Dewan Tun Dr. Ismail. PWTC. Kuala Lumpur.
Berita Terkini untuk Blog ALAF 21 FC. 26 April 2007 : 8.28 PM.


Dari Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Kerja - kerja akhir persiapan untuk Pesta Buku sedang giat dijalankan. Pekerja - pekerja khususnya dari Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd (KKSB), kelihatan sedang melakukan beberapa tugasan akhir yang kelihatan rumit, khususnya dibahagian kaunter pembayaran.

Susun atur dibuat begitu teliti, cantik dan teratur serta kelihatan menarik dan profesional. Untuk pengetahuan anda, pada kali ini, ALAF 21 dan KKSB, berada dibawah "satu bumbung", dimana kedua duanya berada didalam dewan yang sama - Dewan Tun Dr. Ismail. Ini semata - mata untuk memberikan keselesaan kepada pengunjung.

Pengunjung tidak perlu tercari - cari booth ALAF 21, seperti tahun - tahun sebelumnya. Malahan jangan terkejut, sekiranya dari pintu masuk utama lagi. Pengunjung akan terlihat "anak panah" yang tertera LOGO KARANGKRAF, ikut sahaja kemana "haluan" anak panah itu. .

Masuk sahaja kedalam Dewan Tun Dr. Ismail, pandang kesebelah kiri anda. Disitulah terletaknya rak - rak buku, novel dan bahan terbitan ALAF 21.

Sudah semestinya anda akan tercari - cari, dimana pula kawasan atau tempat dimana Novelis kesayangan anda berada ?

Mudah sahaja, selepas mendapatkan novel yang diidamkan, dibahagian kiri, atau belakang anda, tersusun panjang kaunter yang menggunakan sistem berkomputer sepenuhnya, dimana kali ini, 10 buah kaunter pembayaran disediakan. Semuanya dilakukan demi untuk memberikan keselesaan kepada ANDA.

Nah, sekarang dari kejauhan, anda boleh melihat "wajah - wajah" novelis kesayangan anda, dalam bentuk poster yang begitu besar. Disitulah novelis menanti kehadiran ANDA dengan senyuman dan dengan penuh kegembiraan.

Pada kali ini, novelis akan berada didalam kedudukan susunan sebaris panjang. Mudah untuk anda mendapatkan tandatangan dan bergambar.

Akhir kata, jumpa anda disana.

Novelman @ Pemberita Sementara.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati