Mazni anak seorang pembantu rumah membesar di bawah naungan ibunya yang tua dan uzur menumpang berteduh di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ.
Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Jiran-jiran di situ berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi bila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut.Mula-mula Mazni hanya menganggap karim sebagai abangnya.
Dari perassan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latarbelakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak ada komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya itu ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu nanti bila orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.
Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni begitu kecewa lagi apabila mendengar tomahan fitnah dari orang tetang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tingallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.
Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni yang berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?.
KOMEN :
Novel pertama yang saya baca ketika umur 13 tahun dahulu. Sehingga kini saya masih meminati garapan Khadijah Hashim. Bahasanya santai dan berpuitis. Di dalam novel ini, Khadijah tidak lupa memerapkan nilai-nilai murni dan motivasi tinggi kepada pembaca. Saya amat tertarik dengan jalan ceritanya. Cerita di sebalik kehidupan seharian. Setiap yang ada di dunia ini hanyalah pinjaman. Tidak mustahil jika apa yang kita miliki hari ini tidak akan sama dengan masa hadapan kelak. Tidak semestinya kita akan gagal dan derita buat selama-lamanya. (*** - Best)
~ Rosha
Novelis
-
-
-
-
-
-
-
-
SINOPSIS C1NT4 TOP SECRET VERSI 1.08 years ago
-
SAKITNYA TUH DI SINI - Bab 19 years ago
-
Setahun bersawang...10 years ago
-
-
-
Happy New Year13 years ago
-
SELAMAT TAHUN BARU 200816 years ago
-
Korea Oh Winter Sonata.....17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Labels
- Anis Ayuni (1)
- Novel Cinta (2)
- Perpisahan. (1)
- Pesta Buku Selangor (4)
- Pesta Buku. (4)
- Projek Kelab (1)
- SRI DIAH (1)
- thriller (1)
- ulasan peminat (1)
Search This Blog
Arkib Alaf21fc
-
▼
2006
(104)
-
▼
September
(18)
- Aktiviti berfaedah dibulan Ramadhan.
- Saling mengingati sempena Ramadhan
- Komen pembaca : Tiada Noktah Cinta, Emma Maizura
- Ramadhan yang dinanti..
- Novel Jauh Aisya Sofea, yang berwajah baru.
- Hati terpaut kerana "Budi"...
- Komen pembaca mengenai novel terbaru Sri Diah, Mah...
- Yg terselamat
- Makan tengah hari bersama Staff Karangkraf, Alaf21...
- Ulasan Novel - BADAI SEMALAM - Khadijah Hashim
- Ngeteh malam minggu..
- Ulasan Novel : DAKAPAN RINDU - Fatin Nabila
- Alahaii Kak Lina..
- Apa kata peserta selepas lawatan ke karangkraf dan...
- Lawatan seterusnya ke Alaf21, kami semakin teruja !
- EMEL dari KKSB
- Lawatan Ke Karangkraf, memang WORLD !!
- Pesta Buku Alaf 21 di Premis Shah Alam
-
▼
September
(18)
24 comments
Comment by Anonymous on 7:41 AM
Badai Semalam adalah novel pertama yang akak baca waktu zaman persekolahan akak dalam tahun 1970an. Memang best betul novel. Bila Alaf21 cetak semula novel ini akak tak lepaskan peluang membelinya...
Tahniah buat Khadijah Hashim
Comment by Anonymous on 9:31 AM
badai semalam...novel ni saya beli di kedai buku USM, Penang, sebab utama saya beli novel ni, nama watak utama dalam novel ni sama dengan nama saya...MAZNI...
Comment by NM on 11:20 PM
novel pertama dibaca masa usia saya 12 tahun.huhu...memang best sangat!
Comment by cikgu hendun huri on 1:06 PM
Comment by Anonymous on 9:34 AM
Novel ini adalah novel wajib semasa saya bersekolah di Singapura dlm tahun 1970. Umur saya ketika itu 19 tahun. Belum pernah dlm sepanjang hidup saya membaca novel dr A ke Z secara maraton, mula lepas magrib dan selesai membaca hingga ke subuh. Yang indahnya saya berjaya mendapat A1 ( mata pelajaran sastera )didalam peperiksaan GCE "O" Singapura ketika itu. Sekarang tinggal di Kuala Lumpur dan SANGAT bangga menjadi seorang rakyat Malaysia ( dulu saya rakyat Singapura ).
Comment by muzammil rahim on 12:15 PM
Puas saya mencari novel ini. Ada sebarang maklumat untuk beli novel ni ? Ada bantuan ?
Comment by Unknown on 10:05 PM
Sama seperti saudara novel ini pun puas saya cari semua kedai buku dah tak ada. Dah di diterbitkan lagi kot..saya dah baca lebih dari empat kali agaknya..80's.Watak 3 orang tu masih saya ingat.Sehingga saya interview dulu saya buat sipnosis buku ini juga..sesiapa ada/tahu mana nak beli tolong bagitahu..ok. email saya.: ujangedwin@yahoo.com.
Comment by Unknown on 9:36 PM
Novel ni sya bca msa umur sya 11thun...pertama kli bca novel. Novel mlik angah yg d hdiahkn utknya..smpai skrg sya msih teringt2 umpama cinta pndg prtma...best sgt2
Comment by Kebun Ibu on 10:11 AM
saya juga masih mencari novel nie..ade sapa2 tau ade jual di mana...saya mula membaca novel masa umur 13 tahun..teringat lagi ceritanya..terlepas cerita nie yang ditanyakan di RTM...
Comment by Anonymous on 2:55 PM
Saya juga mencari Novel ini. Sebab ibu saya nak sangat baca kembali novel ini. Ibu cakap ini novel terbaik dia pernah baca.
Comment by Anonymous on 8:27 AM
Novel pertama yg saya bca semasa berumur 11 tahun..1984. Buku ini sebenarnya di gunakan oleh kakak saya sebagai subjek sastera di sekolah menengah...hihi, jadi saya tumpang baca.
Comment by tinta merah on 9:18 AM
Rasanya pernah baca di fb khadijah hashim..penerbit cerdik..cuba cari
Comment by Unknown on 10:26 PM
Novel pertama yang saya baca Masa umur 10 tahun... Memang best sangat jalan ceritanya... Rindu rasanya nak baca semula...sesiapa tahu mana nak dapatkan novel ni.. Terima kasih .
Comment by Azman Ayahman on 2:18 PM
Bagi pelajar yg menduduki SPM thn 1983 bidang kesusasteraan memang hafal jln cerita novel ni... hihi termasuk saya sendiri... hingga kini masih teringat jln cerita novel ni..
Comment by aimee on 3:22 PM
Saya sudah lama mencari novel ini. Dekat mana saya boleh dapatkannya ya? Arwah ibu saya pernah cerita pasal novel ini dan dia sangat menyukai plot novel ini. Jadi, saya juga mahu menyelami jalan cerita ini sepertimana arwah ibu saya menyelaminya.
Comment by Unknown on 11:25 PM
Sysemasa novel ini semasa sy berumur 14tahun...milik Ibu sya.. Tertarik Sgt Jalan cerita, watak yg betul2 memberi impak sehingga kita saya masih ingat Jalan cerita. Diana sy nak dapatkan buku ini.. Ingin nak hadiahkan pd Ibu saya.
Comment by rozitazie on 7:41 PM
Inilh novel pertama yg saya baca ketika berusia belasan thn dan kkl dlm ingatan sy shgga ke hari ini. Tiada seirg pun yg blh menandingi kehebatan Khadijah Hashim menulis novel. Sy prnh bcita2 utk jd penulis novel spt beliau smga Alkah makbulkn impian sy. Akhirnya sy cdgkn agar novel ini dijadikan drama berepisod byk pengajaran dqn adab yg blh diadaptasi dlm kehidupan bkn spt skrg hanya drama2 cinta yg tidak berpijak di bumi nyata.
Comment by Unknown on 12:13 PM
Novel Badai Semalam terbaik.
Comment by Unknown on 9:14 PM
Novel ni saya baru baca semalam...hihik. Itu pon sinopsis cerita jer...hahaha...
Comment by Old man fadhil on 10:50 AM
Wah...terbaik
Comment by Anonymous on 7:47 PM
Novel rujukn ketika tngktn 4 thn 82..yg mmbawa kepujian utk sastera ketika SPM ...
Comment by Bacaton Uncang Ilmu Mudik ke Hulu on 9:33 AM
Blog ini adalah perkongsian ahli group whatsapp Karyawan Pk yang bermula dengan ahli yang terjumpa semula novel Badai Semalam sewaktu menyusun rak buku lama. Setuju dengan urusan dan perkongsian pembaca khasnya berkaitan kisah sedih yang mengundang air Mata pembaca Serra nikai murni yang diterap oleh Khadijah Hashim
Comment by Bacaton Uncang Ilmu Mudik ke Hulu on 9:36 AM
# ulasan pembaca dapat menarik minat pembaca lain untuk membaca Novel Badai Semalam.
Comment by Anonymous on 6:45 PM
Saya baca novel ni wkt darjah 3, itu pun pinjam dpd kwn sbb makcik dia ambik spm guna novel ni sebagai kajian sastera. Tak sangka pada umur tu baca novel ni blh menangis🥹 sedihnya kisah hidup Mazni. Lps tu bila dh kerja terjumpa novel ni diterbitkan semula terus beli buat koleksi. Rasanya ni la novel pertama yg sy baca & terus jatuh hati dgn gaya penulisan Khadijah Hashim. Blh dikatakan semua novel dia sy ada 👍👍Terbaik🫰🏻
Post a Comment