Seorang lagi penulis baru Alaf21 telah tampil dengan novel sulungnya bertajuk Jika Benar Cinta. Alaf21 FC, melalui salah seorang dari AJKnya iaitu Mardhiyah telah berpeluang untuk mengenali beliau secara lebih dekat lagi.
Nama penuh Lynn Dayana ialah Roslinda Mohammad, berasal dari Batu Pahat, Johor. Beliau menamatkan pengajian di USM dalam bidang managements dan kini bertugas sebagai Training Officer di Pizza Hut Rest Sdn Bhd. Tinggal di bandar Sunway, Subang Jaya dan meminati warna hitam dan merah.
Kita ikuti temubual seterusnya..
Apa yang membuatkan Lynn Dayana berminat untuk menulis?
Segalanya bermula dengan dengan minat membaca. Dari kecil, saya gila membaca. Buku-buku sastera abang saya seperti Keluarga Gerilya, Hujan Pagi dan Badai Semalam pun saya baca semasa saya masih bersekolah rendah. Novel Inggeris pula mula disentuh apabila melangkah ke tingkatan 1. Tidak terkira jumlah Mills & Boon yang saya baca menggantikan Lima Sekawan dan 7 Perisik.
Selalunya, apabila membaca novel Melayu atau Inggeris, apakah yang Lynn cari?
Intipati cerita yang unik. Yang boleh buat saya jadi lebih dewasa. Yang boleh mematangkan saya melalui tinjauan hidup orang lain yang saya baca. Penulis yang boleh membuatkan saya terasa seolah-olah saya juga turut sama memegang watak yang diceritakan. Terkini, saya sedang gila membaca novel karya Jodi Picoult. Saya borong 5 buah bukunya sekaligus setelah buku pertama yang saya baca didapati menarik dan meruntun rasa.
Soalan ini amat2 popular, iaitu berkenaan tema cinta yang berlambak2 di pasaran: tidak takut ke peminat jadi bosan?
Tema cinta memang tidak dinafikan, banyak di pasaran. Namun persoalan sama ada peminat bosan atau tidak itu bergantung juga kepada kreativiti penulis. Olahan dan jalan cerita yang bagus akan membuatkan peminat akan terus terpikat dan tetap membeli. Saya sendiri adalah seorang pembaca.
Sekarang ini Lynn sudah pun bekerja, jadi adakah sanggup berhenti kerja untuk menjadi penulis sepenuh masa?
Buat masa ini, secara jujurnya TIDAK! Bersandarkan satu novel saja, saya rasa pengikut saya sudah tentunya belum ramai lagi. Niat untuk menulis sepenuh masa itu ada tetapi saya mesti berfikir secara logic. Belum masanya, satu hari nanti mungkin tetapi bukan sekarang.
Bagaimanakah agaknya faktor2 novel itu menjadi kuat dan dianggap karya yang terbaik.
Satu persoalan yang subjektif kerana apa yang diinginkan seseorang melalui pembacaannya mungkin berbeza dari satu individu kepada individu yang lain. Pendapat saya:
a. Adanya rujukan fakta yang memantapkan cerita
b. Penulis memasukkan permasalahan isu semasa
c. Cara olahan yang membuatkan jalan cerita seolah dekat di hati pembaca.
d. Intipati cerita yang berbeza dengan orang lain. Keluar dari kepompomg yang sudah terlalu biasa diceritakan.
Pada pendapat Lynn, apakah faktor2 untuk menjadi penulis yang baik selain dari kajian dan disiplin.
Mungkin soalan ini tidak sesuai dijawab oleh saya kerana usia saya yang tidak sampai setahun jagung dalam dunia penulisan. Satu pegangan saya, tulislah dengan ikhlas. Tulis dari hati nurani dan seboleh mungkin apa yang ditulis, jangan sampai membawa orang lain kepada jalan kehancuran sebaliknya, melalui tulisan itu dapat pula diambil ikhtibar dalam berusaha menjadi makhluk TUHAN yang sentiasa dirahmati.
Sudah mula menulis novel Kedua? Apa temanya? Masih lagi dengan persoalan cinta?
Dalam proses! Saya letakkan tajuknya Hak Cinta Terpelihara. Baru mencecah dua ratus muka surat. Masih banyak yang hendak diolah. Kisah antara 4 sahabat yang hubungan erat jadi berantakan kerana janji dan prasangka. Penuh ‘twist and turn’! Namun, kata kuncinya ‘ dalam proses’ jadi tajuk mungkin berubah. InsyaALLAH, akan disiapkan sebelum Pesta Buku. Lagipun, JBC masih lagi baru di pasaran.
Antara Aiman, Hazriq dan Airy, siapakah pilihan Lynn Dayana?
Soalan yang menarik kerana dari maklumbalas yang saya dapat dari pembaca, ada ramai yang sukakan Aiman yang terlalu setia. Ada juga sukakan Hazriq yang pandai berkata-kata hingga menyentuh nurani seorang perempuan malah ada juga yang tanyakan saya, di mana boleh mencari Airy? Di kubur? Hehe, jangan marah!
Secara peribadi, saya sukakan Hazriq yang mengusik hati. Hazriq sebagai seorang individu yang tidak bersangkut paut dengan orang lain. Maksudnya, Hazriq yang tidak dipunyai! Ada yang bertanya wujudkah Aiman, Hazriq atau Airy di alam nyata? Saya menjawab, ADA. Macam kata Mulder kepada Scully dalam X files : The truth is out there! Jika bernasib baik, kita berjumpa dengan insan yang ada sifatnya seperti mereka.
Meningkat dewasa, minat itu tidak pernah berhenti. Bila balik ke kampung dan jika saya putus bahan bacaan, saya akan membaca pula diari lama. Sepuluh tahun lalu, pada tarikh yang sama, apa aktiviti saya? Kelakar. Memang kelakar melihat perspektif hidup yang sudah jauh berubah mengikut peredaran masa.
Kemudiannya, sahabat baik saya memperkenalkan novel keluaran alaf hinggakan saya bertanya pada diri sendiri. Asyik membaca karya orang, tidak mahukah mencuba menulis karya sendiri. Hasilnya, Jika Benar Cinta lahir di pasaran.
Bahan bacaan saya tidaklah menjurus kepada cerita cinta saja. Saya juga suka cerita kes penyiasatan, kemasyarakatan dan juga fiksyen. Jenis genre yang saya baca adalah berdasarkan situasi juga. Waktu fikiran sedang berat, saya gemar membaca cerita cinta yang mampu melapangkan fikiran. Waktu santai, saya gemar baca cerita penyiasatan. Wadah yang berbeza untuk menepati situasi yang berbeza.
Saya ada masa untuk merencana plot2 yang mengusik jiwa pembaca. Adakah mencuit hati seperti JBC? Adakah tragis seperti Jika Benar Cinta? Saya akan mencuba sedaya upaya untuk menghasilkan yang lebih baik!
Demikian sahaja serba sedikit pandangan dan jawaban yang diberikan dalam perbualan kami. Semoga Lynn Dayana akan terus maju dan menyerlah dibidang penulisan ini dimasa akan datang. Terima kaish juga diucapkan kerana sudi meluangkan masa untuk ditemubual.
Kalau ada masa jangan lupa menjengah ke blognya , http://lynndayana.blogdrive.com/
Mardhiyah
Novelis
-
-
-
-
-
-
-
-
SINOPSIS C1NT4 TOP SECRET VERSI 1.08 years ago
-
SAKITNYA TUH DI SINI - Bab 19 years ago
-
Setahun bersawang...10 years ago
-
-
-
Happy New Year13 years ago
-
SELAMAT TAHUN BARU 200816 years ago
-
Korea Oh Winter Sonata.....17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Labels
- Anis Ayuni (1)
- Novel Cinta (2)
- Perpisahan. (1)
- Pesta Buku Selangor (4)
- Pesta Buku. (4)
- Projek Kelab (1)
- SRI DIAH (1)
- thriller (1)
- ulasan peminat (1)
Search This Blog
Arkib Alaf21fc
-
▼
2007
(158)
-
▼
February
(17)
- Blog Umi Azrini dan Aida Adriani
- Majlis Sambutan Hari Jadi Alaf21 FC yang pertama.
- Sudah setahun rupanya usia Kelab Alaf21 FC..
- Horayy.. The Birthday girl..
- Tentang Bikash Nur Idris..
- Sejenak bersama Lynn Dayana..
- Laman web Eyman Hykal berwajah baru
- Ulasan Novel : Cinta Sang Ratu - Ramlee Awang Murshid
- Meen Zulaika Blog..
- Selamat bercuti panjang sempena Tahun Baru Cina.
- Salam perkenalan dari Zara Juita
- Ulasan Novel : Erti Rindu ini - Zara Juita
- Sekitar Karnival Buku di PWTC yang lepas.
- Karnival Buku 2007 di PWTC ( 9 ~12 Feb )
- Harapan Yang Musnah
- Apa ada dalam Blog Kelab?
- Mari kita lihat siapa yang kena !
-
▼
February
(17)
0 comments
Post a Comment