Pada hari sabtu yang lepas , seperti yang telah diwar2kan , kami ( saya dan juga Abg Long ) telah pergi ke Mid Valley untuk melihat keadaan pesta Buku disana . Bertempat di Hall 2 Exhibition Center , Pesta buku tetap juga meriah . Ramai pengunjung keluar masuk dengan rasa gembira sambil menjinjing beg plastik penuh buku.

Alaf21 tetap sibuk seperti selalu. Kedudukannya yang paling strategik ( betul2 dihadapan pintu masuk ) membuatkan pengunjung seolah2 “ terlekat “ disitu dahulu sebelum pergi kegerai lain. Masing2 tak sabar mencari pelbagai bahan2 bacaan serta terbitan terbaru. Dihadapan booth Alaf21 pula ialah booth Karangkraf.

Kami , selaku wakil dari Alaf21 FC sendiri , telah pun sampai disitu pada pukul 3.00 ptg , manakala Rosha berada lebih awal , iaitu sejak pukul 12 tgh hari lagi. Setelah berlegar2 sebentar digerai2 lain , akhirnya kami bertumpu di booth Alaf21 untuk melihat dengan lebih dekat lagi gelagat pengunjung yang asyik membelek buku yang dihajati.Sesekali mereka bertanya juga kepada petugas akan buku2 yang dicari .

Lebih teruja apabila bertemu dengan Novelis Lagu Rindu iaitu Ayu Emelda yang juga nampak sibuk disapa para pengunjung yang menyedari kehadirannya. Beliau yang saja menghadirkan diri disitu pun turut berasa gembira bertemu peminat2nya , menurunkan tanda tangan serta bergambar bersama.

Booth Alaf21 sentiasa sesak . Ramai pengunjung dari berbagai lapisan datang untuk mencari bermacam2 jenis buku. Apatah lagi dengan diskaun 20% yang diberikan , lebih2lah lagi menarik minat mereka. Tak menang tangan para petugas Alaf21 hendak melayan . Memang meriah keadaannya , sama meriahnya seperti pesta2 yang dulu juga.

Saya dan abg Long pulang jam 5.30 ptg sambil meredah orang ramai serta lebat hujan yang mendesah , menjadikan keadaan semakin sesak dan berbahang. Namun kepuasan tetap terasa kerana dapat bersama2 Alaf21 untuk memeriahkan pesta buku tersebut.
Banyak sungguh cerita2 dan kenangan yang dapat kami kumpulkan semasa di pesta buku tersebut , dan InsyaAllah nanti kami akan paparkan lagi kemudian .

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati