Baru-baru ini, semasa menghadiri kuliah Sejarah Kesusasteraan Melayu yang membincangkan tentang pandangan sarjana mengenai sastera, saya menjadi tertarik apabila pensyarah memberikan contoh-contoh sastera mengikut pandangan beberapa orang sarjana terkenal.

Apa yang menariknya, apabila menyentuh tentang pandangan Syed Ali Ashraf (1989:36) yang menyatakan kesusasteraan merupakan 'satu bentuk ilmu yang mengungkap segala aktiviti manusia secara kreatif dan berseni', pensyarah saya dengan jelas menyebut bahawa definisi sastera menurut Syed Ali Ashraf adalah sangat tepat maksudnya dengan novel-novel yang diterbitkan oleh Alaf 21.


Begitu juga apabila menyentuh pandangan Abu Bakar Hamid (1997:13) yang menjelaskan kesusasteraan sebagai 'seni yang bercorak intelektual yang menggabungkan kepuasan intelek dan kepuasan estetik.' Sekali lagi pensyarah menonjolkan Alaf 21 sebagai ikon yang menepati maksud sarjana ini.

Penonjolan Alaf 21 dalam sesi kuliah ini membuatkan saya merasakan tidak sia-sia saya menjadikan Alaf 21 sebagai sumber ilmu kerana dalam kalangan pensyarah juga kehadiran Alaf 21 dalam memartabatkan sikap suka membaca dan sumber ilmu juga tidak dipandang enteng oleh golongan yang begitu 'mesra' dengan bidang sastera.

Tahniah kepada Alaf 21 kerana bijak menapis pelbagai bahan yang bermutu, dan yang lebih penting bahan-bahannya bersifat keintelektualan sehingga dalam kuliah pun disebut-sebut oleh pensyarah yang bergelar Professor Madya.

sla black
Keramat, Kuala Lumpur
afiq_izzah@yahoo.com.my

Berita di petik dari ruangan Emel Minggu ini , Alaf21 :
http://emel.zonalaf.com.my/

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati