Ini adalah hasil karya novelis Norzailina Nordin yang ke 9, dan novel yang terkini dipasaran. Bagiku ini adalah hasil karya beliau yang paling ‘menyengat’
Mengisahkan bagaimana seorang gadis (Farhana) yang pergi melancong ke Itali bersama rakannya Widya. Walaupun perancangan awal mereka adalah untuk pergi melancong berdua sahaja. Namun, disebabkan Widya telah memaklumkan kepada abang kandungnya yang masih menuntut diluar negara, menyebabkan perancangan awal mereka terpaksa dirombak.
Pada kali ini Norzailina Nordin telah berjaya membuai perasaan pembaca, dengan panorama indah dipergunungan Alps, Pembaca seolah – olah dapat membayangkan bagaimana keindahan suasana di Simplon Pass. Inilah tempatnya dua orang insan dari dua buah negara bertemu secara tidak disengajakan.
Farhana yang sedang kesepian, dek kerana menantikan ketibaan rakan – rakannya, telah dipertemukan dengan seorang jejaka Itali, Giovanni. Dimana, Farhana telah dilayan bagaikan seorang puteri, walaupun itu bukan permintaan atau hasrat dihati. Kisah ini juga menggambarkan bagaimana sepatutnya layanan yang perlu diberikan oleh seorang lelaki terhadap seorang gadis. Dimana, inilah antara budaya masyarakat barat yang boleh dicontohi.
Namun, seperti yang diduga, Farhana juga mengalami konflik dalaman. Dimana, sebelum bertemu dengan Giovanni. Farhana telahpun menjalinkan hubungan yang agak mesra dengan Kamel, dimana perhubungan ini direstui kedua – dua belah pihak. Namun, keterbatasan dek kerana kerjaya masing – masing yang sentiasa sibuk, menyebabkan perhubungan mereka ada ketikanya seperti hambar.
Kamel merupakan seorang tukang masak hotel, atau Chef, yang meningkat naik. Telah berkenalan dan saling kenal mengenali Farhana dan keluarganya. Suatu perkara yang seolah – olah menjadi ‘trade mark’ kepada penulisan Norzailina Nordin dan masih tiada sesiapa pun yang dapat memintas beliau, dimana Norzailina Nordin dapat memberikan gambaran yang jelas dan terperinci tentang tugas seorang Chef, makanan dan minuman yang tersedia di hotel, perkhidmatan dan segala perkataan yang jarang didengar oleh orang yang berada diluar dari bidang perhotelan.
Manakala, Giovanni merupakan seorang jejaka Itali, dan merupakan seorang pemandu F1 yang hebat, yang digambarkan dengan gaya seorang lelaki yang hampir sempurna dan hebat. Memiliki daya penarik yang disenangi oleh seorang gadis. Dengan memiliki Lamborghini, Giovanni membawa Farhana mengenali dengan lebih dekat sosio budaya dan kehidupan masyarakat Itali.
Salah satu kelebihan dan daya penarik dalam sesebuah novel ialah bilamana perkataan dari bahasa asing digunakan, untuk menggambarkan bagaimana hubungan komunikasi terjalin. Dalam hal ini, MENANTI KASIH banyak memberikan perkataan di dalam bahasa Itali, kerana kisah itu menggambarkan negara tersebut.
Kisah ini mencapai klimaksnya, apabila kumpulan MAFIA dari Itali telah berusaha untuk membunuh Giovanni, Farhana dan mereka yang rapat dengan kedua–dua insan ini. Bagaimana Giovanni dan Farhana terlibat dengan kumpulan MAFIA ini? Apakah akhir kisah hubungan antara Farhana, Kamel dan Giovanni? Siapakah di antara dua jejaka itu yang menjadi pilihan Farhana? Ataupun kedua–duanya jejaka itu terkorban angkara cinta atau angkara kumpulan MAFIA itu?
Untuk mendapatkan jawapan yang pasti menarik ini, sila dapatkan MENANTI KASIH dipasaran.
Nota Kaki:
Novel ini tidak berjaya mengalirkan air mataku, namun, kisahnya adalah paling mendebarkan dan paling menyengat!
Novelman
3 comments
Comment by norzailina on 11:53 AM
Terima kasih kerana memuatkan komen tentang Menanti Kasih di sini, sebagai seorang penulis, akak menghargainya...
InsyaAllah di masa akan datang, akan lahir novel yg seumpamana ini, ringan serta romantis dan tidak sarat dengan ilmu, hehe.
Sokongan FC amat bererti. Terima kasih pada yg sudi membeli & membaca MK.
Comment by LK on 7:28 PM
saya sokong novel ni memang bagus banget...
Comment by Anonymous on 6:21 PM
cita ni sama ngan carissima kan..sekuel atau diperbaiki cita carissima tu..
Post a Comment