Kini, anda boleh merakamkan foto anda bersama buku atau novel kesayangan anda. Sertai peraduan AKU & BUKUKU dan perolehi hadiah senaskhah buku terbitan ALAF 21 mengikut PILIHAN ANDA!
3. Hanya buku-buku terbitan ALAF 21 sahaja yang boleh diperagakan di dalam peraduan ini.
4. Bukti kiriman anda bukan bererti bukti penerimaan kami.
5. Semua foto yang terpilih adalah menjadi hak ALAf 21.
3. Berikan judul (sekiranya ada) dan keterangan gambar tidak lebih daripada 50 perkataan.4. Sertakan nama penuh, alamat, nombor telefon dan emel anda.5. Seorang pemenang akan dipilih pada setiap minggu sehingga peraduan ini ditamatkan:
Kirimkan penyertaan anda kepada:
PERADUAN AKU DAN BUKUKU
ALAF 21 SDN. BHD
LOT 12, PERSIARAN KEMAJUAN 16/16,
40200 SHAH ALAM,
SELANGOR
Atau emel:
alaf@alaf21.com.my
Archives
Nota Kaki:
Novelman
Namun setelah dipujuk oleh ibu dan Mak Inanya serta mendapat kata putus daripada kakaknya, Lisa, maka Abby dan Faiz selamat diijabkabulkan . Ketika masih dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing, dugaan demi dugaan datang melanda rumahtangga mereka berdua. Kemunculan semula bekas tunang Faiz, keadaan kak Lisa yang memerlukan pengorbanannya, dan kehadiran semula bapa dalam hidup mereka menyebabkan keutuhan rumahtangga Abby hampir tergugat dan menuju kehancuran.
Seorang lagi penulis Alaf21 turut menyambut ulangtahun kelahirannya yang jatuh pada hari ini.
Kami di Alaf21 FC ingin mengucapkan , Selamat Hari Jadi buat Novelis Aleya Aneesa.
Kami doakan supaya Aleya akan panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan dan sentiasa kekal ceria.
Dan lagi, semoga beliau akan terus sukses dalam kerjaya dan juga bidang penulisan yang amat diminatinya.
Semoga beliau akan terus menghasilkan karya-karya yang mantap dan berkesan buat para peminat dan pembaca sekalian.
Syukur Alhamdulillah, berita kemalangan Abang Long pagi tadi tidaklah begitu membimbangkan. Beliau dan anaknya selamat dah sudah pun berada di rumah.
Pada pagi tadi, beliau telah dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu hendak menghantar anak keduanya ke sekolah di Klang.
Kami di Alaf21 FC mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada teman-teman, penulis atau sesiapa saja yang bertanyakan khabar dan turut risau diatas nasib yang menimpa Presiden kelab Alaf21 Fc itu.
Dan terima kasih yang tak terhingga pada Staff Alaf21 iaitu En. Norden, Kak Wan , Ruby dan Diddy yang sudi melawat Abang Long selepas mendengar khabar berita yang mengejutkan itu.
Semoga Tuhan sahajalah yang membalas segala budi baik dan keperihatinan yang dihulurkan.
Saya sendiri agak kesibukan dan hanya sempat berbual-bual dengan Abang Long untuk mengetahui perkembangan lanjut.Semoga Abang Long akan cepat sembuh dan berehat sepenuhnya. Anggaplah saja apa yang berlaku sebagai dugaan dari Tuhan.
Semoga beliau akan bersabar.
Baca cerita seterusnya dari Alaf21 ;
http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/BERITA%20UMUM/abglong/default.htm
Dan juga cerita darinya sendiri.
http://novelman.blogspot.com
Mersik
Kami di Alaf21 FC ingin mengucapkan , Selamat Hari Jadi buat Novelis Norzailina Nordin yang menyambut ulangtahun kelahirannya pada hari ini.Kami doakan supaya Kak Norzailina akan panjang umur , sihat tubuh badan dan cergas selalu.
Saat saya sedang mencurahkan isi cerita novel ini, sebenarnya tangan saya terluka dan perit untuk menaip. Tetapi kerana azam dan kesungguhan dan jugak saya berjanji pada Aleeya, tetap saya teruskan. Doa dan harapan saya agar Aleeya sentiasa menghasilkan karya-karya yang terbaik dan tidak bisa menghampakan hati peminat-peminatnya.
Pertama kali membaca tajuknya...hati meronta bertanya. Best tak citer ni..Saya terus membelek sinopsis di belakang...ya..memang best. Pilihan saya pada garapan Aleeya Aneesa tidak pernah mengecewakan.
Jehanna Aisya, nama yang cukup unik dan cantik sama seperti tuan empunya diri. Mengalami trauma sejak berumur 9 tahun lagi sehingga ke dewasa. Kerana trauma yang dialaminya membuatkan hatinya tertutup untuk insan bernama lelaki. Apatah lagi hendak mendambakan kasih sayang pada seorang lelaki, bermimpikan lelaki-lelaki tersebut pun dia tidak sudi.
Jodoh itu di tangan tuhan. Sebenci mana Jehan pada Faheem, akhirnya Jehan tunduk akur. Demi perasaan cinta yang baru dipupuk, Jehan mula menyayangi lelaki itu walaupun dia tahu penerimaan lelaki itu bukan kerana RM27 ribu yang dihutangkan kepada abangnya. Musim bunga-bunga cinta dilalui dengan kuntum-kuntum bahagia. Kebahagiaan mula tergugat kerana perasaan salah sangka dan maruah diri yang tercalar gara-gara RM27 ribu itu.
Terlalu banyak pergolakan yang berlaku disekelilingnya membuatkan hatinya kembali tawar kepada suami yang pernah dikasihi suatu ketika dulu, Faheem. Kerana desakan Kamalia yang tidak sukakan dirinya dan kerana fitnah oleh suami baru kepada ibu mertuanya, maruah Jehan sekali lagi tercalar.
Jehan nekad membawa diri kerana kebisuan Faheem yang tidak membela dirinya. Bukan kerana mengalah dan tewas, tetapi Faheem mahu membuat keputusan dalam keadaan tenang. Jehan menyendiri mencari kedamaian hati. Membawa hati yang lara. Jauh meninggalkan suami. Saat yang genting berlaku lagi. Sekali lagi Jehan diuji apabila ayah kandungnya yang bertanggungjawab membuat dirinya dalam keadaan trauma datang menebus dosa-dosa lampau. Seberat mana dosa ayahnya itu, Jehan telah mengampunkannya dan memulakan hidup baru bersama adik-beradiknya yang lain.
Semasa Jehanna trauma selepas accident kecil, Jehanna merasakan Faheem sudah tidak memerlukannya lagi apabila Faheem meminta abangnya mengambil Jehanna semula. Masing-masing membawa haluan sendiri. Kerana ego, Jehanna tidak mengalah.
Faheem yang sudah menduga hati Jehanna cuba membuat trick supaya hati Jehanna kembali kepadanya semula. Gara-gara sekeping kad undangan kahwin, Jehanna berasa ingin mengundur diri dari hidup Faheem. Tetapi Jehan silap kerana Faheem terlalu menyayangi Jehanna Aisya. Kerana Jehanna Aisya, Faheem sanggup berbuat apa saja.
Adakah mereka akan bahagia di akhir cerita? Apakah hati mereka akan bersatu semula?
Sebenarnya saya terlalu seronok bercerita. Kalau boleh nak sampai ke akhirnya, tapi biarlah dulu ya. Biar anda pula yang tertanya-tanya.
Secara keseluruhan, cerita ini memang best. Tak rugi anda membacanya. Jangan lupa mendapatkannya di pasaran.
Salam sayang,
Rosha.
Hi, Salam dari http://my.msjbox.com/ , kotak Mesej Untuk Semua.
Kami dengan sukacitanya akan menganjurkan event RAPAT 060708
RAPAT bermaksud "dekat' atau mendekatkan.Merapatkan hubungan @ mengeratkan lagi pertalian persahabatan antara blogger, rakan, media, artis, fan club, dan lain-lain forum komuniti.Menyatukan semua dlm satu acara. Mengumpulkan yang jauh (selatan , utara , timur, sabah & Sarawak) di satu tempat.
Msjbox akan terlibat secara langsung dalam penganjuran Projek R.A.P.A.T ini. Sebagai permulaan, pengurusan Msjbox membantu dari segi teknikal perihal blog, promosi dan lain-lain hal yang berkaitan disamping menaja hadiah.RAPAT sedang menganjurkan pertandingan mencipta logo RAPAT. Syarat, hadiah dan maklumat lanjut boleh didapati di laman rasti RAPAT di http://rapat.msjbox.com.
Diharap dengan adanya RAPAT ini, kita akan dapat merapatkan persahabatan antara komuniti internet ini.Laman Rasmi RAPAT: http://rapat.msjbox.com
Satu pertandingan mencipta Logor RAPAT 060708 sedang diadakan
Tarikh pertandingan bermula dari 25 April 2008 & berakhir pada 9 Mei 2008
Logo hendaklah di email kepada junaidix@gmail.com & shaizhar@gmail.com
Syarat – syarat pertandingan
Idea asal
Mengunakan warna warni @ hitam & putih
Tulisan mestilah menunjukkan @ menjelaskan mengenai perkataan RAPAT
060708 hendaklah ada dalam logo tersebut.
Mestilah menarik, tidak terlalu simple & terlalu banyak warna serta tidak terlalu "berseni" tulisannya.
Hendaklah jelas & mempunyai fokus.
Hadiah
Voucher Jusco bernilai RM 50
Hadiah sumbangan penaja
Msjbox percuma selama setahun
Sila sertakan ;
Nama , url blog , H/P , email utk dihubungi.
Nota : Keputusan juri adalah muktamadMaklumat Tambahan :
Penaja - penaja yang bermurah hati boleh terus menghubungi Shai
Baru-baru ini, semasa menghadiri kuliah Sejarah Kesusasteraan Melayu yang membincangkan tentang pandangan sarjana mengenai sastera, saya menjadi tertarik apabila pensyarah memberikan contoh-contoh sastera mengikut pandangan beberapa orang sarjana terkenal.
Apa yang menariknya, apabila menyentuh tentang pandangan Syed Ali Ashraf (1989:36) yang menyatakan kesusasteraan merupakan 'satu bentuk ilmu yang mengungkap segala aktiviti manusia secara kreatif dan berseni', pensyarah saya dengan jelas menyebut bahawa definisi sastera menurut Syed Ali Ashraf adalah sangat tepat maksudnya dengan novel-novel yang diterbitkan oleh Alaf 21.
Begitu juga apabila menyentuh pandangan Abu Bakar Hamid (1997:13) yang menjelaskan kesusasteraan sebagai 'seni yang bercorak intelektual yang menggabungkan kepuasan intelek dan kepuasan estetik.' Sekali lagi pensyarah menonjolkan Alaf 21 sebagai ikon yang menepati maksud sarjana ini.
Penonjolan Alaf 21 dalam sesi kuliah ini membuatkan saya merasakan tidak sia-sia saya menjadikan Alaf 21 sebagai sumber ilmu kerana dalam kalangan pensyarah juga kehadiran Alaf 21 dalam memartabatkan sikap suka membaca dan sumber ilmu juga tidak dipandang enteng oleh golongan yang begitu 'mesra' dengan bidang sastera.
Tahniah kepada Alaf 21 kerana bijak menapis pelbagai bahan yang bermutu, dan yang lebih penting bahan-bahannya bersifat keintelektualan sehingga dalam kuliah pun disebut-sebut oleh pensyarah yang bergelar Professor Madya.
sla black
Keramat, Kuala Lumpur
afiq_izzah@yahoo.com.my
Berita di petik dari ruangan Emel Minggu ini , Alaf21 :
http://emel.zonalaf.com.my/
Novelis
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SAKITNYA TUH DI SINI - Bab 29 years ago
-
Setahun bersawang...10 years ago
-
-
-
Happy New Year13 years ago
-
SELAMAT TAHUN BARU 200816 years ago
-
Korea Oh Winter Sonata.....17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Labels
- Anis Ayuni (1)
- Novel Cinta (2)
- Perpisahan. (1)
- Pesta Buku Selangor (4)
- Pesta Buku. (4)
- Projek Kelab (1)
- SRI DIAH (1)
- thriller (1)
- ulasan peminat (1)
Search This Blog
Arkib Alaf21fc
-
▼
2008
(102)
-
▼
May
(9)
- PERADUAN BARU : AKU & BUKUKU
- Ulasan Novel : Menanti Kasih - Norzailina Nordin
- Ulasan Novel : Seribu Kali Sayang - Anis Ayuni
- Selamat Hari Jadi buat Novelis, Aleya Aneesa
- Abang Long kemalangan
- Selamat Hari Jadi buat Novelis, Norzailina Nordin
- Ulasan Novel : Segalanya Untukmu - Aleya Aneesa
- Penganjuran event R.A.P.A.T dari Msjbox.com
- PENSYARAH MENGIKTIRAF NOVEL-NOVEL ALAF21
-
▼
May
(9)