Sudah agak lama saya tidak menyiarkan komen-komen pembaca mengenai novel terbaru yang mereka sudah baca. Kali ini sebuah novel yang agak baru juga dari tulisan Kreisya resya yang berjudul Indahnya kasih.

Kita ada beberapa orang orang pembaca yang rajin menghantar komen. Pertamanya dari Salmah dari Kota Singa. Kita ikuti komen beliau.

Salmah - Komen peribadi


Kreisya Reisya adalah antara novelis yang saya minati akan karyanya. Selepas Kisah Kasih, Cinta Marissa dan Sedetik Cinta, saya tidak ketinggalan mengikuti karya-karya Kreisya yang lain. Pada hemat saya, Kreisya kian matang dan mantap dalam berkarya. Walaupun masih lagi menggunakan gaya bahasa yang santai dan bersahaja, itu yang membuatkan pembacaan saya berasa bebas dan relax.

Sebagaimana diterapkan Puteri yang suka dan leka pada cerita dongeng, begitu juga perjalanan Indahnya Kasih saya rasakan. Saya seolah-olah kembali ke alam kanak-kanak semasa menghayati karyanya ini. Kreisya berjaya melunakkan jiwa saya semasa mengikuti kisah Puteri yang manja, mengada-ngada, keanak-anakan namun degil dan keras kepala! Mengikuti perkembangan kedewasaan Puteri menyeronokkan pembacaan saya. Syabas Kreisya Reisya, anda berjaya menawan hati saya sekali lagi dengan karya terbaru anda. Moga akan terus berkarya.

Cuma kematangan Puteri begitu lembab saya rasakan. Dia seakan-akan tidak mahu meninggalkan identiti ‘Cinderella’nya. Untungnya Puteri diperisterikan oleh seorang lelaki yang tidak lemas didalam lautan manjanya yang kadangkala agak keterlaluan. Mudah-mudahan lebih ramai lagi lelaki yang sedemikian wujud dalam alam realiti ini. Indahnya....

Moral


Antara fantasi dan realiti, adakalanya kita terkeliru. Kita sering mendambakan sesuatu yang indah-indah belaka. Siapa yang mahukan kepincangan dalam hidup? Semua orang mahu berjaya, mahu memiliki apa yang diidamkan, mendapat sepenuh perhatian dan kasih sayang dari orang yang dikasihi. Mahukan keluarga bahagia sepanjang zaman. Namun realitinya, hidup tidak selalunya indah. Ujian datang tanpa dijemput, hadirnya tanpa temujanji. Lidah lagikan sering tergigit.

Setiap sesuatu yang berlaku adakalanya menjadikan seseorang individu seorang yang peka pada keadaan. Menjadikan kita lebih tabah dan sabar, serta matang dalam mengharungi dunia yang semakin mencabar hari ini. Kedewasaan perlu sejajar dengan usia dan masalah. Melarikan diri dari masalah bukan jalan penyelesaian, malah sering terjadi ianya tambah merumitkan. Sejauh manapun kita berlari atau bersembunyi, ia tetap membayangi kita selagi tidak diselesaikan dengan baik.


Tidak semua orang terpilih untuk menikmati kehidupan yang sempurna. Kadangkala sempurna dimata kita tetapi tidak pada empunya diri. Itu lumrah dunia. Samada ianya sempurna atau tidak, terpulang pada individu untuk mencorak pilihan kehidupan sendiri. Kita diberi menu dan pilihan dalam hidup. Terserah pada citarasa individu untuk membuat pilihan terbaik. Yang penting, kita tidak tersasar dari landasan dan gembira serta bahagia dengan pilihan yang dibuat. Bersyukur dengan setiap kurniaanNYA. Redha dengan segala ketentuanNYA, moga berjumpa dengan hikmah yang sering bersembunyi dibalik kabus tebal.

Moga kita sama-sama tabah dan cekal mengharungi liku-liku kehidupan.

Manakala pembaca lagi adalah Sutera. Yang menariknya, beliau jugaa berkongsi komen bersama rakan2nya yang lain. Kita ikuti ulasan mereka.

Sutera - INDAHNYA KASIH..seindah ceritanya. Jalan cerita mudah, tidak perlu kita banyak berfikir. Ia umpama kita menonton siaran secara langsung. Dari satu babak ke satu babak. Kreisya Reisya mengupas bagaimana perasaan seorang isteri yang mengalami pelbagai ragam dan masalah setelah berumahtangga. Ok jom kita jelajah novel ini..

Sebelum itu, saya nak beritahu, novel ini adalah sequal dari novel Kisah Kasih yang memaparkan seorang gadis yang dimanjakan dengan kisah-kisah dongeng fairy tales. Farah masih seperti dulu, manja dan keanak-anakan.

Try to face it like a mature woman!!

Yess! Menghadapi kerenah wanita yang kerkelakuan seperti anak kecil memang menyiksakan. Hanya lelaki yang penuh dengan cinta, kasih sayang saja mampu menghadapi kerenah isteri sedemikian. Begitulah juga Farah yang tidak matang dalam beberapa hal. Dan hanya Aizat yang mampu melakukannya.

Farah bagai tidak serik atas kehilangan Radzi dan dia masih terus mengikut kata hati walau sudah bersuami. Puteri Farahdika adalah wanita yang penuh dengan sifat dan sikap yang disenangi iaitu manja, kelakar dan peramah. Namun dia tenggelam dalam sikap keterlaluan iaitu degil,keras kepala,panas baran dan tidak matang. Itulah yang saya nampak dalam diri dia. Sikapnya yang mengada-ngada dan kerap mengeluh memang menyaktikan hati. Tapi sebagai lelaki yang berwibawa dan mengasihi isteri, Aizat bijak memainkan peranan sebagai suami yang ideal. Memang idaman tiap wanita! Walau bagaimana sekalipun dugaan maupun ujian yang tiba, ketabahan adalah kunci masalah. Bertenang dan bersabar harus dididik dalam diri tiap anak-anak sedari kecil supaya dia tidak lekas bertindak mengikut hati apabila dewasa.

Farah dihantui dengan prasangka melulu. Sebagai isteri yang manja, Farah kerap tidak mampu mengawal emosi. Lihat saja semasa dia bertemu dengan Debbie. Sikap cemburunya meluap-luap. Yelah, isteri mana sanggup melihat suami yang dicintai di peluk dan diperlakukan sebegitu apatah lagi Debbie itu seorang lelaki!!

Sewaktu dia disarankan menggugurkan kandungan sikap tidak matangnya terlalu ketara. Farah tidak menerima tiap apa jua alasan walau sebenarnya masalah itu boleh diatasi dengan bertenang dan mendengar kata doctor. Memang degil la Farah ni!!

Namun saya puji sikap Farah semasa menangani masalah ibu mertua tirinya, Mummy. Dia tidak terpengaruh dengan desakan Mummy agar mencampur air minum suaminya dengan ‘azimat’ yang dikirim pada Farah. Eh! Matang pulak rasanya si Farah ni!!

Puteri suka diberi perhatian. Ini adalah atas didikan orang tuanya yang terlalu memanjakannya. Hingga perpisahan kedua orang tuanya membuat Farah seperti orang hilang akal. Benar…amat perit menghadapi situasi kemusnahan rumahtangga orang yang paling dikasihi. Dan Farah tidak boleh menerima hakikat ini. Saya bersimpati dengan Farah.

Sesuatu kesilapan harus kita jadikan teladan. Jangan menuding jari ke arah orang lain. Farah sedar kealpaannya yang tidak menjadikan Allah tempat mengadu. Lantas dia kembali padaNya memohon petunjuk bagi memberi ketenangan dirinya.

Ok…sekarang mari kita dengar komen pembaca yang sempat saya temui.

Lia: Ala kak…macam perangai Lia la. Bila baca macam Lia pulak jadi Farah. Yang bestnya Aizat tu. Kalau lah Lia dapat lelaki sebaik dia. Seronok baca novel ni kak. Sekurang-kurangnya boleh membantu kita menangani masalah bila dah berumahtangga nanti apa lagi kalau perangai Lia macam Farah tu..hehe.. Ada sambungan lagi tak kak?

Mira: Best la! Walau I ni dah ada anak 3, kadang-kadang I tak matang jugak. Bila baca novel ni, tersentak juga hati I. Eh..aku macam ni ke… Sebagai isteri kita kena kuat hati dan tabah, tak boleh la cepat melenting. Anyway, I really like this novel. Bravo to Kreisya..Err..engkau tak nak tangkap gambar aku ke?

Ayu : Aku belum habis baca tapi overall novel ni ok. Aku suka cara dia mengolah dan mengadun cerita. Simple but it’s fact actually. Nanti la..kalau aku dah abis baca aku komen lagi.
Apa pun tahniah untuk Kreisya Reisya. Harap terus berkarya dan lebih mantap lagi.

Terima kasih diucapkan kepada para pembaca yang sudi menghantarkan komen masing-masing. Semoga akan ada ramai yang yang sama berkongsi pendapat mengenai buku Alaf21 yang dibaca, tak kiralah baru atau lama.


mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati