25hb Februari yang lalu, genaplah usia Kelab Peminat Novel ALAF 21 atau panggilan ringkasnya – ALAF21 FC.

Segala – galanya bermula di Ruangan Forum, Laman Web ALAF 21, dimana beberapa orang peminat telah berbincang untuk bertemu dan ada cadangan supaya ditubuhkan Kelab Peminat Novel ALAF 21.

Permulaannya, secara peribadi, saya sendiri tidak pasti apakah cara atau langkah yang perlu dilakukan untuk “menarik perhatian”, supaya kesemua peminat dapat bertemu dan berkenalan dan seterusnya, menubuhkan Kelab.

Maka, bermulalah usaha secara konvensional (cara paling konservatif), dimana saya telah mendapatkan alamat emel dari pelbagai sumber, dan sudah tentu, usaha ini sememangnya memakan masa yang panjang, tetapi saya konsisten.

Hingga akhirnya, hampir 100 orang telah menyatakan persetujuan untuk bertemu. Maka pertemuan telah berlangsung di Sentral Kuala Lumpur dengan kehadiran seramai 15 orang, (satu jumlah yang tersasar jauh).

Namun, tidak ada apa yang perlu digusarkan, kerana bagi diri saya, ini adalah langkah permulaan yang kecil.

Dalam pertemuan itulah, masing – masing telah sepakat dan bersatu hati untuk terus menubuhkan Jawatankuasa Protem, pembentukan Kelab Peminat.

Setahun telah berlalu, dimana Kelab telah mengadakan beberapa program yang dihadiri oleh AHLI dan peminat, diantaranya:

1 – Lawatan Ke Karangkraf dan ALAF 21.
2 – Menghadiri Majlis Hari Raya, anjuran ALAF 21.
3 – Menghadiri rumah terbuka Novelis.
4 – Mengadakan pertemuan ramah mesra bersama Geng Jurnal.
5 – Mengadakan Majlis Pertemuan di tahun 2007.
6 – Mengadakan sessi wawancara dengan TRIO NOVELIS.
7 – Menjamu selera dan ngeteh bersama novelis.

Dan masih banyak program yang telah dirancang, dan akan dilaksanakan peringkat demi peringkat, dan Kelab amat mengharapkan PENYERTAAN dari AHLI, Peminat, Novelis dalam program yang telah diatur.

Akhir kata, Saya sebagai peneraju Kelab, ingin merakamkan ucapan Terima Kasih, khususnya kepada En. Norden (selaku Pengurus Besar ALAF 21 dan Penasihat Kehormat Kelab), kepada AHLI dan peminat, kepada Novelis dan kepada pihak yang selama ini terus memberikan sokongan, bantuan dan idea kepada Kelab.

Yang Menjalankan Amanah.
Abang Long @ Novelman.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati