Baru-baru ini saya berkesempatan untuk menghadairi kemeriahan pesta buku Alaf21 yang diadalah pertama kalinya untuk tahun 2009. Pesta yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat 31hb hingga Ahad, 1 hb Feb ini menampilkan konsep yang berlainan dengan pesta buku sebelumnya.

Kali ini Alaf21 memilih untuk "berpesta" di luar. Sebuah khemah didirikan di luar pintu bangunan untuk kelesaan para pengunjung. Sebelum ini pesta buku dia adakan di dalam bangunan di mana, apabila ramai yang menyerbu, keadaan akan menjadi teramat sesak. Oleh kerana ada satu saja pintu untuk keluar dan masuk, ada pengujnjung yang terpaksa menunggu di luar sehingga reda ‘jem’ nya.

Kali ini, mereka sudah tidak perlu bersesak-sesak dan beratur panjang. Lambakan buku-buku pelbagai genre di susun atas meja yang luas di mana pengunjung boleh memilih sendiri. Buku-buku lain juga turut di paparkan di rak-rak lain. Beberapa kaunter bayaran juga di sediakan.

Dengan keluasan khemah yang boleh dimasuki dari berbagai arah, pergerakan pengunjung tidak terganggu. Staff Alaf21 juga turut membantu mencarikan buku-buku pilihan mereka. Ramai yang memuji-muji. Tahniah untuk Alaf21.

Di hari pertama saja, menurut staff Alaf21, pengunjung sudah sampai sebelum premis Alaf21 dibuka. Mereka megetahui pesta ini dari pelbagai sumber, majalah, akhbar , email dan laman web alaf21 sendiri.

Ada juga beberapa orang penulis yang turut hadir untuk memeriah kan suasana. Pada hari jumaat,kelihatan Hezzy Azra, Meen Zulaikha, Murni Aqila, Hani Fazuha dan penulis yang datang dari jauh dari Istanbul, Turki iaitu Iris Ixora. Pertemuan yang tidak dirancang itu sungguh menyeronokkan. Mana-mana pengunjung yang bertuah tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan tandatangan disamping berbual mesra dengan mereka.

( Molee (staff Alaf21) , Hezy Azra, Meen Zulaikha dan Iris Ixora )



(Mersik, Meen Zulaikha, Fadillah ( peminat novel) , Iris Ixora dan Hani Fazuha )


Hari kedua pula menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan. Pengunjung lebih ramai dari semalam. Lagipun, hari sabtu itu adalah hari cuti, jadi masing-masing mempunyai masa untuk ke sini. Apatah lagi dengan sajian ringan berupa air oren dan kudapan kerepek-kerepek yang memenuhi meja di sudut tepi khemah, yang membolehkan pengunjung melepaskan dahaga sambil berehat menunggu pasangan mereka memilih-milih buku. Mereka yang datang juga terdiri dari berbagai lapisan umur. Ada yang tua, muda, remaja dan tak terlepas , kanak-kanak.


Walaupun petang tersebut hujan turun dengan agak lebat, namun itu tidak mematahkan semangat pembeli untuk terus berada di sini. Pelbagai bahan berupa majalah, novel, buku-buku am, hiasan, motivasi dan juga agama menjadi pilihan mereka. Mujurlah Alaf21 ada menyediakan bakul untuk mereka meletakkan buku-buku yang hendak dibeli. Senang sikit hendak membawanya. Dan akhir sekali, dua tiga beg plastik juga yang mereka angkut balik. Minat sungguh mereka dengan buku-buku Alaf21 ni. Syabas!

Hari terakhir, kemeriahannya tetap sama. Pengunjung masih tak putus-putus. Kepuasan terlihat diwajah setiap mereka. Lebih-lebih lagi di wajah Staff Alaf21 sendiri termasuk. Walaupun terpaksa berulang alik ke belakang untuk mengambil stok, mereka tetap tersenyum ceria. En. Norden Mohamad selaku Pengurus Besar Alaf21 juga membantu melancarkan majlis sejak hari pertama lagi.


Presiden Alaf21 FC, Abang Long juga hadir pada hari kedua untuk melihat-lihat suasana selain berbual-bual dengan para petugas.

Apa yang dapat disimpulkan ialah, pesta buku yang sebegini memang sering ditunggu-tunggu oleh para peminat Alaf21 semua.

Nampaknya selepas ini Alaf21 akan semakin sibuk untuk menghadapi beberapa siri pesta buku tidak lama lagi.

Kepada peminat Alaf21 sekelian, jangan lupa untuk memeriahkan pesta buku Alaf21 kalau ianya berada di tempat anda. Kalau tidak pun, kita akan berjumpa lagi di pesta buku yang paling besar, iaitu Pesta Buku Antarabangsa, di PWTC, pada bulan April nanti.

Jumpa di sana.!

Mersik

Sekitar majlis yang sama di laman web Alaf21. Sila layari...

http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/pestabuku%20&%20pameran/pestabukualaf_jan09/default4.html

http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/pestabuku%20&%20pameran/pestabukualaf_jan09/default5.html

http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/pestabuku%20&%20pameran/pestabukualaf_jan09/default6.html

Buku paling TOP di pesta Alaf21.

http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/pestabuku%20&%20pameran/pestabukualaf_jan09/default7.html

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati