Syukur Alhamdulillah, berita kemalangan Abang Long pagi tadi tidaklah begitu membimbangkan. Beliau dan anaknya selamat dah sudah pun berada di rumah.

Pada pagi tadi, beliau telah dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu hendak menghantar anak keduanya ke sekolah di Klang.

Kami di Alaf21 FC mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada teman-teman, penulis atau sesiapa saja yang bertanyakan khabar dan turut risau diatas nasib yang menimpa Presiden kelab Alaf21 Fc itu.

Dan terima kasih yang tak terhingga pada Staff Alaf21 iaitu En. Norden, Kak Wan , Ruby dan Diddy yang sudi melawat Abang Long selepas mendengar khabar berita yang mengejutkan itu.


Semoga Tuhan sahajalah yang membalas segala budi baik dan keperihatinan yang dihulurkan.

Saya sendiri agak kesibukan dan hanya sempat berbual-bual dengan Abang Long untuk mengetahui perkembangan lanjut.

Semoga Abang Long akan cepat sembuh dan berehat sepenuhnya. Anggaplah saja apa yang berlaku sebagai dugaan dari Tuhan.

Semoga beliau akan bersabar.

Baca cerita seterusnya dari Alaf21 ;

http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/BERITA%20UMUM/abglong/default.htm

Dan juga cerita darinya sendiri.


http://novelman.blogspot.com

Mersik


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati