Inilah novel yang ditunggu-tunggu!
Berbeza dari novel lainnya. Garapan yang baik dan bersahaja. Sudah lama saya mencari novel sebegini. Asyik membaca novel cinta bosan juga. Sesekali disulami dengan novel macam ini, memang menyeronokkan. Ianya bukan sekadar bersantai atau membaca untuk memenuhi masa lapang. Novel ini mempunyai keistimewaaan tersendiri. Fantasi yang diadun dengan realiti. Ada perkara baru yang tidak terjangkau oleh fikiran. Pertembungan dua dunia iaitu alam jin dan manusia.
Pada mulanya, bila membaca tajuk saja, saya ingatkan ini adalah novel seram yang di isi dengan cerita hantu syaitan yang merasuk. Saya paksakan diri saya membaca sementara menanti Alisha lena. Namun setelah menyelak dari helaian pertama, saya mula tertarik dan teruja untuk mengetahui isi ceritanya. Ia satu karya yang baik dan lebih dari itu ia memikat hati saya.
Saya sangka ia ada persamaan dengan siri ‘Bercakap Dengan Jin’ oleh Tamar Jalis namun telahan saya meleset.
Lain dari yang lain! Ia merupakan penyelongkaran alam jin yang memang sedari dulu memusuhi manusia. Walau pun ada pelbagai nama pelik yang kadangkala berbelit lidah untuk menyebutnya, tapi ia tidak melunturkan minat saya untuk meneruskan penerokaan alam baru ini. Kisah remaja mudah terpengaruh dengan berbagai perkara walau ianya permainan memanggil roh dengan duit syiling adalah perkara biasa tapi cara ia di olah memang menarik hingga boleh mencipta peperangan sengit di alam ghaib.
Apa yang menarik, garapannya umpama kita berbual sesama sendiri hingga tidak terasa kita sedang membaca novel.
Cuma agak terkilan kerana penutup novel ini bagai tergantung. Apa jawapan Suraya kepada peminangan jejaka dari alam jin. Apa pula kisahnya dengan pengembaraan remaja tersebut yang telah pun masuk ke alam ghaib bagi menyelamatkan dua nyawa lain yang tersesat di samping mengambil kitab yang lama di cari. Dan siapa pula dua nyawa yang perlu diselamatkan yang tiba-tiba saja muncul.
Saya berharap dan saya ada sedikit keyakinan bahawa penulis akan menyambung cerita yang tidak berpenyudah ini. Sayang kalau karya sebaik ini dibiar tergantung tanpa penamat yang biasa kita baca seperti novel-novel lain. Buat orang geram saja!
Ceritanya…..
Pengembaraan ke alam ghaib ini bermula dari tiga remaja yang bermain dengan semangat duit. Marcel, jin kepunyaan Alfonso de Albuquarqe dari tahun 1511 di kurung oleh Ali Kilat Remang Senja mendapat panggilan tersebut dan ia menyebabkan dia terlontar ke dunia kembali.Akibatnya Nik,salah seorang remaja tersebut diganggu oleh jin yang wujud dari saka keturunan bapanya. Usaha Pakku memulihkan Nik berjaya walau terpaksa melalui kesukaran. Bermula dari situ bermula episod baru dalam diri mereka yang tidak pernah dijangka.
Marcel, jin yang baru terlepas dari ‘penjara’, meneroka suasana baru yang tidak pernah dilihat di zamannya. Ia bertemu dengan pelbagai jin yang pelik bagi dirinya yang berasal dari zaman silam. Alora membantu Marcel untuk membiasakan diri di zaman kini yang serba maju dan moden.
Sementara itu, bermula dari permainan syiling itu, wujud kekecohan yang mengatakan tanda permusuhan dengan manusia bermula. Para jin kafir dari segenap nusantara berkumpul untuk berperang dengan manusia. Pertempuran berlaku di Dataran Melaka semasa pesta Festival Gendang Nusantara sedang berlangsung. Allah membantu hamba-hambaNya yang ikhlas kerana Nya dan kekalahan pihak lawan amat memalukan kaum mereka.
Pertemuan dengan Pakku, Tokku, Pak Chu Deris dan Cikgu Hazit telah mencipta satu sejarah baru bila mereka bertiga iaitu Nik, Hizal dan Tunku beserta Tengku Fauzi dan Suraya telah diberi tugas amat berat untuk remaja seperti mereka. Namun mereka adalah insan terpilih untuk amanat yang berat ini.Mereka berlima menuju ke Bermuda Triangle untuk membawa pulang 2 nyawa yang terdahulu pergi untuk mencari kitab yang direbut dan disimpan oleh jin kafir.
Perjalanan yang mendebarkan bermula di alam ghaib yang tidak pernah mampu dibayangkan. Mereka bertemu dengan beberapa insiden pelik yang menakutkan. Pertemuan dengan jin Islam yang mahu membantu, lebih mengujakan mereka. Tapi telah berlaku seusatu yang dahsyat selepas itu.
Anda ingin tahu kisah selanjutnya?Dapatkan novel Mentera Hitam sebelum terlewat!
Saya ucapkan selamat datang ke Alaf21 kepada Serunai Faqir. Semoga selepas ini beliau akan menghasilkan lebih banyak novel berilmu bersama Alaf21.
Ina
Novelis
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SAKITNYA TUH DI SINI - Bab 29 years ago
-
Setahun bersawang...10 years ago
-
-
-
Happy New Year13 years ago
-
SELAMAT TAHUN BARU 200816 years ago
-
Korea Oh Winter Sonata.....17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Labels
- Anis Ayuni (1)
- Novel Cinta (2)
- Perpisahan. (1)
- Pesta Buku Selangor (4)
- Pesta Buku. (4)
- Projek Kelab (1)
- SRI DIAH (1)
- thriller (1)
- ulasan peminat (1)
Search This Blog
Arkib Alaf21fc
-
▼
2009
(86)
-
▼
February
(10)
- Novelis Alaf21 di Mini Karnival KarangKraf
- Selamat Hari Jadi , Bikash Nur Idris
- Mini Karnival KarangKraf
- Abang Long menulis... (6)
- Ulasan Buku : Konflik Palastin & Israel
- Ulasan Novel: Mantera Hitam - Serunai Faqir
- Abang Long menulis... (5)
- Kisah RAM di Akhbar Kosmo.
- Mari memeriahkan Jualan Buku Alaf21.
- Sekitar Pesta Buku Alaf21.
-
▼
February
(10)
7 comments
Comment by Anonymous on 6:15 AM
Salam hormat,
Terima kasih atas ulasan tersebut, insyallah akan ada jawapan pada novel sambungannya nanti. Doakan sy diberikan kekuatan utk mengarang novel yg akan datang. Sekali lagi, terima kasih banyak2 atas ulasan.
Comment by Anonymous on 6:42 PM
mcm mana nk join kelab ni ya?
sy berminatg utk menyertainya.. adakah ianya terhad kpd org2 yg tertentu shj?
Comment by Anonymous on 6:43 PM
........
Comment by azahar93 on 4:50 PM
saya berminat dgn crta mentera hitam yg mgesah kan tntg 2alam yg mmbuatkan saya truja utk mghabiskan bacaan saya...saya ingin tahu bila keluaran yg kedua akan ditrbitkan
Comment by ADMIN on 9:48 PM
salam..
abg serunai faqir,bilakan sambungan mantera hitam akan keluar..
saya x sabar2 menantikan sambungannya..
adakah masih dalam progress lagi tuk mengarang sambungannya??
Comment by Anonymous on 4:45 PM
cerite ni memang best =) mintak-mintaklah nanti ade keluaran episod seterusnye..
Comment by nas on 5:01 PM
assalam...
alhamdulillah...
nasib baik ada yg mengutarakan persoalan tentang novel mantera hitam ni...
ngeee....
bila bca sampai habis...rasa geram timbul pd abg serunai faqir ni...sebabnya...cerita tergantung...dah seronok dan berdebar2 baca, tetiba, tergantung...tertanya2 nape mcm tu,,,rupanya ada agenda di sebaliknya...xpa saya menantikan sambungannya...harap abg serunai faqir dpt buat yg terbaik...kami mendoakan...n nak tanya, abg ni ada belajar silat ke???hehehe...saja tnya...sebab rsa cemburu...sy ada salah silah keluarga yg silat...arwah datuk sy guru silat...tp sy xberpeluang bljr...jd memang agk teruja kalau baca tentang silat...
harap ada sambungannya...
Post a Comment