2008 telah berlalu dengan membawa pelbagai kenangan yang telah dilakar menjadi sejarah.

Menyinsingnya fajar 2009, membawa pelbagai harapan baru. Itulah harapan manusia sejagat.

Seperti nama lengkap kelab ini - KELAB PEMINAT NOVEL ALAF 21 atau nama ringkasnya - ALAF 21 FC. Kami, didalam kelab telah berusaha merancang pelbagai program dan projek. Samada ianya berjaya ataupun gagal bergantung kepada pelbagai faktor luaran dan dalaman. Yang penting adalah kami terus menjalankan amanah ini dengan jujur, ikhlas dan komitmen yang jitu.

KAMI juga sangat mengharapkan kepada sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak untuk terus bergerak demi kepentingan semua.

NOVELIS, AHLI, Pembaca novel, dan juga dari ALAF 21 Sdn Bhd adalah saling berkait antara satu sama lain. Hingga ke saat ini, perhubungan yang terjalin adalah begitu harmoni. Malahan kerjasama yang diberikan begitu memberangsangkan khususnya dari pihak ALAF 21 Sdn Bhd.

Pelan perancangan telahpun diatur untuk tahun 2009. Untuk kepentingan semua pihak, ALAF 21 FC, NOVELIS, AHLI dan peminat novel ALAF 21. Demi untuk menjayakan pelbagai program dan projek yang telah dirancang itu, maka sokongan, bantuan, kehadiran, penglibatan dari semua pihak, khususnya AHLI, NOVELIS dan peminat novel amatlah diharapkan.

InsyaAllah, bukan projek yang gah yang kami rancangkan. Tetapi jika semua pihak memberikan sokongan moral dan melibatkan diri dengan aktiviti yang ditelah diatur. Maka projek itu akan kelihatan gah dan memberikan impak yang maksima kepada semua pihak yang terlibat.

Bagi mengetahui tentang apa yang telah dirancang oleh pihak ALAF 21 FC, maka blog ini akan terus berfungsi sebagai alat sebaran am, yang mana blog ini akan menyiarkan berita dan perkembangan semasa serta aktiviti dan program dari semasa ke semasa.

Di kesempatan ini juga, pihak ALAF 21 FC ingin merakamkan ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada semua pihak, khususnya pihak ALAF 21 Sdn. Bhd, yang hingga kini telah memberikan sokongan dan komitmen yang jitu dan memberangsangkan.

Juga, tidak ketinggalan kepada NOVELIS dan AHLI serta peminat yang tidak jemu - jemu turun padang untuk menghulurkan sokongan dan bantuan yang kami harapkan.

Akhir kata dari kami di dalam kelab. Semua orang akan menikmati faedah dan akan berjaya dengan kerjasama dari semua orang.

Sekian, TERIMA KASIH.

Yang Menjalankan Amanah.

Mohamad Feroz
Presiden.
KELAB PEMINAT NOVEL ALAF 21 - ALAF 21 FC.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati