Archives

Novelis Alaf21 di Mini Karnival KarangKraf


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Selamat Hari Jadi , Bikash Nur Idris

Oh, hari ini adalah hari jadi buat novelis Bikash Nur Idris.

Seperti biasa , kami di Alaf21 FC ingin mengucapkan Selamat hari lahir buat beliau. Semoga penambahan usia setahun ini, beliau akan lebih matang dalam mengharungi hidup ini dan terus berjaya dengan cita-cita yang diimpikan.

Tak lupa juga supaya dipanjangkan usia serta sihat tubuh badan.

Sudah lama kita tidak menatap karya terbaru beliau ya. Hmm.. mungkin sekarang ni, beliau sedang bertapa untuk menyiapkan buah tangan terbarunya buat kita semua. Tunggu je lah…

Apa-apa pun, all the best untuk Bikash. Ceria-ceria selalu.

Mersik

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Mini Karnival KarangKraf


Buat Julung-julung kalinya…sejarah baru bakal bermula….

Karangkraf telah membuka pintunya….

Anda semua dijemput hadir ke Karnival Karangkraf yang bakal berlangsung pada 27 Februari sehingga 1 Mac 2009 ini bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 8.00 malam.

Nak beli majalah Karangkraf ??? Ada…
Nak beli novel Alaf 21??? Ada
Nak beli novel Buku Prima??? Ada
Ehhh…harga murah ke???ada diskaun ke??? Mestilah ada
Nak jumpa Editor majalah??? Ada
Nak jumpa Artis??? Ada
Nak jumpa Novelis Alaf 21 & Buku Prima??? Ada
Nak melanggan majalah??? Inilah peluang anda untuk merebut pelbagai hadiah dengan tawaran harga yang istimewa!!!
Anda rasa anda bertuah??? Ada Cabuatan Bertuah
Nak buat poster gambar family anda??? Pun ada…tapi, kena bayarlah

Nak tahu apa lagi aktiviti yang akan dijalankan? Datanglah beramai-ramai ke Mini Karnival Karangkraf.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Abang Long menulis... (6)


YANG PERGI

Memang seronok dan teruja bila dapat duduk beramai - ramai dan berbual santai. Khususnya peminat novel. Yang paling seronok, bila dipertemukan peminat novel @ blogawan yang tidak pernah bertemu selama ini.

Beberapa hari yang lalu, aku mendapat sms dari seorang blogawan yang mengajak untuk 'minum kopi' disebuah restoran mamak. Rasanya jemputan itu terlalu singkat waktunya. Tetapi disebabkan tidak ada kerja, jadi aku turutkan juga. Aku memang tidak tahu apa - apa tentang pertemuan itu, aku menyangka itu adalah pertemuan antara dua orang sahabat sahaja.

Bila aku tiba direstoran itu, barulah aku 'tersedar dari lamunan', rupa - rupanya, telah ada beberapa orang lagi yang sedang menunggu kehadiran aku. Tetapi ini bukan kejutan, cuma pertemuan yang aku tidak sangka.

Kami berborak sakan menceritakan perihal masing - masing dengan hobi membaca novel.

Dalam masing - masing teruja dengan novel dan novelis yang dipuja itu. Tiba - tiba seorang pembaca bertanya sesuatu yang yang menghibakan.

"Rasa terkilan kalau tak dapat jumpa novelis ya ... cuba bayangkan, berapa ramai diantara kita yang sempat bertemu dengan novelis pujaan hati kita ... berapa ramai yang dapat bertemu dengan Allahyarham ARENAWATI , S.OTHMAN KELANTAN, USMAN AWANG..?"

Aku segera teringatkan Ibrahim Hussein, seorang pelukis yang tersohor, yang sudah ke rahmatullah beberapa hari lalu. Berapa banyakkan karyanya yang aku ingat dan tatap?

Dan tiba-tiba, nama Fazie Hana yang merupakan salah seorang penulis Alaf21 yang meninggal berapa tahun dahulu akibat penyakit kronik turut menggamit minda. Dia masih terlalu muda.

Ah, begitu cepatnya masa berlalu dan ajal yang tiba tidak akan berganjak walau sesaat pun.


Tanpa mengenal usia dan siapa, ia pasti datang. Bak kata pepatah, Mati adalah pasti, hidup… InsyaAllah.

Akhirnya, aku memecahkan keheningan itu dengan berkata "Sebagai saudara muslim, yang penting kita mendoakan kesejahteraan mereka di alam kubur .... kita sedekahkan Al Fatihah."


AL FATIHAH buat novelis, pengkarya ( dan sesiapa jua ) yang telah lebih dahulu meninggalkan kita buat selama - lamanya.

Abang Long

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ulasan Buku : Konflik Palastin & Israel

Buku ini saya baca ketika hendak menyelesaikan tugasan kuliah mengenai perjuangan HAMAS . Pensyarah telah mengesyorkan kami membaca buku ini bagi membantu pelajar mendapatkan sedikit idea dalam menyelesaikan tugasan yang diberi . Buku setebal 272 muka surat ini telah ditulis oleh seorang pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Maszlee Malik dan dijual pada harga hanya RM13 sahaja . Harga yang cukup murah dan berbaloi berbanding dengan kepadatan isi dan ilmu pengetahuan yang dapat diperolehi oleh pembaca ..

Sejajar dengan isu hangat yang sering diperkatakan oleh masyarakat dunia keseluruhannya kebelakangan ini, ingin sekali saya berkongsi maklumat tentang isi kandungan buku ini dengan rakan pembaca yang lain agar kita sama - sama memperoleh manfaat daripadanya seterusnya mencetuskan tindakan bagi membantu rakyat Palestin untuk membebaskan bumi mereka dan Masjid al - Aqsa dalam apa jua cara sekalipun .

Permulaan buku ini membawa kita mengenali Masjid al - Aqsa, iaitu kiblat yang pertama bagi umat Islam dan masjid yang ketiga sucinya . Oleh itu, sebagai umat Islam, tak kira walau di mana juga kita berada, wajib bagi kita untuk memelihara kesucian masjid ini daripada cubaan pihak rejim Zionis Israel untuk mengyahudikannya . Rakyat Palestin telah dipilih oleh Allah untuk mempertahankan Masjid al - Aqsa walaupun mereka terpaksa mengorbankan nyawa, harta, dan keluarga serta terpaksa berhadapan dengan kekejaman dan kezaliman rejim Zionis Israel selama lebih 60 tahun . Sebagai seorang Islam yang prihatin, kita haruslah menghulurkan bantuan kepada perjuangan rakyat Palestin, tidak kiralah sama ada dengan menyumbang wang ringgit atau sekadar mengingati mereka dalam doa - doa kita . Setiap sumbangan kita walaupun sedikit tetapi amat besar ertinya kepada rakyat Palestin .

Penderitaan rakyat Palestin bermula ekoran penghijrahan beramai - ramai orang Yahudi ke bumi Palestin ( yang didakwa sebagai tanah air mereka, padahal Allah telah menghalau mereka dari situ kerana keingkaran yang telah dilakukan oleh Kaum Bani Israel) melalui Deklarasi Balfour pada tahun 1947 . Penghijrahan tersebut menyebabkan Persatuan Liga - liga Bersatu (League of Nation) dengan desakan Amerika Syarikat telah membahagikan sebanyak 55% bumi Palestin kepada Yahudi . Sikap tamak orang Yahudi menyebabkan mereka tidak berpuas hati dengan pembahagian tersebut . Mereka mula meluaskan wilayah penguasaan dengan melakukan pembunuhan beramai - ramai rakyat Palestin dan mengusir mereka keluar dari pertempatan mereka . Akhirnya mereka telah berjaya merampas 77% bumi Palestin dan seterusnya meningkat kepada 85% apabila tertubuhnya negara haram Israel pada 14 Mei 1948 . Bukan setakat melakukan penghapusan etnik, rejim Zionis Israel juga turut mencuri bekalan - bekalan air Palestin, mengadakan sekatan - sekatan jalan untuk menyukarkan pergerakan penduduk Palestin, dan menghalang mereka daripada mendapat bekalan makanan . Rakyat Palestin juga turut dihalang daripada menerima rawatan di hospital dan murid - murid Palestin dinafikan hak mereka untuk pergi ke sekolah . Betapa kejam dan zalimnya rejim zionis Israel ..

Umumnya, ramai yang mengingati tarikh 11 September sebagai tarikh berlakunya serangan di World Trade Center dan Pentagon berbanding tarikh 16 September . Ramai yang lupa bahawa pada tarikh 16 September 1982 inilah berlakunya penyembelihan beramai - ramai rakyat Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatilla, Beirut, Lubnan .(Tarikh sebenar berlakunya kejadian tersebut walaupun ada yang mengatakan tarikhnya 17 September ) Seramai lebih kurang 3000 nyawa telah terkorban ( Palang Merah Antarabangsa menyebut 2,400) dalam keganasan yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel, diketuai oleh menteri pertahanannya, Ariel Sharon . Kebanyakan mangsa yang terkorban adalah terdiri daripada kanak - kanak, wanita, dan orang tua yang tidak berdaya . Malangnya peristiwa ini tidak diambil perhatian oleh Majlis Keselamatan PBB, seolah - olah mereka meng'halal'kan tindakan Ariel Sharon tersebut . Berbanding dengan serangan 11 September yang 'konon'nya didalangi oleh Osama Ben Laden, Majlis Keselamatan PBB telah mengeluarkan ketetapan sebaik sahaja berlakunya peristiwa tersebut dengan memberi Amerika Syarikat kuasa sepenuhnya untuk menjajah mana - mana tempat di muka bumi atas alasan untuk memerangi keganasan . Di manakah keadilannya ? Siapakah sebenarnya pengganas ? Tepuk dada, tanyalah IMAN seterusnya bukakanlah MINDA .

Buku ini juga turut membawa kita mengenali tokoh - tokoh penting Palestin yang terdiri daripada tokoh Fatah yang kemudiannya berevolusi menjadi PLO dan juga tokoh - tokoh HAMAS . Di sini, saya hanya ingin membicarakan tentang tiga tokoh Palestin yang saya anggap penting untuk rakan - rakan pembaca menilai peribadi dan perwatakan mereka . Untuk mengetahui tentang perwatakan tokoh - tokoh lain seperti Mahmoud Abbas, Marwan al - Barghouti, dan Mohammed Dahlan, bacalah buku ini untuk mengetahui wajah sebenar mereka disebalik topeng yang dipakai .

Bercakap tentang Palestin, memang tidak sah kalau kita tidak memperkatakan tentang Yasser Arafat . Beliau dikenali oleh masyarakat dunia sebagai wira rakyat Palestin dan merupakan ikon perjuangan kemerdekaan Palestin dan Baitulmuqaddis . Arafat menubuhkan Gerakan Fatah pada tahun 1958 yang bertunjangkan fahaman nasionalis . Pada awalnya gerakan mereka menjalankan kegiatan pro - revolusi dan aktiviti - aktiviti ketenteraan . Namun begitu, demi untuk meraih jawatan presiden PA, beliau sanggup menggadaikan prinsip - prinsipnya dengan bersekongkol dengan rejim Zionis melalui Perjanjian Oslo 1993 . Rakyat Palestin menganggap beliau sebagai 'pengkhianat' yang telah menggadaikan bumi Palestin dan 'menghalalkan' penindasan ke atas rakyat Palestin . Arafat mati dengan meninggalkan wang berjuta ( ada yang mengatakan berbillion) dollar Amerika dalam akaun rahsianya di Eropah dan Israel hasil daripada bantuan yang disalurkan untuk rakyat Palestin . Peninggalan hartanya menyebabkan berlakunya pertelingkahan di antara isterinya, Suha dengan pemimpin PA yang lain .

Berbeza dengan Syeikh Ahmad Yassin yang tidak meninggalkan sesen wang pun untuk keluarganya walaupun wang berjuta - juta dollar mengalir untuk rakyat Palestin lalu di hadapan matanya . Semua wang tersebut diberikan kepada rakyat Palestin tanpa diambil sesen pun sehinggakan anak - anak beliau sendiri tidak mampu meneruskan pelajaran ke universiti kerana kekurangan wang . Beliau hanya meninggalkan sebuah rumah buruk yang hanya mempunyai satu bilik di mana dapurnya bersambung dengan ruang tamu malahan tidak berlantai . Namun siapakah Syeikh Ahmad Yassin ini yang mempunyai keperibadian sedemikian rupa ? Beliau adalah orang yang bertanggungjawab melancarkan gerakan kebangkitan rakyat Palestin yang dinamakan sebagai Intifadah dan merupakan salah seorang pengasas HAMAS yang berjuang mengikut manhaj Islam yang menjadikan isu Palestin sebagai isu umat Islam dan bertujuan membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Zionis . Bagi beliau, selagi rakyat Palestin tidak dibenarkan pulang ke tanah air mereka, selagi itulah Baitulmuqaddis masih dijajah rejim Zionis. Oleh itu tidak akan ada apa - apa yang boleh dinamakan sebagai rundingan damai mahupun persefahaman . Jika Arafat dan PLO banyak meragut nyawa rakyat Palestin, walhal Arafat dan pejuang - pejuangnya sihat wal -afiat dan selamat, pemimpin dan pejuang HAMAS pula sering keluar masuk penjara dan sering menjadi sasaran pihak rejim untuk dibunuh . Syeikh Ahmad Yassin sendiri akhirnya mati sebagai seorang wira di mana pihak rejim terpaksa menggunakan helikopter Apache, para komando terbaik mereka, dan tiga peluru berpandu yang dilancarkan dari jarak jauh untuk membunuh beliau . Walaupun buta dan lumpuh, Syeikh Ahmad Yassin mempunyai semangat juang yang tinggi . Kematian beliau menjadi pembangkit semangat kepada pejuang Palestin lain dan satu dunia bersimpati dengan syahidnya . Sepertimana yang pernah dikatakan oleh beliau semasa hayatnya;
" Jika gugur seorang Ahmad Yassin, akan muncul seribu Ahmad Yassin yang lain"
Kata - kata beliau ini ada benarnya dan diakui oleh rejim Zionis sendiri . Setiap kali berlakunya pembunuhan dan kematian pemimpin HAMAS, dengan cepat tempatnya berganti . Ini adalah kerana HAMAS tidak menghadapi masalah perbezaan generasi serta perpecahan dalaman . Para aktivitis HAMAS juga terkenal dengan disiplin dan ketaatan kepada pemimpin dan organisasi disamping berpegang teguh dengan nilai - nilai Islam dan prinsip jihad yang tidak ada tolok bandingnya .

Seterusnya kita berkenalan pula dengan Dr Abdul Aziz al - Rantissi, timbalan kepada Syeikh Ahmad Yassin dalam gerakan HAMAS . Beliau merupakan tokoh pejuang rakyat Palestin yang mewakili golongan professional . Beliau dibesarkan di kem pelarian Gaza bersama - sama sebelas orang adik - beradiknya yang lain . Walaupun hidup dalam kemiskinan dan dalam khemah yang sempit, itu bukanlah alasan untuk tidak cemerlang dalam pelajaran dan mendapatkan pendidikan . Beliau mula bergiat aktif dalam gerakan dan aktiviti Islam semenjak menuntut di Universiti Iskandariah lagi . Beliau telah dipenjarakan buat pertama kalinya pada tahun 1983 kerana enggan membayar cukai kepada pihak Zionis . Kemudian beliau mula keluar masuk penjara kerana keengganannya mengiktiraf penjajahan Israel dan aktiviti - aktiviti yang dilakukannya untuk membebaskan bumi Palestin tanpa henti . Walaupun dipenjarakan banyak kali, namun rejim Zionis gagal melunturkan semangatnya untuk membebaskan Palestin dari cengkaman rejim Zionis malah beliau bertambah bersemangat dan gerakan HAMAS menjadi bertambah kuat . Gerakan Intifadah II yang dilancarkan menyebabkan penduduk Yahudi Zionis hidup dalam ketakutan dan memaksa ramai penduduk Yahudi Zionis berhijrah keluar .Gerakan Intifadah yang dilakukan juga sedikit sebanyak telah melumpuhkan ekonomi Israel terutama sekali dalam sektor pelancongan . Ketika ditemuramah oleh badan berita antarabangsa, beliau menegaskan:


" Semua manusia akan mati, sama ada dibunuh ataupun sakit . Jika saya diberikan peluang untuk memilih sama ada ingin mati kerana sakit jantung ataupun kerana ditembak oleh Helikopter Apache, saya memilih helikopter Apache."
Akhirnya pada hari Sabtu, 17 April 2004, beliau bersama dua orang rakannya telah syahid apabila kereta yang dinaiki beliau dibedil roket dari helikopter Apache . Pihak rejim Zionis menganggap beliau sebagai seorang yang merbahaya yang boleh menggugatkan negara Israel .

Kita mesti tertanya - tanya mengapa rakyat Palestin begitu bodoh menyokong gerakan HAMAS (terutama sekali dalam pilihanraya 2006), yang menyebabkan kesengsaraan mereka melalui operasi - operasi ketenteraan HAMAS sebagaimana yang dicanangkan oleh media pro - barat dan pro - fatah, berbanding perjanjian perdamaian yang ditawarkan oleh PLO atau Fatah . Sebenarnya hanya rakyat Palestin sahaja yang tahu apa yang mereka mahukan . Hanya mereka yang lebih mengenali siapa kaca dan siapa intan, mana emas tulen dan mana emas zhulian . HAMAS menjadi pilihan rakyat Palestin kerana mereka sudah muak melihat korupsi para pemimpin PA era Arafat. Mereka juga sebenarnya sudah tidak tahan melihat keganasan rejim Zionis dan sudah tidak percaya lagi kepada perjanjian perdamaian yang dilaungkan . Bagi rakyat Palestin sudah cukup penipuan dan permainan yang dilakukan oleh rejim Zionis dan Amerika Syarikat semasa era Arafat dahulu .

Majoriti rakyat Palestin yakin bahawa hanya HAMAS sahajalah yang mampu merealisasikan impian mereka untuk melihat bumi Palestin merdeka . Pengorbanan yang dilakukan oleh pejuang - pejuang HAMAS memberi keyakinan kepada rakyat Palestin bahawa mereka benar - benar ikhlas memperjuangkan kemerdekaan dan hak rakyat Palestin . Oleh itu, sebagai umat Islam yang mengaku bersaudara, marilah kita bersama - sama berganding bahu untuk merealisasi impian rakyat Palestin dengan mendoakan dan memberi bantuan sekadar yang mampu walaupun kita tidak dapat bersama mereka untuk mengangkat senjata .

Semoga pada suatu hari nanti bumi Palestin akan dapat dimerdekakan dan sebuah lagi negara Islam akan tertegak di sana .

INSYAALLAH. AMIIIN .

~ lla ~

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ulasan Novel: Mantera Hitam - Serunai Faqir

Inilah novel yang ditunggu-tunggu!

Berbeza dari novel lainnya. Garapan yang baik dan bersahaja. Sudah lama saya mencari novel sebegini. Asyik membaca novel cinta bosan juga. Sesekali disulami dengan novel macam ini, memang menyeronokkan. Ianya bukan sekadar bersantai atau membaca untuk memenuhi masa lapang. Novel ini mempunyai keistimewaaan tersendiri. Fantasi yang diadun dengan realiti. Ada perkara baru yang tidak terjangkau oleh fikiran. Pertembungan dua dunia iaitu alam jin dan manusia.

Pada mulanya, bila membaca tajuk saja, saya ingatkan ini adalah novel seram yang di isi dengan cerita hantu syaitan yang merasuk. Saya paksakan diri saya membaca sementara menanti Alisha lena. Namun setelah menyelak dari helaian pertama, saya mula tertarik dan teruja untuk mengetahui isi ceritanya. Ia satu karya yang baik dan lebih dari itu ia memikat hati saya.

Saya sangka ia ada persamaan dengan siri ‘Bercakap Dengan Jin’ oleh Tamar Jalis namun telahan saya meleset.

Lain dari yang lain! Ia merupakan penyelongkaran alam jin yang memang sedari dulu memusuhi manusia. Walau pun ada pelbagai nama pelik yang kadangkala berbelit lidah untuk menyebutnya, tapi ia tidak melunturkan minat saya untuk meneruskan penerokaan alam baru ini. Kisah remaja mudah terpengaruh dengan berbagai perkara walau ianya permainan memanggil roh dengan duit syiling adalah perkara biasa tapi cara ia di olah memang menarik hingga boleh mencipta peperangan sengit di alam ghaib.

Apa yang menarik, garapannya umpama kita berbual sesama sendiri hingga tidak terasa kita sedang membaca novel.

Cuma agak terkilan kerana penutup novel ini bagai tergantung. Apa jawapan Suraya kepada peminangan jejaka dari alam jin. Apa pula kisahnya dengan pengembaraan remaja tersebut yang telah pun masuk ke alam ghaib bagi menyelamatkan dua nyawa lain yang tersesat di samping mengambil kitab yang lama di cari. Dan siapa pula dua nyawa yang perlu diselamatkan yang tiba-tiba saja muncul.

Saya berharap dan saya ada sedikit keyakinan bahawa penulis akan menyambung cerita yang tidak berpenyudah ini. Sayang kalau karya sebaik ini dibiar tergantung tanpa penamat yang biasa kita baca seperti novel-novel lain. Buat orang geram saja!

Ceritanya…..

Pengembaraan ke alam ghaib ini bermula dari tiga remaja yang bermain dengan semangat duit. Marcel, jin kepunyaan Alfonso de Albuquarqe dari tahun 1511 di kurung oleh Ali Kilat Remang Senja mendapat panggilan tersebut dan ia menyebabkan dia terlontar ke dunia kembali.Akibatnya Nik,salah seorang remaja tersebut diganggu oleh jin yang wujud dari saka keturunan bapanya. Usaha Pakku memulihkan Nik berjaya walau terpaksa melalui kesukaran. Bermula dari situ bermula episod baru dalam diri mereka yang tidak pernah dijangka.

Marcel, jin yang baru terlepas dari ‘penjara’, meneroka suasana baru yang tidak pernah dilihat di zamannya. Ia bertemu dengan pelbagai jin yang pelik bagi dirinya yang berasal dari zaman silam. Alora membantu Marcel untuk membiasakan diri di zaman kini yang serba maju dan moden.

Sementara itu, bermula dari permainan syiling itu, wujud kekecohan yang mengatakan tanda permusuhan dengan manusia bermula. Para jin kafir dari segenap nusantara berkumpul untuk berperang dengan manusia. Pertempuran berlaku di Dataran Melaka semasa pesta Festival Gendang Nusantara sedang berlangsung. Allah membantu hamba-hambaNya yang ikhlas kerana Nya dan kekalahan pihak lawan amat memalukan kaum mereka.

Pertemuan dengan Pakku, Tokku, Pak Chu Deris dan Cikgu Hazit telah mencipta satu sejarah baru bila mereka bertiga iaitu Nik, Hizal dan Tunku beserta Tengku Fauzi dan Suraya telah diberi tugas amat berat untuk remaja seperti mereka. Namun mereka adalah insan terpilih untuk amanat yang berat ini.Mereka berlima menuju ke Bermuda Triangle untuk membawa pulang 2 nyawa yang terdahulu pergi untuk mencari kitab yang direbut dan disimpan oleh jin kafir.

Perjalanan yang mendebarkan bermula di alam ghaib yang tidak pernah mampu dibayangkan. Mereka bertemu dengan beberapa insiden pelik yang menakutkan. Pertemuan dengan jin Islam yang mahu membantu, lebih mengujakan mereka. Tapi telah berlaku seusatu yang dahsyat selepas itu.

Anda ingin tahu kisah selanjutnya?Dapatkan novel Mentera Hitam sebelum terlewat!

Saya ucapkan selamat datang ke Alaf21 kepada Serunai Faqir. Semoga selepas ini beliau akan menghasilkan lebih banyak novel berilmu bersama Alaf21.

Ina

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Abang Long menulis... (5)

"Ulang baca sampai lunyai"

Sejujurnya, aku tidak pernah, dan tidak mampu untuk melakukan perkara yang sama. Tetapi, itulah hakikatnya. Dimana dalam begitu ramai sahabat yang mempunyai minat yang sama, iaitu membaca novel, terdapat dua orang sahabat aku yang berupaya untuk membaca novel yang sama berulang kali hingga buku itu 'lunyai.'

Dalam hati aku berkata "hanya orang gila sahaja yang boleh buat macam ini."

Kisahnya terjadi bila aku menziarahi seorang rakan disebuah kampong dalam daerah Sabak Bernam. Keluarganya memang miskin. Tetapi, masih mampu memiliki sebuah kereta Datsun. Itupun harta peninggalan arwah ayahnya.

Bila aku melihat sebuah almari yang penuh dengan buku. Aku terus sahaja memohon keizinan untuk melihat dengan lebih dekat. Setelah mendapat keizinan, aku terus melangkah ke arah almari yang penuh sarat dengan pelbagai buku.

Sewaktu aku memegang buku Hikayat Merong Mahawangsa. Aku dapati, helaiannya telah tercabut, dan beberapa helai jatuh keatas lantai, lalu aku mengutipnya kembali. Kawan aku mentertawakan aku.

"Buku tu dah lama telanjang" spontan kawan aku berkata begitu. Merujuk kepada keadaan kulit buku itu yang tertanggal dengan isinya.

"Engkau buat apa dengan buku ini, sampai jadi begini?" Aku lantas bertanya kembali.

"Aku baca berulang kali" Jawab rakan aku.Sambil membelek buku itu, aku bertanya lagi "sudah berapa kali engkau baca buku ini?"

"Aku rasa ... sudah lebih 10 kali" kawan aku menjawab dengan nada serius.

"Wow ... lebih 10 kali!" Aku terkejut dengan pengakuan beliau.

"Hikayat Merong Mahawangsa dengan Tenggelamnya Kapal Van Der Vjick ... memang buku yang hebat ... cuba kau cari novel sekarang yang setanding atau hampir sama dengan dua buah buku itu ... engkau takkan jumpa!"

Aku hanya mendiamkan diri.

Abang Long

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Kisah RAM di Akhbar Kosmo.

Seterusnya, sila layari...

http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/BERITA%20UMUM/Ramlee_kosmofeb09/default.html

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Mari memeriahkan Jualan Buku Alaf21.


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Sekitar Pesta Buku Alaf21.

Baru-baru ini saya berkesempatan untuk menghadairi kemeriahan pesta buku Alaf21 yang diadalah pertama kalinya untuk tahun 2009. Pesta yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat 31hb hingga Ahad, 1 hb Feb ini menampilkan konsep yang berlainan dengan pesta buku sebelumnya.

Kali ini Alaf21 memilih untuk "berpesta" di luar. Sebuah khemah didirikan di luar pintu bangunan untuk kelesaan para pengunjung. Sebelum ini pesta buku dia adakan di dalam bangunan di mana, apabila ramai yang menyerbu, keadaan akan menjadi teramat sesak. Oleh kerana ada satu saja pintu untuk keluar dan masuk, ada pengujnjung yang terpaksa menunggu di luar sehingga reda ‘jem’ nya.

Kali ini, mereka sudah tidak perlu bersesak-sesak dan beratur panjang. Lambakan buku-buku pelbagai genre di susun atas meja yang luas di mana pengunjung boleh memilih sendiri. Buku-buku lain juga turut di paparkan di rak-rak lain. Beberapa kaunter bayaran juga di sediakan.

Dengan keluasan khemah yang boleh dimasuki dari berbagai arah, pergerakan pengunjung tidak terganggu. Staff Alaf21 juga turut membantu mencarikan buku-buku pilihan mereka. Ramai yang memuji-muji. Tahniah untuk Alaf21.

Di hari pertama saja, menurut staff Alaf21, pengunjung sudah sampai sebelum premis Alaf21 dibuka. Mereka megetahui pesta ini dari pelbagai sumber, majalah, akhbar , email dan laman web alaf21 sendiri.

Ada juga beberapa orang penulis yang turut hadir untuk memeriah kan suasana. Pada hari jumaat,kelihatan Hezzy Azra, Meen Zulaikha, Murni Aqila, Hani Fazuha dan penulis yang datang dari jauh dari Istanbul, Turki iaitu Iris Ixora. Pertemuan yang tidak dirancang itu sungguh menyeronokkan. Mana-mana pengunjung yang bertuah tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan tandatangan disamping berbual mesra dengan mereka.

( Molee (staff Alaf21) , Hezy Azra, Meen Zulaikha dan Iris Ixora )



(Mersik, Meen Zulaikha, Fadillah ( peminat novel) , Iris Ixora dan Hani Fazuha )


Hari kedua pula menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan. Pengunjung lebih ramai dari semalam. Lagipun, hari sabtu itu adalah hari cuti, jadi masing-masing mempunyai masa untuk ke sini. Apatah lagi dengan sajian ringan berupa air oren dan kudapan kerepek-kerepek yang memenuhi meja di sudut tepi khemah, yang membolehkan pengunjung melepaskan dahaga sambil berehat menunggu pasangan mereka memilih-milih buku. Mereka yang datang juga terdiri dari berbagai lapisan umur. Ada yang tua, muda, remaja dan tak terlepas , kanak-kanak.


Walaupun petang tersebut hujan turun dengan agak lebat, namun itu tidak mematahkan semangat pembeli untuk terus berada di sini. Pelbagai bahan berupa majalah, novel, buku-buku am, hiasan, motivasi dan juga agama menjadi pilihan mereka. Mujurlah Alaf21 ada menyediakan bakul untuk mereka meletakkan buku-buku yang hendak dibeli. Senang sikit hendak membawanya. Dan akhir sekali, dua tiga beg plastik juga yang mereka angkut balik. Minat sungguh mereka dengan buku-buku Alaf21 ni. Syabas!

Hari terakhir, kemeriahannya tetap sama. Pengunjung masih tak putus-putus. Kepuasan terlihat diwajah setiap mereka. Lebih-lebih lagi di wajah Staff Alaf21 sendiri termasuk. Walaupun terpaksa berulang alik ke belakang untuk mengambil stok, mereka tetap tersenyum ceria. En. Norden Mohamad selaku Pengurus Besar Alaf21 juga membantu melancarkan majlis sejak hari pertama lagi.


Presiden Alaf21 FC, Abang Long juga hadir pada hari kedua untuk melihat-lihat suasana selain berbual-bual dengan para petugas.

Apa yang dapat disimpulkan ialah, pesta buku yang sebegini memang sering ditunggu-tunggu oleh para peminat Alaf21 semua.

Nampaknya selepas ini Alaf21 akan semakin sibuk untuk menghadapi beberapa siri pesta buku tidak lama lagi.

Kepada peminat Alaf21 sekelian, jangan lupa untuk memeriahkan pesta buku Alaf21 kalau ianya berada di tempat anda. Kalau tidak pun, kita akan berjumpa lagi di pesta buku yang paling besar, iaitu Pesta Buku Antarabangsa, di PWTC, pada bulan April nanti.

Jumpa di sana.!

Mersik

Sekitar majlis yang sama di laman web Alaf21. Sila layari...

http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/pestabuku%20&%20pameran/pestabukualaf_jan09/default4.html

http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/pestabuku%20&%20pameran/pestabukualaf_jan09/default5.html

http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/pestabuku%20&%20pameran/pestabukualaf_jan09/default6.html

Buku paling TOP di pesta Alaf21.

http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/pestabuku%20&%20pameran/pestabukualaf_jan09/default7.html

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati