Hujan yang semakin melebat tidak mematahkan semangat kami untuk bergerombolan menuju ke Premis Alaf21 pula. Sesampai disana, kami disambut oleh En Norden, Kak Wan, Ruby dan juga Molee. Kemudian dibawa ke bilik mesyuarat untuk acara seterusnya.

Didalam bilik yg serba dingin (air cond kuat oooo ) itu , En Norden menyatakan rasa penghargaannya diatas kunjungan kami walaupun tidak seramai yang dijangka. Masing2 juga diminta untuk memperkenalkan diri. Dan ternyata malu2 diantara kami semua sudah beransur2 hilang. Masing2 nampak ceria dan begitu bersemangat sekali.

Slide show mengenai Alaf21 di persembahkan oleh En Norden. Antaranya berkisar mengenai penubuhan serta makna Alaf21 itu sendiri. Selain dari itu dipaparkan juga bahan2 terbitan Alaf21 yang terdiri dari novel , buku2 masakan, fesyen, kesihatan, Agama, jahitan, hiasan dan juga bacaan umun.
Paling menterujakan pabila ditunjukkan novel terbaru yang bakal terbit dari novelis yang tidak asing lagi dan setiap buah tangan terbarunya seringkali ditunggu2 oleh peminat sekalian. Harap anda semua setia menunggu ye, rahsia kan tetap rahsia gituu..alahaii

Selesai slide show , En Norden juga mengambil kesempatan untuk bercerita serba sedikit mengenai visi dan strategi Alaf21. Sebagai sebuah syarikat yang semakin maju sudah tentulah banyak cabaran serta dugaan telah diharungi untuk meletakkannya sebaris dengan nama2 besar industri penerbitan. Apapun halangannya diharap Alaf21 akan terus berusaha untuk menarik minat orang ramai supaya mencintai buku. Penerangan beliau diselang seli dengan pertanyaan yang diutarakan oleh para peserta.

Acara seterusnya ialah penyerahan kad keahlian. En Norden sekali lagi diberi penghormatan untuk menyerahkannya kepada ahli2 yang ada disitu.

( Satu2nya ahli bukan melayu yang turut menerima kad keahlian, Loke Li Hoon )

Sejam kemudian, kami dibawa melawat ketingkat atas Bahagian Editorial. Disitu, kami bertemu dengan para2 Editor yang kelihatan begitu tekun dan bersungguh2 untuk memastikan sesuatu karya itu menyerlah dan berkualiti. Selain dari bahagian editorial ditunjukkan jua bahagian Grafik dimana muka depan sesebuah buku itu dibuat pada asalnya. Maka kenallah kami semua pada wajah2 dibelakang tabir yang bertanggungjawab merekabentuk muka depan novel2 yang cantik dan berwarna warni itu.

(Peserta semua tekun mendengar penerangan . Gambar sebelah : Oh! mari memborong buku )

Dan selepas itu , acara yang ditunggu2 pun bermula. Membeli belah dikedai buku. Masing2 rambang mata melihat banyak2 buku yang tersusun kemas dirak2. bagai memanggil2 gitu. Dan apabila diskaun yg menarik diberikan lagilah mereka tak menang tangan. Menggapai dan mencapai sana sini hingga penuh buku2 dalam dakapan masing2.

( Kak Lina , En Norden , mersik dan abg long bergambar bersama )

Dan diakhir lawatan, setelah semua penat menyelongkar buku2 dirak, akhirnya kami semua dijamu dengan hidangan nasi ayam. Wow..sungguh tak disangka, bagai orang lapar di sorongkan nasi. Maka..kita sapuuu laa ye..

Akhir sekali terima kasih diucapkan pada Alaf21 Khususnya En Norden yang memungkinkan perjalanan ini. Walau pun kami berlawatan di Karangkraf untuk mendapat sedikit ilmu dan pengetahuan, namun Alaf21 tetap bertakhta di hati kami. Hajat hati ini ingin kemari lagi. Ibarat cinta pandang pertama , walaupun jauh beribu batu namun dihati selalu terkenang jua.

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati