Malam itu.. sama seperti berpuluh-puluh malam yang kelmarin. Kami hanya berdua seperti selalunya. Segelas teh tarik kurang manis dan nescafe panas terhidang sejak tadi. Tahu benar mamak pelayan restoren itu akan minuman kegemaran kami.


Masing-masing nampak muram. Kalau tidak menggaru kepala, kami akan menggaru belakang kepala, yang sememangnya sudah kusut sejak lama dulu.

“ Idea? “ tanyaku pada abg long. Dia menggeleng2kan kepala. Dahinya berkerut seribu. Mungkin sudah bermacam idea dicuba tapi hasilnya sama sahaja. Dia jadi pasrah.

“ Penat.. “ jawabnya sepontan. Masuk hari ini dah berapa kali migrane nya datang menyerang. Aku pun asyik pening-pening lalat je. Kadang-kadang tekanan darah turun naik tak menentu. Sedar-sedar, aku pun jadi jadi orang yang sakit sepertinya.

“ Tak sangka ye, organisasi ini diterajui oleh orang-orang yang sakit.. “ ucapku tanpa sedar.

Kami ketawa kuat2 hingga penghuni yang lain turut menoleh. Entah kenapa lucu benar ayat itu. Mamak pelayan itu pun tersenyum lebar, kerana kalau bunyi tawa itu yang kedengaran, bermakna kami akan memesan makanan sekejap lagi.

Dan ternyata tekaannya benar, Roti telur tanpa bawang dan tosey menjadi pilihan.

Sambil-sambil itu kami berbual lagi. Kadang-kadang meluah rasa, kadang-kadang merungut kecewa, seribu satu macam kisah dalaman dibentang dan dikongsi bersama. Bersama-sama berdua… hanya berdua sahaja.

“ Aku penatlah, aku nak berehat.. mungkin lama.. “ ucap abg long mengakhiri sessi ngeteh malam itu. Aku terkebil-kebil seketika..

“Tunggu.. “ jerit aku antara dengar pada abg long yang mula hendak melangkah. Dia menoleh sekilas.

“ Aku ikut sekali.. “ jawabku pendek, meninggalkan meja kegemaran kami ditingkat atas itu.

Dan mamak pelayan tersebut tersenyum manis pada kami. Mungkin tahu yang beberapa hari lagi kami akan duduk disini seperti selalu-selalunya.

Tanpa menyedari bahawa, malam itu adalah... malam ngeteh kami yang terakhir..

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati