Salam hormat buat semua. Pihak Kelab telah menerima banyak pertanyaan berhubung dengan Program Lawatan ke KARANGKRAF, disini disertakan soalan dan jawapan dari kami:

S – Bolehlah BUKAN AHLI, menyertai program ini ?
J - BOLEH.

S - Adakah pengangkutan disediakan pada hari tersebut ?
J - TIDAK, peserta hendaklah menguruskan sendiri pengangkutan ke program tersebut, melainkan jika tiada alternatif, maka sila hantar permintaan anda ke alaf21fc@yahoo.com dengan tajuk: DAFTAR TAPI TIADA KENDERAAN. Berkemungkinan pihak Kelab akan menyediakan kenderaan, dan peserta dikenakan bayaran.

S - Adakah keahlian Kelab telah dibuka ?
J - BELUM, sehingga kini, pihak Kelab masih dalam proses untuk mengenalpasti cara yang effisien, untuk menerima Keahlian, melalui e-Daftar, InsyaAllah, bila proses tersebut selesai pihak Kelab akan memaklumkan didalam Blog ini.

S - Adakah boleh tarikh program dipinda, kerana hari tersebut adalah hari berkerja ?
J - Sebenarnya pihak Kelab tiada alternatif lain, disebabkan urusan Operasi Karangkraf hanya dibuka pada hari berkerja / waktu pejabat sahaja.

S - Apakah jenis pakaian yang perlu dipakai ?
J - BEBAS. ( Tapi kemas )

S - Adakah novelis akan menyertai program ini ?
J - Akan diumumkan kelak.

S - Tidak tahu bagaimana untuk ke Karangkraf (menggunakan kenderaan sendiri).
J - Akan dimaklumkan tidak lama lagi (Peta, Pengangkutan awam dsb).

S - Adakah permohonan anda berjaya ?
J - Senarai peserta yang berjaya akan diumumkan didalam Blog.

Terima Kasih
Abang Long.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati