Memang sudah menjadi budaya kami sejak dulu lagi (ketika pejabat di Tmn. Tun) kita akan meraikan pelawat sebaik mungkin.

T.Kasih atas kesudian bekerjasama: Diharapkan tidak hanya dalam bidang penulisan atau bidang tertentu, sebaliknya pelbagai aktiviti.

Untuk Makluman dalam masa terdekat ini:

14, 15, 16 Sept. Kum.Karangkraf akan menganjurkan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Akan dirasmikan oleh Tim. Menteri Sumber Manusia, Datuk Hji Abd. Rahman Bakar.

Saya menjemput ahli Kelab yang berkelapangan untuk menyertainya. Acara yang terbuka kepada orang ramai ialah:

Sabtu - 16 Sept. (8.30 pagi): Di Kawasan Letak Kereta, Karangkraf: Acara Senamrobik bersama Jab. Kesihatan Selangor.

Ahli Kelab juga dijemput menyaksikan pameran Keselamatan dan Demonstrasi Cegah Jenayah yang diadakan selepas itu.

Sekian.

HASHIM ANANG
Pengurus-Perkhidmatan Korporat

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati