Bahang Pesta buku masih lagi terasa. Dimana orang sentiasa memperkatakan tentang kemeriahan acara yang berlangsung itu serta perasan mereka dapat bersua dengan novelis2 kesayangan mereka disamping dapat memborong buku2 yang banyak.

Salah seorang pengunjung yang kesana iaitu Siti Norwati atau lebih dikenali sebagai ct ingin sekali berkongsi ceritanya kepada kami . Antaranya beliau menceritakan ,

Saya rasa tak sabar nak pergi ker KLCC, sebabnya hehhe dah berangan nak jumpa dengan penulis-penulis yg dah tentu glamer lip lap ni. Tak sangka rancangan yg diaturkan dalam masa dua hari menjadi. Bila dapat mesej dari kawan2 blog yang di ketuai oleh Kak Noor dan wabbit kami pun berjanji tempat dan masanya. Berdebar-debar bagai nak gugur jantung saya sebab saya malu dan tak pernah pun jumpa dengan kawan2 dari blog ni. Nasib baik saya ada pemandu pelancong tak bertauliah sudi bawa saya ke KLCC hari tu. Kalau tak mau saya tercari2 cam na nak pegi. Nak naik LRT pun saya tak tau.Tapi bila dah sampai KLCC saya pun tel kak noor. Jadi Kak noor cakap dia tunggu saya kat TGV.Akhirnya bersualah saya dengan muka kak Noor dan kak em dan bermulalah episod bersalam-salaman.

Bila rombongan “ Cik kiah “ dah cukup kami pun pergi la ke pesta membaca tersebut. Rasa mccam tak tau lak arah tujunya. Kalau harapkan saya seorang memang tak tau ler nasib pergi ramai-ramai. Tapi kak Wan, wabbit dan kak Ija memang best. Kami pun apa lagi serbu la ke kedai yang ada, belek2 buku dan fikir mana nak beli. Dalam dok fikir2 tu la saya dengar ada pengumuman Anis Ayuni ada di gerai Alaf 21.

Saya pun apa lagi rasa berdebar semacam je . Al-maklum saya belum pernah bersua dan bertentang mata dengan Kak Anis lagi. Tak sangka saya dapat juga berjumpa dengan Kak Anis sebabnya masa saya tanya kak Anis kat blog dia jawab tak pasti jadi saya ingat dia tak ada. Bila dah jumpa tu macam biasalah, kami berposing sakan.

Lepas bergambar dgn kak Anis kami ambik pula gambar dgn En Eyman Hykal. Terima kasih kak Anis dan En Eyman Hykal atas layanan yang mesra tu. Masih tak percaya lagi saya dapat bersama dgn penulis2 terkenal. Mimpi ke? hehhe Akhirnya dapat juga saya berjumpa dgn penulis idola saya Anis Ayuni sebab sebelum ini saya hanya berbicara dgnnya melaui email dan di tagbox tapi kali ni secara bersemuka.

Saya rasa lebih meriah lagi kalau ada team Alaf 21 fC. Tentu lebih gamat suasananya. Apa pun tunggu rombongan Cik Kiah bertandang lagi.


( ct dan rakan2 mengabdikan kenangan bersama penulis Eyman Hykal ( paling kiri ))

Aalahii.. dapat dirasakan tentu ct mengalami keseronokan yang máxima disana tu. Hmm siapa ye rombongan Cik Kiah tuh ? Apa kan jadi ye kalau rombongan Cik Kiah bertemu dengan Team Alaf21 FC . Tentu lebih meriah dan meng " havoc" kan keadaan. Mungkin di lain hari barang kali kami akan bertemu . Apa2 pun Alaf21 memang best dan world.

Terima kasih kepada ct kerana cerita yang menyeronokkan nih .

( Untuk pengetahuan semua , ct baru sahaja menyambut Hari jadinya yang ke dua puluh err err rahsia hik hik pada 19 Julai , iaitu semalam. Kami di Alaf21 FC mengucapkan Selamat Hari Lahir buat ct , semoga panjang umur dan ceria selalu )

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati