Kami mendapat email dari salah seorang pembaca yang telah pun membaca novel terbaru Sri Diah yang berjudul Mahligai cinta. Ikuti komen pembaca yang hanya mahu dikenali sebagai manja sahaja.

Hmmm..judulnya saja sudah ada tarikan di situ. Manja sudah mula tertarik dari lembaran pertama lagi. Yang menariknya, peranan utama dalam novel ini tiada identiti tersendiri.

Mereka diberi ganti nama diri seperti...Mak, Abah, Along, Angah, Acik...membuat Manja rasa seperti wujud dalam cerita. Ini membuat manja lebih teruja mahu mengetahui kisah demi kisah dan memudahkan lagi untuk Manja menghayati keseluruhan cerita hingga ke akhirnya.

Novel Kak Sri kali ini memang hebat. Lain sungguh dari karya2 nya yang terdahulu. Garapan halusnya membawa manja ke alam realiti. Mengingatkan manja bagaimana kita sebagai individu sering tersasar dengan perasaan dan pendapat sendiri. Tidak begitu yakin dan percaya dengan qada' dan qadar untuk kita. Sering punyai fikiran negatif pada orang lain, tapi alpa dengan kesilapan diri. Yang sedihnya kita kadangkala terlupa bahawa apa yang ada dihadapan kita adalah yang terbaik untuk kita...mengapa masih mengejar bayang2?


Novel ini juga mengingatkan kita pada ikatan kekeluargaan. Sesungguhnya, apa pun yang terjadi, keluargalah yang paling dekat dengan kita walau apa pun situasinya. Sikap bertolak ansur, memberi dan menerima itu perlu ada pada setiap individu untuk kehidupan yang lebih ceria dan bahagia.

Novel ini mempunyai umph! yang tersendiri. Banyak pengajaran dan ilmu yang boleh dimanfaatkan. Dari perhubungan suami isteri, kepada ibubapa dengan anak2, tidak ketinggalan ikatan adik beradik dan saudara mara serta handai taulan. Sering ibubapa fikir anak2 tidak tahu apa2, tapi mereka kurang tepat! Akhirnya... bagaimana kita sebagai individu menghadapi diri sendiri dalam menghadapi dugaan demi dugaan? Terfikirkah kita?

Novel ini tidak menceritakan kisah cinta berat, tapi sarat dengan kasih sayang sesama insan. Yang menariknya, menghayatinya boleh membuat kita ketawa gelihati juga sama2 menangis dengan situasi karaktor.

Novel terbaru Kak Sri Diah ni memang best. Tak rugi memilikinya.

salam ceria,
manja


Terima kasih diucapkan pada manja diatas komennya mengenai novel tersebut. Anda pula bagaimana ? Kalau ada apa2 yg ingin diluahkan atau dikomen mengenai buku2 Alaf21 yang lain, silalah mengirimkannya kepada kami. InsyaAllah, kami akan siarkan.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati