangkan masa untuk bersama2 kami menerokai premis karangkraf dan Alaf21.
mersik..
Hujan yang semakin melebat tidak mematahkan semangat kami untuk bergerombolan menuju ke Premis Alaf21 pula. Sesampai disana, kami disambut oleh En Norden, Kak Wan, Ruby dan juga Molee. Kemudian dibawa ke bilik mesyuarat untuk acara seterusnya.
Didalam bilik yg serba dingin (air cond kuat oooo ) itu , En Norden menyatakan rasa penghargaannya diatas kunjungan kami walaupun tidak seramai yang dijangka. Masing2 juga diminta untuk memperkenalkan diri. Dan ternyata malu2 diantara kami semua sudah beransur2 hilang. Masing2 nampak ceria dan begitu bersemangat sekali.
Slide show mengenai Alaf21 di persembahkan oleh En Norden. Antaranya berkisar mengenai penubuhan serta makna Alaf21 itu sendiri. Selain dari itu dipaparkan juga bahan2 terbitan Alaf21 yang terdiri dari novel , buku2 masakan, fesyen, kesihatan, Agama, jahitan, hiasan dan juga bacaan umun.
Paling menterujakan pabila ditunjukkan novel terbaru yang bakal terbit dari novelis yang tidak asing lagi dan setiap buah tangan terbarunya seringkali ditunggu2 oleh peminat sekalian. Harap anda semua setia menunggu ye, rahsia kan tetap rahsia gituu..alahaii
Selesai slide show , En Norden juga mengambil kesempatan untuk bercerita serba sedikit mengenai visi dan strategi Alaf21. Sebagai sebuah syarikat yang semakin maju sudah tentulah banyak cabaran serta dugaan telah diharungi untuk meletakkannya sebaris dengan nama2 besar industri penerbitan. Apapun halangannya diharap Alaf21 akan terus berusaha untuk menarik minat orang ramai supaya mencintai buku. Penerangan beliau diselang seli dengan pertanyaan yang diutarakan oleh para peserta.
Acara seterusnya ialah penyerahan kad keahlian. En Norden sekali lagi diberi penghormatan untuk menyerahkannya kepada ahli2 yang ada disitu.
( Satu2nya ahli bukan melayu yang turut menerima kad keahlian, Loke Li Hoon )
Sejam kemudian, kami dibawa melawat ketingkat atas Bahagian Editorial. Disitu, kami bertemu dengan para2 Editor yang kelihatan begitu tekun dan bersungguh2 untuk memastikan sesuatu karya itu menyerlah dan berkualiti. Selain dari bahagian editorial ditunjukkan jua bahagian Grafik dimana muka depan sesebuah buku itu dibuat pada asalnya. Maka kenallah kami semua pada wajah2 dibelakang tabir yang bertanggungjawab merekabentuk muka depan novel2 yang cantik dan berwarna warni itu.
(Peserta semua tekun mendengar penerangan . Gambar sebelah : Oh! mari memborong buku )
Dan selepas itu , acara yang ditunggu2 pun bermula. Membeli belah dikedai buku. Masing2 rambang mata melihat banyak2 buku yang tersusun kemas dirak2. bagai memanggil2 gitu. Dan apabila diskaun yg menarik diberikan lagilah mereka tak menang tangan. Menggapai dan mencapai sana sini hingga penuh buku2 dalam dakapan masing2.
( Kak Lina , En Norden , mersik dan abg long bergambar bersama )
Dan diakhir lawatan, setelah semua penat menyelongkar buku2 dirak, akhirnya kami semua dijamu dengan hidangan nasi ayam. Wow..sungguh tak disangka, bagai orang lapar di sorongkan nasi. Maka..kita sapuuu laa ye..
Akhir sekali terima kasih diucapkan pada Alaf21 Khususnya En Norden yang memungkinkan perjalanan ini. Walau pun kami berlawatan di Karangkraf untuk mendapat sedikit ilmu dan pengetahuan, namun Alaf21 tetap bertakhta di hati kami. Hajat hati ini ingin kemari lagi. Ibarat cinta pandang pertama , walaupun jauh beribu batu namun dihati selalu terkenang jua.
mersik
T.Kasih atas kesudian bekerjasama: Diharapkan tidak hanya dalam bidang penulisan atau bidang tertentu, sebaliknya pelbagai aktiviti.
Untuk Makluman dalam masa terdekat ini:
14, 15, 16 Sept. Kum.Karangkraf akan menganjurkan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Akan dirasmikan oleh Tim. Menteri Sumber Manusia, Datuk Hji Abd. Rahman Bakar.
Saya menjemput ahli Kelab yang berkelapangan untuk menyertainya. Acara yang terbuka kepada orang ramai ialah:
Sabtu - 16 Sept. (8.30 pagi): Di Kawasan Letak Kereta, Karangkraf: Acara Senamrobik bersama Jab. Kesihatan Selangor.
Ahli Kelab juga dijemput menyaksikan pameran Keselamatan dan Demonstrasi Cegah Jenayah yang diadakan selepas itu.
Sekian.
HASHIM ANANG
Pengurus-Perkhidmatan Korporat
Apa yang dirancangkan kini benar2 menjadi kenyataan. Ya!, lawatan ke Karangkraf minggu lepas sungguh meriah dan meninggalkan kenangan yang manis dalam hati setiap peserta.
Seawal pukul 8 pg lagi saya dan Abg Long sudah terpacak di Stesen komuter Shah Alam bersama "prebet sapu" masing2 untuk mengambil sebahagian dari peserta. Dalam masa yg sama juga telefon bimbit abg long tak henti2 berdering, barangkali panggilan2 dari para peserta yang sudah sampai dahulu di Karangkraf.
Akhirnya tepat jam 9.00 pg, semua peserta sudah sampai dan dijamu terlebih dahulu dikafeteria. Walau hanya sekadar 15 orang keseluruhannya, namun kemeriahannya tetap juga terasa. Apatah lagi ini merupakan kunjungan yang pertama oleh kebanyakan peserta. Masing2 berasa sungguh teruja dan gembira kerana mereka disambut juga oleh novelis Sri Diah (sebagai wakil Karangkraf) dan juga Norzailina Nordin yg turut menyertai lawatan. Nampaknya acara minum pagi pun dah cukup meriah.
( Berdiri dari kiri : Zarina , Noor'Ain , Rozaanita, Wan Batini, Munawwirah, Li Hoon , Mardhiyah , Ija dan mersik . Duduk dari kiri : Nor farah Ain, Hamiza, Kak Lina , Kak Sri Diah dan Rosha )
Abg Long memulakan majlis dengan sepatah dua kata2 aluan selain mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka2 yang bersusah payah untuk datang. Juga sessi memperkenalkan diri masing2 pun bermula. Ada diantaranya nampak malu2. Tapi bila dah duduk berborak dengan Kak Sri Diah dan Kak Lina ( panggilan mesra Norzailina Nordin) dan juga sesama sendiri, maka riuh rendah bunyinya hingga terlupakan kumbang dua ekor yg berada disitu. Siapa lagi kalau bukan saya dan abg long.
Kalau tak cukup riuh, maka kedatangan Richie Rahman tidak lama kemudian sungguh menggamatkan suasana. Masing2 tak kering gusi mendengar beliau bercerita dan sesekali mengusik itu.
Selain dari itu, kehadiran Staff Alaf21 iaitu Ruby dan Molee juga turut melancarkan sessi atur acara pada hari itu. Namun begitu mereka harus beredar diatas urusan tertentu. Tepat jam 9.30, tibalah masa untuk lawatan. Di pintu masuk kami diberi penerangan tentang majalah2 yang diterbitkan olah karangkraf dan juga tempat2 yang akan dilawati.
Sejurus memasuki bangunan bahagian berita , En Anang Hashim mengambil alih menjadi jurupandu. Mula2 kami dibawa ke bahagian penulisan berita. Disitu terdapat ramai petugas ( yang dipanggil sebagai Creative Writer) sedang mengarang berita untuk majalah masing2. Selepas siap, berita2 tersebut akan disemak oleh Editor masing2 sebelum keproses seterusnya iaitu memasukkan gambar.
Bahagian Grafik pula hanya penuh dengan komputer yang bertujuan untuk mengedit gambar2 yang diambil sebelum dimuatkan kedalam majalah. Disini tugasnya agak mencabar kerana setiap wajah yang terpampang dimajalah harus kelihatan cantik dan berseri. Mana2 gambar yang kurang menyerlah akan diedit dan si touch-up seperti bahagian mata, warna kulit, hidung hatta gigi sekalipun. Ini memang menarik. Patutlah, setiap majalah yang dikeluarkan, gambar2nya begitu cantik sekali.
( En Hashim Anang , menerangkan tentang cara2 majalah dicetak . Gambar sebelah : Bahagian berita dan editorial )
Bahagian seterusnya adalah kawasan yang sedikit panas iaitu bahagian percetakan. Berpuluh2 mesin beroperasi 24 jam untuk mencetak, menjilid , memotong, menyusun dll, hingga siap sebuah majalah. Berbagai2 jenis majalah dicetak disini. Kami juga dibawa masuk kebilik kawalan untuk melihat proses penjagaan kualiti.
Bahagian percetakan ini bukan setakat mencetak majalan dan novel, malah borchure , flyers, iklan2 pun dicetak sama. Sungguh menakjubkan melihat proses ini. Mesin2 yang digunakan pun canggih2 belaka.
Setelah agak lama berpanasan , kami masuk semula kedalam melihat bahagian fotografi . Kelihatan seorang remaja sedang menggayakan satu sessi fotografi, mungkin untuk majalah remaja atau sekadar iklan. Lepas itu masing2 tak percaya bila diperlawa sama untuk bergambar beramai2 diatas pentas fotografi yang disinari oleh lampu yang terang berkilau. Rasa macam finalist dewa remaja pula. Abg long dan saya pun tak terkecuali cuma kami lebih mirip kepada model Maskulin gitu..
Hampir sejam setengah kami berlawatan didalam bangunan tersebut hinggakan tidak sedar sudah sampai ke penghujungnya. Setinggi2 penghargaan kami ucapkan kepada pihak Karangkraf khususnya En Anang Hashim kerana telah berbesar hati untuk membawa kami melawat kedalam.
Selain dari itu beliau juga berkongsi serba sedikit mengenai penubuhan Karangkraf serta peristiwa yang dapat membuatkan kami semua rasa bangga dan bersemangat untuk berjaya. Ibarat Karangkraf sendiri yang bermula dari sebuah bangunan kecil hingga mampu mempunyai bangunan sendiri serta mempunyai aset2 lain disekitar Shah Alam. Begitu juga dengan dedikasi yang ditunjukkan olah para pekerja disini. Dengan semangat berkumpulan dan strategi yang berkesan segala2 tidak mustahil untuk dicapai.
Terima kasih juga diucapkan atas Cenderahati ( berupa koleksi majalah2 ) yang diberikan. Ini sudah cukup untuk membuatkan kami rasa cukup gembira.
Sessi terakhir itu selesai dalam pukul 11.30pg, dan kebetulan pula hujan sudah mula merenyai diluar. Namun begitu kami harus segera bertolak ke Alaf 21.
Ada apa di Alaf 21 ? Haaa.. jangan kemana2 , nantikan cerita seterusnya.
Mersik
* Untuk pengetahuan semua, majalah2 yang sedang dicetak diwaktu itu penuh dengan gambar2 pernikahan Siti Nurhaliza dan Datuk K. Kelass ! gituu..hehehehe
Datanglah beramai - ramai, sambil membeli novel kesukaan anda dengan diskaun yang hebat. Novel2 terbaru juga ada disana. Huii ! Mana nak cari lagi macam ni ?
Novelis
-
-
-
-
-
-
-
-
SINOPSIS C1NT4 TOP SECRET VERSI 1.08 years ago
-
SAKITNYA TUH DI SINI - Bab 19 years ago
-
Setahun bersawang...10 years ago
-
-
-
Happy New Year13 years ago
-
SELAMAT TAHUN BARU 200816 years ago
-
Korea Oh Winter Sonata.....17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Labels
- Anis Ayuni (1)
- Novel Cinta (2)
- Perpisahan. (1)
- Pesta Buku Selangor (4)
- Pesta Buku. (4)
- Projek Kelab (1)
- SRI DIAH (1)
- thriller (1)
- ulasan peminat (1)
Search This Blog
Arkib Alaf21fc
-
▼
2006
(104)
-
▼
September
(18)
- Aktiviti berfaedah dibulan Ramadhan.
- Saling mengingati sempena Ramadhan
- Komen pembaca : Tiada Noktah Cinta, Emma Maizura
- Ramadhan yang dinanti..
- Novel Jauh Aisya Sofea, yang berwajah baru.
- Hati terpaut kerana "Budi"...
- Komen pembaca mengenai novel terbaru Sri Diah, Mah...
- Yg terselamat
- Makan tengah hari bersama Staff Karangkraf, Alaf21...
- Ulasan Novel - BADAI SEMALAM - Khadijah Hashim
- Ngeteh malam minggu..
- Ulasan Novel : DAKAPAN RINDU - Fatin Nabila
- Alahaii Kak Lina..
- Apa kata peserta selepas lawatan ke karangkraf dan...
- Lawatan seterusnya ke Alaf21, kami semakin teruja !
- EMEL dari KKSB
- Lawatan Ke Karangkraf, memang WORLD !!
- Pesta Buku Alaf 21 di Premis Shah Alam
-
▼
September
(18)