Buku ini saya baca ketika hendak menyelesaikan tugasan kuliah mengenai perjuangan HAMAS . Pensyarah telah mengesyorkan kami membaca buku ini bagi membantu pelajar mendapatkan sedikit idea dalam menyelesaikan tugasan yang diberi . Buku setebal 272 muka surat ini telah ditulis oleh seorang pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Maszlee Malik dan dijual pada harga hanya RM13 sahaja . Harga yang cukup murah dan berbaloi berbanding dengan kepadatan isi dan ilmu pengetahuan yang dapat diperolehi oleh pembaca ..

Sejajar dengan isu hangat yang sering diperkatakan oleh masyarakat dunia keseluruhannya kebelakangan ini, ingin sekali saya berkongsi maklumat tentang isi kandungan buku ini dengan rakan pembaca yang lain agar kita sama - sama memperoleh manfaat daripadanya seterusnya mencetuskan tindakan bagi membantu rakyat Palestin untuk membebaskan bumi mereka dan Masjid al - Aqsa dalam apa jua cara sekalipun .

Permulaan buku ini membawa kita mengenali Masjid al - Aqsa, iaitu kiblat yang pertama bagi umat Islam dan masjid yang ketiga sucinya . Oleh itu, sebagai umat Islam, tak kira walau di mana juga kita berada, wajib bagi kita untuk memelihara kesucian masjid ini daripada cubaan pihak rejim Zionis Israel untuk mengyahudikannya . Rakyat Palestin telah dipilih oleh Allah untuk mempertahankan Masjid al - Aqsa walaupun mereka terpaksa mengorbankan nyawa, harta, dan keluarga serta terpaksa berhadapan dengan kekejaman dan kezaliman rejim Zionis Israel selama lebih 60 tahun . Sebagai seorang Islam yang prihatin, kita haruslah menghulurkan bantuan kepada perjuangan rakyat Palestin, tidak kiralah sama ada dengan menyumbang wang ringgit atau sekadar mengingati mereka dalam doa - doa kita . Setiap sumbangan kita walaupun sedikit tetapi amat besar ertinya kepada rakyat Palestin .

Penderitaan rakyat Palestin bermula ekoran penghijrahan beramai - ramai orang Yahudi ke bumi Palestin ( yang didakwa sebagai tanah air mereka, padahal Allah telah menghalau mereka dari situ kerana keingkaran yang telah dilakukan oleh Kaum Bani Israel) melalui Deklarasi Balfour pada tahun 1947 . Penghijrahan tersebut menyebabkan Persatuan Liga - liga Bersatu (League of Nation) dengan desakan Amerika Syarikat telah membahagikan sebanyak 55% bumi Palestin kepada Yahudi . Sikap tamak orang Yahudi menyebabkan mereka tidak berpuas hati dengan pembahagian tersebut . Mereka mula meluaskan wilayah penguasaan dengan melakukan pembunuhan beramai - ramai rakyat Palestin dan mengusir mereka keluar dari pertempatan mereka . Akhirnya mereka telah berjaya merampas 77% bumi Palestin dan seterusnya meningkat kepada 85% apabila tertubuhnya negara haram Israel pada 14 Mei 1948 . Bukan setakat melakukan penghapusan etnik, rejim Zionis Israel juga turut mencuri bekalan - bekalan air Palestin, mengadakan sekatan - sekatan jalan untuk menyukarkan pergerakan penduduk Palestin, dan menghalang mereka daripada mendapat bekalan makanan . Rakyat Palestin juga turut dihalang daripada menerima rawatan di hospital dan murid - murid Palestin dinafikan hak mereka untuk pergi ke sekolah . Betapa kejam dan zalimnya rejim zionis Israel ..

Umumnya, ramai yang mengingati tarikh 11 September sebagai tarikh berlakunya serangan di World Trade Center dan Pentagon berbanding tarikh 16 September . Ramai yang lupa bahawa pada tarikh 16 September 1982 inilah berlakunya penyembelihan beramai - ramai rakyat Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatilla, Beirut, Lubnan .(Tarikh sebenar berlakunya kejadian tersebut walaupun ada yang mengatakan tarikhnya 17 September ) Seramai lebih kurang 3000 nyawa telah terkorban ( Palang Merah Antarabangsa menyebut 2,400) dalam keganasan yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel, diketuai oleh menteri pertahanannya, Ariel Sharon . Kebanyakan mangsa yang terkorban adalah terdiri daripada kanak - kanak, wanita, dan orang tua yang tidak berdaya . Malangnya peristiwa ini tidak diambil perhatian oleh Majlis Keselamatan PBB, seolah - olah mereka meng'halal'kan tindakan Ariel Sharon tersebut . Berbanding dengan serangan 11 September yang 'konon'nya didalangi oleh Osama Ben Laden, Majlis Keselamatan PBB telah mengeluarkan ketetapan sebaik sahaja berlakunya peristiwa tersebut dengan memberi Amerika Syarikat kuasa sepenuhnya untuk menjajah mana - mana tempat di muka bumi atas alasan untuk memerangi keganasan . Di manakah keadilannya ? Siapakah sebenarnya pengganas ? Tepuk dada, tanyalah IMAN seterusnya bukakanlah MINDA .

Buku ini juga turut membawa kita mengenali tokoh - tokoh penting Palestin yang terdiri daripada tokoh Fatah yang kemudiannya berevolusi menjadi PLO dan juga tokoh - tokoh HAMAS . Di sini, saya hanya ingin membicarakan tentang tiga tokoh Palestin yang saya anggap penting untuk rakan - rakan pembaca menilai peribadi dan perwatakan mereka . Untuk mengetahui tentang perwatakan tokoh - tokoh lain seperti Mahmoud Abbas, Marwan al - Barghouti, dan Mohammed Dahlan, bacalah buku ini untuk mengetahui wajah sebenar mereka disebalik topeng yang dipakai .

Bercakap tentang Palestin, memang tidak sah kalau kita tidak memperkatakan tentang Yasser Arafat . Beliau dikenali oleh masyarakat dunia sebagai wira rakyat Palestin dan merupakan ikon perjuangan kemerdekaan Palestin dan Baitulmuqaddis . Arafat menubuhkan Gerakan Fatah pada tahun 1958 yang bertunjangkan fahaman nasionalis . Pada awalnya gerakan mereka menjalankan kegiatan pro - revolusi dan aktiviti - aktiviti ketenteraan . Namun begitu, demi untuk meraih jawatan presiden PA, beliau sanggup menggadaikan prinsip - prinsipnya dengan bersekongkol dengan rejim Zionis melalui Perjanjian Oslo 1993 . Rakyat Palestin menganggap beliau sebagai 'pengkhianat' yang telah menggadaikan bumi Palestin dan 'menghalalkan' penindasan ke atas rakyat Palestin . Arafat mati dengan meninggalkan wang berjuta ( ada yang mengatakan berbillion) dollar Amerika dalam akaun rahsianya di Eropah dan Israel hasil daripada bantuan yang disalurkan untuk rakyat Palestin . Peninggalan hartanya menyebabkan berlakunya pertelingkahan di antara isterinya, Suha dengan pemimpin PA yang lain .

Berbeza dengan Syeikh Ahmad Yassin yang tidak meninggalkan sesen wang pun untuk keluarganya walaupun wang berjuta - juta dollar mengalir untuk rakyat Palestin lalu di hadapan matanya . Semua wang tersebut diberikan kepada rakyat Palestin tanpa diambil sesen pun sehinggakan anak - anak beliau sendiri tidak mampu meneruskan pelajaran ke universiti kerana kekurangan wang . Beliau hanya meninggalkan sebuah rumah buruk yang hanya mempunyai satu bilik di mana dapurnya bersambung dengan ruang tamu malahan tidak berlantai . Namun siapakah Syeikh Ahmad Yassin ini yang mempunyai keperibadian sedemikian rupa ? Beliau adalah orang yang bertanggungjawab melancarkan gerakan kebangkitan rakyat Palestin yang dinamakan sebagai Intifadah dan merupakan salah seorang pengasas HAMAS yang berjuang mengikut manhaj Islam yang menjadikan isu Palestin sebagai isu umat Islam dan bertujuan membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Zionis . Bagi beliau, selagi rakyat Palestin tidak dibenarkan pulang ke tanah air mereka, selagi itulah Baitulmuqaddis masih dijajah rejim Zionis. Oleh itu tidak akan ada apa - apa yang boleh dinamakan sebagai rundingan damai mahupun persefahaman . Jika Arafat dan PLO banyak meragut nyawa rakyat Palestin, walhal Arafat dan pejuang - pejuangnya sihat wal -afiat dan selamat, pemimpin dan pejuang HAMAS pula sering keluar masuk penjara dan sering menjadi sasaran pihak rejim untuk dibunuh . Syeikh Ahmad Yassin sendiri akhirnya mati sebagai seorang wira di mana pihak rejim terpaksa menggunakan helikopter Apache, para komando terbaik mereka, dan tiga peluru berpandu yang dilancarkan dari jarak jauh untuk membunuh beliau . Walaupun buta dan lumpuh, Syeikh Ahmad Yassin mempunyai semangat juang yang tinggi . Kematian beliau menjadi pembangkit semangat kepada pejuang Palestin lain dan satu dunia bersimpati dengan syahidnya . Sepertimana yang pernah dikatakan oleh beliau semasa hayatnya;
" Jika gugur seorang Ahmad Yassin, akan muncul seribu Ahmad Yassin yang lain"
Kata - kata beliau ini ada benarnya dan diakui oleh rejim Zionis sendiri . Setiap kali berlakunya pembunuhan dan kematian pemimpin HAMAS, dengan cepat tempatnya berganti . Ini adalah kerana HAMAS tidak menghadapi masalah perbezaan generasi serta perpecahan dalaman . Para aktivitis HAMAS juga terkenal dengan disiplin dan ketaatan kepada pemimpin dan organisasi disamping berpegang teguh dengan nilai - nilai Islam dan prinsip jihad yang tidak ada tolok bandingnya .

Seterusnya kita berkenalan pula dengan Dr Abdul Aziz al - Rantissi, timbalan kepada Syeikh Ahmad Yassin dalam gerakan HAMAS . Beliau merupakan tokoh pejuang rakyat Palestin yang mewakili golongan professional . Beliau dibesarkan di kem pelarian Gaza bersama - sama sebelas orang adik - beradiknya yang lain . Walaupun hidup dalam kemiskinan dan dalam khemah yang sempit, itu bukanlah alasan untuk tidak cemerlang dalam pelajaran dan mendapatkan pendidikan . Beliau mula bergiat aktif dalam gerakan dan aktiviti Islam semenjak menuntut di Universiti Iskandariah lagi . Beliau telah dipenjarakan buat pertama kalinya pada tahun 1983 kerana enggan membayar cukai kepada pihak Zionis . Kemudian beliau mula keluar masuk penjara kerana keengganannya mengiktiraf penjajahan Israel dan aktiviti - aktiviti yang dilakukannya untuk membebaskan bumi Palestin tanpa henti . Walaupun dipenjarakan banyak kali, namun rejim Zionis gagal melunturkan semangatnya untuk membebaskan Palestin dari cengkaman rejim Zionis malah beliau bertambah bersemangat dan gerakan HAMAS menjadi bertambah kuat . Gerakan Intifadah II yang dilancarkan menyebabkan penduduk Yahudi Zionis hidup dalam ketakutan dan memaksa ramai penduduk Yahudi Zionis berhijrah keluar .Gerakan Intifadah yang dilakukan juga sedikit sebanyak telah melumpuhkan ekonomi Israel terutama sekali dalam sektor pelancongan . Ketika ditemuramah oleh badan berita antarabangsa, beliau menegaskan:


" Semua manusia akan mati, sama ada dibunuh ataupun sakit . Jika saya diberikan peluang untuk memilih sama ada ingin mati kerana sakit jantung ataupun kerana ditembak oleh Helikopter Apache, saya memilih helikopter Apache."
Akhirnya pada hari Sabtu, 17 April 2004, beliau bersama dua orang rakannya telah syahid apabila kereta yang dinaiki beliau dibedil roket dari helikopter Apache . Pihak rejim Zionis menganggap beliau sebagai seorang yang merbahaya yang boleh menggugatkan negara Israel .

Kita mesti tertanya - tanya mengapa rakyat Palestin begitu bodoh menyokong gerakan HAMAS (terutama sekali dalam pilihanraya 2006), yang menyebabkan kesengsaraan mereka melalui operasi - operasi ketenteraan HAMAS sebagaimana yang dicanangkan oleh media pro - barat dan pro - fatah, berbanding perjanjian perdamaian yang ditawarkan oleh PLO atau Fatah . Sebenarnya hanya rakyat Palestin sahaja yang tahu apa yang mereka mahukan . Hanya mereka yang lebih mengenali siapa kaca dan siapa intan, mana emas tulen dan mana emas zhulian . HAMAS menjadi pilihan rakyat Palestin kerana mereka sudah muak melihat korupsi para pemimpin PA era Arafat. Mereka juga sebenarnya sudah tidak tahan melihat keganasan rejim Zionis dan sudah tidak percaya lagi kepada perjanjian perdamaian yang dilaungkan . Bagi rakyat Palestin sudah cukup penipuan dan permainan yang dilakukan oleh rejim Zionis dan Amerika Syarikat semasa era Arafat dahulu .

Majoriti rakyat Palestin yakin bahawa hanya HAMAS sahajalah yang mampu merealisasikan impian mereka untuk melihat bumi Palestin merdeka . Pengorbanan yang dilakukan oleh pejuang - pejuang HAMAS memberi keyakinan kepada rakyat Palestin bahawa mereka benar - benar ikhlas memperjuangkan kemerdekaan dan hak rakyat Palestin . Oleh itu, sebagai umat Islam yang mengaku bersaudara, marilah kita bersama - sama berganding bahu untuk merealisasi impian rakyat Palestin dengan mendoakan dan memberi bantuan sekadar yang mampu walaupun kita tidak dapat bersama mereka untuk mengangkat senjata .

Semoga pada suatu hari nanti bumi Palestin akan dapat dimerdekakan dan sebuah lagi negara Islam akan tertegak di sana .

INSYAALLAH. AMIIIN .

~ lla ~

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati