Pertama sekali menatap cover buku ini saya sudah mula tersenyum-senyum sendiri. Pabila membelek-belek diri sendiri dengan bahagian-bahagian yang terlebih di sana sini, membuatkan senyum tadi menjadi ketawa pula.
Seperti kebanyakan manusia lain, tentu inginkan badan yang kurus langsing, tegap dan sasa. Walau bagaimana pun, yang penting sekali ialah supaya badan kekal sihat. Mungkin buku ini sedikit sebanyak dapat membantu selain menyalurkan informasi mengenai kesihatan diri dan cara mengawal berat badan.
DAPATKAN BUKU TERBARU 'KAWAL BERAT BADAN'DI PASARAN SEKARANG!
Masalah berat badan dan obesiti semakin menjadi-jadi di negara kita. Punca setiap individu menjadi obes berbeza-beza. Pelbagai faktor mempengaruhi termasuk gaya hidup yang melibatkan pemakanan, stres, keseimbangan metabolisme, bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh serta hasil tindak balas tubuh terhadap makanan yang dimakan.
Obesiti bukan sekadar masalah kosmetik yang kelihatan. Ia adalah ancaman kepada kesihatan dan umur anda. Oleh itu, buku ini dihasilkan bagi membantu anda menjalani kehidupan yang sihat. Fakta-fakta menarik berkaitan masalah berat badan dibincangkan secara terperinci dalam bab-bab tersendiri. Langkah-langkah mudah mengawal berat badan juga dijelaskan sebagai panduan berguna untuk anda.
Selain mengandungi pengetahuan yang boleh membantu mengawal atau mengurangkan berat badan, pengalaman pengetahuan dalam buku ini juga boleh membantu anda melambatkan proses penuaan. Semoga anda menjadi insan yang sihat, tegap, kuat, ceria dan cemerlang
Tajuk: Kawal Berat Badan
Harga: RM10.00
Halaman: 199
Novelis
-
-
-
-
-
-
-
-
SINOPSIS C1NT4 TOP SECRET VERSI 1.08 years ago
-
SAKITNYA TUH DI SINI - Bab 19 years ago
-
Setahun bersawang...10 years ago
-
-
-
Happy New Year13 years ago
-
SELAMAT TAHUN BARU 200816 years ago
-
Korea Oh Winter Sonata.....17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Labels
- Anis Ayuni (1)
- Novel Cinta (2)
- Perpisahan. (1)
- Pesta Buku Selangor (4)
- Pesta Buku. (4)
- Projek Kelab (1)
- SRI DIAH (1)
- thriller (1)
- ulasan peminat (1)
4 comments
Comment by azieazah on 3:54 PM
Hmmm menarik nii...
Comment by azieazah on 3:54 PM
Comment by Anonymous on 11:13 PM
Saya dah beli dan baca buku ni. Kaedah yang disampaikan penulis adalah unik. Banyak tips yang dikongsi untuk pembaca.
Well.... kadang-kadang kita perlu bahan bacaan bacaan yang berbeza. Sergah minda dan sergah paradigma
Comment by Anonymous on 9:06 PM
Saya sudah experiment dengan teknik-teknik yang disarankan dalam buku ini dan dapat mengurangkan berat badan dengan berkesan.
Mudah-mudahan Encik Bahrin terus menulis buku-buku dalam bidang perawatan alternatif.
Post a Comment