Archives

Pesta Buku Antarabangsa.. GEMPAK !

Wow ! Pesta buku kali ini betul-betul bikin gempak. Lihat sahajalah pengunjung2 yang datang. Ramai sungguh hingga penuh sesak Dewan Tun Hussein Onn ini.

Setiap rak , ada sahaja pengunjung yang memenuhinya. Petugas Alaf21 dan karangkraf pun tak menang tangan.



Lihat sahajalah Abg Long ( baju kuning, pakai spek).. pun terpaksa beratur juga nak jumpa para novelis. Punyalah susah..
Dan orang2 kuat Alaf21 FC yang lain ? mersik ? Ohh jangan ditanya , beliau masih lagi terperangkap dipesta buku sana. Oleh itu bersabarlah ye.. kami belum dapat mengupdate blog ini lagi.
Eh! anda semua sudah pergi ke ? Jangan lupa singgah gerai Alaf21. Kami ada disana..

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Update terkini..Pesta buku PWTC

Jumaat , tengah Hari , jam 12. 05 ,

Kami menghubungi beberapa orang novelis yang telah pun berada disana untuk mengetahui keadaan suasana di hari pertama pesta buku tersebut. Kedengarannya macam riuh sahaja suasananya.

Lily Haslina Nasir – Wahh.. besarlah dewan nih , mersik . Memang selesa dan luas. Ramai juga yang datang , kira tak putus-putuslah orang lalu lalang.

Norzailina Nordin – Ini tempat barulah, aras bawah. Sebelah escalator. Takat ini adalah juga menyain2 dua tiga buku, terutamanya Impian terindah tu.
Jangan tak jumpa pula tempat ini. besar..

Hmm.. seronoknya novelis kita tuh berjumpa peminat disana.

Oh , novelis Liza Zahira juga ada menitipkan pesan dalam kotak email kami, untuk anda semua..

LIZA ZAHIRA - Wah, tak sabar rasanya untuk menyaksikan kemeriahan Pesta Buku. Jemputlah datang beramai-ramai dan dapatkan novel-novel kegemaran anda pada harga istimewa.

Kepada sesiapa yang belum mendapatkan novel saya, Impian Kasih, Cinta Rahsia dan Bahtera Kasih, sudi-sudikanlah. Jumpa di sana .

Apa tunggu lagi..? meh laa.. ~ mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ia sudah bermula..

HARI INI !
SUDAH BERMULA
PESTA BUKU ANTARABANGSA di PWTC
JOM KESANA !

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Kami menanti kedatangan anda !

Kepada pembaca, peminat novel ALAF 21, inilah kata - kata dorongan dan semangat dari sebahagian NOVELIS kesayangan ANDA. Semuanya tak sabar untuk menanti kehadiran anda semua.

En. Norden @ Eyman Hykal - "Selamat datang ke gerai ALAF 21. Di tahun ini kami ada kejutan !".

ROSE HARISSA - "Kepada semua pembaca tersayang, berbelanjalah denganbijak di Pesta Buku nanti.Kepada pembaca - 'BERIKAN CINTAMU' -, semoga kita dapat bertemu danberamah mesra di sana nanti."
Novel Terkini dipasaran - BERIKAN CINTAMU.

RAMLEE AWANG MURSHID - "Membaca menambah ilmu dan ilmu memartabatkan diri".
Novel Terkini dipasaran - CINTA SANG RATU.

NORZAILINA NORDIN - " Semoga gembira bersua novelis, ambil peluang bertukar - tukar fikiran untuk kebaikan dan sama - sama kita meraikan sebuah PESTA KHAS untuk peminat buku dan pencinta ilmu ".Novel Terkini dipasaran - IMPIAN TERINDAH.

ANIS AYUNI - Pesta buku merupakan acara tahun yang sangat-sangat Kak Anis nantikan kerana inilah masanya Kak Anis dapat berpeluang bertemu dengan peminat novel tanah air juga dari Singapure dan Brunei .
" InsyaAllah akak akan beri sepenuh komitmen sepanjang Pesta Buku ".
Novel Terkini dipasaran – BAYANGAN RINDU

Hmm seronoknya.. jadi , apa tunggu lagi.. jomlah kita beramai-ramai kesana.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Persediaan akhir sebelum menjelang pesta buku

Dewan Tun Dr. Ismail. PWTC. Kuala Lumpur.
Berita Terkini untuk Blog ALAF 21 FC. 26 April 2007 : 8.28 PM.


Dari Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Kerja - kerja akhir persiapan untuk Pesta Buku sedang giat dijalankan. Pekerja - pekerja khususnya dari Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd (KKSB), kelihatan sedang melakukan beberapa tugasan akhir yang kelihatan rumit, khususnya dibahagian kaunter pembayaran.

Susun atur dibuat begitu teliti, cantik dan teratur serta kelihatan menarik dan profesional. Untuk pengetahuan anda, pada kali ini, ALAF 21 dan KKSB, berada dibawah "satu bumbung", dimana kedua duanya berada didalam dewan yang sama - Dewan Tun Dr. Ismail. Ini semata - mata untuk memberikan keselesaan kepada pengunjung.

Pengunjung tidak perlu tercari - cari booth ALAF 21, seperti tahun - tahun sebelumnya. Malahan jangan terkejut, sekiranya dari pintu masuk utama lagi. Pengunjung akan terlihat "anak panah" yang tertera LOGO KARANGKRAF, ikut sahaja kemana "haluan" anak panah itu. .

Masuk sahaja kedalam Dewan Tun Dr. Ismail, pandang kesebelah kiri anda. Disitulah terletaknya rak - rak buku, novel dan bahan terbitan ALAF 21.

Sudah semestinya anda akan tercari - cari, dimana pula kawasan atau tempat dimana Novelis kesayangan anda berada ?

Mudah sahaja, selepas mendapatkan novel yang diidamkan, dibahagian kiri, atau belakang anda, tersusun panjang kaunter yang menggunakan sistem berkomputer sepenuhnya, dimana kali ini, 10 buah kaunter pembayaran disediakan. Semuanya dilakukan demi untuk memberikan keselesaan kepada ANDA.

Nah, sekarang dari kejauhan, anda boleh melihat "wajah - wajah" novelis kesayangan anda, dalam bentuk poster yang begitu besar. Disitulah novelis menanti kehadiran ANDA dengan senyuman dan dengan penuh kegembiraan.

Pada kali ini, novelis akan berada didalam kedudukan susunan sebaris panjang. Mudah untuk anda mendapatkan tandatangan dan bergambar.

Akhir kata, jumpa anda disana.

Novelman @ Pemberita Sementara.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Penulis-penulis yang datang di pesta buku nanti..

Wah, nampaknya bahang Pesta buku sudah makin hampir. Tinggal dua hari lagi sebelum pesta yang meriah itu berlangsung. Dan anda pula pasti tertanya2 siapakah novelis yang akan didatangkan oleh Alaf 21 untuk beramah mesra dengan anda sekalian.?

Berdasarkan maklumat dari Alaf 21, disenaraikan novelis dan penulis buku lain yang akan berada di booth Alaf21 sepanjang pesta buku berlangsung.

JADUAL KEHADIRAN NOVELIS




JADUAL KEHADIRAN PENULIS BUKU UMUM DAN AGAMA

27 April 2007
Cikgu Nor Bi Abd Rahman - Simple English
Hazira Hamsah % Heidi Kiong – Yoga di pejabat

28 April 2007
Cikgu Nor Bi Abd Rahman - Simple English


29 April 2007
Professor Dr Sidek Baba - Seteguh Tekad

2 Mei 2007
Dr Mohd Asri Zainul Abidin - Membela Agamaan
Ustaz Mazlee Malik – Konflik Palastin & Israel
En Muhammad Taakub Yunus - Ramadhan dan Aidilfitri

4 Mei 27
Hazira Hamsah % Heidi Kiong – Yoga di pejabat


Tak lupa juga kepada sekelian ahli Alaf 21 FC, jangan lepaskan peluang untuk turut serta memeriahkan suasana di Booth Alaf21. Semua AJK termasuk tuan Presiden pun akan turun padang. Selain memeriahkan suasana, bolehlah kita berkenal2 dan beramah mesra sesama.

mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Blog terbaru novelis..

Untuk pengetahuan semua, ada dua orang novelis yang telah pun mempunyai Blog masing-masing , iaitu Liza Zahira yang menulis novel Impian kasih, Cinta Rahsia dan Bahtera kasih.

Juga seorang lagi penulis baru, iaitu Laila Kamilia yang baru sahaja muncul dengan novelnya berjudul Lakaran Kasih..


Mari kita sama2 berkunjung kesana untuk beramah mesra selain memberikan pandangan serta ulasan terhadap novel2 mereka.

mersik

( Nota : Klik pada nama untuk terus ke blog mereka )

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Abang Long kembali..

Assalamu'alaikum..w.b.t dan salam sayang buat semua.

Alhamdulillah, akhirnya Abang Long kembali semula. Sepeninggalan AbangLong, ramai yang tertanya - tanya apa yang sudah berlaku, hingga menimbulkanpelbagai persoalan yang tidak terjawab. Ditambah lagi dengan pelbagai berita yang kurang enak didengar.

Sebenarnya selama tiga minggu, saya tidak berada didalam negara. Ada tugasan diluar negara, dan apabila selesai tugas, saya terus mengambil peluang untuk bercuti sambil merehatkan fikiran dan tubuh badan bersama keluarga.

Sebelum berangkat tempohari, saya telah berbincang dari hati ke hati dengan Saudara mersik, tentang apa yang perlu dilakukan. Dan kami telah mengambil keputusan untuk "merehatkan" Blog ini buat sementara waktu. Itupun setelah mengkaji dari segenap aspek.

Jadi disini, dengan kenyataan ini, menolak akan ramalan negatif sesetengah pihak yang bimbang tentang pelbagai kemungkinan yang berlaku kepada Kelab dan Blog.

Bak kata saya kepada Saudara Mersik, sekembalinya saya dari luar negara.

"Abang Long akan terus menerajui Kelab Peminat Novel ALAF 21, hinggalah AHLI merasakan Abang Long perlu memberi laluan kepada muka baru".

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI !

Terlalu banyak agenda dan program yang telah dirancang oleh Kelab, Untuk AHLI dan peminat novel ALAF 21. Tunggu pengumuman lanjut didalam Blog ini.

InsyaAllah, akan ada beberapa agenda yang akan dilaksanakan bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa 2007 yang akan berlangsung tidak lama lagi di PWTC.

Juga, jangan lupa untuk terus mengunjungi Blog ini. Kerana selain dari bahan berita yang disiarkan. Kelab juga akan membuat pengumuman tentang sesuatu yang pasti akan membuatkan semua merasa debarannya.

Jadi, sudahkah anda bersedia untuk "menggempur" NOVELIS dipesta buku kelak? Yang penting dapatkan novel dari ALAF 21. Bawa pen dan kamera, sewaktu berkunjung ke Pesta Buku dan rakamkan detik - detik manis anda bersama NOVELIS, yang telahpun bersedia untuk menemui anda semua.

Ya, Abang Long, Rosha dan Mersik juga akan berada disana. Kami juga ingin bertemu dengan semua ahli kelab Alaf21 FC sekelian, yang mana ramai lagi ahli yang kami belum kenal mesra. Jadi, jangan malu-malu untuk menyapa. Kalau nak ambil gambar sekali pun tak mengapa.

Salam Sayang.
Abang Long @ Novelman.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ulasan Novel : Indahnya kasih - Kreisya Reisya

Sudah agak lama saya tidak menyiarkan komen-komen pembaca mengenai novel terbaru yang mereka sudah baca. Kali ini sebuah novel yang agak baru juga dari tulisan Kreisya resya yang berjudul Indahnya kasih.

Kita ada beberapa orang orang pembaca yang rajin menghantar komen. Pertamanya dari Salmah dari Kota Singa. Kita ikuti komen beliau.

Salmah - Komen peribadi


Kreisya Reisya adalah antara novelis yang saya minati akan karyanya. Selepas Kisah Kasih, Cinta Marissa dan Sedetik Cinta, saya tidak ketinggalan mengikuti karya-karya Kreisya yang lain. Pada hemat saya, Kreisya kian matang dan mantap dalam berkarya. Walaupun masih lagi menggunakan gaya bahasa yang santai dan bersahaja, itu yang membuatkan pembacaan saya berasa bebas dan relax.

Sebagaimana diterapkan Puteri yang suka dan leka pada cerita dongeng, begitu juga perjalanan Indahnya Kasih saya rasakan. Saya seolah-olah kembali ke alam kanak-kanak semasa menghayati karyanya ini. Kreisya berjaya melunakkan jiwa saya semasa mengikuti kisah Puteri yang manja, mengada-ngada, keanak-anakan namun degil dan keras kepala! Mengikuti perkembangan kedewasaan Puteri menyeronokkan pembacaan saya. Syabas Kreisya Reisya, anda berjaya menawan hati saya sekali lagi dengan karya terbaru anda. Moga akan terus berkarya.

Cuma kematangan Puteri begitu lembab saya rasakan. Dia seakan-akan tidak mahu meninggalkan identiti ‘Cinderella’nya. Untungnya Puteri diperisterikan oleh seorang lelaki yang tidak lemas didalam lautan manjanya yang kadangkala agak keterlaluan. Mudah-mudahan lebih ramai lagi lelaki yang sedemikian wujud dalam alam realiti ini. Indahnya....

Moral


Antara fantasi dan realiti, adakalanya kita terkeliru. Kita sering mendambakan sesuatu yang indah-indah belaka. Siapa yang mahukan kepincangan dalam hidup? Semua orang mahu berjaya, mahu memiliki apa yang diidamkan, mendapat sepenuh perhatian dan kasih sayang dari orang yang dikasihi. Mahukan keluarga bahagia sepanjang zaman. Namun realitinya, hidup tidak selalunya indah. Ujian datang tanpa dijemput, hadirnya tanpa temujanji. Lidah lagikan sering tergigit.

Setiap sesuatu yang berlaku adakalanya menjadikan seseorang individu seorang yang peka pada keadaan. Menjadikan kita lebih tabah dan sabar, serta matang dalam mengharungi dunia yang semakin mencabar hari ini. Kedewasaan perlu sejajar dengan usia dan masalah. Melarikan diri dari masalah bukan jalan penyelesaian, malah sering terjadi ianya tambah merumitkan. Sejauh manapun kita berlari atau bersembunyi, ia tetap membayangi kita selagi tidak diselesaikan dengan baik.


Tidak semua orang terpilih untuk menikmati kehidupan yang sempurna. Kadangkala sempurna dimata kita tetapi tidak pada empunya diri. Itu lumrah dunia. Samada ianya sempurna atau tidak, terpulang pada individu untuk mencorak pilihan kehidupan sendiri. Kita diberi menu dan pilihan dalam hidup. Terserah pada citarasa individu untuk membuat pilihan terbaik. Yang penting, kita tidak tersasar dari landasan dan gembira serta bahagia dengan pilihan yang dibuat. Bersyukur dengan setiap kurniaanNYA. Redha dengan segala ketentuanNYA, moga berjumpa dengan hikmah yang sering bersembunyi dibalik kabus tebal.

Moga kita sama-sama tabah dan cekal mengharungi liku-liku kehidupan.

Manakala pembaca lagi adalah Sutera. Yang menariknya, beliau jugaa berkongsi komen bersama rakan2nya yang lain. Kita ikuti ulasan mereka.

Sutera - INDAHNYA KASIH..seindah ceritanya. Jalan cerita mudah, tidak perlu kita banyak berfikir. Ia umpama kita menonton siaran secara langsung. Dari satu babak ke satu babak. Kreisya Reisya mengupas bagaimana perasaan seorang isteri yang mengalami pelbagai ragam dan masalah setelah berumahtangga. Ok jom kita jelajah novel ini..

Sebelum itu, saya nak beritahu, novel ini adalah sequal dari novel Kisah Kasih yang memaparkan seorang gadis yang dimanjakan dengan kisah-kisah dongeng fairy tales. Farah masih seperti dulu, manja dan keanak-anakan.

Try to face it like a mature woman!!

Yess! Menghadapi kerenah wanita yang kerkelakuan seperti anak kecil memang menyiksakan. Hanya lelaki yang penuh dengan cinta, kasih sayang saja mampu menghadapi kerenah isteri sedemikian. Begitulah juga Farah yang tidak matang dalam beberapa hal. Dan hanya Aizat yang mampu melakukannya.

Farah bagai tidak serik atas kehilangan Radzi dan dia masih terus mengikut kata hati walau sudah bersuami. Puteri Farahdika adalah wanita yang penuh dengan sifat dan sikap yang disenangi iaitu manja, kelakar dan peramah. Namun dia tenggelam dalam sikap keterlaluan iaitu degil,keras kepala,panas baran dan tidak matang. Itulah yang saya nampak dalam diri dia. Sikapnya yang mengada-ngada dan kerap mengeluh memang menyaktikan hati. Tapi sebagai lelaki yang berwibawa dan mengasihi isteri, Aizat bijak memainkan peranan sebagai suami yang ideal. Memang idaman tiap wanita! Walau bagaimana sekalipun dugaan maupun ujian yang tiba, ketabahan adalah kunci masalah. Bertenang dan bersabar harus dididik dalam diri tiap anak-anak sedari kecil supaya dia tidak lekas bertindak mengikut hati apabila dewasa.

Farah dihantui dengan prasangka melulu. Sebagai isteri yang manja, Farah kerap tidak mampu mengawal emosi. Lihat saja semasa dia bertemu dengan Debbie. Sikap cemburunya meluap-luap. Yelah, isteri mana sanggup melihat suami yang dicintai di peluk dan diperlakukan sebegitu apatah lagi Debbie itu seorang lelaki!!

Sewaktu dia disarankan menggugurkan kandungan sikap tidak matangnya terlalu ketara. Farah tidak menerima tiap apa jua alasan walau sebenarnya masalah itu boleh diatasi dengan bertenang dan mendengar kata doctor. Memang degil la Farah ni!!

Namun saya puji sikap Farah semasa menangani masalah ibu mertua tirinya, Mummy. Dia tidak terpengaruh dengan desakan Mummy agar mencampur air minum suaminya dengan ‘azimat’ yang dikirim pada Farah. Eh! Matang pulak rasanya si Farah ni!!

Puteri suka diberi perhatian. Ini adalah atas didikan orang tuanya yang terlalu memanjakannya. Hingga perpisahan kedua orang tuanya membuat Farah seperti orang hilang akal. Benar…amat perit menghadapi situasi kemusnahan rumahtangga orang yang paling dikasihi. Dan Farah tidak boleh menerima hakikat ini. Saya bersimpati dengan Farah.

Sesuatu kesilapan harus kita jadikan teladan. Jangan menuding jari ke arah orang lain. Farah sedar kealpaannya yang tidak menjadikan Allah tempat mengadu. Lantas dia kembali padaNya memohon petunjuk bagi memberi ketenangan dirinya.

Ok…sekarang mari kita dengar komen pembaca yang sempat saya temui.

Lia: Ala kak…macam perangai Lia la. Bila baca macam Lia pulak jadi Farah. Yang bestnya Aizat tu. Kalau lah Lia dapat lelaki sebaik dia. Seronok baca novel ni kak. Sekurang-kurangnya boleh membantu kita menangani masalah bila dah berumahtangga nanti apa lagi kalau perangai Lia macam Farah tu..hehe.. Ada sambungan lagi tak kak?

Mira: Best la! Walau I ni dah ada anak 3, kadang-kadang I tak matang jugak. Bila baca novel ni, tersentak juga hati I. Eh..aku macam ni ke… Sebagai isteri kita kena kuat hati dan tabah, tak boleh la cepat melenting. Anyway, I really like this novel. Bravo to Kreisya..Err..engkau tak nak tangkap gambar aku ke?

Ayu : Aku belum habis baca tapi overall novel ni ok. Aku suka cara dia mengolah dan mengadun cerita. Simple but it’s fact actually. Nanti la..kalau aku dah abis baca aku komen lagi.
Apa pun tahniah untuk Kreisya Reisya. Harap terus berkarya dan lebih mantap lagi.

Terima kasih diucapkan kepada para pembaca yang sudi menghantarkan komen masing-masing. Semoga akan ada ramai yang yang sama berkongsi pendapat mengenai buku Alaf21 yang dibaca, tak kiralah baru atau lama.


mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

IZIN KU PERGI.....

Jangan salah faham plak yer.... kali ini saya menggunakan perkataan Izin Ku Pergi. Saya begitu teruja mendengar lagu nyanyian Kaer - Izin ku Pergi. Memang sedap lagunya pun. Kalau dengar lagu ni feeling abiss....kalau jiwang ni cair mak oiii.

Sebenarnya, saya hendak maklumkan yang saya tidak akan menjengah blog ni selama dua hari bermula 17 & 18 April 2007 berikutan menduduki peperiksaan pertengahan tahun Open University Malaysia. Insyaallah, saya akan menjengah semula pada 19 April 2007. Saya amat berbesar hati jika saudara-saudari dapat melayan diri sendiri dengan selesanya semasa ketiadaan saya nanti. Jangan malu-malu buat macam rumah sendiri yer.....jangan bersepah plak..nanti terkejut saya balik nanti. (gurau jer...)

Untuk anda semua, hayatilah senikata IZIN KU PERGI...selamilah senikata indah ini mengikut persepsi masing-masing. Doakan semoga saya berjaya- Amin.


Sinaran mata
Cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalam
Tinggal segala cinta
Tiada kembalinya
Lama di kasih kita
Kau bawa bersama
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya
Pergilah rinduku
Hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung
Derita di kalbuku
Pergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku
Tersemat di jiwa setia bersamanya
Cinta murni berdua
Beribu teguhnya
Mimpi indah mekar
Saat Cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya
Pergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku
Maafkan aku duhai kasih
Izinku pergi...

- rosha

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Seharian bersantai....


Aduh...bila tengok gambar kerusi disebelah ini, teringat zaman-zaman semasa rancak dok ngeteh bersama dengan Abg. Long & Mersik. Hari ni tiba-tiba saja nak posting sesuatu. maklumlah idea datang tiba-tiba, mencurah keluar tapi tak lah mengalir laju seperti air terjun...hehehehe. Sekadar renungan bersama.


Bila tengok gambar kat sebelah ni rasa setenang-tenangnya. Apa tidak dengan cuaca yang redup, kerusi yang tersusun indah, payung yang melindungi diri dari cahaya matahari, betapa saya sedar bahawa kita adalah terdiri daripada golongan hamba-Nya yang bertuah. Allah itu Maha Adil. Maha Berkuasa. Sebagai umatnya, kita harus bersyukur dengan apa sahaja ketentuanNya. Saya mengambil kesempatan mendoakan semoga kita semua bahagia dan sejahtera hendaknya. Semoga apa yang kita ceburi, sentiasa mendapat keberkatan dan restu dariNya. Semoga hasil titik peluh kita itu berbaloi hasilnya kelak. Jangan cepat mengalah dengan sindiran, tetapi jadikan ia sebagai cabaran ke arah kejayaan. Bangsa Melayu tidak harus lupa daratan dan cepat melatah. Bangsa Melayu saling tolong menolong antara satu sama lain. Jangan memperkecilkan kredibiliti seseorang. Kerana nasib seseorang itu boleh mengubah hidupnya. Selagi ada usaha, kejayaan menanti kelak. Ok, Jaga diri. Jumpa lagi.

Salam sayang,
rosha.

(Gambar : Sumber ihsan Majalah Laman Impiana, Karangkraf)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Novel terbaru Aleya Aneesa - Janjiku Bersamamu

Dalam hidup ini, manusia sering kali diberi banyak pilihan untuk meniti lorong-lorong kebahagiaan. Memilih siapa yang layak disayangi dan siapa pula yang tidak. Tapi, tidak bagi Dhamira Rysda. Dia tidak pernah punya kesempatan itu. Mahu atau tidak, dia hanya ada Aly Rasyid. Itulah racun, itulah penawar dalam hidupnya.


Tapi siapa dia mahu mencabar takdir? Lalu, dunia yang selama ini penuh dengan warna-warni mula gerhana dalam sekelip mata hanya kerana dia mahu melayan dan mencari bahagia yang kian lama tercicir. Sungguhpun begitu, dia masih dapat melihat dan merasakan biasan bulan dan bintang ada di mana-mana. Nyata, sejarah memang selalu akan berulang. Dan kini, sejarah Mariam benar-benar menjadi sumpahan. Namun, dia bertekad untuk keluar daripada kepompong sumpahan itu. Dia tetap akan memastikan kanvas hidupnya lebih indah berbanding Mariam.
Tapi... sekuat mana pun dia, ada masa-masanya dia kewalahan. Takdir yang datang bagaikan sengaja mempermain-mainkan perasaannya. Lantas dia bertanya sendiri, “Berdosakah dia mengabaikan perasaan Aly Rasyid? Sedangkan dia tahu, dia hanya ingin mencari bahagia.” Dan, kebahagiaan... benarkah tak ubah seperti sepotong mimpi?

"Jom...meh ler...kita pi beli buku...."!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ulasan Novel : Impian Terindah - Norzailina Nordin

" Bagai bulan dipagari bintang..

kau berseri cantik tak terperi...."

Yuhanez, seorang pakar genetik bidang tumbuh-tumbuhan telah jatuh cinta dengan Kapten Sheikh Qirdan, cicit kepada Dr. Sheikh Muzhaffar angkasawan Malaysia pertama. Kapten Qirdan seorang lelaki yang tampan dan berkarisma. Bibit-bibit cinta terjalin apabila Kapten Qirdan ditugaskan untuk ke bulan sebagai wakil dari Artemis Asia.

Di sana beliau bertemu Yuhanez buat kali kedua setelah pertemuan pertama berlaku di bumi di pejabat Dato' Abdool - Artemis Asia.. Masing-masing mula menindakkan perasaan. Malu untuk berterus-terang. Dalam masa yang sama, Dr. Dario jejaka kacak juga menyimpan perasaan terhadap Yuhanez. Dr. Dario adalah anak lelaki tunggal kepada Kolonel Jamel Malikius, kaunselor tertinggi Gamma-7. Berbagai taktik digunakan oleh Dario untuk menawan hati gadis pujaannya itu.

Zehra teman baik kepada Yuhanez berasa kecewa kerana dia menyukai Dr. Dario. namun, kekecewaan memihak kepadanya lagi bila Zehra menaruh hati lagi dengan Qirdan, namun lelaki itu tidak ada sekelumit rasa cinta terhadapnya. Bahkan, gadis yang dipuja oleh kedua-dua lelaki pujaannya itu adalah teman baiknya, Yuhanez.

Yuhanez yang menyedari keadaan ini berasa serba salah. Dia terpaksa berkorban kasih demi kawan baik dan lelaki yang dicintainya. Walau apa halangan yang menimpa, Yuhanez tetap memilih untuk bersama dengan Qirdan. Dario yang mengetahui tentang perhubungan cinta rahsia mereka, mula merancang sesuatu. Yuhanez telah diperangkap oleh Dario dalam jerat percintaan lelaki itu. Dario mengambil kesempatan terhadap Yuhanez semasa Qirdan mengalami kecederaan, kemalangan semasa memasang pelantar di bulan. Kecederaan Qirdan dijadikan sebagai bahan perangkap.
Dario memaksa Yuhanez memilih antara satu. Dia atau Qirdan. Kalau dia mahukan Qirdan selamat, Yuhanez hendaklah mengahwininya. Yuhanez amat menyintai Qirdan dan sanggup melakukan apa sahaja demi Qirdan. Yuhanez bersetuju untuk bertunang dengan Dario buat permulaan. Supaya Qirdan dapat diselamatkan dan dihantar pulang ke bumi. Tetapi, hatinya berbelah bagi. Rasa sayang lebih menebal terhadap Qirdan.

Dengan bantuan Huskin, Yuhanez mula merancang untuk meninggalkan bulan dan menurut sahaja ke mana Qirdan pergi. Rahsia ini tidak diketahui langsung oleh Qirdan. Qirdan begitu kecewa semasa mendengar berita pertunangan Yuhanez. Namun Qirdan masih berharap agar suatu hari nanti Yuhanez akan kembali ke sisinya. Cubaan untuk menyeludup keluar Yuhanez dirancang teliti. Dengan bantuan Huskin, Yuhanez berjaya menaiki shuttle ke bumi. Qirdan berasa gembira kerana gadis yang dicintai berada disisinya. Setelah tiba di bumi, pelbagai dugaan telah menimpa. Dario telah meminta bantuan Zehra untuk menjejaki Yuhanez. Dario berjaya menemui Yuhanez. Untuk mengetahui nasib Yuhanez seterusnya, dapatkan novel Impian Terindah di pasaran sekarang.

* Komen *

Saya suka garapan Norzailina kali ini. Lebih futuristik dan berzaman moden dengan kecangihan teknologi tinggi yang digunakan. Seronok dengan gaya bersahaja dan romantik antara Qirdan, Dario & Yuhanez. Banyak idea yang dapat dikongsi pasal ilmu sains dan tidak lupa makanan-makanan moden ala western. Ada roti millet, lasangne, strawberi unggu dan macam-macam. Penggunaan needo dan hologram. Keseluruhannya cerita ini amat menarik dan berjaya menambat hati pembaca. Di samping memberil ilmu yang berguna untuk masa akan datang.

Tahniah Norzailina Nordin.

rosha

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Kepulangan yang dinanti..

Pelangi petang

Ku meniti awan yang kelabu

Ku tempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Ku percaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkanHati ini......

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

* Saya & rakan-rakan yang lain mendoakan semoga mersik dan abg. long sentiasa dalam sejahtera, bahagia dan tabah menghadapi dugaan hidup.

Semoga sentiasa dirahmati Allah. Kami menanti kepulangan anda berdua...

rosha

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

" Ngeteh " Terakhir...

Malam itu.. sama seperti berpuluh-puluh malam yang kelmarin. Kami hanya berdua seperti selalunya. Segelas teh tarik kurang manis dan nescafe panas terhidang sejak tadi. Tahu benar mamak pelayan restoren itu akan minuman kegemaran kami.


Masing-masing nampak muram. Kalau tidak menggaru kepala, kami akan menggaru belakang kepala, yang sememangnya sudah kusut sejak lama dulu.

“ Idea? “ tanyaku pada abg long. Dia menggeleng2kan kepala. Dahinya berkerut seribu. Mungkin sudah bermacam idea dicuba tapi hasilnya sama sahaja. Dia jadi pasrah.

“ Penat.. “ jawabnya sepontan. Masuk hari ini dah berapa kali migrane nya datang menyerang. Aku pun asyik pening-pening lalat je. Kadang-kadang tekanan darah turun naik tak menentu. Sedar-sedar, aku pun jadi jadi orang yang sakit sepertinya.

“ Tak sangka ye, organisasi ini diterajui oleh orang-orang yang sakit.. “ ucapku tanpa sedar.

Kami ketawa kuat2 hingga penghuni yang lain turut menoleh. Entah kenapa lucu benar ayat itu. Mamak pelayan itu pun tersenyum lebar, kerana kalau bunyi tawa itu yang kedengaran, bermakna kami akan memesan makanan sekejap lagi.

Dan ternyata tekaannya benar, Roti telur tanpa bawang dan tosey menjadi pilihan.

Sambil-sambil itu kami berbual lagi. Kadang-kadang meluah rasa, kadang-kadang merungut kecewa, seribu satu macam kisah dalaman dibentang dan dikongsi bersama. Bersama-sama berdua… hanya berdua sahaja.

“ Aku penatlah, aku nak berehat.. mungkin lama.. “ ucap abg long mengakhiri sessi ngeteh malam itu. Aku terkebil-kebil seketika..

“Tunggu.. “ jerit aku antara dengar pada abg long yang mula hendak melangkah. Dia menoleh sekilas.

“ Aku ikut sekali.. “ jawabku pendek, meninggalkan meja kegemaran kami ditingkat atas itu.

Dan mamak pelayan tersebut tersenyum manis pada kami. Mungkin tahu yang beberapa hari lagi kami akan duduk disini seperti selalu-selalunya.

Tanpa menyedari bahawa, malam itu adalah... malam ngeteh kami yang terakhir..

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati